SUMATERA BARAT : PULAU – PULAU SUMATERA BARAT : #PADANGBUKANHANYAADABUKITTINGGI [ 1 ]
.
.
.
.
Awal tahun baru 2017
Kami kembara lagi
Tiket murah . RM 129 pulang pergi
Mula-mula bertiga je..
Later-later kawan saya ni , Encik Syed pun nak join
Boleh aje ….
Jom terbang ke Kota Padang lagi !!
Dengan ucapan …
” Padang bukan hanya ada Bukit Tinggi “
.
.
Empat-empat orang beria-ia beli seat
Nak duduk tepi tingkap
Tapi kannn .. Main beli je ..
Dapat laaaahhh seat ATAS kepak kapal terbang !!
Haiyaaaaa !!
Dua orang dudak kat belakang tu sedappp je ktik ktak ktik ktak ambik gambar !!
Yang kita ni ..
Ambikkk je laaa gambar kepak tu ya …
Rasanya itu Gunung Marapi ..
Tu pun lepas puas teleng ke belakang tumpang tingkap Dak GB kat belakang kita tu ..
.
.
.
.
Cantik tak sayap kapal terbang kita !! :))
.
.
.
.
Team #padangbukanhanyaadaBukitTinggi
Kita nak cari lagi tempat-tempat yang ‘ rare ‘ , yang tak ‘ main stream ‘
Masa tahun 2015 dulu dah datang dah Sumbar ni . Dah jumpa banyak tempat yang ‘ rare ‘ , yang tak ‘ main stream ‘
Ni nak cari lagi …
Ini lah team nya ..
Team Ungu
Dak Anash .. Yang bawak kapkek dan brownies yang sedappppp sangat !!
Boleh ajak dia ni travel selalu ni !!
Eh .. selalu dah ajak Dak Anash ni apa .. Dah tiga kali travel sama-sama ..
Jogja , Sri Lanka , Kali Ni
Dak GB .. Yang ni selalu travel sama-sama .
Dan yang kanan sekali tu .. Encik Syed .. Kawan fotografer kita orang
Baru pertama kali ikut kita orang
Jangan lak serik lepas ni ya… :))
- tetiba rasa nak pengkes je kaki budak GB tu !! :)) Dia ni.. bila orang hala je kamera kat dia .. otomatis kaki dia akan bersilang gitu !!!!
.
.
.
.
Untuk kali ini
Kita ambik khidmat Pa’Unchu jugak lagi
Kenapa ?
Sebab dia best .. 🙂
Korang gugel je nama Pa’Unchu ..
Atau kat FB : Pa’Unchu Aulia
Ramai orang Malaysia yang dia bawak puji dia…
.
.
.
.
Sesampai di Padang
Jom singgah lagi di Masjid Raya Sumatera Barat ni
Dulu , masih tak siap sangat lagi
.
.
.
.
Kali ni dah banyak yang dah siap
Masih tak siap sepenuhnya tapi ..
Bumbungnya beratap bentuk gonjong bersegi empat
Melambangkan peristiwa semasa perbalahan antara puak Quraisy berebut hendak meletakkan Hajaral Aswad kembali ke Kaabah
Lantas Nabi Muhammad [ SAW ] menyelesaikan perbalahan dengan meletakkan Hajaral Aswad di atas sebidang kain , dan ketua-ketua puak
Quraisy itu bersama-sama mengangkat Hajaral Aswad dengan memegang bucu kain tersebut
.
.
.
.
Walaupun belum berapa siap , dewan solatnya telah boleh digunakan ..
.
.
.
.
Zoom sikit pada ukirannya ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Encik Syed tengah khusyuk mencari angle
Dia siap masuk ke dalam masjid lagi ngambik gambar
.
.
.
.
Kejap tak ada ..
.
.
.
.
Taraaaa ..
Keluar lak dia !!
.
.
.
.
Dia adalah sangat mahir selpie -men-selpie ni..
.
.
.
.
Banjaran Barisan kat sana tu
.
.
.
.
Nampak jugak sebuah gunung !!
Gunung Tandikek ..Orang Minangkabau panggil
Gunung Tandikat
Gunung berapi yang tidak pernah meletus lagi setakat ini
.
.
.
.
Dari Masjid Raya
Kita ke tepian pantai Kota Padang
Dulu tak ada lagi benda alah macam ni , ni
Sekarang dah banyak dah kat mana-mana
Hatta dekat atas Rinjani sana pun ada ..
.
.
.
.
Pelik lak macamana jadik 602,128 km
Bukak Google Map , dalam 600-700 km je ke Kuala Lumpur …
.
