TRIP SST [ SAYA SUKA TREN ] : HUA HIN KE BANGKOK
.
.
.
.
Dah puas rehat , kita keluar cari makan pulak di bandar Hua Hin ni ..
Lapor dah ni !!
Ada night Market every night
Ikut je Google Map tu
See … I told you
Heppening sangat bandar Hua Hin ni malam-malam !
.
.
.
.
Ada baca kat blog mana ntah , ada gerai yang jual makanan Halal di Night Market ni
Tapi penulisnya pun tak tahu nak describe kat mana gerainya ..
Kita main redah je lah ..
InsyaAllah .. Ada rezeki jumpa
.
.
.
.
Banyak jual barangan sebenier kat Night Merket ni
.
.
.
.
Udang Kara pun ada
Tak berani pulak tanya harganya ..
Bukan nak makan pun kan ,,,
.
.
.
.
Tak jumpa pulak gerai Halal
Kita bukak balik lah Google cari Halal Food Near Me
Jumpa kedai Hua Hin Beach Seafood
Ikut je lah arah kat map tu
.
.
.
.
Tak sampai jugak ke kedai yang dituju
Untuk kali ke dua nya.
Sampai ke kedai ni
Bombay something ..
Halal jugak
Muka tengah fonkius pasal cari kedai tak jumpa dah jumpa kedai lain dan nak order nak makan apa ..
.
.
.
.
Lepas makan
Borak-borak dengan Tuan Punya Kedai baru lah paham
Kedai Seafood yang kita orang nak pergi tu sebelah kedai dia ni .Tengah renovate . Ni ha sign board nya ..
.
.
.
.
Nama kedai yang kita orang singgah ni namanya Royal Indian Food
Pun Halal jugak ..
Sebelah menyebelah
Maka nya kedai sea food tu numpang kat masak kat Royal Indian Food sementara kedai nya siap ..
.
.
.
.
Nak tempah baju pun buleh dekat sini
Siap dalam sehari dua je
.
.
.
.
Ok
Jom balik bilik
Kita berkemas nak balik ke Bangkok malam ni .!
Old skool sungguh pintu bilik kat Victor Guest House ni !
Kau nak masuk kena langkah bendul tu dulu tau !
Ni baru betul langkah bendul
Hahahhaa.. Pernah dengar pasal langkah bendul ?
Kalau sesiapa yang nak kawen dengan Bangsa Johor , kena pulak langkah bendul , dimintak pulak serba satu .. nangis tau !!
.
.
.
.
Jom menapak ke Stesen Keretapi Hua Hin
Ada dalam 1-2 km rasanya
No hal je bagi kita orang ..
Perut dah kenyang ! Tenaga dah penuh .
.
.
.
.
Mata dia masih besar lagi masa ni .. :))
.
.
.
.
Stesen Hua Hin adalah stesen keretapi tercantik di Thailand ni ..
.
.
.
.
Nah
Jadual keretapi dari Bangkok ke Selatan
Southern Line
Sampai ke Su Ngai Kolok , Padangbezar
.
.
.
.
Ke Bangkok
Kita orang akan naik keretapi no 174 tu
Dia dari Na Khon Sithamarat ke Bangkok
Tumpang naik dari Hua Hin ni
Tiket boleh beli on-line
Boleh jugak beli on the spot kalau ada tiket
Kaunter tiket kat Hua Hin ni bukak 24 jam
Kiita orang beli on line , sebab takut tiket untuk berth habis
Nanti dapai seat 2nd class je. Tak ada ekon . Kerusi biasa
Hilang lah gist , hilang lah the main reason untuk Trip SST ni ..
~ To enjoy travelling by train in Thailand
.
.
.
.
Sampai sini sangat awal
Over estimate
Ada sejam lebih lagi keretapi nak sampai
Tren 174 pukul 00:45 nanti
Apo lah den nak buek kek sini lamo-lamo ni ….
.
.
.
.
Jalan-jalan keliling stesen lah jawab nya …
.
.
.
.
Ini sejarah nya ..
.
.
.
.
Tahun 19 11 lagi dah ada dah stesen ni
.
.
.
.
.
.
.
.
Ada buku
Buku Pelawat kah ?
Sain je lah …
:))
.
.
.
.
Ada kepala keretapi lama
.
.
.
.
Dak Iyra dah ngantuk sungguh
Dah tak larat dah nak merayau.
Baru pukul 11 lebih masa ni
ETA tren 00:45
Dan bila tanya kat kaunter , orang tu kata delay 20 minit .
Huaaaaaa ….
