TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO LEMBAH LENGGONG : LENGGONG 1.0
.
.
.
.
.
Lenggong ?
Macam tak ada apa je kan kat Lenggong ni..
Jangan main-main !
Diwartakan sebagai satu Tapak Warisan Dunia UNESCO ni !

.
.
.
Kami dah dua kali ke Lenggong ni
Pertama sebab kampung asal usul Encik Abdul adalah di Lenggong ni . Dia tak pernah pulak balik ke sana , sebab tak tahu siapa dan tak tahu sedara mara kat sana masih ada ke tak
Ceritanya gini .. Arwah Pak Mentua saya berasal dari Kampung Kuak , Lenggong . Merantau ke KL . Bermastautin di KL . Tak pernah balik ke Lenggong lepas tu , kira macam merajuk lah ke famili dia . Maka nya kita orang tak tahu pun pasal sedara mara di Lenggong tu . Ntah ada lagi ke tak
So , dulu , mula-mula tak nak ngaku-kan budak-budak ni asal dari Lenggong . Asal Muar
Tapi bila tahu keajaiban sejarah Lenggong ni , maka saya pun mula mengaku budak-budak ni berdarah Lenggong :))

.
.
.
.
Ini tentang Lembah Lenggong ni di website UNESCO
https://whc.unesco.org/en/list/1396/
.
Satu dunia dah iktiraf Lembah Lenggong ni sebagai satu tapak sejarah
Tapi bila klik link bawah ni … Hampeh .. Tak update langsung . Broken link pulak tu ..

.
.
.
.
.
Macamana Lembah Lenggong ni boleh diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO ?
Ini ceritanya … Dalam bahasa mudah ..
Lembah Lenggong ada bukti bahawa pernah ada manusia purba atau hominid [ belum spesis homo sapien lagi masa ni ] yang tinggal disini dari hampir 2 juta tahun silam , sehingga 1000 tahun dahulu [ senang tulis 1 kya / kilo years ago ] dengan kebudayaan yang bertukar ganti dari zaman Paleolitik , Neolitik dan Logam . Berterusan ada manusia purba yang tinggal di sini. Satu-satunya bukti rentetan kebudayaan terpanjang sebegini di dunia

.
.
.
.
Maknanya ada je manusia purba yang menghuni Lembah Lenggong ini , secara berterusan
Lembah Lenggong ini sangat subur , Sungai Perak yang mengalir merentasinya membekalkan makanan , hutannya penuh dengan hidupan dan tumbuhan

.
.
.
.
Sebagai seorang yang suka sejarah , I am very , very fascinated by this

.
.
.
.
Gini sejarahnya
1.83 juta tahun dulu , ada hentaman meteorite di Bukit Bunuh ni
Masa tu dah ada manusia purba di Lenggong [ dan di Tanah Melayu ni lah maknanya .. ]
Macamana ahli arkeologi Malaysia tahu ? Sebab hentaman kuat tu telah menghancur-leburkan batuan asal di tapak hentaman , mencair , dan membeku balik . Batuan yang mengeras balik itu dipanggil suavite
Nampak macam batuan bukit je mula-mulanya . Berlambak-lambak di Bukit Bunuh ni . [ Sekarang dah jadi ladang kelapa sawit , dah tak nampak kawah hentaman sebab proses luluhawa dan dipenuhi pokok kelapa sawit ]
Dan dalam batuan suavite tu para arkeologis telah menemui kapak genggam yang tertanam dalam batuan suavite itu . Membuktikan pada masa hentaman meteor tu dah ada dah manusia purba menghuni Lembah Lenggong ni
1.83 juta tahun dahulu .
Bayangkan ..Juta tau .. Bukan ribuan , ratusan tahun ..
Tu ..
Kat bawah tu ada gambar batu suavite berusia 1.83 juta tahun lalu yang ada kapak genggam tu …

.
.
.
.
Bukit dan lembah di bahagian belah kiri Sungai Perak tu lah tempat hentaman meteorite tu

.
.
.
.
Belah kiri sungai dalam gambar ni

.
.
.
.
Tapak hentaman ini dah penuh dengan pokok kelapa sawit sekarang ni
Kalau nak pergi , boleh , kena deal dengan orang kampung mintak tolong bawak masuk sebab nak masuk kena naik 4×4 atau motor . Kereta biasa tak boleh .
Saya naaak sangat masuk dalam kebun ni … Nak kutip satu suavite bawak balik

.
.
.
.
Batuan suavite tu memang bersepah-sepah kat dalam kebun ni

.
.
.
.
Di Bukit Jawa pula telah dijumpai peralatan batu dan bengkel pembuatan alatan batu berusia sekitar 100kya -200kya

.
.
.
Ribuan alatan batu ..

.
.
.
.
Kita ke Bukit Sapi

.
.
.
.
Itu adalah kesan tinggalan debu dari Mega Volkano Toba
Debu yang dah mengeras menjadi macam batu , masih boleh dikikis menjadi serbuk tapi.