.
.
.
Lautan Hindi tu ..
.
.
.
.
Ok
Untuk kembara kali ini yang hashtagnya PadangbukanhanyadaBukitTinggi ..
Kita ke pulau-pulau di Padang !!
Naik bot dari Tintin Homestay /Losmen di Teluk Bungus
Ke pesisir pantai Padang
Siap sedialah untuk terbakar ya !!
.
.
.
.
Kita ke Muaro Duo
Ke Jophira TinTin
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini bukannya pulau sebenarnya
Tapi satu teluk
Yang tak dapat dicapai dengan jalan darat
Pantainya bersih , pasirnya aluih
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Plumeria alba
.
.
.
.
Apo kobondo ekau buek tu ??!
Haaa …
Air sofa ..
Ini proses mengemasnya ..
Apa yang penting ??
Kerja sama !!!
.
.
.
.
Ini cara mengembangkannya ..
Dan cara duduk nya ..
Best sangat benda alah ni !!
Kalau baring atas tu..
Pehh… Santai sangat !!!
.
.
.
.
Laut sangat tenang masa ni ..
.
.
.
.
Tu pondok nya ..
Ada bilik air
Ada listrik . Ada kipas
Listrik guna generator
Air guna pam guna generator
Ada masa-masanya pam tak boleh sedut air sebab tak cukup power
Ada kejadian-kejadian kekurangan air berlaku … Semua mandi lah tapinya akhirnya …
.
.
.
.
Bilik yang sangat alami ..
Katil buluh
Kita sewa dua bilik je
Yang ni share bertiga
Muat ya katil king size ini untuk 3 orang!
Boleh je tambah extra bed tapi macam sempit lak karang ..
.
.
.
.
Friendly hosts , tempat tenang je.
Masak pun sedappp !
Ambik gambar dari blog En Syed .. Boleh eh ??!! 🙂
Trip kali ni saya saaangat malas nak ambik gambar ..
Rasa nak relax je .. Sampai lah Encik Syed tegur ..
Makan tengahari yang sedap sangat!!
.
.
.
.
Makan-makan , siap-siap .. Jom kita naik bot balik!
Kita jelajah pulau pulak !!
First stop .. Pulau Pagang
.
.
.
.
Jernih sangat airnya !!
Macam-macam hues of blue ada !!
Sebijik kentang berjaya dibuat di sini ..
.
.
.
.
Jernih sangat !
Boleh nampak landak laut
Nampak sotong loner , berenang ke sini sana .. Cari kawan kot ..
Pakkal lah geng #PadangbukanhanyaadaBukitTinggi ni bukan kaki main air ..
.
.
.
.
Nun kat belakang sana tu Pulau Pamutusan
Bukan pulau sebenarnya
Satu tanjung yang menganjur ke laut
Bila air pasang , beting pasir itu akan tenggelam , maka tanjung itu akan mendadi Pulau Pamutusan
Boleh panjat bukit tu untuk satu pemandangan matahari terbenam yang indah ..
Kita tak tunggu sampai matahari turun tapi..
Dan jugak masa ni langit sangatlah mendung ..
.
.
.
.
Pasirnya aluih bak tepung !
Bunga Beach Hibiscus
.
.
.
.
Mana ntah karangan laut ni.
Memang dah kutip nak bawak balik , hilang tapi
.
.
.
.
Korang pernah main tak? .. main tenung-tenung gini ..
Siapa yang kelip mata dulu dia kalah …
Kat belakang depa tu ialah Pulau Pamutusan
Daratan – beting pasir -tanjung . Jelas nampak dari sini
Macam putus tiba-tiba …
.
.
.
.
Boleh jugak nak sewa tenda kat sini ..
Encik Syed dah debor dah masa saya bincang nak ke pulau dan boleh sewa tenda .. Kihkihkih…
Dia tahu puak ni kalau travel bangsa tak kisah travel-tidur kat mana pun…
Kita pun kata pada Encik Syed .. tenang aja Pak .. Tidak tidur di tenda kali ni … 🙂
.
.
.
.
Best kalau lepak lepak kat tepi pantai ni ..
.
.
.
.
.
.
.
.
Gerak pulak ke Pulau Pamutusan tu jom ..
Inilah beting pasirnya
Sana tu Pulau Pagang
.
.
.
.
Langit dah mula gelap
Laut dah mula bergelora
Jom belayar balik!
Segera !!
.
.
.
.
Hah !!
Nengok tu !!
Gitu lah tinggi dan ganasnya ombak !!
Masa ni semua dah cuak beb !! Pegang tiang dan palang tempat duduk sekuat-kuatnya !