Lama nya lagiii ..
.
.
.
.
Kita orang keluar awal dari hotel sebab takut nak jalan kaki ke stesen kalau malam sangat
Kalau setakat pukul 11 lebih tu masih happening lagi Hua Hin ni
Banyak Mat dan Minah Saleh bersidai minum-minum
Banyak Minah Siam murahan tengah sibuk mengayat Mat Saleh nak ehem ehem ..
Bak kata Dak Iyra ..
Kak !! Tak cantik !! Muka Sepah je ! Tergedik-gedik ngoda Mat Saleh tu
Dasar murahan … :))
Sungguh ! Memang tak cantik !! Bahahahhahahaaaaaaaa
Pondan Siam lagi cantik !!
.
.
.
.
Jom merayau lagi ..
.
.
.
.
The Royal Pavilion
Dulu-dulu King yang turun ke Hua Hin naik tren akan turun atau menunggu ketibaan tren di pavilion ni lah ..
Hakak jalan lah ke depan sana sikit nak ngambik gambor lagi
Tetiba rasa keseraman pulak :))
.
.
.
.
Dua stesen sebelum dan selepas Hua Hin
.
.
.
.
Ada satu setengah jam lagi ni beb..
Nak buat apa ni ..
.
.
.
.
Tidur lah jawab nya …
.
.
.
.
Paksa jugak Dak Iyra yang tak buleh bukak mata tu bangun jalan kat trek ngambik gambar Hakak !!
.
.
.
.
.
.
.
.
Ol skool sangat !!
.
.
.
.
Nyamuk banyak yak amat !
Insect repellent tak bawak
Bawak minyak serai wangi . Lumur segala kawasan ..
Bahahahaahaaa.. Padan muka kau nyamuk !!
Mujarab sungguh ! Nampak nyamuk-nyamuk yang nak landing tu buat U-Turn tak jadik nak geget
Macam kebanyakan statement Kerajaan Pakatan Harapan
Bahahahhahahaaaaaaaaaaaaaa
.
.
.
.
Tren dari Bangkok ke Selatan dah sampai
Station Master akan bangun , goyang loceng .. Untuk memaklumkan pada semua orang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Memang nyaman jugak di Hua Hin ni.
Patut lah King depa suka ke sini
.
.
.
.
Tren kita orang dah sampai !!
.
.
.
.
.
.
.
.
Masa masuk gerabak , tunjuklah tiket pada sorang Mamat Thai ni
Dengan mata selepetnya baru bangun terjaga dari tidor dok prung prang pak kap kup cakap Siam hapakebenda ntah dengan kita orang
Tunjuk-tumjuk suruh masuk dalam
Then sambung lagi membebel-bebel cakap Siam
Baru nak sibuk kemas kan katil kita orang
Dah macam ada orang guna dan tidur kat situ , dia membebel sebab kena bangun kemas kan lah kot
Dah kerja kau kan … Dan memang dah tahu akan ada penumpang naik dari Hua Hin .. Siap kan lah dari awal..
Halu Stesen Master !! Marah ini orang !!
Last last nengok kita orang blankly staring kat dia , baru dia tanya .. No Thailand ? English ?
Ha .. Of koz lah ..
Ada muka Siam ke kita orang ni ?
Er… Baahahhahaaaaaaaaaa
Memang lah ada kan .. Serumpun .. Lain lah kalau muka Dak Iyra macam Kajol ke , mesti tak fonkius dia ..
Memekak je dia sampai orang lain pun terbangun !
Kesian orang lain .. Terpisat-pisat terbangun!
Gini lah keadaan gerabak kita orang
Semua dah masuk sarang ..
.
.
.
.
Dak Iyra of koz lah kena tidoq kat atas …
Masa ni mata dia memang dah tak larat nak bukak lagi dah !!
Hakak sangat segar tapi !
.
.
.
.
Dah macam zombie dah dia..
Tak bercakap ..
Aku cakap apa pun dia dah tak dengar dah !! :))
Rebah je kepala terus berlayar
.
.
.
.
Ni ha harga tiketnya
Berth atas murah sikit dalam rm 10 rasanya ..
Masuk sarang ..
Secure kan barang berharga , pakai stokin , bukak shawl , make my self comfortable ..
Tutup mata ..
Tak boleh tidur lah pulak !!
Puas baca 3 Qul , Ayat Kursi , Al Mulk , Ad Dukhan , As Sajadah [ banyak fadhilatnya ya baca surah-surah ni sebelum tidur .. ] pun masih tak boleh tidur
Dok layan lah bunyi roda keretapi lalu atas sleeper trek
Soothing sungguh
Sampai lah tertidur !!
