TRIP SST [ SAYA SUKA TREN ] THAILAND : BUNGA MATAHARI LOPBURI

 

.

.

.

.

Sambungan dari cerita nak Onyo Mark Geset GoExplorace 1 jam untuk cari hostel , mandi , kencing , berak ,makan, kemas barang , berlari balik ke Hua Lamphong tu ..

Hahahhaaa ..

Nak sangat grand adventure kan …. 🙂 Jom lari !!!!!!!!!!

Hari ini kami nak ke Lopburi

Nak cari ladang bunga matahari !!

.

.

.

.

Dah book Chic Hostel

Dekat je dengan Hua Lamphonng Train Station ni

Jalan kaki je .. 300-400 meter je !

Jom pecut !!!!

Sempat jugak bukak Kitab Lunyai

Cari Plan B , C ,C(i) dan seterusnya …

Kita orang nak cuba kejar tren No 111 tu . Pukul 7 pagi

Kalau tak sempat terpaksa lah ambik tren No 7 tu . Pukul 8:30 pagi . Lambat lah sampainya tapi . Dan mahal sikit banyak

.

.

.

.

Alhamdulillah sempat settle segalanya dan berlarian kembali ke Hua Lamphong

Beli tiket . Kalau nak senang berurusan tak macam Ayam dan Itik , pergi ke kaunter untuk ‘ foreigner’ . Kaunter belah kiri kalau masuk dari pintu masuk utama

Tiket murah aje . BHT 50

Mintak seat . Angguk

Tanya platform . Angguk . Seven . Dia kata

Berlarian lah kami ke Platform 7 . Sampai-sampai nengok tak ada pun keterapi menunggu . Takkan lah dah tertinggal tren . Jam baru 6:55 pagi

Tanya mamat-mamat yang dekat situ . Angguk Ayam Itik . Angguk Ayam Itik

Last-last ada seorang Mamat ni ajak ikut dia . Ke Platform 1 . Rupa-rupanya Tren ke Lopburi kat situ !

Dan dah start jalan dah !!! Station Master dah angkat bendera Hijau ! Haiyooooooooo !!

Station Master nampak kita orang berlarian , check tiket , terus capai waklie talkie , angkat bendera merah dia , contact orang yang pegang bendera Hijau atas keretapi , terus dia tukar jadik bendera merah dan drebar pun nampak dan slowkan keretapi agar kita orang dapat kejar !!

Kahkahkahhhhhhhhhh !!

Sangat drama Tamil I tell you !!

Berlarian saya dan Dak Iyra kejar !! Keretapi masih berjalan , perlahan tapi

Sib baik bawak beg kecik je ! Kalau bawak beg anak tenuk tu pasti dah pancit dah !! :))

Maka nya kita orang dapat kejar !!!

Then satu hal pulak nak cuba naik tangga keretapi yang tengah bergerak pulak !! Kahkahkahhhhhhhh

Alhamdulillah dapat panjat !

Dan selamat naik !!

Adventure sangat kan !!!!

Ni lah tiket nya yang kununnya seat tu

Hampeh .. Sah tak paham aku cakap apa .

Tiket Standee jugak diberinya .. Standee ni maknanya kau cepat kau dapat kerusi . Kalau orang ramai , seat penuh , kau berdiri je lah 3 jam akan datang ni nanti

Ada tiket untuk second class . Dapat numbered seats . Dalam rm15 gitu . Kita orang nak beli yang tu lah ..

Dah huru hara nak kejar masa tadi main percaya je cakap mamat tu .. Dapat tiket standee je

.

.

.

.

Inilah gerabak keretapinya ..

Seat 3+2 gini

Duduk mengadap

Dah nampak dah ramai yang pakai shawl , tudung

Sah Orang Malaysia .. Maka nya boleh lah nanti share-share transport kat Lopburi nanti dengan depa

Tu tugas Dak iyra . Hakak ni kan Social Introvert kahkahkahhh .. Sangat … :))

.

