KOTA KINABALU 3.0 : KK KE NAHANDANG MELANGKAP

.

.

.

.

Musim-musim Virus Wuhan ni berterbangan kena pulak dengan timing travel kita orang anak beranak !!

Alahaii !!

Apakan daya dah bayar semua maka nya kita ikutkan aje lah..

Take the extra precautions

Bawak hand sanitiser

Weh !! Habis dah hand sanitiser kat kedai !

Ada jumpa satu dua dekat Watson

Harga Yahudi sungguh ! Saploh hinggit satu botol kecik tu!

.

.

.

.

Kelemasan sungguh pakai face mask ni weh !

.

.

.

.

Hampir 90% yang kat airport ni pakai mask

Masuk je pesawat , kesat antibacterial wipe sana sini sesungguh hati ..

Seram …

.

.

.

.

Nak ke mana pulak ni .. ?

Kita ke salah satu bandar yang ada antara benam matahari tercantik di Asia Tenggara !!

Nampak dah Pulau Labuan kat bawah sana nun

Lepas je ambik gambar ni terus je kena  ” Ekskius me … Fon off plis .. ”

.

.

.

.

Kita ke Kota Konabalu

3.0

.

.

.

.

Touch down helok-helok masa matahari jatuh !

Cantik Beb !!

.

.

.

.

Sekarang Grab boleh dibook dari KKIA

Dulu tak boleh

Kita orang tak naik Grab tapi

Ambik teksi je

RM 30 ke Pusat Bandar KK

Wadehek lagu ?! :))

Hamil sama Setan ??!! :))

.

.

.

.

Sebab sampai dah malam

Kita ke hostel kat tengah bandar je

Esok pagi dah nak check out dah

Nusantara Mattwaddien Hostel

Dekat Api-Api Center

Murah je . Satu bilik 4 orang RM 80 je

Bilik bersih , tandas bersih , ada sarap

.

.

.

.

Cuma sempit aaa ..

Kena solat atas katil ! :))

Ekon best . Sejuk .. Tapi otomatik off dari pukul 7 pagi -6 petang

.

.

.

.

Jum ke dataran Todak / Marlin tu !

Memang nak bawak budak-budak ni makan udang kara ni

Tokojut depa bila nengok besarnya udang kara tu !

.

.

.

.

Yang ni dalam rm 100 seekor siap masak

Baju adalah sedondon dengan udang kara

Ditakdirkan bersama

.

.

.

.

Sebelah masak creamy butter

Sebelah lagi masak kam heong

Sedap bah !!

Yang pompuan tu yang [ kononnya ] tak makan seafood tu pun makan sampai licin !!

.

.

.

.

Ada dus das pang pong bunga api malam tu

Kenapa ntah ..

CNY dah lepas

Ni gambar lama tapi

.

.

.

.

Susah nho nak gerak semua bangun pagi-pagi !

Seteress haku ! :))

Kalau dengan Geng Travel yang biasa senang je hunggah semua bangun

Kita ke Tanjung Aru dulu..

Sini best senja-senja.. Masa matahari jatuh

Siang-siang ni sunyi ..

Pulau Gaya dan Pulau Sapi dan Pulau Manukan di kejauhan tu

.

.

.

.

Semua lari tak nak bergambar dengan Mader bila Mader swag gini

:))

 

.

.

.

.

Drebar untuk trip ini

Mader dah boleh duduk sebelah jadi navigator sekarang

Langit Sabah biru dia lain macam sungguh lah !!

.

.

.

.

Melencong ke UMS sebentar

Tumpang throw big small water :))

Universiti yang hijau dan ‘ hijau ‘

Hijau sebab terletak di pinggir KK yang hijau berbukit berhutan lagi

‘ Hijau ‘ sebab mengamalkan pemeliharaan alam sekitar dan mengitar semula

.

.

.

.

Ok

Kita sambung perjalanan

Ke tanah tinggi

Dah mula nampak Aki Nabalu mengendap-ngendap di celah awan gemawan

Tu !!

Yang muncul hitam sikit celah kepulan awan tu

.

.

.

.

Ke Kundasang kah kita ?

Nope ..

Too mainstream meh

Kita melencong sikit ke utara

.

.

.

.

Kita ke Nahandang Melangkap Homestay dan Campsite

Kita mengendap Aki Nabalu dari Barat Laut

.

.

.

.

Ikut aje Google Map tu

Jangan panik tapi bila jumpa jalan tu lalu satu jambatan besi yang sehala sahaja jalannya

Binaan jambatan sebegitu dipanggil bailey bridge

Dah dua kali Melangkap ni dilanda banjir lumpur setelah gempa bumi Ranau 2015 dulu tu

Sampaikan jembatan asal dihanyutkan air .

Nanti akan lalu masuk dalam kawasan sekolah pulak ! :))

Teruskan ketidak panikkan anda

Ikut je jalan berbatu tu …

Nahandang Melangkap Campsite and Homestay

Dimiliki oleh Bidin Molindoi dan Sapiah Sampuroh

Melangkap adalah nama mukim ini

Nahandang nama premis itu

Kota Belud adalah nama daerahnya .

Ada paham … ?

.

.

.

.