DUYUFURRAHMAN : ZIARAH MASJID NABAWI [ 6 ]
.
.
.
.
Ada peringatan untuk para Duyufurrahman dalam Bahasa Melayu
Malam-malam sejuk di Madinah ni
Siang hingga sore panas terik

.
.
.
.
Hari ke 3 . Hari ni kita ziarah di sekitar Masjid Nabawi
Hotel kami di belah yang menghadap kiblat . Di belakang hotel boleh nampak Bukit yang amat mengasihi Nabi Muhammad
7 km memanjang bukit ini
Kalau terus je jalan ke depan tu , nanti akan jumpa Street Food Madinah yang dah dirobohkan hari tu masa kita orang dekat sini , dan dibina balik masa kita orang dah sampai Malaysia

.
.
.
.
Santai-santai hari ni
Lepas Subuh , sarap , bersiap untuk ziarah

.
.
.
.
Tak ramai yang pakai face mask dah masa ni
Jemaah Malaysia yang masih gigih
Ya lah kau !! Dah dekat 3 tahun pakai mask , macam eh .. Kosong nau rasa muka tak pakai mask …

.
.
.
.
Pintu 25 pintu kita orang keluar masuk Masjid
Setiap kali masuk , muka aku mesti dah ditarget oleh petugas masjid tu kot ..
Mesti kena tahan , lepas tu di suruh bukak knap sack aku . Nak check
Yang aku barannya .. Dah siap bukak zip , bukan di pandang nya beg aku . Terus suruh jalan
Atau bukak , raba sikit-sikit belah atas-atas beg . Jalan
Atau bukak , tak pandang pun beg aku , borak dengan kawan dia , tak suruh pun jalan … terpinga-pinga aku dekat situ …
Hampir setiap kali kena check
Dia orang nak check kalau ada bawak masuk makanan basah , berger ke , shawarma ke ..
Takut tumpah dalam masjid
But why is it always ME !! Dak Iyra tak kena pun !! 🤣

.
.
.
.
Pekerja masjid yang wanita pakai baju coklat , yang lelaki pakai baju hijau
Ringan-ringan lah hulur sedekah pada mereka

.
.
.
.
Matahari dah naik
Agak panas jugak la…
Panas macam dekat Cameron masa siang-siang hari

.
.
.
.
Kebanyakan jemaah Malaysia dan Indonesia duduk dekat hotel-hotel yang dekat dengan pintu 24 , 25 , 26 dan 16 ,17,18 ,19 .
Pintu 24 , 25 , 26 tu pintu untuk jemaah perempuan
Pintu 37 untuk masuk Raudhah
Pintu 31, 32 untuk pinggiran Raudhah
Hari ni kita pusing keliling Masjidil Haram

.
.
.
.
Payung masih tak tutup-tutup sejak kita orang datang
Ada 250 buah payung gergasi ni

.
.
.
.
Ada dengar katanya Sultan Brunei yang sponsor operasi buka tutup semua payung ini setiap hari . Wallaua’lam

.
.
.
.
Katanya kos buka satu payung SAR2000 ?
Payung akan ditutup petang , sekitar Maghrib dan dibuka semula pagi esoknya selepas Subuh

.
.
.
.
Ustza bercerita tentang Telaga Har
Ini tapak telaga Saidina Abu Talhah Al Ansori Radhiallahuanhu atau dikenali sebagai Telaga Ha. Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari bahawa Abu Talhah r.a telah menginfaqkan telaga ini sebaik sahaja dia mendengar firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 92,“
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu infaqkan sebahagian dari apa yang kamu sayang”.
Namun, Rasulullah saw menyarankan agar telaga ini dikembalikan semula kepada keluarga Abu Talhah r.a. Telaga ini telah terhapus dan tapaknya dapat dilihat di bahagian utara masjid Nabawi (belakang) berdekatan pintu 21 seperti dalam gambar.