.

.

.

Sib baik tiket tak berterabur sepanjang trek masa mengejar tren tadi !!

.

.

.

.

Pemandangan luar tingkap pemandangan dalam bandar .. E’hhh .. Gitu-gitu je lah …

Tak cantik

.

.

.

.

Nenek ni duduk depan kita orang

Kami kelaparan . Memang tak sempat sarap . Sempat capai cekelat dan beskut aje masuk dalam beg kat Hostel tadi

Alhamdulillah cukup lah nak isi perut . Offer kat nenek satu Cloud 9 . Tak makan . Dia simpan dalam beg ..

.

.

.

.

.

.

.

.

Banyak sawah sepanjang perjalanan

.

.

.

.

Banyak nanti orang berjualan

Telur rebus dimakan gitu je dengan kicap cili

.

.

.

.

Dia ada banyak kaki, tapi dia bukan binatang. Dia lalu ikut landasan, tapi dia bukan keretapi. Apakah dia?

.

.

.

Ada kerepek-kerepek

Dak Iyra kata kerepek kulit babi !! 🙂

.

.

.

Ada banyak sangat stesen sebelum sampai ke Lopburi tu

Sampai kebosanan sangat !

,.

.

.

.

.

.

.

.

Jagung rebus

.

.

.

.

Oh ya

Dalam tren nanti ada seat yang khas untuk para Sami mereka

Jangan terduduk pulak kat situ ya !

.

.

.

.

Setelah dekat tiga jam , sampai lah ke Lopburi !!

Berdedai dedai turun . Ramai jugak yang dari Malaysia

.

.

.

.

Turun je dari tren , Dak Iyra mula lah menegur geng yang ada dekat situ . Dan tanya-tanya nak share transport tak ?

Ada sorang Mamat Thai ni pun datang menegur kita orang . Tanya nak naik transport dia tak ke ladang matahari . Naik pick up truck

Dia offer seorang 150 Bhat , untuk dua ladang

Ok je harga tu . Ada 5 orang , dapat 150 Bhat seorang

Dak Iyra pun tegur lah ada tiga orang ni . Sorang girl dan satu couple . Tak habis pun tanya lagi Minah tu dah kata

‘ Kita orang nak naik bas je . 17 Bhat je . Naik dari stesen dekat sana tu , nanti turun , jalan dalam satu ke dua km je , nanti jumpa ladang tu ‘ dengan muka kerek nya …

Ko dah pesal Minah ? Kita orang tanya je …

Ada baca pasal bas 17 Bhat tu . Tak nak lah naik bas gitu tapi .

Memang lah murah 17 Bhat tu , dalam 2 ringgit je . Tapi matahari dah meninggi ! Panas yak amat !! Tak kuasa kita orang nak menapak di Lopburi ni hangat lit lit gitu

Tak lah banyak sangat beza 17 dan 150 Bhat tu . Berbanding dengan kepanasan dan kejauhan ladang tu nanti !

.

Ini lah pick up truck nya .

Siap ada tikar terbentang lagi untuk duduk bersila kat belakang tu

.

.

.

.

Beginilah kejadiannya ..

.

.

.

.

Dia kata warna dan corak tudung tu tak sesuai . Siap bawak spare lagi sebab nak tukar .

.

.

.

Jom cari Lautan Bunga Matahari !!

.

.

.

Enjoying the fresh air and the sun

.

.

.

.

Bunga Matahari di Lopburi dan Saraburi ni mekar berkembang dari bulan November hingga Januari

Dan petani di sini bergilir- gilir menanam bunga matahari di ladang agar ada berterusan bunga yang mekar sepanjang tiga bulan itu untuk menarik pelancong datang

.

.

.

.

Persinggahan pertama

Ladang bunga cosmos

Atau Ulam Raja

.

.

.

.

Itu adalah gerai menjual buah bidara

.

