DAH PERGI KE BELUM ? ? BELUM ?

.

.

.

.

Main dalam negara je buat masa ini ..

Banyak lagi tempat dalam Malaysia yang kita belum pergi kan …

Kita masuk hutan , daki bukit , mandi sungai kali ini !!

Kita ke Tasik Temenggor . Ke Royal Belum !!

.

.

.

.

The World’s Oldest Rain Forest !!

130 juta tahun umurnya !

Juta tau ! Bukan ribu..

Lebih tua daripada Hutan Hujan di Brazil dan Congo !

.

.

.

.

Kali ini kita orang ambil pakej .

Senang .

Sebab banyak benda nak kena buat kalau pergi sendiri

Nak kena book bot , daftar permit etc

Kita ambil pakej dengan Caravan Serai

Satu travel oleh syarikat anak muda Melayu yang amat boleh dipercayai …

Pakej termasuk transport pergi balik dari Kuala Lumpur ke Jeti Tasik Banding , penginapan di boathouse , makan , guide , speed boat

RM 289

Kalau nak drive sendiri ke Jeti Tasik Banding .. Minus RM 50

Bas boleh naik dari KL Sentral atau TBS

Memang fleet bas dari Caravan Serai

Ada banyak trip gini .. Ada ke Singapura , Krabi , Phuket .. Naik bas ..

Trip biasa , naik kapal terbang pun banyak .. Harga menarik ..

.

.

.

.

Bertolak 10:30 malam

Dijangkakan sampai 8:30 pagi

Bas besar , tak penuh tapi ..

Henti rehat di Tapah kot .. Kita orang tak turun pun

Sedap sangat mengeroh atas bas ..

Exit Kuala Kangsor . Terus ke Lenggong . Terus ke Gerik ..

Saya suka Lenggong

Bermulanya sejarah manusia Asia Tenggara adalah di Lenggong ..

.

.

.

.

Tersampai awal di Gerik

Subuh sepi-e sangat lagi .

Baru pukul 4:30 pagi !!

Singgah di Masjid Jamek Gerik

Besar masjid ni .

Dan canggih ..

Ada ahli rombongan yang siap mandi dusyum-dusyum kat sini ..

Malas lah nak keluarkan segala bagai nak mandi-mandi gitu ..

.

.

.

.

Selesaikan yang sunat sementara menunggu yang wajib

Dan sambung tidoq  lepas tu .. Dak Iyra lah .. Saya tak boleh . Mata dah segar kena air sejuk tadi ..

.

.

.

.

Duduk di wakaf di luar melayan budak ni dan budak bulu tu ..

Budak ni pantang jumpa kucing

Habis dibelainya …

Kita orang jumpa seekor kucing jantan , dan 4 ekor betina yang bunting !!

Bayangkan dalam beberapa bulan lagi , berapa ekor anak kucing yang ada..

Dan setahun akan datang .. Bila anak-anak kucing tu beranak pulak ..

Ada program tangkap dan kasi [ neuter ] , di KL lah tapi ..

.

.

.

.

Ramai jemaah Subuh nya .

Penduduk setempat , kami dan ada satu lagi bas yang berhenti

.

.

.

.

Sambung lagi perjalanan

Singgah di Gerik

Sarap

Pehal Mamak dua orang tu dok stare kat Dak Iyra tu ha …. ?

.

.

.

.

Kekenyangan makan dua keping roti canai ..

Sedap sungguh lelap masa ni !!

Lantaklah pemandangan cantik kat luar tu !!

Roti canai ni masalahnya .. Kalau satu tak cukup .. Dua banyak sangat ..

1 1/2 elok-elok je kenyangnya … :))

Itu bukan kebuncitan kekenyangan makan roti canai ..

Itu adalah bantal atas perut ya .. :))

.

.

.

.

Right on schedule sampai di Hentian Royal Belum Amanjaya

Jeti Tasik Banding ada di sini

8:30 pagi

.

.

.

.

Sepatutnya bawak Si Abang Long

Abang Long tak boleh pergi sebab Ahad besoknya kena daftar First Year Degree tapinya …

[ Besar dah anak akuuuu …. ]

Ganti dengan Budak Mata Besar ni ..

Dan semestinya lah Travel Partner saya ni seperti biasa …

.

.

.

