KEMBARA KEDAH – PERAK : TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO KE 953 : LEMBAH LENGGONG
.
.
.
.
Mula -mula bila baca Lembah Lenggong diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO .. saya baca gitu-gitu aje lah ..
Oh.. Mungkin sebab Perak Man ..
Lama-lama .. baca sana sini .
Barulah paham macamana dan kenapa Lembah Lenggong diiktiraf sebegitu
Bukannya senang nak dapat title tu tau!!
Dan bila baca tentang sirih pulang ke gagang si Manusia Perak / Perak Man tu..
Saya makin teruja nak ke Lembah Lenggong ni ..
Dak Nina kan ada scoliosis
Perak Man pun ada scoliosis ..
Perak Man dari Lenggong
Susur galur Dak Nina pun dari Lenggong ..
Makanya .. selalulah Dak Nina kena usik dia tu keturunan Perak Man
.
.
.
Jom ke Galeri Arkeologi Lenggong !!
Dah tukar nama dari Muzium ke Galeri..
.
.
.
Warisan Kita Warisan Dunia
.
.
.
Kalau lah ada geng..
Nak saya datang balik dan pergi ke gua-gua tu!!
.
.
.
Masa kami sampai ..
Tak ada orang lain pun..
Sebab dah lah bukan musim cuti sekolah .. hari Senin lak tu ..
Belah depan ni Pejabat Pentadbiran
Galeri nya ke belakang sikit
.
.
.
Dah siap nak masuk baru perasan ..
Eh .. Pejabat Pentadbiran ghopa-ghopanya !!
.
.
.
Dont wori
Dua-dua galeri tu dalam bangunan yang sama ..
.
.
.
Manusia Perak
Nampak tak tulang belakang dia yang scoliosis tu!!??
.
.
.
Pokok Cycad
Satu pokok zaman purba ..
Dari 200 juta tahun dahulu
Sebelum zaman dinosour lagi
.
.
.
Jom masuk!!
.
.
.
Tak tau apa-apa sangat pasal Perak Man dan Galeri ni
Tapi lepas keluar .. kagum dengan apa yang mereka dapat serap..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Lembah Lenggong ..
.
.
Telah dibuktikan bahawa telah telah ada manusia purba di Lembah Lenggong , merangkumi semua peringkat presejarah . Dari zaman Paleolitik, zaman Neolitik dan Logam
Ia juga adalah salah satu urutan kebudayaan arkeologi yang terpanjang di dunia yang berlangsung dalam satu tempat
Senang cerita .. dihuni secara berterusan .. dari jutaan tahun lalu
.
.
.
Pada 1.83 juta tahun dahulu
Satu meteorit telah menghentam Lembah Lenggong ini.
Di Bukit Bunuh
Menbunuh hominid yang menghuni di Lembah ini
.
.
.
Telah dijumpai sebuah kapak genggam dan peralatan-peralatan lain tertanam dalam batuan suevite
Suevite adalah batuan sekitaran yang mencair akibat hentaman meteor yang panas
Ini membuktikan telah ada hominid terawal di Asia Tenggara
Hominid tertua di dunia di luar Afrika
Tapak Paleolitik tertua di dunia di luar Afrika
.
.
.
Satu super volkano telah meletus pada 74 000 tahun dahulu di Pulau Sumatera , yang membentuk satu kawah gunung berapi yang besar yang berisi air sekarang ini dan dipanggil Danau Toba
Debu dari super volkano ini telah bertaburan di udara bumi sebelah sini dan menggelapkan langit
Di Bukit Sapi , Kota Tampan , terutama pada kawasan yang berada 72 meter di atas aras laut , debu volkanik daripada letupan Toba ini boleh dilihat . Terdapat satu lapisan debu yang telah mampat berwarna keputihan yang dikenali sebagai batu putih atau tahan putih oleh orang kampung .
Taburan depu super volkano Toba ini adalah dalam setebal 7-10 meter dan meliputi 70 km persegi
Debu volkanik ini didapati berasosiasi ie meliputi , bergabung dengan artifak-artifak batuan di Kota Tampan
Ini menunjukan kemungkinan letupan Toba ini telah mengakibatkan kepupusan masyarakat pra sejarah yang telah ada di Kota Tampan ini pada 75 000 tahun dahulu
.
