BANDAR MAHARANI BANDAR DIRAJA
.
.
.
.
.
Demi urusan Jabatan Immigresen
Sanggup aku balik Muar untuk kutip passport

.
.
.
.
Aku dengar ada yang sanggup beratur dekat UTC Pudu pukul 4:30 pagi sebab ambik nombor nak buat passport
Ada yang cadangkan collect passport dekat KKB , atau Kuala Selangor , sebab tak ramai orang
Nak ke KKB dalam 2 jam .. Hmmm .. Kalau jauh gitu , baik aku balik Muor . Pejabat Kerajaan dekat Muor bukak hari Ahad … Tak payah ambik cuti …
Maka nya kita siap-siap lah buat online
Sesampai di Pejabat Immigresen Muar , ada dalam 40 orang dah beratur depan aku
Sesampai di kotak nombor , Pak Guard tanya ..’Ada buat appointment on line untuk hari ni ?’
Nak gugur jantung aku !!
Mana ada tulis dekat resit tu kena buat appointment masa nak kutip passport!!
Dah lah jauh-jauh aku datang ni!!
Dah lah nak kena hantar minggu depan
Dah lah Sabtu depan tu mengundi . Biasanya Ahad lepas PRU cuti umum. Macamana nak kutip ??
Nak bertekak pun tak guna
Kita sarap dulu lah . Cari ilham ..
Seberang jalan je
Deretan kedai kopi lama . Kita ke Kedai Kopi Al Saed dulu
Walaupun penduduk Muor , aku tak pernah lah makan dekat kedai ni tapi.

.
.
.
.
Wajibun order sarap orang Muor
Lontong , lontong kering , sate
Tiba-tiba ada kecoh -kecoh
Tiba-tiba segerombolan berpakaian 70-an masuk kedai
Uuhhh !! Siapa ni ? Anak siapa ni ? Oh tenkiu so much tenkiu so much .. Let me know . Let me know anak siapa …
Eh ….
BTW , Sate dia kureng aa.. Tak lembut sangat , tak manis seperti sepatutnya ..
Fail untuk tekak seorang orang Muor

.
.
.
.
Bell bottom tu ….

.
.
.
.
Dek .. Aunty ada selipor gitu dulu tau !! Selipar BATA

.
.
.
.
Ohhh ..
Ada penampilan istimewa Mat-Mat Disko !!

.
.
.
.
Nak beli lah satu ni nak buat camper van
Cukup tak keluorkan duit EPF aku .. Hmmmm …

.
.
.
.
Dia orang datang ramai-ramai naik van lama ni
Nak ambik gambar dia orang tapi Dak Iyra malu lah pulak …
Aku lagi lah :))

.
.
.
.
Lepas kenyang
Kita muhasabah diri kejap
Pikir nak buat apa ..
Dak Iyra kata jom lah kita try tanya balik
Tanya dekat Pak Guard tadi still benda yang sama dia kata . Tapi dia kata cuba tanya Pegawai
Tanya Pegawai Immigresen dekat kaunter tu , dia kata benda yang sama
Then kita orang katalah , datang jauh dari KL ni semata-mata nak collect passport .
Passport dah lulus cuma nak collect aje . Nak kena hand over passport tu minggu depan untuk buat visa
Dia pun kat aaaa.. Bak sini resit . Belek-belek . Then dia bagi nombor giliran
Syukur Ya Allah usaha kami dipermudahkan !!
Nanti disana insyaAllah kami doakan Pakcik dan Puan Pegawai Immigresen sampai ke sana juga…
Sebelum balik , beli cekelat dalam balang yang Pak Guard tu jual . Singgit je , tapi hulur saploh dah cepat-cepat blah .
Menjajau dia cari kami dekat luar nak pulangkan baki.
Aku jerit dari dalam kereta .. Ambik aje !! Buat makan nanti !!
.
Dah
Alhamdulillah selesai ..
Jom play tourist di Bandar Diraja ni …
Kita ke Art Street Muor

.
.
.
.
Banyak tiang kedai dekat Muor ni ada tulisan macam ni

.
.
.
.
Itu adalah gambus .
Biasa dimainkan di Johor ni

.
.
.
.
Ini adalah mural tentang Ghazal
Ghazal ni popular di Muar dan Batu Pahat
Allahyarham Fadzil Ahmad adalah seorang penyanyi ghazal yang popular di Johor ni

.
.
.
.
Yeah !!
Mari kita berzapin !!
Eh .. Best lah lorong ni !
Segala tentang Muor dan Johor ada dekat lorong ni !

