DUYUFURRAHMAN : ZIARAH LUAR , MADINAH [ 4 ]
.
.
.
.
.
Pakej Umrah kita orang ni 11h 9m
Bila tengok itinerary … 4 hari je di Madinah weh !!😒
Hari sampai tu dikira sehari walaupun masa tu sampai dah malam dah , dah pukul 10 malam
The 2 full days lepas tu
Then hari last tu pukul 2 dah nak kena berangkat ke Mekah
Sangat tak puas . Sekejap nya di Madinah … 😢
5x sehari dok refer jadual waktu Solat ni ..
Masih konfius lagi timing nya

.
.
.
.
Hari ke2 di Madinah
Kita buat ziarah luar
7:30 pagi dah kena berkumpul di lobi Funduk Ruve
Sebab hari ni nak ke Masjid Quba’
Kalau lambat sampai ke sana , nanti dah ramai jemaah yang datang . Parking bas pun susah nanti

.
.
.
.
Dah nampak dah bukit yang akan ada di syurga nanti
Yang warna kemerah-merahan tu …

.
.
.
.
Kita orang antara yang pertama sampai di Masjid Quba’ ni
Ustaz dah pesan . Siap-siap ambik wudhu’ di hotel . Tahan , jangan batal ..
Sebab ?
Sabda Nabi SAW : Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah.

.
.
.
.
Korang kalau sampai di Madinah ni , korang perhatikan bulan yang dekat hujung kubah atau menara tu .
Kalau bulannya penuh , lengkap satu bulatan , bukan bulan sabit , maknanya baginda Rasulullah SAW pernah bersolat di masjid itu.
Nampak ? Cuba zoom

.
.
.
.
Masjid yang pertama dibina Rasulullah
Diasaskan oleh Baginda Rasulullah semasa dalam perjalanan berhijrah ke Madinah
Masjid ni dalam 5 km lagi jauhnya ke Masjidil Haram . Belum masuk lagi dalam sempadan Madinah masa tu

.
.
.
.
Paham ?

.
.
.
.
Banyak kucing jalanan sekitar Masjid Quba’ ni

.
.
.
.
Kita orang memang dah prepare bawak kibbles paket kecik-kecik sebab memang dah niat nak bagi pada kucing jalanan dekat sini

.
.
.
.
Berlari-lari dia datang bila dengar bunyi plastik makanan
Lapar sungguh !
Masa bagi tu pesan dekat dia orang , doakan kita orang sampai Madinah lagi ya Meow ….
Dari dataran ni , kalau jalan lurus , dalam 5 km , akan sampai ke Masjidil Nabawi
Ramai yang jalan ke sini malam-malam , pagi-pagi
Boleh juga tahan buggy nak ulang alik tu

.
.
.
.
OK
Solat sunat Tahiyatul Masjid , Sunat Dhuha

.
.
.
.
Kalau korang di tempat solat lelaki , bawah kubah utama , nanti pandang ke atas
Akan nampak dua lubang kecik di kubah itu
Korang cubalah solat betul-betul di bawah lubang tu
Tepat di bawah lubang kecik itu menandakan tempat yang pernah Baginda Rasulullah solat dan sujud

.
.
.
.
Dah mula ramai dah masa ni

.
.
.
.
Sempat lah dia baca Quran sikit dekat sini
Dia berazam nak khatam Quran masa umrah ni
Aku dah rasa macam susah aje , sebab masa kita singkat aje dekat Haramain ni …

.
.
.
.
Ustaz Azfar , mutawif kita orang tengah bercerita tentang Telaga Iziq , yang tak boleh dilawati sekarang sebab tengah ada construction . Dekat seberang jalan dari Masjid Quba’ ni
Dan Telaga Cincin / Bi’r al-Khatim . Dimana tempat terjatuh dan hilangnya cincin Rasulullah ketika berada di tangan / jagaan Khalifah Uthman Affan
Telaga itu juga letaknya di sekitar Masjid Quba’ ini

.
.
.
.
Seterusnya , kita ke ladang kurma
Tahu tak ? Pohon kurma tak akan meluruhkan daunnya walaupun kering
Dipangkas baru lah jatuh

.
.
.
.
Ada banyak mereka yang kelaparan di sini !!

.
.
.
.
Ada tempat berehat di bawah pohon kurma ni
Boleh order bakso
Semangkuk 20 SAR
Sedap lah jugak

.
.
.
.
Sebenarnya tak lah ladang sangat pun
Tujuan utamanya ni ha
Kedai jual kurma , coklat dsb ni
Dia orang dok Halal! Halal! Halal! Boleh rasa ! Halal !
Boleh rasa semua , boleh rasa banyak masa pun . Sampai kenyang pun boleh !
Banyak lah jugak kita orang try !
Semua sedap !
Yang dekat sini boleh campur , 1 kg 60 SAR

.
.
.
.
Kurma pun macam-macam jenis ya ampun!!
Semua halal!!
Kau rasalah 100 biji pun masih halal!