.
.
Batu tahan putih debu volkanik Toba
.
.
.
.
.
.
.
.
Lembah Lenggong juga adalah ‘ missing link ‘yang dicari-cari , yang melengkapkan teori Out Of Afrika dalam menyempurnakan penghijrahan manusia purba dari Afrika ke Australia melalui Kota Tampan sekitar 74 000 tahun dahulu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jom ke Gua Gunung Runtuh !!
Kita nengok siapa ada kat dalam!
.
.
.
Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah di Lembah Lenggong
Gua tempat dijunpai Manusia Perak pada tahun 1990
.
.
.
Rangka Perak Man telah kembali ke kampung halamannya
Dulu dipamerkan di Muzium Negara
Warisan kebangsaan ini telah pulang ke gagangnya pada tahun lepas
.
.
.
Inilah dia Manusia Perak itu ..
Hidup 10 000-11 000 tahun dahulu
Rangka pra sejarah dari zaman Paleolitik yang paling lengkap ditemui
Dan satu-satunya rangka manusia purba yang mempunyai kecacatan kongenital
.
.
.
Kool !!
Real tau !
Nampak tulang belakang dia yang bengkok tu!!
.
.
.
Manusia Perak dijumpa tertanam dalam keadaan kedua-dua tangan berlipat ke siku
Tangan kanan menggenggam makanan , seketul daging
Sekelilingnya berserakan cebisan tulang daripada pelbagai haiwan dan beribu siput sedut yang telah siap dipotong muncungnya , untuk bekalan ke alam berikutnya
Cara pengkebumiannya menunjukan Manusia Perak mempunyai kedudukan yang penting dalam masyarakatnya
Mungkin seorang pawang
Dipercayai meninggal dunia dalam usia 40-45 tahun , satu usia yang panjang untuk zamannya
Ini adalah kerana kedudukannya yang tinggi dalam masyarakat menyebabkan beliau dijaga dengan baik oleh masyarakatnya
Punca kematian mungkin kerana sakit tua atau kerana jangkitan kuman pada bone cyst dalam rahangnya
.
.
.
Antara haiwan-haiwan yang menjadi bekalan alam selepas mati Manusia Perak
.
.
.
.
.
.
Kecacatan fizikal Manusia Perak
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Oleh kerana kecacatan fizikalnya , beliau berjalan dengkot macam tu
Ada dalam tayangan CD nya di hujung muzium
Budak Last berjalan keluar dari muzium sebijik tiru Manusia Perak jalan!!
Kelakau!!
.
.
.
.
Diorama bengkel peralatan batu
.
.
.
Kota Tampan merupakan kawasan yang terdapatnya satu bengkel pembuatan perkakas batu
Beribu-ribu peralatan batu telah dijumpai di sini
.
.
.
Artifak perhiasan diri
Ada macam Dayang Nurpaizah tak ?
.
.
.
Lukisan gua manusia purba
.
.
.
Lukisan gua manusia moden berotak purba
.
.
.
.
.
.
Terdapat juga tinggalan pra sejarah zaman Neolotik dan zaman Logam dijumpai di Gua Harimau
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapak Warsan Dunia UNESCO ke 4 di Malaysia
.
.
.
Ke 953 dunia
.
.
.
.
Dua orang yang banyak menyumbang kepada penemuan-penemuan di Lembah Lenggong
Prof. Datuk Zuraina Majid dan pakar geologi HD Tjia
.
.
.
.
.
.
.
.
Di hujung galeri ada tayangan audio visual dwi bahasa
.
.
.
Dua-dua bahasa kami nengok sampai habis !
Best !
Sampaikan orang yang datang selepas kami pun dah lama balik , baru kami keluar dari Galeri Arkeologi Lembah Lenggong ini!
.
.
.
Sekarang barulah tahu kenapa Lembah Lenggong diiktiraf sebagai satu Tapak Warisan Dunia UNESCO
.
Sekian
.
.
.
