JENTIK HATI DIA …. UMRAH MUSIM SEJUK [ 1 ]
.
.
.
.
.
Memang tak terlintas hati nak ke Mekah untuk Umrah sebelum-sebelum ni
[ Ni jaman sebelum Covid19 ]
Sebab nak kena ada mahram , nak kena ada sijil nikah untuk buktikan mahram
Sijil nikah aku ntah ke mana ntah
Lepas tu dok pikir , kalau pergi dengan Encik Abdul ni , siapa pulak nak uruskan budak 5 orang ni
Sekolah , transport , makan
Kucing yang berekor-ekor tu pun siapa nak uruskan
Duit adalah kumpul sikit-sikit , tapi dok pikir baik guna untuk pergi Haji
Masalahnya dekat Tabung Haji pun giliran aku ke laut dalam dah ….
Dannnn ….
Lepas tu Covid pulakkkk ….
No Umrah !!
.
.
.
.
Lepas tu Arab Saudi kata kalau umur dah lebih 40 tak payah ada mahram
Lepas tu Arab Saudi keluarkan visa pelancong yang boleh digunakan untuk buat umrah
.
.
Still pikir mesti kena pergi berdua dengan Encik Somi…
Nanti siapa nak jaga anak , kucing pulak kalau pergi berdua tapi…
.
.
Sehinggalah dijentik hati aku oleh seorang kawan aku , kata dekat aku..
Dia kata . Pergi lah .. Cuti aje .. Musim sejuk nanti pergi. Selesa.
Aku pun terus bayar deposit .
Terus wassap Dak Iyra ..
Nak ikut gi Umrah tak bulan Januari nanti …
Dia kata memang dia nak pergi bulan Januari!
Dia pun terus bayar deposit
Yang ditinggalkan InsyaAllah ok
Budak-budak pun dah besar boleh jaga diri sendiri dan jaga kucing
Encik Somi pun kata OK …
Cantik Allah atur
.
.
Allah tak panggil orang yang mampu
Allah mampukan orang yang Allah panggil ..
.
.
Bermulalah persiapan perjalanan Umrah kami berdua
Post ini bukanlah untuk bermegah-megah eh aku dah pergi Umrah laaa..
Post ini untuk berkongsi pengalaman dan tips dan masam manisnya perjalanan Umrah kami
.
.
Kita cerita tentang persediaan barang-barang Umrah kami ya..
Pakaian
–Telekung . Bawa sehelai pun dah cukup sebenarnya . Bawa yang belah atas aje . kain tak payah. Sebab nanti kau akan pakai seluar / jubah dengan setokin . Dah Solat Ready dah tu .. Mula-mula umrah / solat memang aku pakai telekung . Indonesians , Malaysian memang akan pakai telekung masa solat . Lama kelamaan , aku tak pakai dah , pakai baju yang solat ready aje .. Macam Mak-Mak Arab…
–Setokin . Hand Socks . Bawak banyak-banyak . Senang tak payah basuh . Setokin kau sure berdaki di penghujung hari .
–Baju . Aku bawak 2 helai jubah . Pakai sehelai je sebab renyah weh … Dah lah tak ada kocek .. Kena pakai inner baju dan seluar pulak . Baik aku pakai je baju labuh n seluar . Dak Iyra bawak 11 helai/ pasang baju sebab 11 hari perjalanan . :)) Aku bawak 6 pasang baju + seluar je. Basuh dekat sana .
–Tudung . Ramai yang advise pakai tudung sauk . Sebab senang buka bila nak ambik wudhu’ . Aku bawak . Pakai sehelai je . Tak sesuai dengan jiwa :)) . Sesudahnya aku pakai aje shawl aku . Aku bukannya pakai pesen lilit dua kali , lilit sebelah kasi juntai dekat tepi , brooch sampai 4 biji pin 4 cucuk . Aku pakai pesen simple aje . Macam Mak Arab pakai tapi masih guna pin , brooch . Mak Arab pakai main selit je dekat tepi pipi . Alhamdulillah sepanjang dekat sana tak pulak terkentut masa tawaf .. Kalau tak kena ambik wudhu’ dan start round tawaf yang kita terbatal sebab kentut tu semula
–Kasut . Lantai mataf adalah sejuk dan licin . Kita perempuan memang pakai setokin , tutup aurat . Maka tak lah sejuk sangat . Licin lah tapi . Kan ada kasut tawaf jual dekat Shopee tu . Tak payah beli lah yang tu . Nipis. Korang kalau pesen kalau berjalan jauh atau berdiri lama nanti sakit kaki , tumit , arch , baik beli je kasut / selipar tebal yang korang selesa pakai tu . Beli dua pasang . Satu dalam masjid , satu luar . Aku pakai kasut macam kasut Crocs tu . Selesa sungguh menapak masa tawaf dan saie. Lagi satu , beli kasut , pakai dulu seminggu dua . Biar rasi dulu dengan kaki . Kalau pakai kasut baru dekat sanan , takut melecet kaki karang .