This is one of the reason saya suka naik keretapi lama dan lama-lama gini..
Bunyi roda dan sleeper tu .. Dan bunyi siren nya bila sampai di pertembungan jalanraya ..
Soothing .. Mendodoi ..
.
Hua Hin – Bangkok ni ada dalam 4.5 ke 5 jam gitu ..
Dalam setengah jam nak sampai Bangkok , Mamat Siam tadi dah mula memekak lagi !
Hadoi laaaaa .. Kali ni memang rasa nak baling je kasut kat dia !! Tengah sedap sangat tidor masa tu !
Kali ni sebab nak kejut semua orang ..
Sebab nak bukak balik berth-berth tadi , nak jadikkan kerusi balik ..
Gini ..
.
.
.
.
Dan gitu ..
.
.
.
.
ETA Bangkok dalam pukul 5:10 pagi
Tapi sebab dah delay , dalam pukul 6 baru sampai Hua Lamphong
Masa ni dah mula pikir Plan B , C , D , sampai Z dah
Sebab cuma ada masa 1 jam je nak terkedek-kedek check in ke Hostel , mandi , kencing , berak , makan , dan lari balik ke Hua Lamphong untuk Trip SST seterusnya !
Sempat tak ??! Patutnya ada dua jam !
Hadoi laaaaaa …
.
.
.
.
Total langkah kaki untuk hari ke2 Hua-Hin-Bangkok
.
.
.
.
uiii cantik stesen keretapi hua hin, aku tgk iyra ngantuk, jangkit plak ngantuk dah ni….huhuhuhu
owhhhh tempat tido tu tukar eh jadi tempat duduk
pagi pagi buta nak layan dia bercakap memang last last aku bercakap sendiri lah.. :))
sis boleh tahu tak laman web mana sis beli online train dari hua hin ke bangkok
hai cikpea ..
saya beli dekat website ni ..
http://www.railway.co.th/main/index_en.html
kena register dulu lah tapi ..
klik dekat southern line tu . pilih bangkok-hua hin
then pilih coach / berth
Jalan kaki je 1,2 km? Hebat! Respect! Beg tak berat ke doc?
Kebosanan sampai tahap boleh perhati nyamuk buat U-turn.. hehehehe
Another in wishlist.. naik overnight train… long for the soothing sound like you experienced…
So got bantal, selimut ada ke? Ke tak payah selimut? Tren ni air con kan? Toilet dia ok tak? Ada F&B counter ke? Curious nak tau.. hehe.
tak jauh sangat tu bagi kita orang …hehehhehe
beg dala 6 kg je..
abd suhu hua hin dalam 25 degree. nyaman.. tak peluh ketiak.. kira ok lah lagi 1.2 km tu
meh nak suggest .. dari padang besar ke bangkok
dari bangkok ke chaing mai
dari hanoi ke sa pa
🙂
bantal ada
selimut ada
ada ekon
toilet nampak ok toilet duduk ada paip air. tak pergi tapi.f&b tak tahu. rasanya macam tak ada
salam hai, blh tau x berapa harga tiket dri hua hin ke bangkok tu?
Waalaikumsalam
Jap
Ada kat tiket tu
482 Baht
ya Allah sy tengok ade dekat 10x…x perasan langsong harga…kat atas rumanya….tq….klu blh tau mcm mna ya nk bli online?
Jap
Ada dekat one of the comments kat atas tu😁
http://www.railway.co.th/main/index_en.html
salam, ade ke train 1st class ke sana?
Ada
http://procurement.railway.co.th/checktime/checktime.asp?lenguage=Eng
assalamualaikum, maaf ganggu, cuma saya tk berapa faham tengok jadual train ni. nak tanya, kalau dari railway station huahin ke bangkok, untuk tket petang, ambik departure dari HUAHIN – BANGKOK , no train nya 192 ke?
Hai Nadia
Ya
912
15:37 hrs
Hua Hin to Bangkok
Ada website Thairailway dekat one of the reply👆tu
Boleh check dekat situ jugak takut ada perubahan
Sebab trip ni last year
assalam maaf ganggu lagi skli, saya dah cek dah website railwaysthai tu, saya nak naik dari huahin, tp bila masuk details untuk beli tiket tu kan, takda pun situ dia tulsi huahin dkt origin tu, macam mana ye ?boleh bg saya email atau fb ke untuk saya contact dgn awak? nak pergi 2/2/20 ni harap dpt bantu 😦
kejap saya email nadia