.

.

.

Ini lah hamparan bunga cosmos kuning nya !!!

Cantik sangat !

.

.

.

.

Dan panas sangat!!! 🙂

.

.

.

.

Sabar je lah dengan banyaknya gambar Tuan Tanah

.

.

.

.

Dan Travel Partner Tuan Tanah

.

.

.

.

Ada juga yang berwarna merah jambu

A sea of pink hues !

.

.

.

.

.

.

.

Portrait mode kamera ni adalah sangat cun !!

.

.

.

.

Dan kalau follow FB Camera 360 , dan ikut arahannya .. [ Ala .. search je kat you tube ]

Dan up kan gambar portrait mode kat FB

Akan jadi 3D !!

Cool !!

Sebab jarang bukak FB , dan agak tak gajet freak .. Kurang tahu lah pasal benda-benda ni ..

Thanks pada yang memberi tahu ..

Thanks Bebeh !

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Ya udah ..

Panas sangat ini Buk !!

Jom ..

.

.

.

.

Ulaman Ulam Raja ni sedap katanya

Saya tak pernah makan tapi.

Saya dan sayur adalah tak geng ..

.

.

.

.

Next ..

Ladang bunga matahari pulak .

Oleh kerana dah bulan Januari masa kita orang datang ni , banyak bunga nya .. bak kata dreber pick up tu .. ‘ Died already !! ‘

Dah dituai untuk dibuat kuaci

.

.

.

.

Puas dia ke hulu ke hilir cari ladang

Akhirnya berhenti kat sini ..

What !!

No No No !!!

Kita orang protes !! Ini bukan ladang !!

Mana pergi nya ladang yang besar-besar yang orang upkan dekat IG tu !!??

Ni dah lah kecik .. Bunganya dah terlentok liuk !!!

Kita orang tak nak turun !

Dia pun call lah lagi kawan-kawan dia bertanya ..

Dia dok kata ‘ Died already ‘ .. ‘ Died already !! ‘

Memang lah tahu dah banyak ladang yang dah died already  sebab dah penghujung musim , tapi mana pergi nya tourist lain yang satu keretapi dengan kita orang tadi tu .. ? Mesti kat ladang lain kan ….!

.

.

.

.

Akhirnya dia bawak dan jumpa satu ladang ni ..

Yeay !!

Melompat turun semua ! Kena bayar eh kalau nak masuk ladang-ladang ni.

Tak ingat berapa .. Tak mahal lah tapi ..

.

.

.

.

Serius cantik bokeh fon ni !!

.

.

.

.

The spiraling shapes in cauliflower, artichoke, and sunflower florets share a remarkable feature: The numbers of clockwise and counterclockwise spirals are consecutive Fibonacci numbers—the sequence 1, 1, 2, 3, 5, 8, and so on, so that each number is the sum of the last two.

Pick up a sunflower and count the florets running into its centre, or count the spiral scales of a pine cone or a pineapple, running from its bottom up its sides to the top, and you will find an extraordinary truth: recurring numbers, ratios and proportions.

Cantik aturan Allah

.

.

.

.

Sunflowers are cheery and happy flowers that make you feel better instantly whenever you look at them. I

.

.

.

.

Ada banyak lebah

Ada banyak debunga

Ada batas-batas yang kalau salah step mesti berdebuk jatuh ..

.

.

.

.

“If I were a flower.. I would be a sunflower.
To always follow the sun, Turn my back to darkness,
Stand proud, tall and straight even with my head full of seeds.”

.

.

.

.

Geng Pick Up Truck

Dok borak-borak pasal Minah 17 Bhat tadi dalam pick up

Memang tak boleh blah muka dia masa cakap 17 Bhat tu :))

Kita orang pun dok kata lah ..