Hentian Royal Belum Amanjaya ini adalah di Pulau Banding

Pulau Banding ini terbentuk kerana jadinya Tasik Temenggor ini ..

Jadinya Tasik Temenggor ini adalah kerana Sungai Perak diempang , oleh Empangan Temenggor ..

Yang jaluran kuning itu adalah Lebuhraya Timur Barat yang menghubungkan Gerik di Perak ke Jeli di Kelantan

More of this interesting history saya cerita later …

So .. Ada dua jambatan , Jambatan Temenggor yang menghubungkan Lebuhraya Timur Barat ke Pulau Banding

Ada dua bahagian jambatan . Darat-Pulau Banding [ belah barat ] . Pulau Banding – Darat [ belah Timur ]

Jambatan terpanjang di Lebuhraya Timur Barat ini ..

.

.

.

.

Iya ..

Inilah peserta trip ke Tasik Temenggor ini …

Perkumpulan Wanita [ WI ] dari Segamat JDT

Semua pangkat makcik-makcik cikgu-cikgu pencen yang suka sangat bergambar …

Dalam bas je dah berpuluh gambar depa klik .. 🙂

Siap ada bawak banner lagi !!

.

.

.

.

Sekejap Tasik Temenggor .. Sekejap Royal Belum .. Sekelap Hutan Temenggor

Apa ni … ?!

Mari sini nak terangkan …

Tasiknya nama Tasik Temenggor ..

Kesemua hutan di sini dipanggil Kompleks Hutan Belum-Temenggor

Utaranya Royal Belum . Satu Taman Negeri [ Belum lagi jadi Taman Negara ] . Hutan Simpan Kekal

Ke selatannya Hutan Simpan Temenggor dan Hutan Simpan Belum

Luas nya ..?

Empat kali Pulau Singapura boleh masuk dalam kawasan hutan in !!

300000 hektar persegi

.

.

.

.

Cuaca nampaknya baik .

Alhamdulillah

Sila lakukan segala pesanan bagi makan kucing , sugarglider , basuh baju, lipat baju , siram bunga segala bagai di Jeti Tasik Banding ni ya..

Kat dalam hutan , atas tasik nanti TAK ADA LINE TELEFON !!

Sukanya aku !! [ Hahahhaa … Sebab Dak Iyra tak menghadap fon je nanti !!!! ]

 

.

.

.

.

Jambatan Tasik Temenggor belah Timur

.

.

.

.

Bukan mendung , awan pagi tapi ..

.

.

.

.

Dah sampai dah boathouse nya !!

Ada jeti belah sana yang senang nak turun-naik boathouse tapi boathouse tak boleh mendarat kat sana . Ada kaitan dengan kedudukan enjin bothouse

Maka nya terpaksa lah menapak menuruni tebing ini ..

Agak tinggi jugak tu ..

Tiga tingkat boathouse kami !!

Teruja nya !!!

.

.

.

.

Sila buka sepatu ya ..

Ada tangga yang agak curam nak ke tingkat atas

Ada dalam 10 bilik rasanya .. Ada bilik ber3 , ber4, ber5, ber7

Boleh je tarik tilam dan tidur di open space ni jugak

.

.

.

.

Barangan kita orang

Ni grup muda mudi bawak beg galas ..

Banyak beg sebab ada beg-beg untuk sumbangan ke masyarakat Orang Asal nanti ..

Orang Asal , Orang Asli . Sinonim

.

.

.

.

Dak Aushh dari Caravan Serai yang akan jadi leader kita orang

Belah kanan tu ialah Abang Joe , the boatman

Tengah bagi penerangan tentang boathouse , the do’s and dont’s segala bagai

.

.

.

.

Beg-beg troli! Perkumpulan Wanita tersebut !

Hambik kau !! Beg troli macam nak pergi London !

Kita nak masuk hutan tau Makcik !! :))

.

.

.

.

Kalau boathouse boleh berhenti kat situ senang je nak lompat masuk boathouse

.

.

.

.

Tali dilepaskan

Perjalanan dimulakan

Dengan lafaz

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

.

.

.

.

 

Bye Jeti Tasik Banding !!

.

.

.

.

Ada dah disiapkan makanan pagi

Dalam boathouse ni ada tukang masaknya sekali yang akan menyiapkan 2x lunch , 2x dinner dan 1x sarap .

