KOTA KINABALU 3.0 : B INSPIRED ABODE , KUNDASANG
.
.
.
.
.
Dari Pekan Kundasang
Kita ke timur lagi
Malam ni kita tidur di B Inspired Abode
Dalam 5 minit je dari Pekan Kundasang
Sebelum sampai Kundasang lagi Ownernya akan wassap korang tanya bawak kereta apa , warna apa , dan anggaran sampai pukul berapa
.
.
.
.
B Inspired Abode ni di lereng bukit
Boleh nampak jalanraya nya kat bawah tu
Boleh nampak kereta korang dari Ofis nya
So kalau korang terlajak ke .. Tak nampak sign boardnya ke ..
Boleh lah depa guide macamana nak masuk simpangnya
Tapi even beberapa hari sebelum sampai pun korang akan dapat video maklumat nak naik ke B Inspired Abode ni
.
.
.
.
Bukannya apa ..
Sebab tempat parkirnya tak banyak
Dan Ownernya nak guide kat mana korang patut park
Sebab ada beberapa tempat parkir
Yang belah atas-atas sana kena naik lagi tinggi
Kita orang parking kat bawah sana tu je
.
.
.
.
Tu anjung pantry nya
Ada air panas , dapur , microwave etc kalau nak guna
Tak ada cafe kat sini
Kita orang dah tahu
Kita orang siap-siap tapau K-Ep-Ci
Tak de nya nak keluar malam-malam karang gelap-gelap nak cari makan
Dah lah kereta parking belah depan . Kena mintak Owner mintak tuan punya kereta belakang tu alihkan dulu
Tapi sebab yang paling penting ialah sebab dah penat dan malas dan sejuk nak keluar !! :))
.
.
.
.
Ni bilik kita orang. Sebelah pantry
Sebelum datang dah tanya kat Owner [ sungguh-sungguh lupa nak tanya nama Owner yang baik sangat tu !! ]
‘ Bilik menghadap Kinabalu tak ? ‘
‘ Iyaaaa …’ Dia jawab
Setel . Puas hati
Sebab kat lereng bukit , kena lah menapak naik tangga sikit
Ala .. Sikit je ..
.
.
.
.
Naik ke bilik ..
Terus nampak ini … Lembah dan Kinabalu
Dari balkoni bilik !!
Terus semua kata wahhhhhhhhhhhhhh !!!!!!!
Terpegun
.
.
.
.
Rumah-rumah di belah kiri lembah
.
.
.
.
Dan kanan lembah
.
.
.
.
Dok bertekak
Kabus !!
Awan !!
Kabus !!
Awan !!
.
.
.
.
Hi ha betul awan !!
.
.
.
.
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru biru hujung Kinabalu
Tengok dari jauh
Hati saya rindu
.
.
.
.
Kinabalu dekat di Kundasang
Banyak sayur boleh pilih pilih
Apa guna pergi luar negeri
Naik Kinabalu
Hati saya rindu
.
.
.
.
Makin sejuk
Malam tu dalam 19 Degree Celcius
Lagi tengah malam lagi sejuk
15 Degree kot
Nak pergi kencing pun pikir dua tiga empat lima nam kali sebab nanti nak cebok air sejuk gedi !!!
.
.
.
.
Kalau tak jumpa tempat ni
Call aje depa
Depa akan peratikan korang masa lalu kat jalan besar bawah sana tu dan arahkan nak naik ikut mana
Senang je nak naik sebenarnya , tapi kita orang termiss sempang tu
.
.
.
.
Ini lah balkoninya ..
.
.
.
.
Inilah pemandangan dari dalam bilik
Tak ke cantik benor tu !!???
Sangatlah highly recommended duduk di B Inspired Abode ni !!
.
.
.
.
Gitu ha parkirnya
Dan tangga naiknya
Kalerful !
.
.
.
.
Tak jemu-jemu duduk dekat balkoni sambil nengok Kinabalu
.
.
.
.
Malamnya ..
Tak sangka weh fon ni boleh tangkap gambar malam gini cantik !!
Nampak bintang-bintang !!
Tak payah lah bawah mirrorless tu lagi dah !!
.
.
.
.
Kalau kena masanya , dan tak berkabus .. Milky Way pun boleh nampak ni !!
.
.
.
.
Nampak tak cahaya atas Kinabalu tu ?
Tu lampu-lampu dari bangunan-bangunan di Laban Rata
.
.
.
.
Kalau ada tripod lagi cun ni
.
.
.
.
Parking hampir penuh
.
.
.
.
