TRIP SST [ SAYA SUKA TREN ] THAILAND : SANTORINI PARK , SWISS SHEEP FARM : CHA AM , HUA HIN
.
.
.
.
Dah kenyang makan ni .. Roti Susu
.
.
.
.
Dan Roti Milo …
Dekat Kedai Bangnara tadi ..
Semput-semput berjalan balik ke hotel
Sebab dah book kereta nak ke destinasi berikutnya
.
.
.
.
Mari kita ronda Hua Hin !!
Sebenarnya tak nak pun pergi Hua Hin ni mula-mulanya .. Sebab macam ‘Eh …’ Ada apa je kat sini ni … ‘
Dak Iyra and geng ofis dia ada plan , tak jadi tapi
Maka nya masukkanlah Hua Hin ni dalam plan .. Menyampaikan hajat Dak Iyra
Kami nak ke Cha Am dulu
Jauh jugak dari bandar
Dalam 30 km . Kena ambik transport . Jangan tanya harga berapa sebab tak ingat . Saya tak jaga bab bayar itu ini .. Saya jaga bab itinerary sahaja
.
.
.
.
Ada apa di Cha Am ni..
Dak Iyra ingin sangat nak ke Santorini Park ni ..
Tiket masuk BHT 150 , boleh masuk percuma satu permainan
.
.
.
.
Ayuh .. Mulakan derap langkah !!
Kita ronda kawasan ini !!
.
.
.
.
Sebuah theme park sebenarnya
Diwarnakan putih biru umpama di Santorini ..
.
.
.
.
Lots of Instagrammable spots .
Line Telco yang kita orang beli semalam adalah sangat laju
.
.
.
.
Tak tahu lah kat atas sana tu ada orang ke tak
Rasanya tak ada
.
.
.
.
Panas
Tolerable tapi nya .
Ireng lah jugak di akhir hari tapi
.
.
.
.
Ekau buek apo kek atas tu ?!
Ingatkan orang betul
Tiruan rupa-rupanya ..
.
.
.
.
Untuk yang suka bergambar , dan pandai posing macam Dak Iyra ni ..
Heaven lah Santorini Park ni …
.
.
.
.
.
.
.
.
Untuk yang kayu macam haku ni
It is like ..
Errrr ..
Bergambar je kat sini ?
Mana pembelajaran dan pengajaran dan sejarah tempat ini ..
Hahahhaa
Dasar skema kau Kak kan !!
.
.
.
.
Seriously ..
Cantik kalau nak berposing poyosing kat dalam ni ..
Pergi awal pagi tapi nya
Bawak bekal makanan
Kat dalam ni tak ada tempat makan yang Halal
Tapi kalau kau pesen yang tak kesah makan , asalkan bukan yang tak halal .. Banyak je Beb !
Jangan lah kau melantak berger .. Dengan alasan darurat pulak ..
Hahahahaaaa…
Teringat pulak jaman jahiliah kat masa kerja obersi dulu ..
Hari hari makan Fish Fillet sampai kan nampak logo merah kuning tu dah nak termuntah dah ..
Sampaikan satu hari tu sikittt lagi Big Mac tu nak termasuk dalam mulut sebab tak tahan sangat ..
Er .. Tak kira Darurat kah itu .. ? :))
.
.
.
.
Banyak permainan kat dalam Santorini Park ni sebenarnya
Ada Water Park jugak
.
.
.
.
See ..
Dia memang pandai bergaya
Cuba bagi Hakak yang bergaya gitu ..
Bahahahhahhaaaa ..
Camharom je nanti !! :))
Eh Chop ..
En Syed kawan saya ada baca Blog saya ni ..
Kena tulis sopan-sopan
Malu kat dia karang .. :))
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ajak dia main catur
Ya ..