.
.
.
.
Kekacang kudap-kudap pun banyak!!
Tester semua halal
Kaut lah banyak mana pun

.
.
.
.
Grup photo !
Kita orang dah plan
Kalau grup foto .. Angkat tangan..
Baru lah nampak kita orang dekat mana 😁

.
.
.
.
Seterusnya ..
Kita ka Jabal Uhud
‘ Bukit yang menyindiri ‘
Yang akan berada dan menunggu kita di syurga nanti
7 km lebarnya bukit ini
Nak pahala sebesar Bukit Uhud ini ? Cari dan kejar Solat Jenazah .

.
.
.
.
Jabal yang pernah bergetar di kaki Rasulullah tika di daki oleh Baginda

.
.
.
.
Bukit ini menjadi saksi Perang Uhud antara para Muslimin dan Musyrikin Mekah
Dalam pertempuran tersebut kaum muslimin yang gugur sampai 70 orang syuhada’
Di mana Rasulullah sendiri mengalami kecederaan diasak oleh pihak musuh

.
.
.
.
70 orang tentera Islam yang gugur syuhada’ dimakamkan di kaki Bukit Uhud ini

.
.
.
.
Antaranya yang syahid , bapa saudara Nabi, Hamzah bin Abdul Muthalib, yang digelari AsaDullah wa Asadur Rasul (Singa Allah dan Rasul-Nya), Mush’ab bin Umair, dan Abdullah bin Jahsyin

.
.
.
.
Hujung sana tu Bukit Pemanah

.
.
.
.
Masjid Syuhada’ Uhud

.
.
.
.
Kalau dekat sini kita boleh mendoakan dan sedekahkan Al Fatihah pada para syuhada
Tapi jangan over sangat angkat tangan tu . Atau berdoa kuat-kuat . Sebab nanti pihak penguasa dekat sini sangka kita buat benda tak elok macam minta doa daripada para syuhada’
[ Sebab ada jemaah [ bukan jemaah Malayisa lah ] yang buat ]

.
.
.
.
Panas terik dah masa ni
Macam pelik pulak tak ada yang berjualan di sini
Ikutkan selalunya ramai je penjual jalanan open table dekat sini

.
.
.
.
Yes !
Memang kena angkat tangan barulah nampak kau dekat mana😁

.
.
.
.
Tengah terik ni helok lah kita cari aiskrim ya …

.
.
.
.
5 SAR satu mangkuk
Panas ya Tuan-Tuan Puan-Puan di Madinah ini waktu gini .Ini dalam pukul 10-11 pagi
Sebelum datang Umrah ni , ada lah tengok dekat Tiktik , jemaah Umrah dekat Madinah Pakai jaket tebal , glove , mafla
Nampak macam sejuk sangat . And baca , suhu boleh turun sampai 11-12 darjah Celcius !
Kita orang pun belilah glove , dan heat pack yang dekat Daiso tu , yang ketuk-ketuk je nanti panas , buat peygang dekat tangan
😁😂😂😂
Tak sejuk pun weh !!!

.
.
.
.
Habis ziarah , kita balik Funduk Ruve
Nak register local fon number , sebab malam ni nak ke Raudhah
Ada agen Telco datang ke Funduk tapi lambat yak amat dia buat kerja
Dah lah ramai jemaah kami ni. Balik Zohor pun tak siap-siap lagi
Last-last Uszad bawak pergi ke kiosk-kiosk kecik tepi jalan tu. Sekejapan je dia register
Ni ATM dekat tepi jalan. Dak Iyra nak keluarkan duit . Dah masuk amountnya , tiba-tiba kad keluar dan krik krik krik ….
Panik lah jugak . Duit tak keluar !
Try ATM lain . Alhamdulillah . Tak tolak balancenya . Cuma krik krik krik je tadi tu

.
.
.
.
Depan Hotel Ruve tu ada deretan tempat melontar
Ni kedai nombor 12
Abdullah nama mamat ni

.
.
.
.
Dia ajak masuk
Dia kata dia bagi harga adik-beradik
Murah juga lah dekat kedai dia ni
Kita orang tempah sejadah yang custom made tulis nama tu , dapat SAR 8 sehelai

.
.
.
.
Inilah hasil melontarnya
30 helai sejadah berkhat nama

.
.
.
.
Ni ada orang kirim pada Dak Iyra
Tasbih kayu kokka
Sebab terracun Rizalman pakai .. 😁

.
.
.
.
Kayu kokka original mahal jugak weh !!
Ni dapat kurang , dia bagi SAR 100

.
.
.
.
Ini lah cuacanya di Madinah
Tak lah sejuk sangat !

.
.
.
.
Asar di Masjidil Nabawi
Ramai yang lepak-lepas bawah payung atas karpet ni menunggu waktu solat
Ada yang siap makan minum tidur baring

.
.
.
.
Kita solat bawah payung pulak

.
.
.
.
Ada 250 kaki payung gergasi

.
.
.
.
Selalunya terbuka selepas Subuh
Tertutup semula selepas Maghrib

.
.
.
.
Masa kita orang dekat sini , payung ni sentiasa terbuka
Penat tunggu dia tutup

.
.
.
.
.
Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu ‘alaihi Wasallam telah bersabda:
“Melakukan sekali solat di dalam masjidku ( Masjidil Nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali solat dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram.”

.
.
.
.
Sambil menunggu payung tertutup kita tuai lah pahala

.
.
.
.
Ok
Nanti sambung …