SKY MIRROR , SASARAN , KUALA SELANGOR . PANTAI PERSIS CERMIN DI TENGAH LAUT

.

.

.

.

Ada terbaca pasal satu tempat di Kuala Selangor , yang kalau bergambar kat situ , refleksinya sangat-sangat cantik , bak di dataran garam Salar De Uyuni

Saya pun mencari lah ke sana sini macamana nak ke sana

Tak banyak infomasi tentang macamana nak ke sana

Kebanyakannya kata naik bot dari Jeti Kampung Sasaran

Tapi takkan nak redah gitu je kan ..

Baca dan baca lagi ..

Ada hari-hari tertentu sahaja yang tempat itu wujud , iaitu beberapa hari sebelum dan semasa bulan muda dan beberapa hari sebelum dan semasa bulan mengambang …

Akhirnya terjumpalah nombor telefon Ms Vivian ni [ di hujung entri yang berwarna warni ini ada nombornya ]

Tarikh pun dah dapat . 16 Rabiul Akhir ni . Atau 15 hb Kalendar Cina

Jom ke Sky Mirror di Sasaran Kuala Selangor !!!!

Pantai Persis Cermin di tengah laut !!

1

.

.

.

.

Kena sampai di ‘ meeting point ‘ nya tepat pada waktunya

Kerana kalau lambat , nanti kena tinggal laaa..

Sebab bot kena kejar timing pasang surut laut ..

2

.

.

.

.

Jeti nelayan Sasaran

Berasal dari sebutan masyarakat Cina ‘ Shasha Lan ‘

Maknanya … err …  saya tak tahu ..

3

.

.

.

.

Oleh kerana masih ada masa lagi , kita masuk sikit ke belah dalam

Vivian nak tunjuk kawasan pokok-pokok tempat burung undan bertenggek

4

.

.

.

.

Alhamdulillah cuaca sangat baik

Langit biru

Kalau cuaca tak mengizinkan , tak apa , boleh ditangguhkan ke tarikh yang lain , atau kalau nak wang dikembalikan pun boleh

5

.

.

.

.

Kalau petang-petang , banyak sangat burung undan tu kat sini ! Sampai putih pokok-pokok tu dengan mereka!

img_9724

.

.

.

.

img_9731

.

.

.

.

Depa tengah dok buat mannequin challenge yang tengah tular tu..

Semua kaku tak bergerak!

img_9736

.

.

.

.

img_9742

.

.

.

Yang tu burung hijrah agaknya. Macam pelican

img_9743

.

.

.

Yup

Mereka tengah ber-mannequin challenge !! :))

img_9745

.

.

.

.

Macam burung helang

img_9749

.

.

.

.

Itu bot-bot untuk mencari kerang

Ada lot-lot tertentu untuk nelayan-nelayan ni. Ditanda dengan tiang-tiang yang dipacakkan dalam laut

Caranya menangkapnya , depa jatuhkan bakul berjaring , dan kaut . Dapatlah kerang dalam selut tu

img_9754

.

.

.

.

Balik dari mencari kerang

Dalam 100% kautan , 30% nya adalah sampah sarap

img_9758

.

.

.

.

Sebenarnya , di kuala ini , airnya cetek . Dasarnya selut . Bot-bot yang nak keluar kena guna GPS untuk mencari alur air yang dalam untuk bot belayar ke luar ke laut lepas

Ada jaket keselamatan

Dan ada insurans ya untuk semua penumpang

Dah termasuk dalam harga yang kita bayar tu

6

.

.

.

.

Banyak burung yang dok mengekor bot kita orang

Yang akan tiba-tiba menjunam ke permukaan air bila nampak ikan

7

.

.

.

.

Satu bot masa ni ada 12 orang . Kami berenam dan satu famili lain

8

.

.

.

.

Dah sampai!! Ada lah dalam 30-45 minit perjalanan bot

Semua sengeh-sengeh gembira!

Sebab macam pelik sangat dapat berdiri ‘ out of nowhere ‘ di Selat Melaka!

Langit sangat biru

Air masih bertakung atas pasir

img_9761

.

.

.

.

Kawasan ini sebenarnya satu beting pasir

Yang akan kelihatan pada waktu air laut surut pada pertengahan dan awal bulan pada kalender yang berasaskan fasa bulan

i4

.