Hakak skema
Bahasa Malaysia Hakak dapat A
Korang mesti panggil Chess kan ..?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bahahhaaaaaahahahhaaaaaa
Yang Hakak tahu .. Raja kat tengah
Askar kat depan
Yang lain-lain macam errrr ….. Ya ke ya ke ya ke …??
.
.
.
.
.
.
.
Dah pandai Rule Of Third dah dia sekarang ni …
Sifu ni selalu bising kalau tak ikut Rule
.
.
.
.
Muka suda merah macam itu udang ..
Hari suda panas..
Kakak manes suda malas mahu foto-foto ..
.
.
.
.
Adek manes masih gigih
.
.
.
.
Punya lah depa tak nak orang coba naik ke tingkat atas !!
.
.
.
.
Be the color to someone’s gray today
.
.
.
.
Apakah ??!!! 🙂
.
.
.
.
Serious ..
Cantik sangat T Sert Bart Simpson tu !
Dah nak terbeli dah ..
.
.
.
.
Ada Bilik Solat tau kat sini !
Lengkap dengan tempat wudhu ‘ dan sejadah dan telekung
We were impressed .
.
.
.
.
Jalan ke toiletnya
Toiletnya bersih sangat!
Dan ada ekon !!
Rasa tak nak keluar je dari situ
Tak ada paip untuk cebok tapi nya .
Kebanyakan tandas awam kat Siam ni ada paip untuk cebok , kecuali kat sini dan kat Airport
.
.
.
.
.
.
.
Dapat satu permainan percuma ..
Jom lah kita naik Ferris Wheel tu Kak , dia kata ..
Tanpa pikir panjang .. Hakak pun naik ..
.
.
.
.
Lupa pulak akan kegayatan ..
.
.
.
.
Dah kat atas baru rasa eh weiiiiiiiiii !!… Tinggi benor ni !!
Bahahhahaaaaaaaa..
Mula lah Dak Iyra dok gerak sana sini nak bagi kapsul ni goyang … !! Jahat weh !!
Then terpikir .. Hari tu helok je kau kan Kak main paraglide bagai takkan Ferris Wheel kau gayat !!
Kannnn …… Drama je ..
Teguhkan hati dan perasaan !!
.
.
.
.
Sekali lagi ..
Apakah ??!
Perlukah ??!
Wadehel ??!
Bahahabahhahhaaaaaa
.
.
.
.
My fevret wall art here
.
.
.
.
Cer nengok dia bergaya tu ..
.
.
.
.
Then cer nengok Si Kayu ni pulak bergaya
Bahahhahhahahaaaaaaaaa
.
.
.
.
Saya nak pergi Santorini bukan setakat sebab dia cantik
Tapi sebab utamanya ialah sebab Santorini itu adalah sebahagian daripada kawah gunung berapi yang telah meletus ribuan tahun dahulu , dan membentuk gugusan pulau
Tu yang saya amaze kan …
Bayangkan betapa besarnya gunung berapi purba itu ..
Er .. Yup .. I am a volcano freak . :))
.
.
.
.
Ada sekumpulan pelancong dari Indonesia masuk ke Rumah Hantu ni masa kita orang lalu sini
Lat 5 minit lepas tu mula lah dengor depa terpekik terlolong dalam tu kena sakat dengan hantu !
Speaking of hantu ..
Nanti Hakak cerita kita orang pulak kena yang kena sakat dengan benda tu ..
Lek lu .. Lom sampai tempatnya lagi ..
.
.
.
.
Kalau tak ambik line , susah nak cari info
Kalau ada line , nanti manjang ..’ Iyra .. bukak hotspot jap …. ‘
.
.
.
The first stab of love is like a sunset, a blaze of color.
.
.
.
.
Antara ride nya ..
Kat dalam ni kita orang ada jumpa dua orang budak perempuan dari Malaysia
Depa sewa motor dari bandar Hua Hin ke sini
Jauh tu weh … Pergi balik 60 km !