.
.
.
.
Ustaz Fadzli tengah bercerita tentang Saqifah Bani Sa’idah

.
.
.
.
Saqifah Bani Sa’idah, atau secara ringkas Saqifah, merupakan bangunan beratap di Madinah yang digunakan oleh Bani Sa’idah, sebuah suku Khazraj. Bangunan ini merupakan salah satu tempat penting dalam sejarah Islam kerana ia merupakan tempat berkumpul para sahabat untuk melantik khalifah setelah kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Sebaik sahaja baginda wafat, para Sahabat Ansar telah berkumpul di rumah Sa’ad bin Ubadah kerana mereka ingin mencalonkan Sa’ad bin Ubadah sebagai khalifah Nabi di dalam pertemuan di Saqifah Bani Sa’idah. Pertemuan ini sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq dan Umar bin al-Khattab yang baru sahaja selesai menziarahi jenazah Nabi Muhammad S.A.W di rumah A’isyah binti Abu Bakar. Mereka berdua beserta beberapa orang Sahabat Muhajirin segera mendatangi Saqifah Bani Sa’idah, lalu berlakulah perdebatan dan perbincangan mengenai siapakah yang sepatutnya menggantikan Nabi S.A.W di dalam memimpin umat.

.
.
.
.
Sekarang ia adalah sebuah taman hijau kecil di tepi Masjid Nabawi

.
.
.
.
Berpagar
Tak boleh masuk

.
.
.
.
Dekat belakang belah kanan gambar tu adalah tapak pasar Madinah
Rasulullah SAW telah mewujudkan sistem ekonomi Islam sebagai menggantikan sistem ekonomi Yahudi dan jahiliah. Sebuah pasar muslim dibangunkan. Pasar itu dibuka kepada semua tidak terhad kepada para peniaga muslim sahaja malahan turut dibuka kepada bukan muslim. Ia sebagai satu cara pengukuhan ekonomi masyarakat Islam.
Ekoran itu, kaum Yahudi mengalami kerugian apabila masyarakat Islam Madinah mula beralih dan mengutamakan pasar milik peniaga Islam. Sistem berlandaskan riba oleh Yahudi turut terhapus dan digantikan dengan sistem kewangan berasaskan wang dinar dan dirham. Ia bersandarkan emas yang lebih stabil dan adil menjadikan ekonomi Islam bertambah kukuh.

.
.
.
.
Kita orang duk ngangkut kerusi waqaf tu sekeliling masjid masa Ustaz berhenti bercerita sirah Nabi , duduk ramai-ramai keliling Ustaz sambil dengar cerita
Tapi tak boleh lama
Ada je petugas masjid yang suruh beredar

.
.
.
.
Ada 3 buah masjid tinggalan zaman Rasulullah dekat belakang tu .Dekat Pintu 6, 7 dan 8 tu

.
.
.
.
Masjid Ali bin Abi Talib , yang depan sekali tu , warna putih . Dah tidak digunakan , kerana segala solat fardhu memang dilakukan di Masjid Nabawi kan ….? Dekat aje tu . Ada dinding putih sekeliling masjid . Itu pun ada yang dok menconteng nya ..
Yang coklat tengah-tengah tu Masjid Abu Bakar As Siddiq . Rasulullah pern ah mendirikan Solat Aidil Fitri bersama-sama Abu Bakar As Siddiq di situ . Pun telah ditutup untuk solat dan lawatan . Juga dikatakan disini lokasi rumah Saidina Abu Bakar
Yang belakang Dak Iyra tu Masjid Al Ghamammah . Masjid Awan Mendung . Rasulullah melaksanakan Solat Istisqo’ untuk memohon kepada Allah agar diturunkan hujan di sini . Rasulullah S.A.W pernah melaksanakan solat jenazah bagi Najashi. Beliau adalah Kaisar Aksum di Abbysinia (kini Ethiopia). Dalam riwayat disebutkan bahwa Najashi adalah seorang raja di kerajaan Aksum di Ethiopia yang beragama Kristian, namun menyambut baik kedatangan kaum muslimin yang berhijrah ke negerinya menghindar dari kekejaman kafir Quraisy Mekah. Dikemudian hari Najashi pun berikrar masuk Islam. Ketika Najashi meninggal dunia , tak ada siapapun yang bersedia memimpin solat jenazah baginya dan kemudian Rasulullah SAW men-solatkan beliau secara ghaib. Peristiwa ini merupakan satu satunya peristiwa Rasulullah melakukan solat ghaib

.
.
.
.
Masjid-masjid tanpa Dak Iyra

.
.
.
.
Seteursnya , kita berhenti sekejap dekat Pintu 5 ,6 tu

.
.
.
.
Ada poster besar bird eye view Masjdil Nabawi dekat dinding muzium / dinding exhibition dekat Pintu 5, 6 tu
Baru lah nampak jelas betapa besar nya masjid yang ke 2 terbesar di dunia ini

