DUYUFURRAHMAN : SUBUH DI MASJID NABAWI [ 3 ]
.
.
.
.
Subuh pertama di Madinah
Akan ada 2 kali azan
Satu untuk kejutkan korang . Satu lagi azan Subuh yang real
Sehari dua pertama tu laju lah berebut ke Masjid
Hari last tu bila dah mula letih , pasrah aje lah bila dah lambat …
Solat bawah payung pun hokey …
Ustaz pun ada kata .. Perbanyakkan tempat sujud kita
Semua itu akan jadi saksi kemudian hari nanti …

.
.
.
.
Jemaah akan mula berduyun-duyun datang antara dua azan tu
Kalau lambat , saf dekat dalam masjid dah penuh , petugas akan tutup pintu
Kena solat dekat luar bawah payung gergasi yang cantik ni
Petugas pembersihan pakai baju hijau gitu
Kalau yang jaga Air Zamzam baju coklat
Kalau ada riyal lebih tu sedekahlah dekat dia orang
Berganda pahala di Kota Suci ni.
Ramai pekerja pembersihan ni . Dalam 1 shit ada 1000 orang dengarnya !!
Ramai jugak yang orang Indonesia …

.
.
.
.
Selalu lepas solat kita orang akan bagi jajan-jajan dekat sesiapa lah yang dekat luar masjid tu
Tak nak bagi sebelum solat . Karang tersentuh batal pulak wudhu’
Ini Pintu 25
Kebanyakan jemaah Malaysia , Indonesia punya hotel dekat-dekat Pintu 25 ni je
Ada 100 buah pintu dalam Masjid Nabawi ni

.
.
.
.
Masa mula-mula masuk macam terpinga-pinga
Mana eh nak solat
Nampak macam penuh tapi ada je kosong boleh selit celah-celah tu

.
.
.
.
Cantik sungguh dalam masjid ni !

.
.
.
.
Kalau nak solat , kita orang akan cari kubah yang cantik ni ..
Kalau boleh nak duduk betul-betul bawah kubah
Sebab ?
Sebab lepas Subuh dan selepas Zohor , kubah ini akan terbuka
The whole kubah itu akan slide ke tepi
Nak bagi pengudaraan untuk ruang masjid

.
.
.
.
Pernah dapat nengok 3 kali dia terbuka
Ada sekali tu kita orang punyalah tunggu lepas Zohor
Tak jugak buka -buka . Balik lah dengan hampa
Ada sekali tu , tunggu .. Macam tak buka juga … On the way keluar helok je dia slide.
Menggelupur keluarkan kamera
Sekali je dapat video kubah ni terbuka sampai habis ..

.
.
.
.
Ada 27 buah kubah bergerak ni.
Pick one dan duduk dan tunggu dia slide terbuka dan admire the engineering and architecture

.
.
.
.
Selepas kubah terbuka …

.
.
.
.
Tak semua bahagian Masjid ni dibuka masa solat
Kawasan belah depan penghadang kayu tu tak dibuka
Depan sana tu laluan dari Pintu 32 . Tak dibuka untuk solat dekat situ . Itu laluan ke pinggiran Raudhah
Yang tak dapat booking slot untuk ke Raudhah ikut Nusuk , mereka akan cuba masuk ikut Pintu 32.
Bukan dalam Raudhah nanti tapi , cuma belah tepi had kawasan Raudhah tu aje

.
.
.
.
Ini adalah masjid kedua terbesar di dunia
Boleh menampung dalam 257000 orang jemaah

.
.
.
.
Geng Subuh
Masa ni gigih lagi bertelekung lengkap siap pakai kain telekung lagi …

.
.
.
.
Lepas solat , nak keluar memang jem
Bekas air Zamzam untuk orang ramai terletak di belah kiri dan kanan laluan keluar . Orang akan berhenti untuk minum atau tapau air Zamzam
Lagi lah jem…
Jaga beg helok-helok
Ada je pencopet
Dia orang ni tak takut buat dosa … Pelik la ..
Pahala berganda-ganda di sini . Dosa pun akan berganda …

.
.
.
.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ
Maksudnya: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram”.
[Riwayat Muslim (1394)]
.
.
.
.