.

.

.

Sila pakai pakaian yang berwarna cerah dan berpayung pelangi ya..

img_9807

.

.

.

.

Mula-mula aksi biasa -biasa je

Sopan-sopan je

Main- main layang-layang je…

Disarankan bawak layang-layang , main kat sini.

Memang layan!

Angin kuat lak tu !

iy6

.

.

.

.

Cantik betul refleksinya bila kena pantulan objeknya pada air

Sila pakai baju yang menyerlah warnanya ya !

Lagi cantik beb!!

i6

.

.

.

.

Dah lamanya tak main layang-layang!!

Mak nya yang over dari anak nya!

i8

.

.

.

.

Air laut makin surut

Kawasan makin luas !

Boleh mencapai keluasan 100 buah padang bola !!!

Iya !! 100 buah padang bola!!!

Boleh aje bergambar tanpa berlatarbelakangkan orang lain !

img_9776

.

.

.

.

Jangan lupa bawak sepersalinan baju untuk ditukar nanti eh.

Sebab konfom akan basah !!

Dan siap-siap sarap sebab banyak tenaga nak guna kat sini ni untuk aksi seterusnya !

a4

.

.

.

.

Bosan aa posing tegak je…

Jom lompat!!!

Lompat lagi tinggi , sister mine !!!

img_9773

.

.

.

.

Lompat dik!!!

img_9770

.

.

.

.

Ha .. yang ni memang suka melompat!

Mary Poppins sangat Dak Iyra tu!!

img_9763

.

.

.

.

Acah-acah lompat ko kan Kak!!

i12

.

.

.

.

See..

Kat tengah laut ya ni!!

Kapal kontena tu belayar dekat je dengan beting pasir ni!!!

img_9877

.

.

.

.

Hujung beting pasir tu terus menjunam ke laut dalam

img_9836

.

.

.

.

Apalah yang korang buat tu!!!?

Cari siput dan umang-umang ?

img_9834

.

.

.

.

Jom lari ke sana!!

Ala-ala Dilwale

img_9868

.

.

.

.

Kalau lupa nak bawak payung pelangi , sepersalinan baju , boleh beli di kedai Uncle Ah Seng di ‘ meeting point ‘ nanti

Oh ya .. Dan juga , senyum-senyum kat adik cashier di Burger King dekat situ , mintak tumpang guna tandasnya sebelum pergi ..

Lama nanti kat sini ..

img_9857

.

.

.

.

Iyahhh !!

Marry Poppins sudah terbang !

j6

.

.

.

.

Hilang lah sudah aksi sopan-sopan  !

Jom kita main lompat-lompat !!!

j5

.

.

.

.

Tangkap Dak Iyra sebelum dia terbang jauh !!!

j3

.

.

.

.

Tarik Mak Ngah tu !!

Sungguh-sungguh Budak Baju Kuning tu menyelamatkan keadaan !!

j2

.

.

.

.

Rehat jap

Tarik napas !!

[ Setelah berkali-kali melompat mencari shot terbaik kehkehkehhhhh ..]

fs3

.

.

.

.

Dalam pukul 11 pagi gitu masa ni

Tak lah panas terik sangat

Bak kata orang kampung saya .. Tolerable ..

fs2

.

.

.

.

fs1

.

.

.

.

Hakak tak pernah buat aksi planking gini !!

Nasib baik dapat anchor woman yang sado !!

Kaki tak mampu nak lurus !! Kahkahkahhhh !!

p4

.

.

.

.

Yeahh !! Menjadi !!!

p3

.

.

.

.

Berketul-ketul urat keluar!!  :))

p2

.

.

.

.

SisterMine dengan anak sedaranya …

p1

.

.

.

.

L.O.V ?

Aik ..

Woi !!!!! Apokobondo ekau buek tu SisterMine??!!

l3

.

.

.

.

Baru jadik !!

🙂
l2

.

.

.

.

Muuahhh cikit !!

iy2

.

.

.

.

Kokdiang kat sana nu !!

iy1

.

.

.

.

Jom posing lagi !!

Kahkahkahhhhh !!

Tetiba main tolak-tolak pulak!!!!

et2

.

