PENGHUJUNG TANAH BESAR ASIA : 1° 16.00’ NORTH AND 103° 30.46’ EAST : TANJUNG PIAI
.
.
.
.
.
Penghujung 2019
Kita ke Tanjung Piai
Batu tanda ni sebenarnya ada tulis 0 km
Dah tanggal pulak
.
.
.
.
Sempena Gerhana Cincin 2019 hari tu
Dah alang-alang turun he penghujung benua .. Kita pergi lagi hujung yang paling hujung
Kita ke Taman Negara Tanjung Piai
.
.
.
.
Oleh kerana ada event SolarFest 2019 tu , tak boleh bawa kereta sampai ke kawasan parkir Taman Negara ni
Kena naik shuttle
Kemudian jalan sikit ke dalam
No hal lah ..
Anak Dr Singa semua kaki jalan dan adventurous
.
.
.
.
Ada 3 fenomena alam kat sini pada masa ni , masa hujung tahun gini
Gerhana Cincin [ bukan setiap tahun lah tapi ]
Penghijrahan Burung
Dan Air Pasang Besar
Kalau kena masa dan harinya ..
Air akan naik , sampai sini .. Kalau dekat tangga tu , macam jeram laju air nya
Memang pesta lah kat sini ..
Tak selalu tapi jadinya ..
.
.
.
.
Ni videonya ..
.
.
.
.
Tanjung Piai
Cape of Golden Leather Fern
Piai , sempena nama Paku Piai yang banyak di sini
.
.
.
.
Peti Pos dah ada
Tak tahu ada ke tidak jual poskad dan setem kat dalam sana
.
.
.
.
Pig-tailed macaque (Macaca nemestrina), dusky leaf monkey (Trachypithecus obscurus) ni banyak dekat sini
Pengunjung tak boleh bawak masuk makanan ke dalam sana
Satu , sebab tak nak korang buang sampah merata-rata
Dua , sebab mereka ni kalau nampak plastik makanan dan minuman , nanti mereka ni akan datang dan rampas !
.
.
.
.
Drone tak boleh diterbangkan ya ..
.
.
.
.
RM 5 dewasa
RM 3 kanak-kanak
Pelancong asing lain harga rasa-rasanya
.
.
.
.
Jom mulakan !
Menara Pemerhati – tu ada satu menara yang tinggi .. Kat tengah paya bakau ni . Sesuai untuk ‘ bird watchers ‘
Kita tak nak ke Pelantar Memancing . Sebab …
Kita nak ke Penghujung Selatan Benua Asia !
.
.
.
.
Jauh jugak sebenarnya
Pastikan minum air siap-siap
Throw big water small water siap-siap
.
.
.
.
Masa jalan ni , semua dok eh .. eh..
Eh .. Dah lain lah pelantar kayu ni !!
.
.
.
.
Board ni masih ada macam dulu ..
.
.
.
.
2011 dulu ..
.
.
.
.
Tapi pelantar pejalan kakinya dah berubah arahnya ..
Bahagian ni masih sama
.
.
.
.
Bahagian yang menganjur ke laut ni dah lain benor
.
.
.
.
Sah dulu tak ada gini ni
.
.
.
.
Mari kita belajar tentang ekosistem paya bakau
Ini adalah pokok bakau spesis Rhizophora
.
.
.
.
Pokok bakau ini mempunyai biji benih viviparus bagi memastikan anak benih dapat hidup dengan mudah di paya bakau ini
.
.
.
.
Salah satu masalah yang dihadapi oleh pokok bakau ialah biji benih yang jatuh akan tenggelam dan mati di dalam tanah yang lembut yang bertakung air
Viviparus maksudnya ialah biji benih yang bercambah semasa kat atas pokok lagi
Akar radikel nya memanjang dan tajam
.
.
.
.
Bila dah cukup panjang dan matang , biji benih itu akan jatuh dan terus terpacak ke dalam lumpur yang lembut itu
.
.
.
.
Jumpa biji benih kontot ni
Ada yang ambik kononnya nak tanam pokok bakau ni kat rumah :))
.
.
.
.
Terpacak gitu …
Pokok-pokok Rhizophora ni macam barisan kedua lah di paya bakau ni
Akar yang gitu dipanggil akar jangkang , memerangkap lumpur
Meninggikan tanah di paya bakau ini
.
.
.
.
Spesis di ‘ barisan ‘ pertama paya bakau , spesies perintis adalah Avicennia sp. dan Sonneratia sp
.
.
.
.
Jap ..
Sambung kelas Biologi kejap lagi
Dah nampak dah tu nun !!
.
.
.
.
Titik Penghujung Selatan Benua Asia !!
.
.
.
.
Woi !!
Jangan godek-godek globe tu !!
