KAMPUNG AMAN DAMAI , TASIK TEMENGGOR . ROYAL BELUM .
.
.
.
.
Kita beramah mesra dengan orang-orang Kampung Aman Damai ya …
Orang Asli suku bangsa Jahai dari suku kaum Negrito
.
.
.
.
Kampung Aman Damai
Damai je kelihatannya
Panas berdenting tapi !!!
Boathouse kena berlabuh jauh dari tebing kerana tak boleh berlabuh dekat-dekat kerana kedudukan enjin boathouse itu tidak memungkinnya berlabuh dekat dengan tebing ..
Kita kena naik speed boat pula untuk ke darat
.
.
.
.
Semasa kita orang sampai dah ada satu grup tengah bersama-sama mereka
Nampaknya macam ada permainan dengan budak-budak , melukis dan mewarnakan Jalur Gemilang ..
.
.
.
.
Panas sungguh masa ni
Mata pun sepet tak boleh bukak
Budak-budak selamba je berlari ke sana sini
.
.
.
.
Suku Kaum Negrito @ Semang iaitu suku kaum yang terkecil berbanding dengan suku kaum Senoi dan suku kaum Proto-Malay (Melayu Asli) di Semenanjung Malaysia ini
Kaum Negrito ni ada 6 suku .
Kensiu , Kintak , Lanoh , Jahai , Mendriq dan Bateq . Semua berambut kerinting
Suku bangsa Jahai / Jahay / Jahei banyak tinggal di Hulu Perak dan di Hulu Kelantan
.
.
.
.
Rupa paras mereka seakan-akan sama dengan orang Habsyi atau Negro di Afrika , sama dengan kaum Andaman dan Aeta di Filipina
Fizikal mereka lain daripada suku kaum Orang Asli yang lain di Malaysia
Mereka berkulit gelap , berambut kerinting , hidung kecil , mata coklat gelap , dengan ketinggian 150 cm ke bawah
.
.
.
.
Satu keluarga dalam satu rumah
Bila ada anak yang berkahwin , sebuah rumah baru akan dibina untuk keluarga yang baru itu
Hanya ada ruang tamu dan ruang memasak .
Rumah diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi seperti buluh , beratap bertam
.
.
.
.
Ada rumah baru !
Ada orang baru kawen kot !!
Tempoh menyiapkan rumah adalah dalam seminggu ke dua minggu
Simple je rumahnya .. Sebab senang bila nak pindah lagi nanti
Mereka ni ramai anak ..
Mungkin sebab tak ada hiburan lain di waktu malam .
Dan anak-anak gadisnya kawin pada usia muda ..
.
.
.
.
Anak-anak mereka sangat pemalu ..
.
.
.
.
Rumah yang paling besar adalah rumah Tok Batin , sesuai dengan statusnya sebagai ketua masyarakat
Tok Batin dipilih berdasarkan persetujuan masyarakat kampung . Yang kemudiannya perlu mendaftarkannya dengan JKOA untuk pengesahan secara mutlak
Tok Batin adalah tulang belakang suatu komuniti Orang Asli itu ..
Menjaga keperluan asas orang kampung , menjadi perantaraan antara komuniti dan orang luar .
Juga berpengetahuan dalam hal-hal perubatan tradisional dan amalan-amalan jampi dan meraikan keraian
Masa ni Tok Batin tak ada di kampung ni
Keluar kerana ada hal ..
.
.
.
.
Antara kegiatan ekonomi mereka adalah membela ayam untuk bahan makanan
Hunter-gatherer . Menangkap ikan , memburu binatang , bercucuk tanam
.
.
.
.
Ada perumahan moden ditawarkan kepada mereka ini tapi duduk sekejap je , dah masuk hutan balik
Sebabnya .. Panas !!
.
.
.
.
Oleh kerana Tok Batin tak ada , Abang Joe The Boatman mengambil alih peranan memberi keterangan tentang Kampung Aman Damai dan Suku Kaum Jahai
Dia suruh panggil Pak Cik Joe .. Dah yang dalam bot pangkat makcik makcik .. takkanlah nak panggil dia pak cik jugak …. 🙂
.
.
.
.
Sementara kami duduk berteduh di bawah pondok
Panas gila !!
.
.
.
.
Anak-anak Jahai ini digalakkan pergi ke sekolah
Kelengkapan percuma disediakan
Ada perkhidmatan speed boat untuk mengambil dan menghantar mereka ke sekolah di Sungai Tiang
Tapi gitu lah .. Sekejap datang sekolah , lepas tu menghilang ..
.
.
.
.
Sekiranya ada kematian penduduk kampung , si mati akan ditanam di kampung itu , bersama-sama barang kepunyaannya , untuk menggembirakan si mati
Dan seluruh penduduk kampung akan berpindah ke tempat lain ..
Kenalah bina kampung baru semula …
.
.
.
.
Kadar mortaliti anak-anak Jahai adalah tinggi .
Dalam kampung ada tok bidan dan tok bomoh nya sendiri
Sekiranya tak boleh diubati barulah mereka pergi mendapatkan rawatan moden
.
.
.
.
Di kampung ini ada dalam 20 buah rumah
Mereka akan membina rumah berdekatan dengan gigi air untuk memudahkan kegiatan seharian mereka
Rumah-rumah mereka ringkas binaannya kerana mereka ni berpindah randah
Nomadic
Mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat apabila berlaku kematian, wabak penyakit , gaduh-gaduh sesama jiran , kerana keperluan makanan dan pertambahan penduduk.
Amalan berpindah randah ini makin berkurangan kerana bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan
Abang Joe kata , kampung ni beberapa bulan dulu kat belah sana tasik .
.
.
.
.
Oleh kerana Tok Batin tak ada .. Kami disambut oleh Tok Daun . Yang masih single tau !!