Bulan hampir penuh pulak
Langit terang
Maka nya bintang-bintang tak berapa terang
Tapi masih ok sebab light pollution tak berapa ada dekat sini
Lampu merah tu dari menara telekomunikasi Kamborongoh rasa-rasanya
.
.
.
.
Ada 7 buah tempat penginapan kat atas sana tu rasa-rasanya berpandukan pada peta ni
Dua helipad
.
.
.
.
Mari kita cari Buruj Belantik !
Orion
Senang je
Cari je bintang tiga sederet
Itu lah tali pinggang Si Pemburu tu..
Lepas tu dah boleh tau dah Bellatrix dan Betelgeuse belah kepala
Saiph dan Rigel belah kaki
.
.
.
.
.
.
.
.
Gambar asalnya ..
Berapa jauhnya bintang-bintang di Orion Belt itu dari kita ?
.
.
.
.
.
Curious pulak what happened back in 680 Masehi ..
Oooh ..
.
.
.
.
Another cool thing about this photo , apart form the Orion Constellation ..
Kita boleh nampak The Orion Nebula or also called M42
Nampak ?
Jap
Tu ..
Tengah helok tunjuk tu ..
.
.
.
.
Tu
Yang dalam bulatan tu . Ada tiga cahaya
Ada dua tu bintang . Yang macam blur sikit tu lah Orion Nebula .Yang tengah-tengah
.
.
.
.
In ha gambar dari Internet
Nebulanya
Salah satu nebula yang boleh dilihat dengan mata kasar dari bumi !
The Orion Nebula is an enormous cloud of gas and dust . It lies roughly 1,300 light-years from Earth.
This great big nebulous cocoon is giving birth to perhaps a thousand stars
.
.
.
.
Ok
Back to earth
Malam di Kundasang adalah sejuk gedi !!
Dua lapis baju , selimut lagi, setokin lagi
Kalau langit tak berawan , berkabus , dalam pukul 3 pagi kita boleh nampak kerdipan cahaya berjajaran dari Laban Rata tu hingga ke puncak Kinabalu
Mereke sedang melakukan ‘ summit attack’ awal pagi
Demi sunrise yang menakjubkan dari puncak sana
Tapi tak nampak pagi tu.. Awan tebal
Maka nya kita orang sambung lah tidor balik
Bukak mata untuk Subuh , then nampak ini !!
.
.
.
.
Masih tak boleh cam puncak-puncaknya !
.
.
.
.
Ghalit lepak kat balkoni ni !
Udara segar , sejuk
.
.
.
.
Makan biskut cecah Milo panas
.
.
.
.
Tiba-tiba bau asap rokok dari pantry tu !!
Hayomak !!!!!
Pi lah isap jauh-jauh !!
.
.
.
.
.
.
.
.
Alaaa ..
Dah nak kena check out ke… ??
Len kali boleh duduk sini dua tiga malam
Tu rumah yang belah atas , besar , ada dua tiga bilik
.
.
.
.
Ni ha senarai biliknya ..
.
.
.
.
Boleh jugak booking di Booking.com
.
.
.
.
Ini bilik terbaru B Inspired Abode ni..
Humble Hobbit Home
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Muat 5 orang
.
.
.
.
Ada A Cabin gini
Basic
Shared bathroom
.
.
.
.
Boleh muat 2 orang
.
.
.
.
Yang muat 4 orang pun ada . Yang merah jambu tu
.
.
.
.
Pandangan depannya
.
.
.
.
Semua menghadap Kinabalu
.
.
.
.
Ni yang bestnya !
Bukak tingkap terus nampak Kinabalu !
.
.
.
.
Simple je biliknya
Tilam, bantal
.
.
.
.
Matahari naik dari belakang
.
.
.
.
Memang disarankan sangat lah B Inspired Abode in !
View cantik gila !!
.
.
.
.
oiii cantik betul ngadap kinabalu
macam sekolah agama la kaler pul
hahhahaha..
tu lah
teringat sekolah korang tu !!
Amazing abode indeed! Yg bestnya semua ada view gunung. Super nice!
Doc, kalau saya tgk bintang2 tu, tak akan saya kenal satu pun. So thank you! 🙂
I wonder though, how do the owner dptkan tanah lereng ni? I mean how do one go about buying such piece of land? Adakah tanah itu disewa or on lease? Maknanya tanah tu tak boleh dibeli tapi boleh diusahakan dengan kebenaran. betul ke?
en syed dah ke kundasang tak ?
pergi lah..
drive sendiri trau!
jangan ambik guide .. hahahhaha ..
you theworrierandtheoverthinker 🙂