.
.
.
.
The cool thing is ..
No other humans in Mainland Asia can be found southern to us at this point of time !!
Cool what !!!?
.
.
.
.
1° 16.00’ North and 103° 30.46’ East
.
.
.
.
Tahun 2013 dulu kami ke sini
Dah lain benor dataran mercu tanda Penghujung Benua Asia ni
Dulu lagi luas
.
.
.
.
Luas dan rasanya dekat belah lain datarannya
.
.
.
.
Hahahahhahaa
Kecik-keciknya anak-anak aku !!
.
.
.
.
Dulu ada tulisan ‘ Veni Vedi Veci ‘
“I came; I saw; I conquered”
.
.
.
.
Kenapa datarannya dah berubah ?
Sat cerita kat bawah-bawah sana
Jom..
Beredar dulu
Panas nho ni ..
.
.
.
.
Aku Suka Roti Bakar
Cara nak ingat turutan ekosistem paya bakau
Avicennia , Sonneratia , Rhizophora , Brugueira
Ni pokok Sonneratia kot …
.
.
.
.
Jauh lagi ..
Jom
.
.
.
.
Ada banyak umang-umang kat sini
Peribahasa :
.
.
.
.
Tak ingat pulak gambar ni nak tunjuk apa..
Lubang ketam kot
Dan pokok Avicennia
Pokok-pokok ni memang ditanam
Untuk mengukuhkankan ekosistem paya bakau di sini
.
.
.
.
Ni siput mata merah
Ala ..
Siput sedut yang buat masak lemak tu ..
.
.
.
.
Ada jugak siput berongan
.
.
.
.
Lagi besar !
Dengar kata … Sedap ni dikukus , makan cicah sos cili
.
.
.
.
Tu port tempat mancing
Jom pergi sana
.
.
.
.
Mengendap apa tu ?
.
.
.
.
Ni ha ..
Ketam rebab
Rebab as in alatan musik tu ..
Sebab siput ni gerak-gerakkan tangan dia macam tengah main rebab
.
.
.
.
Ketam jantan mempunyai sepit yang besar dan sepit kecil, dimana sepit besar digunakan untuk mempertahankan diri manakala sepit kecil digunakan untuk makan.
Bila bergaduh , kalau sepit besar tertanggal , sepit kecik tu akan membesar menggantikannya
.
.
.
.
Ketam rebab jantan akan melambai-lambai penyepit besarnya untuk menarik perhatian ketam rebab betina dan untuk menghalau ketam rebab jantan yang lain.
Dan juga melambai-lambai kat manusia perempuan ni sampailah tergoda sampailah terjatuh telefon dia kat dalam lumpur !!
Kahkahkah !!!!
Pandai-pandai lah kau ambik !
Terbenam jugak lah dia dalam lumpur Tanjung Piai ! :))
.
.
.
.
Antara salah satu spesis Rhizophora
Akid Jalar
.
.
.
.
Rhizophora apiculata
Antara kegunaannya .. Kayu api, arang kayu, bahan binaan dan balak, kulitnya menghasilkan tannin.
Tannin – Digunakan untuk proses meny[samak] kulit binatang
.
.
.
.
Biasanya mendominasi hingga 90 peratus dari keseluruhan hutan bakau.
Akar jangkangnya yang kuat memegang struktur tanah paya yang berlumpur
Paya bakau sebegini adalah salah satu cara semulajadi menampan ombak , kecil mahupun tsunami
.
.
.
.
Batang Bakau Minyak
.
.
.
.
Di bahagian ‘hadapan’ / waterfront kawasan paya bakau ni , banyak pokok-pokok Avicennia dan Sonneratia ditanam semula kerana yang hidup secara natural banyak yang dah mati akibat hakisan pantai
Sebenarnya Taman Negara Tanjung Piai ni lama ditutup hingga beberapa tahun sebelum ini
Kerana dilanda hakisan yang teruk !
Dikatakan dihakis sebanyak 8 meter setahun sepanjang pesisir pantai di selatan ini !!!!
Banyak bahan sedimen pantai iaitu pasir atau lumpur dihanyutkan ke bahagian lain garisan pantai oleh tenaga ombak dan arus. Ini adalah proses semulajadi dikatakan , namun semakin serius sejak 15 tahun lalu apabila jarak hakisan kian ketara disebabkan pelbagai faktor, termasuk lalu lintas kapal dagang yang semakin bertambah di Selat Melaka.
Oleh kerana ini lah Taman Negara Tanjung Piai ini ditutup untuk beberapa tahun untuk program baik pulih
Oleh kerana ini lah dataran mercu tanda itu telah berubah
.
.
.
.