.
.
.
.
Tau tak ..
Ada baaanyak jenis Zapin..
Zapin fevret aku , Zapin Tenglu pak Akob ..
Very energetic !! Try aa gugel

.
.
.
<<<<Zapin Johor <<<<< klik sini
Gerak tari dalam zapin tu kita panggil ragam
So nanti kalau nak susun tarian , ragam satu lepas tu ragam dua ragam satu balik etc

.
.
.
.
Ada banyak sangat bangunan-bangunan lama di Muor ni .
Semua masih kukuh dan masih digunakan

.
.
.
.
Bot penambang merentasi Sungai Muor
Masa tu Jambatan Muor belum dibina lagi
Jaman dulu sangat ni

.
.
.
.
Gheti main gasing ?
Dulu aku gheti !!

.
.
.
.

.
.
.
.
Belah sana tu more kepada sensory art , macam untuk kanak-kanak autism

.
.
.
.
Dia ada banyak mural kartun , ada ting ting gini
Aku paksa jugak dia main .

.
.
.
.
Dekat Muar pun ada perkhidmatan keretapi tau !
Muar State Railway
Dibina 5 tahun selepas Taiping- Port Weld line
Dari Jalan Sulaiman , ke Parit Jawa hingga ke Sungai Pulai
Kepala keretapi ni masih ada di Tanjung Emas , Muor

.
.
.
.
Tambangnya 5 sen sebatu

.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
3D walkway

.
.
.
.
Perkembangan sistem pendidikan di negeri Johor yang bermula dengan Sekolah Quran, Sekolah Kitab, Sekolah Agama Petang dan Sekolah Agama Rakyat iaitu Sekolah Arab
Negeri Johor merupakan negeri yang terawal meletakkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi malah telah meletakkan Islam pada mercu yang tertinggi melalui sistem pendidikan sekolah agama yang mantap
Maza 70-an , hanya di di Johor yang ada Sekolah Ugama [ ejaan lama ] / Sogame
Kalau sekolah kebangsaan pagi , ‘sogame’ nya petang
Tak semestinya kau darjah satu , tak wajib masuk sogame jugak masa darjah satu . Boleh aje masuk masa darjah dua ke tiga ke . Aku pun masuk sogame masa darjah 3. Maka nya habis sekolah rendah , masih dalam darjah 3 sogame. Lepas tu dah masuk MRSM , dah tak sambung dah lah sogame tu
Kalau tak lulus peperiksaan / peksa sogame , tak boleh naik kelas . Kau stuck lah dekat darjah tu sampai lah lulus
Masa aku masuk darhah 1 sogame , ada kakak ni, dah 3 tahun dalam darjah 1 tu tak naik-naik kelas….

.
.
.
.
Tengah syok ambik gambar , ternampak pintu kecik ni
Menarik ni . Lapor dah ni..

.
.
.
.
Masuk-masuk aje nampak botol soda Longjan ni..
Memang terus parking lah dekat sini !!

.
.
.
.
Kenapa panggil Longjan ?
Kalau buat soda sirap bandung guna longjan ni.. Pehh… Sedap gila
Caranya .. Sirap merah + Susu cair +Soda Longjan + ais banyak
Tak payah add on extra air
Ais akan cair . Sabab tu kena letak ais banyak. Kalau add on air nanti cair sangat

.
.
.
.
Nama cafe ni Muar Collector Space
Tak ada sign board pun . Kena tanya baru tahu
Dulu kedai baju . Ingat-ingat lupa Sen Fatt Department Setor ni.

