DUYUFURRAHMAN : TAMAN SYURGA [ 5 ]
.
.
.
.
.
Malam yang ditunggu-tunggu !
Malam ni kita orang nak masuk ke Taman Syurga !
Ada live feed keadaan di Masjid Nabawi di tempat makan di Hotel
Maghrib tadi memang ramai di masjid . Macam lebih ramai daripada biasa

.
.
.
.
Payung masih tidak ditutup semenjak kita orang sampai sini

.
.
.
.
Kita orang memang disuruh book slot yang sama pada hari yang sama
Sebab senang nak dibawa bersama-sama

.
.
.
.
Pintu masuk ke Raudhah untuk perempuan adalah pintu nombor 37
Orang dah ramai beratur

.
.
.
.
Dah nampak dah kubah hijau
Yang dibawahnya bersemadi insan paling mulia , kekasih Allah
Pakai baju cantik-cantik . Wangi-wangi …
Kita nak jumpa Rasulullah ni

.
.
.
.
Nak masuk Raudhah sekarang ni kena apply di apps Nusuk
Dalam dua tiga minggu sebelum datang tu dah kena apply
Masuk Raudhah hanya boleh sekali sebulan sahala untuk bukan warganegara

.
.
.
.
.
Belah lelaki nampak tenang dan lengang
Kalau lelaki , sangat beruntung .
Mereka senang nak masuk sebab q nya tak ramai sangat
Tak ada Nusuk pun boleh masuk kalau ada rezeki
Dan belah lelaki , kawasan untuk mereka di Raudhah adalah sangat luas
Dan lepas solat di Raudhah , mereka boleh lalu betul-betul di sebelah makam Rasulullah

.
.
.
.
Dah nampak kubah hijau dekat sikit dah

.
.
.
.
Second time pakai jubah seumur hidup rasanya 😂😂

.
.
.
.
Kami dipimpin oleh dua orang rakyat Indonesia yang dah menetap lama di sini
Yang tu Fitri nama dia

.
.
.
.
Yang naik wheel chair line lain

.
.
.
.
Ramai
Tak tahu lah satu slot tu dia ambik berapa orang
Atau ni dah bergabung banyak slot , overlap

.
.
.
.
Masa ni line laju je bergerak
Nak ambik gambar pun kelam kabut
Jalan ! Jalan !! Wira ! Jalan !! Fitri dok jerit-jerit

.
.
.
.
Dah mula nampak tiang-tiang Raudhah
Macamana nak bezakan ?
Tiang-tiang yang ada kelopak emas tu adalah tiang dalam kawasan Raudhah
Kenapa perempuan tu berdiri gitu ambik gambar?
Sebab belah kiri Raudhah [ depan sikit ] ni lah letaknya makam Rasulullah

.
.
.
.
.
Cantik sungguh lampu , kubah , tiang dan semuanya lah dalam kawasan menghampiri Raudhah ni

.
.
.
.
Sikit lagi nak sampai
Dekat sini kira dah berterabur dah jemaah Wira Saujana ni
Macamana nak ke depan ? Fill in the gaps
Raudhah dah dekat depan tu je
Bila mana yang dah puas di Raudhah , mereka akan keluar . menyelit celah-celah gerombolan yang datang ni
Dan yang baru akan fill in the gaps

.
.
.
.
Agak huru hara jugalah sebenarnya
Tapi sebab nak taman syurga , kita tempuhi juga lah
Tak lah kena tolak , siku sangat dekat sini . Agak sopan lah juga

.
.
.
.
Sikit lagi
Dah nampak mimbar ? Atau mihrab belah sana / belah lelaki sana

.
.
.
.
Sambil ambik lagi gambar banyak-banyak
Nak masuk sini tak payah lah berhenbeg bagai
Kosongkan tangan . Bawa handfon aje . Dan beg kasut . Dan botol air Zamzam yang dia orang bagi dekat pintu tadi .Dah berebut nak solat , botol air Zamzam aku terpelanting ke mana ntah
Bawa beg kasut tu ya . Sebab keluar nanti dekat pintu lain

.
.
.
.
Belah sana dinding kanvas putih tu dinding yang mengelilingi makam Rasulullah

