MASJID RAJA KAMPUNG CHEPOR . JAMBATAN BAILEY AIR KARAH : LENGGONG 1.0

.

.

.

.

.

Sambung lagi jalan-jalan di Lenggong hari tu ..

Lenggong ni sebenarnya dah diiktiraf sebagai sebuah Geopark

Lenggong Geopark ialah wilayah istimewa di Hulu Perak (mukim Kenering, Lenggong, Temelong dan Durian Pipit). Pengendapan Sungai Perak membentuk sebuah lembah yang terdiri daripada beberapa siri teres (aluvium) dan diapit oleh dua banjaran granit: Titiwangsa di timur dan Bintang di barat. Sebahagian besar kawasan Lenggong Geopark (>80%) ialah batuan granit berusia Trias Akhir (220–210 juta tahun). Rejahan granit adalah peristiwa penting evolusi geologi serantau Asia Tenggara yang berlaku akibat perlanggaran antara dua kepingan tektonik kuno iaitu Sibumasu dan Indochina sejak 240 juta tahun semasa penutupan lautan Paleo-Tethys, lalu membentuk daratan Semenanjung Malaysia.

.

.

.

.

Ada 27 geotapak , 8 biotapak , 9 geoarkeologi dan 18 tapak budaya dan warisan

Ada kat dalam peta ni ha …

.

.

.

.

Jom kita ke satu tapak budaya dan warisan di Lenggong ni

Masjid Raja Kampung Chepor

Senang je cari

Masuk jalan kampung lah tapi

.

.

.

.

Nampak tak tapak masjid tu

Batu warna putih

Debu Toba sebenarnya tu , yang teleh mengeras , keras seperti konkrit

.

.

.

.

Dibina 482 tahun dahulu

Kampung Chepor dibuka oleh Tun Saaban dan Tun Putih , adik beradik Tun Perak Bendahara Melaka yang berundur dari Melaka setelah kejatuhan Kesultanan Melaka

Masih berdiri teguh

.

.

.

.

Jom masuk !

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

لسلام علينا وعلى عباد الله الصالحين

.

.

.

.

Bumbungnya dahulu dibuat daripada rumbia dan dindingnya daripada anyaman kelarai . Dah reput tapi , dan dah digantikan dengan atap zink dan dinding papan

4 tiang utamanya yang diperbuat daripada kayu cengal emas masih utuh

Masih terdapat lekukan pada tiang ini , tempat tali disangkut dan diikat pada gajah semasa memasak tiang-tiang utama ini

.

.

.

.

Mimbar yang asli

Bersih masjid ni walaupun dah tak digunakan

Nampak berjaga

Bersapu bersih lantai nya. Bersih tikar getahnya

.

.

.

.

Ukiran nya masih cantik

.

.

.

.

Bumbungnya dah tak asli tapi masih mengekalkan reka bentuk yang lama

.

.

.

.

Sedap bau kayu cengal

Macam bau dalam muzium

.

.

.

.

Sekitar masjid ada banyak kuburan lama

.

.

.

.

Tenang je kat sini

Assalamualaikum ya ahli-ahli kubur

.

.

.

.

Tingkap daun yang boleh bukak dan selak atas bawah

.

.

.

.

Dari Masjid Raja Kampung Chepor , kita truskan lagi

Nak mencari satu jambatan kayu lama

Jambatan Bailey Air Karah

Masa ni hujan lah pulak !

Tak dapat nak bergambar berlarian atas jambatan ni !

.

.

.

.

Bunyi masa kereta lalu atas kayu jambatan ni best siot!!

Menakutkan tapi best!

Tu Sungai Perak

.

.

.

,

Dari Jambatan Air karah tu , kita patah balik ke Lenggong

Jumpa pulak jalan yang amat lurus ni !!

.

.

.

.

.

Sanggup keluar hujan hujan tu !!

.

.

.

.

Advertisement