Projek pemecah ombak luar pantai dan benteng ombak sepanjang pantai dibina bagi mengurangkan hakisan persisiran pantai Tanjung Piai
Yang tu .. Yang garisan hitam yang nampak di kejauhan tu … Tu benteng pemecah ombak
Yang garisan-garisan atas lumpur dan lubang-lubang dalam lumpur itu adalah peninggalan jejak ikan belacak
.
.
.
.
Sepanjang laluan titian ada aje wakaf-wakaf untuk berehat gini
.
.
.
.
Hati menjadi tenang jiwa mekar berbuah er tak nampak dah tulis apa lagi kat situ ….
.
.
.
.
Nice ..
Contoh.. Simple-simple aje ..
Berhenti pakai straw plastik . Hadiahkan kawan-kawan straw besi / kaca
One small step .. But it will be snowballed ..
.
.
.
.
Tapak semaian pokok-pokok bakau
.
.
.
.
Tinggalan pelantar kayu yang lama
.
.
.
.
Pokok pong-pong ini amat beracun ya !
Racun ini menghalang saluran ion kalsium pada otot jantung, menyebabkan gangguan pada degupan jantung. Ramai yang dibunuh dan membunuh diri di India guna buah pong-pong ni
Racun cerberin pada buahnya pada adalah sukar dikesan dalam belah siasat dan rasanya boleh dikaburi dengan rempah yang pekat.
.
.
.
.
Tambakan batu dan benteng pemecah ombak untuk menghalang hakisan yang putih kat hujung sana tu
.
.
.
.
Next
Kita ke Menara Tiga Negara
Kenapa ada kotak-kotak putih tu ?
Itu hanyalah masking tape yang ditampal di pelantar pejalan kaki
Kenapa ?
Saya rasa sebab kalau ada pergerakan dasar sebab hakisan , masking tape itu akan terkoyak . Maka nya kita akan tahu adanya pergerakan akibat hakisan
.
.
.
.
Kat hujung pelantar nanti , kita boleh nampak 3 negara
Indonesia , Singapura dan kita berdiri di bumi Malaysia
.
.
.
.
Ntha kegembiraan pesen apa ntah ..
.
.
.
.
Tak lah nampak keseluruhan Indonesia , of course
Nampak Pulau Karimun
Karimun ya .. Bukan Karimunjaya
.
.
.
.
.
.
.
.
Kami dok perhati ikan belacak berlumba ‘ berjalan ‘ atas lumpur tu .
Dok encourage dia :))
Lama dok sorak-sorak
Kami senang terhibur :))
.
.
.
.
Tu ha Pulau Karimun nya
Boleh naik feri dari Jeti di Bandar Kukup
Ramai yang pergi sana , beli barang , bawak balik sini .. Jual
.
.
.
.
Cool wide angle ! Passed the test !
Lepas ni travel tak payah bawak kamera lagi !!
Bawak fon je ..
.
.
.
.
Memberi makanan adalah dilarang ..
.
.
.
.
Meh nak membawang ..
Ada satu pulau di satu negara tu. Kat selatan kita .
Pulau Palawan namanya .. Satu pulau buatan off the coast of Pulau Sentosa di Singapura ..
Dia claim dia lah ‘ the southern most point of continental Asia ‘
:))
Sakit perut gelak weh !!!
.
.
.
.
Let’s examine the evidence ..
See .
Ada tulis Pulau Palawan ?
.
.
.
.
Tu ha pulaunya …
Southernmost ??!!
Yang kat lump of land dekat selatan dia tu nak kira apa ?
Dia tu pun pulau buatan je weh !!!
Tang mana ntah bersambung dengan mainland Asia!!
I rest my case !
.
.
.
.
Bye Tanjung Piai !!
Nanti kita datang lagi !
.
.
.
.
Uwaaa.. tak tau pun kat tangga tu boleh jadi jeram!
Lokasi-lokasi yang paling hujung bagi Eurasian.
Paling utara – Cape Chelyuskin, Russia.
Paling timur – Cape Dezhnev, Russia.
Paling barat – Cabo da Roca, Portugal.
Paling selatan – Cape Piai, Malaysia.
Hebat kan!
Masa saya pergi dulu, Penghujung Selatan tu tutup.
hehehhehe..
saya dah sampai dua titik penghujung benua!!!
tak perasan pun!
Cabo da Roca dan Cape Piai !!!
ilmiah sungguh baca entry ni wei
tak sampai2 lagi aku ni ke sini hahahaha
balik kampung banyak beno kawasan kena lawat
kak, awat dataran tu makin kecik?
hahhhahahhaa
kalau aku tulis pasal sejarah lagi nangis kau!!
kira ok lah ni..
dia buat dataran baru
yang lama tu rasanya tapak dia dah terhakis