.
.
.
.
Abang Joe dah peasn ..
Jangan bagi apa-apa dulu pada mereka
Tunggu hingga akhir lawatan kita .
Sebab kalau bagi awal-awal .. Nanti depa ambik dan lari balik rumah
Mereka ni pemalu ..
Sekarang ni dah kurang sikit lah .. Dulu kata Abang Joe .. Hanya hulur tangan je dari pintu rumah ambik barang .. Muka tak nampak pun !!
.
.
.
.
Mereka menanam pucuk ubi , gandum dan sayuran
.
.
.
.
Semuanya berkain batik .. Seriau jugak nengok depa duduk gitu ..
Takut terselak !
.
.
.
.
Atap bertam
.
.
.
.
Buku Lawatan Kampung Aman Damai
.
.
.
.
Kita mulakan dengan demonstrasi menyumpit
Sumpit buluh dah dimodenkan dengan sambungan aluminium untuk ketepatan yang lagi jitu
.
.
.
.
Ada 4 kumpulan
Siapa kalah menyumpit nanti malam karang kena denda
Ada sumbangan duit sedikit untuk Tok Daun , untuk Kampung , selesainya demonstrasi ini
.
.
.
.
Sesudah menyumpit kita orang mula membahagi-bahagi sumbangan
Saya dan Dak Iyra memang dah prepare
Saya bawak satu beg besar buku-buku kanak-kanak , dengan alatan mewarna . Ada water colour , ada crayon ..
Ada juga satu beg besar jajan … daripada saya dan Iyra
Benda ni memang dah diwar-warkan di itinerari trip . Tentang sumbangan . Tak wajib tapi pikirlah kan..
Sedekah je lah apa yang terpikir yang depa boleh guna pakai
Antara sumbangan yang korang boleh bawak ke sini mungkin kain batik , baju , tuala wanita , sabun , syampu , sikat , berus gigi , ubat gigi untuk mak-mak
Buku , alatan menulis , jajan tu boleh bagi kat kanak-kanak ..
.
.
.
.
Bergambar dulu sebelum kejadian huru-hara :))
.
.
.
.
Rumah dan mereka yang simple je kehidupannya ..
Tak ada letrik . Tak ada air bersih ..
Yet hidup aman damai
.
.
.
.
Pembahagian dilakukan oleh Acik Iyra
Acik Singa nak ambik gambar ..
Comellah budak-budak ni !!! 🙂
.
.
.
.
Nyonyot Choki-Choki kita orang
.
.
.
.
Semua suka sangat dapat buku dan kaler
Moga tertanam minat depa nak ke sekolah
.
.
.
.
Susah jugak nak berkomunikasi dengan mereka
Sebab mereka pemalu
Sebab mereka tak berapa paham apa kita cakap
.
.
.
.
Kedatangan orang luar menggembirakan mereka kerana biasanya mereka akan diberi sumbangan
Juga boleh menjana ekonomi mereka bila mereka berjualan hasil hutan dan kraftangan mereka
Tapi masa kita orang datang ni tak ada pun sesiapa berjualan
Mungkin dah habis ?
.
.
.
.
Moga membesar menjadi orang yang berguna ya nak …
.
.
.
.
Dah moden sikit . Masak guna dapur gas
Mereka ada mendapat bantuan daripada kerajaan . Adalah jumlahnya setiap bulan. Saya kurang pasti berapa RM
Dulu-dulu mereka ok je makan ubi kayu sebagai makanan asas . Lepas diperkenalkan dengan beras , dah sedap pula makan beras
Tapi kalau nak beli beras kena ke pekan
Kena naik speed boat
Seorang akan di caj rm 50 satu perjalanan .
.
.
.
.
Kaum wanita menjaga rumah tangga , bercucuk tanam dan membuat kraftangan untuk dijual kepada pelawat
Yang lelaki turun ke tasik untuk menangkap ikan pada awal pagi
Ikan-ikan yang ditangkap untuk dimakan sendiri dan juga dijual kepada peraih
Ikan kelah sekilo boleh dapat dalam 70-100 ringgit !
Ikan baung dalam 7-10 ringgit sekilo
Comelnya sikecik tu lengkap berbaju kurung !!
.
.
.
.
Kita orang bawak kamera Instax
Dah ambik gambar , bagi kat dia orang nengok
Suka depa bila dapat nengok dan pegang gambar sendiri
.
.
.
.
Ntah hapa lah depa berborak tu ..
.
.
.
.
Kata Abang Joe , mereka ni tak ada agama .
Mereka percaya kepada kuasa alam , kuasa rimba
Animisme
Cuma ada 2 orang je yang beragama Islam di kampung ini
.
.
.
.
Gigi macam jaws lah kau!!
:))
.
.
.
.
Banyak pengajaran yang diperolehi dan diamati daripada pengalaman berjumpa mereka ini ..
Tepuk dada tanya hati …
.
.
.
.
“Mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat apabila berlaku kematian, wabak penyakit , gaduh-gaduh sesama jiran , kerana keperluan makanan dan pertambahan penduduk”.
Baru nak tanya kenapa mereka perlu berpindah randah. Nomadic. Ada ke ditetapkan kawasan2 tertentu sahaja mereka boleh buat settlements doc?
Mereka ada beragama ke doc? Oh ok, Animisme. Ada juga yg Islam.
Kamera Instax !! What a wonderful idea !!! And to see the smiles on their cute faces is simply too precious !!
mana-mana je mereka boleh dirikan perkampungan.. lesen besar ! 🙂
tu lah..
ingat nak bawak Quran terjemahan , telekung ..yasin .. tapi tak ramai lak yang Muslim
suka depa bila nengok gambar sendiri!! glad that we brought it !