Dak Iyra borak-borak dengan depa
Hakak ? Hehehehhe .. Hakak kan social introvert ..
Dak Iyra mintak lah IG depa , senang nak contact ke hapa ke ..
Sorang tu jawab .. ‘ Nak buat apa ? ‘
Dak Iyra terus krik krik krik ….
.
.
.
.
Dah ..
.
.
.
.
Jom keluar ..
.
.
.
.
Kita pergi tempat lain pulak !
.
.
.
.
.
.
.
Kita ke Swiss Sheep Farm
.
.
.
.
Lengas !!
.
.
.
.
Ada banyak attraction gini kat Cha Am ni
Ada Venezia
Ada Moroccan Hapantah ..
Semuanya pesen gini-gini lah..
Instagrammable
Selpie-able
Tiket masuk BHT 150
.
.
.
.
Sempena Halloween hari tu
.
.
.
.
Dapat satu tiket untuk bagi biri-biri makan
.
.
.
.
Biri-biri muka dah kenyang tapi
.
.
.
.
Biri-biri pakai braces
.
.
.
.
Taik biri-biri
.
.
.
.
Boleh jugak naik benda ni keliling kampung
.
.
.
.
.
.
.
.
Ada ni ha ..
Tengah mengemas ni ha ..
.
.
.
.
1+1= 1
Marah Cikgu Atan Mat Lazi
Eh ..
Takut gila kat Cikgu Atan tu ..
Cikgu Matematik kat MRSM Muar
Kecut perut Beb
Tapi tiba-tiba suatu hari tu dan hari-hari seterusnya dia menjadi amat tidak garang
Dan mulalah Ilmu Matematik itu mengalir dengan lajunya masuk kepala
Kalau tak , peluh je yang mengalir .
.
.
Tak cukup Geng Travel ni . Dak Azie tak dapat ikut sebab kekangan kerja
Kalau kurang 3 orang Geng tu bukanlah bermakna dah tak geng ke .. dah tak kawan ke .. dak kena delete ke .. dah kena buang dari hidup ke ..
Tak … Cuma tak dapat join je . Tak payah nak tertanya-tanya ..
Lainlah kalau dah tak nampak geng travel yang lama tu .. Ha .. Tu lain cerita …
Kita move on . Kita tinggalkan yang lama
Move on Beb .. Move on . Jangan nak sibuk-sibuk tanya ..
Cool bebeh ..
.
.
.
.
Patutlah Dak Iyra dok kik kik kik..
Di tunafoto rupa-rupanya !! Kahkahkahhhhhhh
.
.
.
.
Semua tempat dia nak diambik gambor
Hakak ikutkan aje laaaa …
Cantik tempat ni
Bosan lah tapi .. Sebab asyik kerja ngambik gambor je lah …
Tak ada ilmu
Bahahahhahahaaaaaaaaaaa
Poyo ..
.
.
.
.
.
.
.
Capek !!
Hangat !!
.
.
.
.
Next ..
Nak ke satu istana lama Raja Siam tapi tempat tu tutup pukul 4
Memamg tak sempat
Maka nya driver kereta bawak kita orang ke Factory Outlet ni
.
.
.
.
Poyo-ing mengambik gambar
Nehi-nehi shopping ..
Pitih tak dok
.
.
.
.
The present scientific consensus is that birds are a group of theropod dinosaurs that originated during the Mesozoic Era.
.
.
.
.
Kecapekkan
Balik Hua Hin
Jalan-jalan dekat pantai yang depan Hotel
.
.
.
.
Orang Kokdiang kata
Panaih lit lit
.
.
.
.
Tak sabau nak masuk bilik nak pasang ekon !! :))
.
.
.
.
Dah ..
Sambung esok
kitaorang pun gigih datang sini masa pergi BKK dulu…sampai kat swiss sheep tu panas ya ampun sampai mood kelaut, tengok kengkawan dok tak letih2 bergambar pun rasa nak marah..hahaha..gilo.
hahhahahhaha !
kannn..
panas !!
bau taik kambing pulak tu!!!!!
saya panggil caturrrr!