Ubatan
-Ubat demam batuk selsema sakit tekak cirit sakit perut gastrik angin krim panas krim pelembap ubat ketiak antibiotik resdung gatal dan sebagainya
-Tak perlu susah-susah cari sabun ubat ketiak syampu etc yang tak ada bau . Boleh aje pakai yang ada bau semasa dalam ihram sebab benda-benda tu bukannya kerja dia nak mewangikan . Kerja dia untuk membersihkan , jangan bagi ketiak berbau, badan kopam . Tak percaya tanya Ustaz.
Lain-lain
-Travel hanger – murah aje . dalam 35 sen satu .
-Portable washing machine – Hahahaha. Aku beli satu weh ! Kecik aje . Collapsible . Senang basuh baju !! Nak balik , tak muat nak masuk luggage , tinggal dekat sana , Bagi Ustaz . Harga < rm 60 dekat Shopee . Ada 3 mode 1 ,5 dan 10 minit b. Boleh jugak spin . Tak lah kering maCam mesin basuh kau dekat rumah tu . Tak menitik lah tapi . Aku bagi Dak Iyra satu tapi dia tak nak bawak . Dia rela bawak 11 pasang baju untuk 11 hari .
-Collapsible Telescopic Stool – Ini amat berguna . Sebab lutut aku jem sikit lepas jatuh dekat Dabong hari tu . Tak boleh / susah nak bangun kalau duduk bawah atau dari tahiyat tu . Kena lebih dari 3 pergerakan berturut-turut nak bangun sebab nak kena hup hap hup hap tarik tekan sana sini untuk bangun sampai nanti boleh batal solat sebab banyak gerak. Maka nya bangku ini adalah sangat berguna. And bila aku bawak bangku tu dalam beg galas , sebab dia keras , maka nya Pak-Pak Arab kalau tolak aku dari belakang , dia orang yang sakit nanti . Ada dekat Shopee . Search lah . Dalam rm 20 gitu
-Door Hook – nak gantung baju basah lepas basuh belakang pintu dalam bilik air nanti , biar air dripping
-Vacuum bag + pam – Seriously life saver . Menjimatkan banyak ruang
-Jacket – Tempat tawaf dan Saie guna scooter tu sejuk Beb !!
-Spek Hitam , wet tissue , tissue , gunting untuk tahalul , ketip kuku , set jarum benang kot kot beli jubah terlabuh boleh lah jahit jelujur dulu
Saham Akhirat
Aku beli sikit-sikit dari awal jajan-jajan . Yang senang nak dibagi nanti on the way balik masjid . Bawak juga sikit tasbih digital , Yassin , 7 Surah , Asma ul Husna kecik-kecik tu nak edarkan . Ni semua penuh satu beg luggage kecik 8 kg tu . Jajan Choki-choki , Roka , Biskut Julie , Coklat , etc
Satu lagi !! Lupa pulak !! Makanan kucing!!! Di Madinah banyak kucing jalanan ! Kesian ! Kita orang bawa kibbles banyak ! Burung jalanan pun banyak ! Pun kita orang bawa bijirin / sekoi nak bagi dekat burung. Burung merpati banyak di luar Masjid Nabawi . Di Masjidil Haram , dekat dataran tu tak ada , dekat jalan-jalan kecik nak ke dataran tu banyak .
Total berat yang dibenarkan untuk tiket kita orang ialah 40 kg
Banyak lagi kosong tu ..
.
.
Ok
Nanti sambung
.

Eh jap..
Kita orang pergi dengan Wira Saujana
Mutawiff semua best ! Ustaz Azfar , Uztaz Fadzli , Ustaz Huzaimi , Ustaz Rizqi , Uztaz Ashraf , Ustaz Sabri
Admin yang handle kita orang je yang macam meh ….
Bila kita orang banyak tanya , tutup grup wassap
Bukak balik , Tanya-tanya balik .. tutup balik
Tanya dalam grup , tak jawab .Krik krik krik
Aku ada nanya pasal siapa nak naik tren .. Dia tutup grup ..
Dia kata nanti tak nampak info daripada depa kalau borak-borak pasal tren tu
Lepas tu boleh pulak tanya personally sorang-sorang siapa naik tren . Tanya je lah dalam grup.
Aku syak depa tak nak ramai-ramai naik tren nanti bas kosong . Atau sebab tak dapat upah rm35 kalau depa yang belikan tiket tren ?
Lepas tu siap kata kalau naik tren pihak Wira Saujana tak akan bertanggung jawab kalau jadi apa-apa
Bila dalam 40 orang naik tren , helok pulak boleh sediakan bas ke station
Ok
Sambung nanti ….
Assalamualaikum Doc.
Alhamdulillah, selamat perjalanan pergi balik dan di sana, dan siap umrah.
Perkongsian yang bagus doc, semoga boleh jadi panduan/rujukan…
Portable washing machine?! Terus saya YouTube… hihi..
Waalaikumsalam En Syed
Alhamdulillah selamat
Demam and batuk je lepas tu
Comel kan washing machine tu!!!!😁
Alhamdulillah….dipermudahkan urusan akak dekat sana…
Happy birthday kak…..
Thanks Fendi!!😁