Jemput makan jemput-jemput !!

.

.

.

.

Duduk di dek tingkat ke2 sambil makan dengan angin sejuk sepoi-sepoi bahasa memang layan lah !

Best sangat !!

Jauh lagi perjalanan .

Kita nak ke Kampung Orang Asli Aman Damai

Dalam 2 jam perjalanan !

Lepas makan , ambik bantal , dok menyiarap sambil nengok pemandangan …

Cool !!

.

.

.

.

.

Bilik kita orang

.

.

.

.

Ada koridor kecik tepi boathouse ni

Nak lepak kat sini sambil mancing boleh aje ..

.

.

Sangat dalam ya tasik ni !!

80 meter lebih

.

.

.

.

Hijau sungguh airnya !!

.

.

.

.

Banyak juga boathouse kita orang jumpa di tasik ni

Dikatakan pada hujung minggu masa kita orang pergi ni , ada dekat 50 buah houseboat yang berlayar di tadik ni !

Punya lah besar tasik ni .. Nampak satu dua buah houseboat je pada satu-satu masa !

.

.

.

.

Kita nak ke arah Sungai Tiang Base Camp sana tu ..

Ke Kampung Orang Asli Aman Damai

Dua jam lebih baru sampai …

.

.

.

.

.

Ok

Oleh sebab lama lagi nak sampai ke destinasinya …

Sila duduk bersila

Mari kita mulakan pelajaran Sejarah Tanah melayu kita untuk hari ini….

Bukan Blog Dr Singa lah kalau tak ada pelajaran Sejarah nya …

Kawasan Kompleks Hutan Belum- Temenggor adalah yang terbesar di Semenanjung Malaysia ni

Ini adalah kawasan hitam . Hijau sebab hutan , tapi ia adalah kawasan Hitam dulunya

Kawasan Komunis ! Bersempadanan dengan Thailand , kawasan ini menjadi laluan keluar masuk Komunis dan tempat persembunyian Komunis , PKM ke dan dari Thailand . Banyak laluan tikus dan terowong bawah tanah .

1949 , Pihak British suruh semua penduduk Kampung Belum Lama di sini untuk pindah , diisytiharkan sebagai kawasan hitam . Orang awam tak boleh masuk

Terdapat 9 buah kampung di Belum Lama . Antaranya  Kampung Tanjung, Kampung Banggol Seto, Kampung Penering, Kampung Meko, Kampung Belimbing dan Kampung Sepo . Mereka semua dipindahkan ke Kampung Belum Baru di Gerik

Untuk sampai ke pekan terdekat , penduduk kampung memerlukan masa semimggu merentas hutan . bayangkan lah berapa jauhnya kampung ini di dalam hutan . Ada Komunis yang datang berurusan dengan penduduk kampung , ambil makanan , mengacau penduduk kampung , malah menjadikan kampung-kampung tersebut seperti kem mereka .

.

.

.

.

Sampailah ke Merdeka .. Komunis masih ada bersembunyi dan bertapak kat sini ..

1974 . Perdana Menteri , Tun Abdul Razak mencadangkan dibina satu empangan merentasi Sungai Perak ..

Boleh jadi janakuasa elektrik .. Boleh menghapuskan tempat persembunyian Komunis. Biar depa bertempiaran lari bila air Sungai Perak naik ..

Maka dibina Empangan Temenggor ini ..

.

.

.

.

Maka terbentuklah Tasik Temenggor

Dan Pulau Banding

Dan banyak pulau kecik-kecik di Tasik Temenggor ni

Pulau-pulau yang sebenarnya adalah puncak bukit yang tenggelam ..

Laluan tikus , laluan rahsia Komunis habis tenggelam

.

.

.

.

.

Banyak pertempuran berlaku semasa pembinaan Empangan Temenggor ni . Pada masa ini juga pembinaan Lebuhraya Timur Barat bermula

Dikatakan dalam 10000 orang askar , tentera , pekerja , orang awam yang mati di sini

Ada yang jasadnya masih di bawah tasik ini

Al Fatihah untuk mereka

.

.

.

