DUYUFURRAHMAN : KLIA-MADINAH [ 2 ]

.

.

.

.

Hari yang ditunggu-tunggu

28 Jan 2023

Beg dah siap kemas sebulan lagi sebelum pergi !! 🤣🤣🤣 Keluar masuk keluar masuk barang .

Flight pukul 3 , pukul 11 pagi dah kena ada di KLIA tapi untuk segara urusan pemergian

Dak Azie datang hantar ! Thanks weh !! Ada rezeki nanti kita pergi sama-sama ya !

Masa orang lain sibuk dengar taklimat Wira Saujana [ WS ], kita orang yang kelaparan ni dok makan dekat Food Court , lepas tu dok sibuk tanya kenapa gambar tak ada dalam FB WS … :))

.

.

.

.

Ada kawan / patient ajar . Uztaz dia ajar . Pergi iringi pemergian Tetamu Allah . Itu salah satu cara untuk kita dijemput nanti ke sana juga .

Masa tengah nak angkat beg nak letak dekat conveyor dekat kaunter check in , ada staff WS dekat situ .

Dia kata .. Hajah ..Hajah … Mari saya tolong angkat beg Hajah

Kita orang serentak toleh sekeliling cari siapa Mak Haji yang dia panggil Hajah tu !

Hahahhaahaaa… Then baru perasan … Kita orang laaaa!!!

Masa tu lah baru macam realise ‘Eh …. this is really going to happen !! We are going for Umrah !!!!’ Kami adalah Duyufurrahman !!

Tetamu Allah !

Sebak pun ada .. Nak gelak pun ada sebab tetiba jadi Hajah :))🤣

.

.

.

.

Kita orang naik MH 0158 KUL-MED

By Amal Malaysia Airline

Meaning chartered flight by agencies for Umrah

.

.

.

.

Alaa …

Samsung tak auto flip gambar selpie laaa…

Gate jauh nun .. C14

Cari lounge dulu .. Solat ..

.

.

.

.

Flight adalah penuh

Ada ramai Duyufurrahman dari Indonesia juga

Pakai baju batik sedondon ramai-ramai . Cantik !

Dalam cabin bag make sure ada sepersalinan baju bersih . Jajan sikit . Wet tissue , tisu dsb nya lah . Sebab takut lama di Immigration . Tapi selalunya kalau turun di Airport Madinah ok . Kalau turun Jeddah agak lama lah prosesnya

.

.

.

.

Macam-macam jenis beg !

Semua lawa-lawa.

Salah satu saya pilih WS sebab beg luggage besar dia cantik 😁

Eh .. Tak ada lah pulak gambar beg nya dekat dalam fon.

.

.

.

.

Banyak juga jemaah dari pelbagai travel agensi lain

Yang ni aku siap zoom lagi masa tu nak nengok

Ni dari Mantop Travel

Cantik beg dia !!

Lebih cantik daripada WS😒

.

.

.

.

Sling beg dia pun sangat praktikal!!

Besar dan cantik

Yang WS punya , 😒. Jenis empatsegi bujur tu , kecik . Tak praktikal

Dan cabin bag nya pun kecik . Macam beg sekolah ..Tak cantik dan tak praktikal .. Kecik

.

.

.

.

Mintak dengan agensi arrangekan nak duduk sorang , tepi tingkap

Menyesal pulak lepas tu tapi sebab tak ada geng nak berborak

Dak Iyra duduk belakang sikit

.

.

.

.

Signature sate

Sedap Beb!

.

.

.

.

Mashed potato dengan apa ntah . Lupa . Pun sedap

Dessert dia 👍

.

.

.

.

8 jam perjalanan

Tak boleh tidur pun

Dok duduk sandar baring duduk sandar baring . Nak nengok movie macam tak ada mood

Pramugari tu perasan , siap tanya ‘ Puan tak boleh tidur ya..” Kenapa ? ‘

😂😂 Aci tak nak jawab sebab tak ada bantal peluk !!

.

.

.

.

Sepanjang tak tidur tu cuba nak menghabiskan buku ni .

Hampir berjaya

.

.

.

.

Dok harap lah Pramugara Hafez AlBukhari ada masa flight ni ..

Tak adaaa…

Selalu irihati bila nengok IG / Tiktok dia..

Berkali-kali dia dapat buat Umrah sebab dok ulang alik KL Mekah Madinah

.

.

.

.

Akhirnya sampailah di Madinah

.

.

.

.

Urusan di kaunter immigration lancar

.

.

.

.

Siapa ya?

Anak Raja Salman tu ?

Yang Perdana Menteri tu ?

Yang nak buat bangunan hiburan yang berbentuk kiub macam Kaabah tu ?

.

.

.

.

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰ

Kami dah sampai wahai Rasulullah

.

.

.

.

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰ

Dijemput menjadi Duyufurrahman

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰ

.

.

.

.

Di Madinah , inilah funduk nya

Mula-mula dok baca apaaalaa tu funduk

Oh.. Hotel ..

Funduk Ruve

.

.

.

.

Dekat aje dengan Masjidil Nabawi

Dalam 250 meter ke pagar 338 dan pintu utama 25

.

.

.

.

Cool watch face!!

.

.

.

.

Subuh pertama di Madinah

.

.

.

.

Advertisement