.
ada hati nak jadi your geng masuk gua…walau ada juga keseraman
gua tak ada kucing..
tak apa..
hehheheeeeeee
Doktor ni sangat bagus
Suka mencari ilmu
Pastu suka share
Bila terangkan penuh menyeluruh..
– sebabtu doktor menjadi doktor
Akak jd suri rumah
refresh balik otak pasal perak man ini, dulu nengok pameran kat muzium USM jer..
Nak gi tengok gua ker….nak ikut…
lama dia kat USM dulu?
ok
dah 3 orang!
🙂
sib baik saya tak jadik cikgu!!
hahahhaaaaaa
ok..
masuk orang yang ke 4!!
🙂
best hoit group yang nak masuk gua!!
Wa nak ikut pi gua!!!
nak lengkapkan rantaian tapak UNESCO msia ke 4!!
*sambung nganga baca info di sini*
(PM Price please..hahahahaha)
check p sis.
hahhahaaaaaaaa
lu dah perg itiga yang lain tu?!!
ops..
melaka tak aci lah kan..
tiap tiap minggu pergi!!
😛
lepas baca entry ko ni
aku rasa tepu ngan sejarah otak aku
kahkahkah
aku suka baca2 gitu dan lepas tu kalau ko tanya sure aku tak leh jawab
aku saja la test pakwe
tanya pasal perak man
eh dia tau la
aku tau dan alert la pasal perak man
tapi kalau ko tanya aku mende perak man, mmg idak la dpt aku bagi jawapan
itulah aku
aku suka tengok
aku suka jalan
aku suka dengar
dan aku suka baca
tapi ingat confirm payah
hahahahahhaha
mmg kena bukak kitab selalu
ko nak masuk gua ek?
aku nak join
hahahaaa..
aku tau pun sebab dok klik gambar dan baca balik lepas tu..
kalau tak . mana lah aku ingat
sebab tu aku cukup marah kalau muzium tu tak boleh ambik gambar kat dalamnya..
macamana kita nak ingat dan belajar!!!??
ha..
lima orang !
ahhahaaaaaa
Penuh dgn info dan foto2 yg best! Excellent coverage as usual! Bravo!
Admittedly, saya tak tau banyak tentang Perak man ni. So, thanks doc.
Yg saya sgt fascinated ialah perjalanan mereka yg menjelajah benua-benua. Persiapan untuk perjalanan. Mereka jalan kaki saja kah atau ada kenderaan? How do they survive the climate changes? Was it like a life time journey? Apa yg buat mereka berhijrah keluar dari Africa in the first place? Kebolehan mereka mencipta dan menggunakan peralatan seharian. That Malaysia is the missing link. That DNA tests showed that kaum Semang asalnya dari mereka yg went ‘Out of Africa’ tu! Very very very fascinating!
And the Perak man himself! Omg, sgt fascinating! Tak tau mana nak start nak cerita pasal fascination saya pada dia.
Hmmm… kenapa letak foto tengkorak pada IC dia? Apa kata cuba buat facial reconstruction using the skull? Kalau yg perempuannya cantik macam Dayang, pastinya Perak man juga handsome macam…. :).
tu lah kan..
bukannya dekat..
i assume.. jalan kaki lah kan..
or the next generation continue their ancestor’s route.. sambung jalan lagi..
sampai lah ke australia tu..
kat muzium tu ada tulis
‘ Hulu Perak boleh dianggapkan sebagai ‘ ibukota’ Malaysia yang pertama dan salah satu pusat penemoatan awal di asia tenggara pada zaman paleolitik’
amazing kan??!!
it was an amazing ga;eri and lots of amazing information!!
Terharu dengan Dr Singa yang ada perasaan yang dalam cintakan sejarah tanah air..semoga usaha murni Dr. Singa memperkenalkan nilai-nilai sejarah kita diteruskan. ‘ Siapa kenal sejarah akan kenal diri sendiri dan lawannya’.
terima kasih kerna banyak membantu dalam kajian sejarah pt3 2017 saya..
alhamdulillah..
good luck tau!!
Pingback: DAH PERGI KE BELUM ? ? BELUM ? | LIFE IS ABOUT PASSIONS — THANK YOU FOR SHARING MINE