.
.
.
.
Di Lenggong ni , ada mendapan debu toba yang tingginya hingga 7-10 meter
Masa tahun 70-80an dulu , mendapan debu ini masih menutupi tanah-tanah ladang dan tanah lapang
Agak kurang subur untuk tanaman . Orang sini panggil batu tahan putih
Labu Sayong pun banyak yang diperbuat menggunakan batu tahan putih ini

.
.
.
.
Memang tinggi mendapan debu ni di Bukit Sapi

.
.
.
.
Ini ceritanya …
Satu letusan yang maha dahsyat berlaku pada 74kya dulu
Toba supervolcano eruption at 74 kya has been the largest natural disaster known in the past 2.5 million years.
Toba catastrophe theory mengatakan yang letusan mega hebat ini telah mengakibatkan ‘ volcanic winter ‘ selama 6 ke 10 tahun dengan’ cooling episode’ selama 1000 tahun , mengakibatkan pengurangan populasi manusia di bumi . Teori ini ada dibangkang oleh para ilmuan .
Tetapi teori ini nampak ada berkait dengan ‘ genetic bottleneck in human population ‘
The Youngest Toba eruption has been linked to a genetic bottleneck in human evolution about 70,000 years ago, which may have resulted in a severe reduction in the size of the total human population due to the effects of the eruption on the global climate. According to the genetic bottleneck theory, between 50,000 and 100,000 years ago, human populations sharply decreased to 3,000–10,000 surviving individuals. It is supported by some genetic evidence suggesting that today’s humans are descended from a very small population of between 1,000 and 10,000 breeding pairs that existed about 70,000 years ago.
Proponents of the genetic bottleneck theory suggest that the Youngest Toba eruption resulted in a global ecological disaster, including destruction of vegetation along with severe drought in the tropical rainforest belt and in monsoonal regions. A 10-year volcanic winter triggered by the eruption could have largely destroyed the food sources of humans and caused a severe reduction in population sizes. These environmental changes may have generated population bottlenecks in many species, including hominids this in turn may have accelerated differentiation from within the smaller human population. Therefore, the genetic differences among modern humans may reflect changes within the last 70,000 years, rather than gradual differentiation over hundreds of thousands of years.

.
.
.
Bukti tentang adanya hominid sebelum letusan Toba ini dijumpai di Kota Tampan
Dijumpai bengkel pembuatan alatan batu tertimbus di bawah lapisan debu Toba di Kota Tampan ini
Bengkel yang masih berlambak alat batu bertaburan seperti ditinggalkan begitu sahaja , mungkin akibat letupan Toba itu

.
.
.
.
Rentetan pendudukan manusia awal di Lembah Lenggong seterusnya dibuktikan dengan penemuan rangka Perak Man di Gua Gunung Runtuh

.
.
.
.
Ramai dah tahu pasal Perak Man ini

.
.
.
.
Ini replika rangka Perak Man
Yang asli nya ada di Galeri Arkeologi Lenggong

.
.
,
.
Perak Man ini orang penting dalam masyarakat masa tu
Seorang pawang . Dihormati . Dijaga

.
.
.
.
Mempunyai banyak kecacatan , tapi mampu hidup hingga ke usia 40-45 tahun
Sesuatu yang jarang untuk manusia pada masa itu

.
.
.
.
Dengan menggunakan rangka tengkorak Perak Man , satu 3D rekonstruksi bentuk wajah nya telah dilakukan oleh para arkeologist
Maka beginilah gambaran muka beliau

.
.
.
.
Seronok berborak dengan Encik Rosli ni
Penjaga di Pusat Lapangan USM ni

.
.
.
.
Beliau adalah antara dalam pasukan arkeologi yang menjumpai Perak Man masa tu
Tu dia yang dalam gambar tu , sedang mencangkung tu , belah bawah , baju putih , seluar biru , topi merah

.
.
.
.
Rentetan kronologi Lembah Lenggong

.
.
.
.
Antara alat batuan , pebel yang dijumpai

.
.
.
.
Rangka di Gua Teluk Kelawar berusia 8 kya

.
.
.
.
Dan juga di Gua Kajang

.
.
.
.
Di Gua Harimau ,ditemui rangka-ranka dari Zaman Neolitik-Logam

.
.
.
.
Antara tujuan utama ke Lenggong ni sebab nak ke Muzium ni …
Sebenarnya lagi best pameran artifak yang kat dalam Muzium Arkeologi Lenggong ni
Tutup tapi ! Renovation
Dah lama tutup dan tak tahu bila siap ..
Muzium tu best , dan kat belakang Muzium tu ada menara tinjau , yang boleh nampak kawasan hentaman meteorite tu
Yang bersepah kar tanah tu adalah batu-batu suavite
Yang besar tu tak sure pulak suavite ke tidak

.
.
.
.
Kita orang ke sini sebenarnya
Pusat Lapangan Arkeologi USM
Sementara Muzium ditutup , sebahagian kecil pamerannya dibawa ke sini .

.
.
.
.
Saya dapat satu kapak genggam daripada Encik Rosli !!
Bukan ribuan atau jutaan tahun usianya .. Biasa -biasa aje…

.
.
.
.
Pernah tak terpikir ..
Bila Nabi Allah Adam diturunkan ke bumi ?
Nabi Adam manusia yang sempurna , dari segi pemikiran dan fizikalnya
Tang mana pulak ‘ manusia-manusia ‘ purba yang tak sempurna dari segi akal dan fizikal ni fit dalam time line dari Nabi Adam ke zaman manusia sekarang ?
Kan Nabi Adam manusia pertama di muka bumi ni ? Katanya mungkin dalam 7kya ke 8kya dahulu
Tang celah mana pulak boleh ada ‘ manusia ‘ 1.83 juta tahun dahulu tu ?
Mari baca kat sini ..
.
.
https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/makhluk-pertama-mendiami-bumi/
.