Dengan adanya Empangan Temenggor ini , kekuatan dan ancaman Komunis mula berkurangan . Dan ancaman Komunis di Tanah Melayu berakhir dengan Perjanjian Damai HatYai 1989

Tapi kan .. banyak lagi ‘ Komunis ‘ dan ‘ Keturunan Komunis ‘ dan ‘ Perangai Mengalahkan Komunis ‘ di Tanah Melayu ni …!

.

.

.

.

Asal jumpa boathouse je mulalah lambai melambai antara satu boathouse ke yang satu lagi ..

[ Asal = Asalkan/ Bila = Cara kami di JDT bercakap ]

Contoh : Asal jumpa je nak bergaduh je budak dua orang tu …]

.

.

.

.

Saling kejar mengejar kami !

.

.

.

.

Kecik sikit boathousenya

Dua tingkat

Mereka tengah ghalit mancing !

.

.

.

.

Antara ikan-ikan di Tasik Temenggor

Sebarau , kelah , toman , lampam sungai ,kawan , kaloi , baung

Mesti meleleh air liur kaki pancing bila nengok senarai ni ..

.

.

.

.

Kita kasi budak ni adventure !!!!.

.

.

.

.

Puas makan

Puas bergambar . Sementara nak sampai ke destinasi

Ada satu kawasan , ada Pos Pengawal

Dilarang mengambil gambar di Pos Pengawal itu ya..

Dan kadang-kadang mereka akan datang buat spot check di boat house berkenaan permit-permit ..

Oh ya

Untuk satu kamera , permit nya adalah rm5

Sama juga dengan satu joran

.

.

.

.

Sempat budak ni tidur kejap dalam bilik !!

.

.

.

.

Puncak pokok yang macam seekor ayam dar jauh !

.

.

.

.

Yang nampak macam tunggul-tunggul kayu tu adalah puncak-puncak pokok hutan !

Di dasar Tasik Banding, Empangan Temenggor juga berkubur masjid dan sekolah di satu lagi perkampungan Melayu iaitu Kampung Temenggor Lama yang terletak tidak jauh dari Pulau Perhilitan (Pulau Cendana).

.

.

.

.

Ada laluan air yang sememangnya sungai

Ada yang sebenarnya celah-celah bukit yang tenggelam

.

.

.

.

Ada aktiviti pembalakan dalam air dijalankan di sini !

Balak walaupun tenggelam masih berharga . Dan kayunya tak reput . Ada syarikat dari Thailand yang menjalankan kegiatan pembalakan dalam air di Tasik Temenggor ini .

.

.

.

Kalau tak nak bermalam atas boathouse , boleh sewa speed boat gitu ..

.

.

.

.

.

.

.

.

Sah ireng kalau ber-speed boat gitu !

.

.

.

.

Lambai-lambai lagi !!

.

.

.

.

Memerlukan kemahiran , pengetahuan dan pengalaman yang bukan calang-calang sesiapa yang mengendalikan boathouse dan speedboat ni …

Puncak-puncak pokok merata-rata di mana-mana..

Kalau kena bilah enjin boat .. Bahaya sangat !

.

.

.

.

.

.

.

.

Perkampungan Orang Asli yang dah ditinggalkan

.

.

.

.

Dua buah speed boat yang ditunda oleh boathouse ini..

Untuk kegunaan masa depan ..

.

.

.

.

Dah sampai!!

Dah sampai !!

Orang baru je nak lelap !!!!!

  • sauk anak tudung dan mak shawl .. Saploh saat dah siap !!

.

.

.

.

Diwajibkan memakai life jacket ya ..

.

.

.

.

Boatman mula mencampakkan tali untuk berlabuh

.

.

.

.

Aik ..

Mana gue !!??

.

.

.

.

Ado ..

Ni ha !

Duduk depan bot ..

Nghadap depa ..

.

.

.

.

Gitu ……

.

.

.

.

Salamat sampai di Kampung Aman Damai

Tak ada di google map ya kampung ni ..

Sebab masih berpindah randah .

.

.

.

.

 

Air tasik tak tinggi

Kena mendaki lereng bukit

.

.

.

.

Yang curam gini ha !!

Kalau makcik-makcik ni boleh buat , takkan korang tak boleh kannnnn ….

.

.

.

.

Nampak ?

Tak ?

.

.

.

.

Di tengah rembang tengahari mereka mandi dan menyental pakaian

.

.

.

.