.
.
.
.
Ada 27 buah kubah yang boleh slide ke tepi tu
Ada 6 buah menara
Baru nampak betapa luasnya kawasan yang boleh dilitupi oleh payung-payung gergasi tu!
Nampak Bukit Uhud
Nampak Perkuburan Baqi’
Nampak Pintu 1 , BabusSalam dan yang setentangnya , Pintu 40 , pintu untuk membawa jenazah ke Perkuburan Baqi’

.
.
.
.
.
Dan akhirnya !
Sampai ke kawasan Kubah Hijau !
Malam masa ke Raudhah tu kita dari belah sana kubah
Hari ni dari belah sini
Pintu yang besar tu BabusSalam. Laluan jemaah lelaki

.
.
.
.
Assalamualaikum Ya Rasulullah
Assalamualaikum Ya HabibAllah
Assalamualaikum Ya NabiAllah
Dan untuk menyampaikan salam daripada kawan-kawan …
Ya Rasulullah , aku menyampaikan salam daripada mereka , dengan lafaz , Assalamualaika Ya Rasulullah

.
.
.
.
Dak Iyra ajak selfie dekat Kubah Hijau
Macam tak appripriate lah pulak
Ambik gambar sorang aje lah …

.
.
.
.
Nampak tak ada macam sesuatu yang tak rata atas kubah tu
Mitosnya , ada orang nak mencuri jasad Rasulullah SAW . Dia panjat kubah
Mati atas kubah tapi. Nak bawa turun mayat tak boleh , maka nya dikuburkan dekat atas tu aje.. Bohong je semua tu ..
Ustaz kata , tu pintu dari dalam kubah untuk ke luar kubah
Untuk bersihkan kubah jika perlu
Bukannya kubur …😂

.
.
.
.
Masih lagi berdoa
Doa yang sama
Ya Rasulullah , kurniakan lah kami syafaat mu , kurniakan lah kami syafaat mu , kurniakan lah kami syafaat mu
Ya Rasulullah , aku datang dari negeri yang jauh , membawa dosa yang banyak , boleh tak Ya Rasulullah , minta pada Allah ampunkan dosa-dosa aku itu .

.
.
.
.
.
Ustaz bercerita tentang perkuburan Baqi’ dekat Pintu 359
Pintu-pintu bernombor bermula dengan digit 3 dan ada 3 digit , adalah pintu belah luar masjid
Yang bermula dengan digit 2 dan ada 3 digit , itu adalah tandas
Pintu yang betul-betul nak masuk masjid ada 2 digit sahaja

.
.
.
.
Cerita tentang Abu Hurairah yang suka kucing
Nama sebenar Abu Hurairah ialah Abdi Syams. Nama Abdi Syams merupakan nama asalnya yang membawa maksud ‘hamba matahari’ sebelum beliau memeluk Islam.Setelah memeluk agama Islam, Abu Hurairah bertemu dengan Nabi Muhammad SAW, lalu Baginda pun bertanya, “Siapakah nama kamu?”. Lalu beliau menjawab namanya adalah Abdi Syams.
Tetapi Rasulullah berkata, “Bukan, nama kamu adalah Abdul Rahman”. Dikatakan juga Rasulullah SAW memberikannya gelaran ‘Abu Hurairah’ yang bermaksud ‘bapa kepada anak kucing betina’.Dikatakan ketika Abu Hurairah pergi menemui Baginda, kucing sering keluar dari poket atau lengan bajunya.
Dengar cerita tentang perkuburan Baqi’ sambil bagi kucing makan

