TRIP SST [ SAYA SUKA TREN ] : HUA HIN KE BANGKOK

.

.

.

.

Dah puas rehat , kita keluar cari makan pulak di bandar Hua Hin ni ..

Lapor dah ni !!

Ada night Market every night

Ikut je Google Map tu

See … I told you

Heppening sangat bandar Hua Hin ni malam-malam !

.

.

.

.

Ada baca kat blog mana ntah  , ada gerai yang jual makanan Halal di Night Market ni

Tapi penulisnya pun tak tahu nak describe kat mana gerainya ..

Kita main redah je lah ..

InsyaAllah .. Ada rezeki jumpa

.

.

.

.

Banyak jual barangan sebenier kat Night Merket ni

.

.

.

.

Udang Kara pun ada

Tak berani pulak tanya harganya ..

Bukan nak makan pun kan ,,,

.

.

.

.

Tak jumpa pulak gerai Halal

Kita bukak balik lah Google cari Halal Food Near Me

Jumpa kedai Hua Hin Beach Seafood

Ikut je lah arah kat map tu

.

.

.

.

Tak sampai jugak ke kedai yang dituju

Untuk kali ke dua nya.

Sampai ke kedai ni

Bombay something ..

Halal jugak

Muka tengah fonkius pasal cari kedai tak jumpa dah jumpa kedai lain dan nak order nak makan apa ..

.

.

.

.

Lepas makan

Borak-borak dengan Tuan Punya Kedai baru lah paham

Kedai Seafood yang kita orang nak pergi tu sebelah kedai dia ni .Tengah renovate . Ni ha sign board nya ..

.

.

.

.

Nama kedai yang kita orang singgah ni namanya Royal Indian Food

Pun Halal jugak ..

Sebelah menyebelah

Maka nya kedai sea food tu numpang kat masak kat Royal Indian Food sementara kedai nya siap ..

.

.

.

.

Nak tempah baju pun buleh dekat sini

Siap dalam sehari dua je

.

.

.

.

Ok

Jom balik bilik

Kita berkemas nak balik ke Bangkok malam ni .!

Old skool sungguh pintu bilik kat Victor Guest House ni !

Kau nak masuk kena langkah bendul tu dulu tau !

Ni baru betul langkah bendul

Hahahhaa.. Pernah dengar pasal langkah bendul ?

Kalau sesiapa yang nak kawen dengan  Bangsa Johor , kena pulak langkah bendul , dimintak pulak serba satu .. nangis tau !!

.

.

.

.

Jom menapak ke Stesen Keretapi Hua Hin

Ada dalam 1-2 km rasanya

No hal je bagi kita orang ..

Perut dah kenyang ! Tenaga dah penuh .

.

.

.

.

Mata dia masih besar lagi masa ni .. :))

.

.

.

.

Stesen Hua Hin adalah stesen keretapi tercantik di Thailand ni ..

.

.

.

.

Nah

Jadual keretapi dari Bangkok ke Selatan

Southern Line

Sampai ke Su Ngai Kolok , Padangbezar

.

.

.

.

Ke Bangkok

Kita orang akan naik keretapi no 174 tu

Dia dari Na Khon Sithamarat ke Bangkok

Tumpang naik dari Hua Hin ni

Tiket boleh beli on-line

Boleh jugak beli on the spot kalau ada tiket

Kaunter tiket kat Hua Hin ni bukak 24 jam

Kiita orang beli on line , sebab takut tiket untuk berth habis

Nanti dapai seat 2nd class je. Tak ada ekon . Kerusi biasa

Hilang lah gist , hilang lah the main reason untuk Trip SST ni ..

~ To enjoy travelling by train in Thailand

.

.

.

.

Sampai sini sangat awal

Over estimate

Ada sejam lebih lagi keretapi nak sampai

Tren 174 pukul 00:45 nanti

Apo lah den nak buek kek sini lamo-lamo ni ….

.

.

.

.

Jalan-jalan keliling stesen lah jawab nya …

.

.

.

.

Ini sejarah nya ..

.

.

.

.

Tahun 19 11 lagi dah ada dah stesen ni

.

.

.

.

.

.

.

.

Ada buku

Buku Pelawat kah ?

Sain je lah …

:))

.

.

.

.

Ada kepala keretapi lama

.

.

.

.

Dak Iyra dah ngantuk sungguh

Dah tak larat dah nak merayau.

Baru pukul 11 lebih masa ni

ETA tren 00:45

Dan bila tanya kat kaunter , orang tu kata delay 20 minit .

Huaaaaaa ….

Lama nya lagiii ..

.

.

.

.

Kita orang keluar awal dari hotel sebab takut nak jalan kaki ke stesen kalau malam sangat

Kalau setakat pukul 11 lebih tu masih happening lagi Hua Hin ni

Banyak Mat dan Minah Saleh bersidai minum-minum

Banyak Minah Siam murahan tengah sibuk mengayat Mat Saleh nak ehem ehem ..

Bak kata Dak Iyra ..

Kak !! Tak cantik !! Muka Sepah je ! Tergedik-gedik ngoda Mat Saleh tu

Dasar murahan … :))

Sungguh ! Memang tak cantik !! Bahahahhahahaaaaaaaa

Pondan Siam lagi cantik !!

.

.

.

.

Jom merayau lagi ..