.

.

.

Hari yang sungguh cerah dan berwarna-warni!!

We enjoyed it !!!

Gambar-gambar yang cantik-cantik ni Ms Vivian yang tolong ambilkan.

Thanks Vivian

ef3

.

.

.

.

Dah puas bermain dan bergambar ..

Jom balik!

Tapi !!

Tak boleh balik ke daratan dulu!

Air surut!

Bot tak boleh lalu!

Kita berehat dulu di Pulau Angsa ni..

Ada Rumah Api , ada rumah-rumah atas air , ada runtuhan Istana Hinggap kepunyaan Sultan Selangor yang musnah akibat kebakaran

ang1

.

.

.

.

Boleh juga siap-siap bawa ‘ picnic basket ‘ dan piknik di sini

Dalam bot Vivian ada tong ais . Ada mineral water percuma . Nak tumpang letak botol air yang kita bawak kita pun boleh .

Vivian sediakan juga sebungkus seorang nasi lemak daun pisang untuk semua orang.

Tapi kalau bawak ‘ picnic basket ‘ lagi layan !

Oh ya ..

Untuk ‘cat-people ‘ .. bawak lah juga makanan kucing sedikit sebanyak.

Ada banyak kucing kat sini.

Entah dari mana dan macam mana mereka ada kat sini dan membiak

Kesian pulak nengok .. sebab tak ada sangat lah sumber makanan mereka kat sini ..

Tangga jeti masih utuh . Jangan gentar ..

ang2

.

.

.

.

Ada juga tandas di sana. Di bilik nombor 4.

Tapi tangga dan jambatan ke sana agak reput . Kena jalan seorang demi seorang ..

Kita orang tak pergi sana lah tapinya .

ang3

.

.

.

.

Runtuhan resortnya ..

ang4

.

.

.

.

Kita orang piknik di atas puncak bukit

Ada pondok-pondok

Lama jugak kena tunggu di Pulau Angsa ni

Dalam dua jam

So .. Bawaklah apa apa yang patut .

Kalau ada tikar .. bawak .. boleh lelap mata sekejap kat sini ..

Memang layan ..

Angin sejuk je …

ang5

.

.

.

.

Pulau Angsa ini pernah menjadi lokasi untuk melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal

img_5149

.

.

.

.

Nun tu ialah Pelabuhan Klang

img_5148

.

.

.

.

Puas makan dan berehat .. tak juga pasang-pasang air laut ni !!

Jom gossip-gossip kat sini !

ang7

.

.

.

.

Ada tiram di batu-batu kat pulau ni

Kalau nak , Vivian boleh suruh orang carikan

Saya .. kalau makan tiram tu .. selicin dan lajunya tiram itu turun ke perut saya , selicin dan laju itulah jugak dia naik balik ke tekak karang!! :))

ang6

.

.

.

.

Inilah ‘ contact person ‘ nya

Ms Vivian

Dari Sky Mirror Enterprise

” Sori aa Kakak .. Kad dalam Bahasa Melayu dah habis ” dia kata..

No worry …. 🙂 Ok je kad ni ..

img_5257

.

.

.

.

Dewasa RM 70

Kanak-kanak RM 55

img_5256

.

.

.

.

Perjalanan balik naik bot ke daratan agak mencabar

Air tengah pasang .. maka bila bot melawan ombak tu .. melambung-lambung lah !

Basah balik badan !!

Dont worry . Dekat ‘meeting point ‘ tu ada Masjid Sungai Buloh

Boleh tumpang mandi dan solat di situ

Jangan lupa lak sedekah sedikit [ kita orang lupaaaa !! ] kat tabung masjid !

.

.

Orait ..

Habis cerita

Fun day

Ireng ..Tapi fun !!

:))

.

.

.

.

Trip Sky Mirror Sasaran terbaru ..

Klik bawah ni ..

https://drsinga.com/2019/02/21/sasaran-sky-mirror-2-0-2019/

img_7627

.

.

.

.

Dan ..

Ini yang paling terbaru …

March Equinox di Sasaran 2019

https://drsinga.com/2019/04/08/march-equinox-2019-sasaran-sky-mirror-3-0/

img_7632.

.

.

.