.
.
.
.
Maksudnya: Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana.
Hadith riwayat al-Tirmidzi: (3917)
Namun, bukanlah dimaksudkan dengan berkemampuan untuk meninggal dunia ialah dengan meminta untuk dimatikan sewaktu berada di Madinah dalam tempoh masa yang singkat.
Syeikh al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa ia adalah anjuran dan galakkan untuk tinggal menetap di Madinah sehingga tiba waktu kematiannya yang kemudiannya dikebumikan di Perkuburan Baqi’ sekiranya mampu untuk melakukan demikian. (Rujuk Tuhfat al-Ahwazi: hadith no. 3917)
Walaubagaimanapun, kita dianjurkan untuk berdoa untuk meninggal dunia di sana tanpa mengharapkan dimatikan dengan segera sewaktu berada di sana. Ini kerana Saidina Umar al-Khattab RA sendiri pernah berdoa untuk mati di sana:
اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya: Ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalanmu, matikan aku di Negeri Rasulmu SAW (Madinah).
Hadith riwayat al-Bukhari: 1890
.
.
Ambil gambar Perkuburan Baqi’ dari luar aje
Perempuan tak boleh masuk ke kawasan Perkuburan Baqi’ ni , dan tak boleh mengiringi jenazah . Kerajaan Arab Saudi larang . Sebab takut kaum perempuan meratap meraung di kuburan nanti . Memang adat mereka macam tu . Kita di Malaysia boleh aje mengiringi jenazah . Sebab adat kita tak meraung meratap menarik-narik rambut dan pakaian di tanah perkuburan.
Antara ahlul bait Rasulullah SAW dan para Sahabat RA yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ ialah:
- Fatimah, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Zainab RA. Puteri–puteri kesayangan Rasulullah SAW.
- Saidina Hasan Bin Ali Bin Abi Talib. Cucu Rasulullah SAW.
- ‘Aisyah, Saudah, Hafsah, Zainab Bint Khuzaimah, Ummu Salamah, Juwairiyyah, Ummu Habibah, Safiyah, Zainab Bint Jahsy. Isteri-isteri Rasulullah SAW
- Uthman Ibn ‘Affan, Abu Sa’id al-Khudri, Sa’ad Ibn Mu’adz al-Ansari, Abdullah Ibn Mas’ud dan lain-lain para Sahabat Rasulullah SAW yang mulia.

.
.
.
.
Masjid yang Rasulullah SAW pernah diziarah dan solat di dalamnya , bentuk bulan di hujung menara , kubah adalah bulan penuh , bukan bulan separuh .
Cuba nengok betul-betul . Sila kembangkan gambar ini

.
.
.
.
Madinah adalah sangat tenang
Sempat juga berdoa agar dapat berlama-lama di Madinah dan dikuburkan di Madinah

.
.
.
.
Bawak kibbles untuk mereka ya kalau datang sini
Saham akhirat kita

.
.
.
.
Ada baca , ada pintu yang kita boleh naik ke roof top . Lelaki aje lah tapi
Jumpa pintu ni . Ada tulis ‘ To Roof ‘ di Pintu Abi Talib
Mari lah cuba naik
Naik sampai tingkat atas sekali
Jumpa ofis , ada Mak Arab berpurdah dekat dalam . Tengah dok berbincang dengan beberapa orang perempuan
😂😂 . Turun balik sambik gelak kuk kik kuk kik

.
.
.
.
Jumpa ni dekat tiang dekat tangga tu
Try Google Translate dia
Rupa-rupanya tempat pengaduan krisis rumahtangga gitu-gitu lah …
😂😂😂😂😂

.
.
.
.
Ramai yang mengimarahkan masjid
Ada je kelompok-kelompok ysang bertazkirah , belajart agama dalam masjid ni
In fact , ada yang mengajar dalam Bahasa Melayu / Indonesia

.
.
.
.
Tenang nya Madinah ni..

.
.
.
.
Inilah salah seorang yang ada krisis rumahtangga tadi tu🤣

.
.
.
.
Ni pun sama
😂

.
.
.
.
Mesti cari bawah kubah ni untuk solat
Sebab nak nengok dia terbuka lagi. Tak puas hari tu .

.
.
.
.
Tak buka-buka tapi!
Maka nya kita ambik gambar je laaa.

.
.
.
.
Rupa-rupa ni adalah geng sebelah bilik nanti di Mekah
Siap buka connecting door lagi ! Dok borak-borak makan-makan ..

.
.
.
.
Karpet Masjid Nabawi

.
.
.
.
Karpet dalam Raudhah
Tak banyak beza kan?
Dulu iya , karpet Raudhah warna hijau. Yang dekat luar warna merah

.
.
.
.
.
Senja last di Madinah

.
.
.
.
Malam last di Madinah
Dah mula sedih dah masa ni nak tinggalkan Rasulullah SAW dan Madinah
Solat dekat luar aje sebab lambat..

.
.
.
.
Sesiapa yang ada masa dan Riyal lebih tu boleh lah cuba naik bas Hop On Hop Off Madinah ni
SAR 85 untuk 24 jam
Boleh naik turun berapa kali kau suka dalam 24 jam tu

.
.
.
.
Sambung lagi nanti….