.

.

.

.

The Royal Pavilion

Dulu-dulu King yang turun ke Hua Hin naik tren akan turun atau menunggu ketibaan tren di pavilion ni lah ..

Hakak jalan lah ke depan sana sikit nak ngambik gambor lagi

Tetiba rasa keseraman pulak :))

.

.

.

.

Dua stesen sebelum dan selepas Hua Hin

.

.

.

.

Ada satu setengah jam lagi ni beb..

Nak buat apa ni ..

.

.

.

.

Tidur lah jawab nya …

.

.

.

.

Paksa jugak Dak Iyra yang tak buleh bukak mata tu bangun jalan kat trek ngambik gambar Hakak !!

.

.

.

.

.

.

.

.

Ol skool sangat !!

.

.

.

.

Nyamuk banyak yak amat !

Insect repellent tak bawak

Bawak minyak serai wangi . Lumur segala kawasan ..

Bahahahaahaaa.. Padan muka kau nyamuk !!

Mujarab sungguh ! Nampak nyamuk-nyamuk yang nak landing tu buat U-Turn tak jadik nak geget

Macam kebanyakan statement Kerajaan Pakatan Harapan

Bahahahhahahaaaaaaaaaaaaaa

.

.

.

.

Tren dari Bangkok ke Selatan dah sampai

Station Master akan bangun , goyang loceng .. Untuk memaklumkan pada semua orang

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Memang nyaman jugak di Hua Hin ni.

Patut lah King depa suka ke sini

.

.

.

.

Tren kita orang dah sampai !!

.

.

.

.

.

.

.

.

Masa masuk gerabak , tunjuklah tiket pada sorang Mamat Thai ni

Dengan mata selepetnya baru bangun terjaga dari tidor dok prung prang pak kap kup cakap Siam hapakebenda ntah dengan kita orang

Tunjuk-tumjuk suruh masuk dalam

Then sambung lagi membebel-bebel cakap Siam

Baru nak sibuk kemas kan katil kita orang

Dah macam ada orang guna dan tidur kat situ , dia membebel sebab kena bangun kemas kan lah kot

Dah kerja kau kan … Dan memang dah tahu akan ada penumpang naik dari Hua Hin .. Siap kan lah dari awal..

Halu Stesen Master !! Marah ini orang !!

Last last nengok kita orang blankly staring kat dia , baru dia tanya .. No Thailand ? English ?

Ha .. Of koz lah ..

Ada muka Siam ke kita orang ni ?

Er… Baahahhahaaaaaaaaaa

Memang lah ada kan .. Serumpun .. Lain lah kalau muka Dak Iyra macam Kajol ke , mesti tak fonkius dia ..

Memekak je dia sampai orang lain pun terbangun !

Kesian orang lain .. Terpisat-pisat terbangun!

Gini lah keadaan gerabak kita orang

Semua dah masuk sarang ..

.

.

.

.

Dak Iyra of koz lah kena tidoq kat atas …

Masa ni mata dia memang dah tak larat nak bukak lagi dah !!

Hakak sangat segar tapi !

.

.

.

.

Dah macam zombie dah dia..

Tak bercakap ..

Aku cakap apa pun dia dah tak dengar dah !! :))

Rebah je kepala terus berlayar

.

.

.

.

Ni ha harga tiketnya

Berth atas murah sikit dalam rm 10 rasanya ..

Masuk sarang ..

Secure kan barang berharga , pakai stokin , bukak shawl , make my self comfortable ..

Tutup mata ..

Tak boleh tidur lah pulak !!

Puas baca 3 Qul , Ayat Kursi , Al Mulk , Ad Dukhan , As Sajadah [ banyak fadhilatnya ya baca surah-surah ni sebelum tidur .. ] pun masih tak boleh tidur

Dok layan lah bunyi roda keretapi lalu atas sleeper trek

Soothing sungguh

Sampai lah tertidur !!

This is one of the reason saya suka naik keretapi lama dan lama-lama gini..

Bunyi roda dan sleeper tu .. Dan bunyi siren nya bila sampai di pertembungan jalanraya ..

Soothing .. Mendodoi ..

.

Hua Hin – Bangkok ni ada dalam 4.5 ke 5 jam gitu ..

Dalam setengah jam nak sampai Bangkok , Mamat Siam tadi dah mula memekak lagi !

Hadoi laaaaa .. Kali ni memang rasa nak baling je kasut kat dia !! Tengah sedap sangat tidor masa tu !

Kali ni sebab nak kejut semua orang ..

Sebab nak bukak balik berth-berth tadi , nak jadikkan kerusi balik ..

Gini ..

.

.

.

.

Dan gitu ..

.

.

.

.

ETA Bangkok dalam pukul 5:10 pagi

Tapi sebab dah delay , dalam pukul 6 baru sampai Hua Lamphong

Masa ni dah mula pikir Plan B , C , D , sampai Z dah

Sebab cuma ada masa 1 jam je nak terkedek-kedek check in ke Hostel , mandi , kencing , berak , makan , dan lari balik ke Hua Lamphong untuk Trip SST seterusnya !

Sempat tak ??! Patutnya ada dua jam !

Hadoi laaaaaa …

.

.

.

.

Total langkah kaki untuk hari ke2 Hua-Hin-Bangkok

.

.

.

.