.
.
.
.
Alhamdulillah dah masuk sempadan Raudhah

.
.
.
.
Ramai jemaah Wira Saujana yang dapat saf depan sekali
Kalau depan sekali , kebarangkalian kepala kita dilangkah orang masa sujud adalah kecil
Biasanya memang akan dilanggar , dilangkah masa tengah sujud
Tengah berdiri solat apatah lagi

.
.
.
.
Antara tempat mustajab berdoa
Berdoa masa sujud . Doa lama-lama . Sebab kalau kau duduk berdoa , sekejapan je kau akan disuruh bangun oleh petugas

.
.
.
.
Karpet Raudhah hijau
Sama dengan warna karpet tempat lain
Corak mungkin lain . Tak perasan
Kami nak sangat cium bau Raudhah
Tapi tak dapat
Sebab pakai face mask [ sebab ramai sangat orang ]
Dan ramai sangat orang maka dah tak berbau , hilang bau wangi Raudhah itu

.
.
.
.
Oleh sebab saya tak boleh lipat lutut sebab sakit . Kena solat guna kerusi . Saya bukak kerusi dan bersandar pada tiang yang ini.
Orang dok lalu lalang depan muka depan batang hidung masa solat 😁
Mesti ingat aku dok termenung sandar dekat tiang

.
.
.
.
Alhamdulillah
Sempat doa banyak-banyak. Sempat selit kiriman doa mana yang ingat
Diizin kan oleh Nya menjadi tamu di Raudhah
Keluar ikut pintu ni ... tak ingat nombor pintu
Pintu nombor 40
Pintu Jibrail
Pintu yang selalu digunakan oleh Jibrail ketika bertemu dengan Baginda Rasulullah untuk menyampaikan wahyu ndan perkhabaran-perkhabaran lain

.
.
.
.
Cantik pintu-pintu di Masjidil Nabawi ni
Ini di Pintu Bilal
Tofografer aku lambat nau ngambik gambau … Maka aku buat muka laaa… 😂

.
.
.
.
Kita perempuan memang tak dapat lalu depan maqam Rasulullah
Tak apa
Dari luar pun boleh bagi salam
Walaupun dah bagi salam masa dalam Raudhah tadi
Kita bagi nsalam lagi ..
Assalamualaika Ya Rasulullah
Assalamualaika Ya Habibullah
Assalamualaika Ya Nabiyallah
Assalamualaika Ya Saidina Abu Bakar As Siddiq
Assalamualaika Ya Saidina Umar Al Khattab
Assalamualaika Ya Rasulullah . Kami datang dari negeri yang jauh , membawa dosa yang banyak .
Boleh tak minta pada Allah ampunkan dosa-dosa kami ….🥲
Ustaz ajar baca gini

.
.
.
.
Ha
Itu lah bangku teleskopik yang dibawa ke hulu ke hilir
Ada kerusi waqaf dalam masjid . Banyak . Selalu juga habis tapi
Guna sendiri punya lagi senang ..

.
.
.
.
Selepas Subuh
Sambung berdoa [ sebab lepas solat sini Imam tak baca doa , aminkan ramai-ramai macam dekat kampung kita ] . Kita doa sendiri-sendiri ..
Tiba-tiba dengar orang berlarian , macam rusuhan dekat belah depan penghadang tu
Aku pun curious . Tu ha.. Sedang helok mengendap tu ..
Nampak ramai sangat jemaah perempuan berlarian ke arah kanan
Pelik juga

.
.
.
.
Rupa-rupanya selepas Subuh , dalam pukul 7 gitu , ramai dah beratur di luar Pintu 32
Bila Pintu 32 dibuka , merekalah yang berlarian masuk
Selalunya jemaah yang tak dapat booking di Nusuk , mereka akan masuk ikut pintu ini
Tak dapat masuk Raudhah tapi kalau ikut pintu ni . Dapat di pinggiran Raudhah . Kena berada di depan sekali kawasan itu.
Tu yang orang berlarian mengejar sampai bunyi macam rusuhan tu

.
.
.
.
Ada juga nanti yang cuba nak masuk guna Nusuk kita
Dia orang akan pujuk , kata malam last lah , hari last lah
So dia orang akan pujuk untuk kita bagi screen shot Nusuk kita dan nak cuba masuk dengan harapan petugas tak perasan itu adalah screenshot
Ada yang ajar macamana nak masuk dua kali
Aku tau caranya , tapi macam errr… Kira macam aku ambik hak orang lain tak kalau buat gini ? Dosa tak ?
Ok
Sambung lagi nanti