Skrg ni banyak tempat tarikan utk bergambar je kan kak?
Kiranya sehari je boleh jalan satu Hua Hin la ye?
ha ah Kay!!
kaki posing , kaki selpie suka lah ..’kakai kayu macam akak ni rasa ‘ errrr……. apa aku buat kat sini ni !! ‘hahahhaa
aku nak bergambar dekat santorini yang real .. yang tiruan gini buat hapa .. hahahha
yang akak tahu , ada 4 tempat tarikan gini , yang untuk bergambar gini .. santorini, swiss farm ,morocco , venice something
yang menarik untuk hati akak tapi tak sempat pergi ; ada istana lama King dekat tepi pantai , ada vine yard
sehari pun cukup lah Kay
perghhhh dah ada gambo makanan la dalam blog dia
kahkahklahhh..
tibaaaaa…..
Huii.. terkenyit mata tengok roti susu pekat tu… mcm sampai terasa manisnya!! Garing pulak!! Sedap tu!! Hahahaa…
Hmmm… Santorini.. the actual… also dlm wishlist :).
Theme park ni mcm yang dekat Lembah Harau tu kan doc. Recreating attractions oversea. Do we like it? Yay or nay, doc?
Heppp… hmm’mm.. I do read this blog.. so jaga language tu..Hahahahaha… no la, just go for it doc!
Dlm foto yg you tengah strangle the queen tu, kalau you gerak ke kanan sikit dah boleh nampak mcm you pakai golden crown, hence all ready to take over being the queen after assassinating the current reigning queen.. hehe.
Saya tak reti sgt main catur. Jadi kalau ada chess set, guna buat main dam.. hehehe..
Ferris wheel tu tinggi jugak la. Sure nice view dari atas tu.
Orang lain kalau dalam panas jadi merah pink, saya jadi lebam legam.. hehehe…
Ada bilik solat. Very nice! That’s definitely a huge plus in my book!
Haaa. naik pun Ferris wheel tu.
Hahahaha… the water fountain tu.. I also don’t get it la.. hahahaha…
MJ.. the early years.. nice.
Yg you dgn hulk tu patut letak speech bubbles la…
Hulk: Eh, why you put ‘DrSingaDotCom’ tatoo on my chest’ ha?
You: Heeeeee…
Swiss Sheep Farm tu look quite nice. They sure put in lots of effort what’s with life sheep and even haystacks.
Yours Cikgu Atan, mine cikgu Azizah. Punya la garang. Dari jauh dengar je kasut dia keletak keletuk nak masuk kelas kami semua dah kecut perut. Pemadam papan hitam berterbangan adalah perkara biasa.
Teringat mantan travels partners ek? Ya udah buk izat, move aja.. :).
Overall, from your photos theme park ni I think dibuat partly due to the massive current trend of posting photos/videos in social media, like it is designed sesuai sgt for selfie etc. Fun for some, may not be so much for others. Still there are much to be enjoyed.
definitely nay en syed!!
rosak harau kan! kita datang nak nengok keaslian dan kecantikan aslinya..
macam lah kat hua hin ni.. pantainya , vineyardnya, ladang ladang nya .. tapi yang dipromosikan adalah tempat tempat sebegini..
satu tak cukup roti canai tu tau!!
nak mintak sekeping lagi takut lambat sangat pulak nanti
saya memang tak reti posing hahahhaa.. kayuuuuu!!
tak sabar nak ngomen gambar dekat 3d place en syed ni! hahhaha
pemadam papan hitam berterbangan itu lah yang menjadikan kita ‘ orang ‘ kan en syed!!
teringat ? tak.. nanti saya cerita ..
naik ferris wheel itu dengan sambil menahan seriau !