.
.
.
.
Nengok layout nya pun dah tahu kedai ni kena sangat dengan jiwa..:)

.
.
.
.
Lupa pulak nak tunjuk belah belakang kedai ni
Budak zaman 70an-80an mesti ada jumpa kosi ni dekat rumah mak bapak korang kan ….

.
.
.
.
Kosi lejen !

.
.
.
.
Jubin lejen

.
.
.
.
Ada jual vinyl record !!
Koleksi lama-lama . Dalam RM 10-20 sekeping
Apa lagi … Terduduk lah kita orang mencari
Kalau nak beli player dia yang mampu milik , ada je dekat lazada . Shopee macam tak ada
Dalam RM 200 gitu
Bole laaa . Sound / speaker bole laaa … Kalau nak yang best , beribu jugak ngkau ….

.
.
.
.
Lakse Johor tak ada . Aku makan mee rebus . Dak Iyra makan Bariani
Cuci mulut marble cake yang sangat sedap !
Makan sambil habis baca buku Pseudoscience Watch . Sempat khatam satu buku

.
.
.
.
Lepas makan kitam main ceper
Jangan main-main.. Aku ni juara ceper darjah 6 SAB 1. [ Sekolah Sultan Abu Bakar 1 ] :))

.
.
.
.
Sebelum cafe , sebelum department stor , ini adalah kedai emas
Tu safety vaultnya

.
.
.
.
Sambung play tourist
Kita ke Masjid Jamek Sultan Ibrahim
Jamak dan Qasar dulu

.
.
.
.
Masjid tertua di Johor
Senibina mengambil elemen campuran daripada nilai pertukangan Melayu, Inggeris dan Turki.

.
.
.
.
Kolah untuk berwudhu’ lelaki cantik dan unik !
Ada air pancut !

.
.
.
.
Lawanya wrought iron nya

.
.
.
.

.
.
.
.
Dari ruang tandau dan wudhu’ wanita ke ruang solat

.
.
.
.
Mimbar dari ruang solat wanita

.
.
.
.
Ruang solat lelaki

.
.
.
.
Uniknya masjid ni , nanti masa senja nak Maghrib
Mereka akan bakar bukhoor
Tu .. Nampak tak ?
Bekas bukhoor bawah kipas dinding belah kiri gambar?
Wangi satu masjid dengan bau bukhoor

.
.
.
.
Lampu asal masjid ni rasanya

.
.
.
.
Jom keliling masjid

.
.
.
.
Sejuk je dalam masjid ni

.
.
.
.

.
.
.
.
Di tepian Sungai Muar

.
.
.
.
Di belah sana sungai tu Masjid Sultan Ismail
Masjid baru.
Orang sini kalau nak solat Jumaat , nanti akan cakap nak pergi masjid baru ke masjid lama?

.
.
.
.
Bersungguh aku coba nak baca tapi tak dapat …

.
.
.
.
Aktiviti terakhir
Makan Martabak Singapura
Martabak ya .. Bukan murtabak ejaan nya
Soklan fevret SPM ni
Orang luar Muar mesti terbeliak mata nengok harga martabak rm19 sekeping !!
Dah makan mesti lagi terbeliak sebab sedapnya !!!
Masa nak beli ni .. Terden gar ada suara panggil ‘ Dokter !! Dokter !! ‘
Aku tak nak perasan lah .. Takkan lah aku sorang je dokter dekat Muor ni ..
Dah lah tak duduk Muor lagi ..
Tapi demi semangat ingin tahu .. Aku tolehkan jugak lah ..
Laaaaa !! Rupa-rupa nya patient aku dekat Klinik dekat KL tu yang panggil !
Depa ride ke Muor semata-mata nak makan martabak Singapura , Kopi 434 dan asam pedas Muor!
Semangat eh korang bertiga !!

.
.
.
.
Sebenarnya tujuyan utama nak cuitp passport di pejabat di Muor ialah nak ziarah adik
Dah dekat setahun dai dia pergi ke negara abadi..
Rindu …

.
.
.
.