KOTA KINABALU 3.0 : NAHANDANG TO TAMAN NEGARA KINABALU

.

.

.

.

Babai Nahandang !!

Kami pasti datang lagi !

Next time nak book khemah pulak

Bior budak-budak ni tidur dalam khemah

Back up booking bilik satu untuk Omak Apak nya …Dan untuk lari masuk bilik kalau sejuk nho dekat luar 🙂

Atau takut :))

Tapi serious best kat situ boleh bentang tikar dan star gazing

Tunggu Milky Way naik

.

Jalan ok ke nak ke Kundasang ni

Tak jem

Tak lah mendaki sangat

Dan …

Kalau tak berkabus .. Sepanjang jalan , belah kiri boleh nampak Kinabalu !!

Cantik sangat !!!!

.

.

.

.

Next !

Kita ke Kinabalu Park !!

Dalam sejam jugak lah nak ke situ

Tiket RM 3 seorang

Drive tru ke pondok tiket , bayar , dan terus drive ke atas

Masa mendaki tu macam eh , eh ..ehhhh … Tak ada pun kereta lain naik atau turun !

Betul ke boleh naik ni ..!?

Cuak jugak aaa …

.

.

.

.

Hinggalah sampai ke Kiau Gap View Point ni

.

.

.

.

Patutnya boleh nampak air terjun dari sini

Puncak Kinabalu tak berapa sure pulak boleh nampak ke tak …

Nampak kabus je tapi …

.

.

.

.

Taman Negara Kinabalu

Tapak Warisan Dunia UNESCO pertama Malaysia

One of the most important biological sites in the world with more than 4,500 species of flora and fauna, including 326 bird and around 100 mammal species, and over 110 land snail species.

 

.

.

.

.

Ada batu tanda peringatan untuk para pendaki yang terkorban semasa Gempabumi Ranau / Kinabalu pada tahun 2015 dulu

Amat menggemparkan

Mana pernah gempabumi sekuat 5.9 skala Richter melanda Malaysia !!??

Let alone hingga mengorbankan nyawa …

.

.

.

.

30 saat gegarannya

Lama tu !

Malaysia sepatutnya bebas dari pengalaman gempa bumi k. Malaysia tidak terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik

.

.

.

.

Antara mereka yang terkorban

Ramai pelajar sekolah dari Singapura dan cikgu mereka

Malim-malim gunung kita

Ada malim gunung yang terkorban kerana nak menyelamatkan budak-budak sekolah tu

Sedihnya ..

.

.

.

.

Dia dan kawan-kawan plan nak daki Kinabalu tahun depan

Kumpul duit sendiri ya Nak

Dalam seribu lebih jugak lah rasanya

Tu tak campur kelengkapan mendakinya ..

.

.

.

.

Ramai jugak yang berhenti kat view point ni

.

.

.

.

Ada satu famili ni

Dalam gambar tu ..

Tak cam bahasa mereka

8 orang

5 dewasa

3 kanak-kanak

Muat dalam satu Bezza

Boleh bayangkan tak betapa sadinnya ??!!

Yang dewasanya bukan kaleng-kaleng besarnya !!

.

.

.

.

Sib baik Omak korang ni sporting tak macam Nenek korang masa Omak korang baya-baya korang …

.

.

.

.

* insert muzik seram … *

Kita teruskan mendaki ke atas lagi ..

.

.

.

.

Hingga ke penghujung jalan bertar ..

 

.

.

.

.

Biasanya orang daki hingga ke Low’s Peak tu

4095 meter dari paras laut

Perkataan “Kinabalu” asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan Aki Nabalu, yakni aki membawa maksud nenek moyang, manakala nabalu bererti gunung, lantas “gunung nenek moyang” dalam bahasa Melayu atau secara tepat lagi, gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.

.

.

.

.

Kaum Kadazandusun yang menetap di sekitar wilayah Kundasang dan Ranau telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu

Mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa.

Mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya.

.

.

.

.

Pada tahun 1851, seorang Gabenor British , Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka.

.

.

.

.

Hugh Low bersama Gunting Lagadan, seorang penduduk tempatan berbangsa Dusun cuba untuk menakluk Kinabalu setelah mendapat kebenaran daripada penduduk dan penjaga Kinabalu

Mereka mengambil masa 3 minggu sebelum tiba di satu tempat.

Gunting Lagadan seterusnya tidak menemani Low ke puncak Kinabalu.

Low mendaki keseorangan

.

.

.

.

Gunting Lagadan menemani dan membantu Low ke puncak Kinabalu . Lantas namanya diabadikan pada motel yang terletak di Laban Rata.

.

.

.

.

Tak pasti berapa orang yang beri permit untuk mendaki Kinabalu dalam sehari

Pastinya tak ramai

Semua kena ada permit

Dan perlu memohon berbulan awal

.

.

.

.

Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan dipterokarp bukit, hutan dipterokarp atas, hutan montane dan hutan ericaceous atau hutan gunung.

.

.

.

.

Jalan sikit dari parkir ke Pondok Timpohon ni

.

.

.

.

Puncak 4095 m

Di starting point di Pondok Timpohon ni , 1870 m

2225 meter lagi nak daki dari sini

Bersamaan 8.72 km lagi

.

.

.

.

 

Macam alaaa…

8.72 ke je …

.

.

.

.

Banyak amarannya

.

.

.

.

Dan pantang larang nya …

.

.

.

.

Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu:

  • Puncak Low (Low’s Peak; 4095.2 m)
  • Puncak St. John (St. John’s Peak; 4090.7 m)
  • Puncak Oyayubi Iwu/Puncak Victoria (Oyayubi Iwu Peak; 3975.8 m)
  • Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)
  • Puncak Raja Edward (King Edward Peak)
  • Puncak Telinga Keldai/puncak Ratu Alexandra (Donkey Ears Peak/Queen Alexandra peak)

.

.

.

.

Masih ingat lagi kejadian yang Mat-mat Salleh bodoh yang bergambar bogel kat puncak sana

Siap kencing lagi kat lopak air kat sana

Beberapa hari kemudiannya , terjadi Gempa Bumi ranau tu

Ada dikalangan penduduk setempat yang mengaitkan kedua kejadian tersebut

Kemarahan’ Semangat Gunung ‘ menggegarkan Kinabalu

Kita Umat Islam tak lah percaya gitu ..

.

.

.

.

Kepelbagaian flora dan faunanya

.

.

.

.

Ada Abang , Adik yang baru sampai di Pondok Timpohon ni

Masa ni pukul 2 petang

Kira standard lah tu dia sampai sini turun dari puncak

.

.

.

.

Ada yang jalan berlenggang

Upah porter bawakkan beg

Kuat betul kudrat porter-porter Kinabalu ni

Hari tu nampak depa bawak tong gas .. 5 buah beg pendaki sekali harung ..

Mereka dipanggil Badang Kinabalu

.

.

.

.

Pantang larangnya …

.

.

.

.

2 jam 21 min 33 saat !!!

.

.

.

.

Ni rekod tahun 2011

Setiap 5 tahun kot event ni

.

.

.

.

Dah..

Dah lapar

Makan amplang dulu dalam kereta sementara nak sampai Kundasang

Singgah Pekan Kundasang cari makan

Nampak lembah nyang cantik di depan kedai

Punyalah tak perasan ada Kinabalu di sebalik awan tu !!

Malam baru perasan ada dalam gambar!

Still tak boleh dapat cam puncak-puncak Kinabalunya !!

.

.

.

.

Angle lain ni ..

.

.

.

.

Dah ..

Sambung esok ..

.

.

.

.