Semua dok doa dalam hati
Macam-macamlah doa yang keluar !!
[ Ni gambar ombak masa hari esoknya masa nak balik.. Gambar oleh Dak Ana ]
[ Tapi ginilah tingginya ombak tu petang tu ..]
.
.
.
.
Satu lagi resort / penginapan
Susah nho nak ingat mana pulau ni..
Jap nak cari maknanya ..
Suwarnadwipa
Pulau Emas (nama untuk Pulau Sumatra pd zaman dulu); Suwarnabumi
Ohhh ..
Kita dah gugel..
Resort kat sini macam best je
Patutlah nampak ramai bule dan lokal bersidai kat tepi pantai kat situ ..
.
.
.
.
Masa dalam perjalanan balik
Singgah kejap kat tepian pulau ni
Pulau Pasumpahan
“Konon ceritanya pulau ini dipercaya warga sekitar merupakan jelmaan Malin Kundang yang disumpah (dikutuk) ibunya menjadi batu.
Penduduk meyakini bahwa Malin Kundang dikutuk menjadi batu di pulau ini karena terkait nama ‘pasumpahan’. ” Dipetik dari satu blog
Kenapaaa lah nak sumpah jadik batu .. Sumpah lah jadi emas ke , berlian ke …platinum ke .. takungan minyak dalam laut ke …
.
.
.
.
Boleh jugak kalau nak menginap kat sini ..
.
.
.
.
Sessi ‘ talk show ‘ pagi pagi sambil sarap
Pa’Unchu mangsanya pagi tu
Malam sebelumnya .. best sangat duduk-duduk kat sini , sambil bersoal jawab dalam sessi ‘ talk show ‘ Encik Syed tu ..
:))
.
.
.
.
Kawan ‘ Surfer Friend ‘ kita
.
.
.
.
Ok dah ..
Jom balik ke daratan
Tu Gunung Tandikek
.
.
.
.
Cantiknya airnya !!
.
.
.
.
Ni alamat dan nombor telefonnya kalau nak ke sana ..
.
.
.
.
Rumah tepi-tepi landasan keretapi je ..
.
.
.
.
Oh OK !!!
Dah nampak Gunung Marapi nya!!
Salah satu tujuan utama kita ..
.
.
.
.
SubhanaAllah..
Cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
biru sangat airnya !!
Pasir dia memang aluih macam bedak baby!
Betullah.. rileks sikit kali ni punya trip. Amik gambar banyam pun tak sebanyak biasa. Satu memori kad je pakai. Kagum ah!
banyam tu bayam ? bayam hijau ke merah..?
eh
Rasanya sebab di sana mereka guna punctuation mark comma (,) instead of dot (titik perpuluhan). Jadi rasanya betul la 600 km tu.
Waa.. suka betul saya foto doc of the papan signboards yang di frame dengan daun-daun pokok tu!
Hehe.. it was the least I could do. Tapi saya tak reti la how to fold that air sofa tu.. macam complicated… hehehe..
I think memang good idea sgt bawak sofa tu especially kalau di tepi pantai. Santai. Also senang nak isi anginnya kalau di pantai :).
Kalau doc, atau GB atau Anna nak any of my photos, ambik je. Kalau nak saya email yg original pun boleh :).
Jernih la sangat laut situ! You are right, the different hues are so awesome! Mesmerizing sgt! SubhanAllah.
Hahahaha… jgn buk tiduran dalam tenda. Nggak bisa lelap.. hehehe…
Tengok foto dalam bot ombak kuat tu, saya teringat GB’s respon when I told her about seorang ibu yg dlm sama bot dgn kita tu sedang berdoa.. hehehe.
I missed our talk shows.. hehehehe…
Tak sangka dapat berkenalan dengan someone yang kenal seorang surfer yang surfing di Hawaii… uwahhh! Hehehehe…
oh.. betullah kalau macam tu kan? dalam 600 lebih km
kat sini
kalau nak kembangkan air sofa tu..letak depan kipas .. kehkehkehhh
hahahaahah baca komen aabang am lawak aaaaa.
eh silap komen
selfie nampak jerawat sendiri huhu
chop..nak pinjam gambar ayu celah tiang tu ek?
kepak kapalterbang hahaha ok jgn ambik no 19,20,21 tau
rasanya bukan KM patut M sahaja klu guna 600,000 amount kan? kan?
(tekan tekan kalkulator lagi laju)
pinjam kalkulator! nak kira jerawat
Wah menarik ni..tetiba terselit kumbang seekor di kelilingi bunga2…wallaweii…..
kumbang comel 🙂