SUKA-SUKA LAKE RETREAT : LENGGONG 2.0

.

Kejadian di Suka-Suka Lake Retreat ni sebenarnya berlaku pada Lenggong 2.0

Suka nho pergi Lenggong sebenarnya … Kampung angkat ..

Nak balik kampung sendiri … Dah tak ada sesiapa dah kat sana ..

Ada rumah pusaka penuh barang tapi tak ada orang dah , ada dua pusara sepi di Bakri Batu Nam.. Tak rasa nak balik lagi .. Masih rasa kekosongan . Kehilangan

.

.

Dah ..

Kita sambung cerita ..

Alamatnya , di kampung Kelantan , di tepian Tasik Chenderoh , Lenggong

Nak booking atau bertanya-tanya .. Wassap je nombor tu .

Puan Asiah dan Encik Aziz empunyanya

.

.

.

.

Ini jalan masuknya ..

Agak seram jugak lah budak-budak dalam kereta bila nengok jambatan gitu !

Boleh ke ?! Ibu biar betul !!?

Lek laaa.

Kuat je jambatan ni sebenarnya !

Lori pun boleh lalu beb!

.

.

.

.

Pandangan dari belakang rumah induknya

Tempat bertandang , tempat makan , tempat borak-borak dengan Tuan Rumah

Ada banyak rumah tradisional Perak di sini . Pak Aziz cari rumah-rumah lama . Mintak Tukang bongkar . Bawa ke sini . Pasang balik

Maka semua rumah di sini masih mengekalkan senibina asalnya , cuma bak kata pak Aziz , bilik air je yang tak dapat dibawa sekali , makan kena buat tambahan sikit pada rumah lama tu untuk bahagian bilik airnya.

.

.

.

.

Sangat serupa dengan rumah dalam buku Lat ni kan ?

.

.

.

.

Rumah asli Perak

Ni rumah Bumbung Lima

Ada rumah yang dipanggil Rumah Kutai / Kotai . Bermaksud lama atau tua

Ada Rumah Kutai Tiang 12 , ada yang tiang 16

.

.

.

.

Ini adalah trip Gegirl only

Sebab nak bawak semua satu kapal tak boleh sebab cutinya tak sama

Kita bawak separuh-separuh dulu

.

.

.

.

Kami dapat Rumah Pak Long

Rumah-rumah di sini asalnya dari sekitar sini jugak

Lenggong , Sayong , Kati , Parit , Selama , Bukit Gantang

.

.

.

.

Ada kelambu !!

Tak ada nyamuk tapi malam-malam. Sebab pasang ubat nyamuk letrik tu

.

.

.

.

Bilik ke dua

Tak ada ekon ya .. Macam kat kampung-kampung

Ada water heater tapi .

Tak guna pun kelambu tu .. Panas

.

.

.

.

.

Rumah Pak Long ni dekat je dengan Rumah Pak Aziz tu

Sepelaung je

.

.

.

.

Ada banyak kucing Pak Aziz ni

Ada warna coklat .. Tu .. Yang tunjuk bontot tu ..

Tak pernah jumpa kucing warna coklat

.

.

.

.

Pak Aziz cerita .. Yang ni memang sukaaaa kereta

Ada satu kali tu , dia boleh lompat , duduk atas bumbung 4×4 . Orang tu tak sedar pun ada kucing ni . Sampai lah dekat Kuak sana sebab ramai dok lambailambai dia , tunjuk-tunjuk atas bumbung . Sib lah masih dekat Kuak lagi .. Buatnya sampain Kuale … Kesian kucing tu

.

.

.

.

Dia ni cat whisperer

Senang pujuk kucing suka dekat dia

.

.

.

.

Jom jalan-jalan sekitar homestay ni

.

.

.

.

Memandang ke arah keluar kawasan homestay

.

.

.

.

Photobombed by budak kecik ni

Comel laa dengan diaper lendut dia !!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Tasik Chenderoh

Ada panggil Tasik Raban

Sebenarnya Tasik Chenderoh yang besar yang terjadi bila Sungai Perak itu diempang

Bahagian yang dekat dengan Kampung Raban tu je sebenarnya yang dipanggil Tasik Raban

.

.

.

.

Sunrise belah sana tu

.

.

.

.

.

.

.

.

Ada banyak rumah . Ada yang besar , kecik

.

.

.

.

.

.

.

.

Ni jambatan ke belah sana kawasan ni

Sana pun ada banyak rumah

Semuanya rumah tradisional

Pak Aziz ada cerita . Sebelum PKP , dia ada beli satu rumah lama . Tukang Rumah datang bongkar rumahn tu satu persatu . Bawak datang sini . Tiba-tiba lepas tu PKP tapi . Tukang tak boleh pasang . Sementara menunggu PKP , Tukang meninggal dunia . Maka , rumah tu dah tak boleh nak dipasang balik , sebab Tukang tu je yang tahu macamana nak pasang balik ke bentuk asal . Dah terbengkalai gitu

.

.

.

.

Nak mancing boleh ..

Nak berkayak boleh ..

Nak terjun tasik pun boleh

.

.

.

.

Banjaran Bintang sana tu

Sunset arah sana

.

.

.

.

Nak berkayak boleh

Ada banyak kayak

Pandai berenang ke , tak pandai berenang ke .. wajib pakai life vest

Sebenarnya ada satu pulau . Ada homestay jugak kat sana tu . Kalau nak duduk kat sana boleh bincang dengan Pak Aziz . Besar jugak . Boleh buar gader-gader , team building

.

.

.

.

Tenang weh kat sini !

Yang bestnya .. Umobile kita orang tak ada line 3g ke 4g ke 5g ke .. Ada E semput je ..

Celcom ada tapi .

Maka nya tak ada lah dok connect kat fon .. Connect with nature .

.

.

.

.

Kahkahkah ..

Padan muka tak ada line..

Dia boleh bantai tidur kat situ sebab tenang sangat

.

.

.

.

Ada nyamuk

Spray lah insect repellent ya

.

.

.

.

Jom makam malam !

Semua kena pakai kain batik / kain pelikat ya..

Ada disediakan untuk menghadiri makan malam di Rumah Induk

.

.

.

.

Ya Allah

Sedapnya masakan kampung !

Ada pajeri nanas , ulaman , ikan pekasam , ikan masak apa satu lagi tu dah lupa ..

Air dalam labu sayong..

.

.

.

.

.

First time pakai kain batik semua ni..

.

.

.

.

Mula-mula helok bersimpuh .. Bila dah kebas kaki … Mula lah bersila

.

.

.

.

Surprisingly sejuk air dalam labu sayong ni

Ada labu yang guna debu Toba tau ..

.

.

.

.

Ni lagh kucing warna coklat tu.. Gemuk !!

Judging you

.

.

.

.

Lepas makan boleh main congkak , batu seremban

Sambil borak-borak dengan Pak Aziz

Banyak cerita Pak Aziz ni.. Best borak dengan dia

.

.

.

.

Sarapan pagi , ada kuih muih , ada nasi lemak jagung yang sedap!! Kopi kampung

Pakej kat sini ikut kepala .

Seorang RM 150 . Termasuk sarapan , minum petang dan makan malam

.

.

.

.

Banyak tempat dah Pak Aziz pergi .

.

.