  • nanti dia nak tulis dekat The Vocket kot .. Gadis Backpacker ini travel ke Siam dengan bajet RM199 sahaja untuk 4H 3M
  • mesti nyesal habis bila kena jalan 2 km tengah panas ni !
  • yang couple tu mesti clash lepas ni .. Sebab kena jalan kaki jauh sebab dengar kata boipren / girlpren yang degil tak nak naik pick up truck
  • nanti dekat IG depa mesti keluar #aloneagain #neveragain #truecolour #singleagain #biarbayarjanganjalankaki2km #kerana17bhat

Boleh tahan jugak membahan kau dan kita orang ni !! Kahkahkahhhhhhhhhhh !!

.

.

.

.

“True friends are like bright sunflowers that never fade away, even over distance and time.”

.

.

.

.

Halu Pulis

Dia curi spek hitam hati saya !!

.

.

.

.

Sib ada boyan buat duduk kejap tarik napas .

Panas weh kat sini !!

.

.

.

.

Every friend is to the other a sun, and a sunflower also. SHe attracts and follows.

#GengGaduh

.

.

.

.

Untuk Dak Azie yang tak dapat ikut ..

.

.

.

.

“A rose can never be a sunflower, and a sunflower can never be a rose. All flowers are beautiful in their own way, and that’s like women too.”

.

.

.

Lupa pulak nak tanya korang …

.

.

.

.

Ya udah ..

Kita kena balik dah ni

Nak kejar tren pukul 2:30 petang

.

.

.

.

Cantik lampu jalannya …

.

.

.

.

Ada candi tinggalan kerajaan Khmer kat tengah bandar

.

.

.

.

Boleh jugak naik tren dari sini ke Chiang Mai

Jauh lah tapi

Ambik keretapi malam , ambik berth . Tidur

Pagi esok dah sampai

.

.

.

.

Kebulur teruk masa ni

7-11 kat Siam ni ada jual makanan Halal

Ada berger , sosej , hot dog

Tulisan halal nya warna hitam . Susah sikit nak nampak

Nanti boleh mintak depa panaskan dalam microwave

Kita orang beli beger satu , share . Buah . Beskut

Ada satu kedai makanan Halal kat belah sana stesen tu .

Cross landasan . Belok kiri . Then belok kanan . Dekat masjid Lopburi pun ada kedai makanan Halal .Walking distance je dengan stesen ni

Tapi sebab tak sempat , makan aje lah apa yang ada

Senang travel dengan saya dan Dak Iyra ni …

.

.

.

.

Nah .

Senang nak plan ..

.

.

.

.

Nanti bila tren sampai , jangan ambik gerabak yang ada seat khas untuk Sami mereka tu ..

Kalau depa ramai , lambat pulak nak naik .. Sebab mostly dah tua dan susah nak naik sebab pakai lilit-lilit gitu .

Korang kena bagi depa naik dulu . By the time korang dapat naik , seat dah penuh .. Atau tak dapat seat yang best ..

.

.

.

.

Stesen Hua Lamphong adalah cun pada waktu senja !!

.

.

.

.

Geng #17Bhat

.

.

.

.

Ada kedai makanan Halal kat dalam Stesen Hua lamphong ni

Belah tepi sekali kalau dekat Food Court tu

Dah tutup tapi

Ada satu lagi jugak dekat depan Stesen

Cross jalan . Nampak 7-11 . Ada jalan kecik sebelah blok 7-11 tu . Masuk sampai hujung , the konar kiri

Masa kita orang sampai tu dah tutup tapi …

Macamana ni weh … Kebuluq teruk ni ..

Maka nya balik bilik..

Makan benda ni aje

Kembara Adventure Meal

Serius sedap !

Dan senang .

Masukkan air je dalam pek tu ..

Dah ada jual kat Shopee dan Lazada dan kat IG dia orang

Serius sedap !!

.

.

.

.

.

.

Tapak kaki kami pada hari ke 2 di Siam ..

.

.

.

.

Dah ..

Esok nak naik tren lagi ..