GERHANA MATAHARI ANNULUS 2019 TANJUNG PIAI
.
.
.
.
Memang kami ni satu famili suka astronomi
Tahu je pasal Gerhana Cincin ni , terus je cari hotel di Tanjung Piai
Nan ado !
Full!
Ala .. Satu je hotel pun betul-betul dekat Tanjung Piai tu
Maka nya kita orang cari homestay
Booking 2 bulan awal
Sebab dijangkakan akan turun dalam 20k ribu orang ke Tanjung Piai ni nanti untuk menyaksikan fenomena alam ni
Ramai juga yang gila astronomi kat Malaysia ni :))
.
.
.
.
Kali terakhir Gerhana Anulus di Malaysia ni pada 22 Ogos 1998
21 tahun dulu
Eh .. Birthday kawan saya tu ..
Telur berdiri tu mitos je ya ..
Kalau kau buat hari lain pun telur tu boleh berdiri …
.
.
.
.
Sempena dengan fenomena alam yang berlaku 21 tahun sekali ni , diadakan juga SolarFest 2019 di Tanjung Piai ni
Kita orang pergi pada 25 Dec
Nengok-nengok kawasan dulu
.
.
.
.
Dah reki-reki , keputusan sebulat suara mengatakan ..
Kita tak payah pergi ke tapak SolarFest tu lah
Sure ramai orang beribu-ribu lemon nanti
Kita mencerap dari laman depan homestay je lah nanti
Segala bagai alatan dah siap bawak pun untuk mencerap
Sebenarnya fenomena Air Pasang Besar juga berlaku masa SolarFest ni !
Untung orang Tanjung Piai !!
.
.
.
.
Titik penghujung Tanah Besar Asia
Southern most tip of Continental Asia
.
.
.
.
Dia orang dah mula set up untuk esok
.
.
.
.
Teleskopnya sama harga dengan sebiji Myvi
Nak jalan tepi teleskop pun seriau !
.
.
.
.
Hai Mr Sol !
Besok kita main cak-cak ya !!
Power telescope ni !
Boleh nampak sun spot !
.
.
.
.
Yang ni tak tahu lah sama harga dengan kereta apa ..
.
.
.
.
Gerhana Annulus ni bermula dari Semenanjung Tanah Arab ke selatan India , Sri Lanka , Sumatera , hujung Semenanjung Malaysia , Singapura , Borneo dan akan berakhir di lautan Pasifik
.
.
.
.
Sebenarnya satu Semenanjung Malaysia boleh nengok gerhana ni
Kita orang nak yang special .. Nak yang Annulus juga !
Sebab tu sanggup turun ke Tanjung Piai !
.
.
.
.
Cuma dalam 2 minit 30 saat je berlaku Gerhana Annulus tu nanti !
.
.
.
.
Ramai juga yang buat trip dari Kukup , naik feri ke Pulau Karimun tu
Sebab durasi Annulus di sana dalam 4 minit
Sanggup tau !
.
.
.
.
Banyak juga kawasan di Singapura yang termasuk dalam liputan
Bukit Batok pun !!
.
.
.
.
Kena guna cerminmata khas
Dedicated eclipsd glasses
Ada yang guna sunglasses biasa , filem Xray
Walhal dah banyak informasi di mana-mana kata jangan guna
Boleh rosak mata weh !!
Bukan ada sparepart mata tu !
.
.
.
.
Guna lah dedicated Eclipse Glasses
ISO 123-21
.
.
.
.
Gini
Saya beli siap-siap . tanya admin Planetarium Negara mana nak beli
5 pasang spek tu RM40
Tapi di SolarFest tu depa bagi percuma , dalam berapa ribu spek
.
.
.
.
Mencerap guna mata
SubhanAllah
Cantik sungguh gerhana tu !
Pelan-pelan bulan tu datang tutup matahari
Kena abadikan juga dengan fon
Gunting spek tu
Tampal dekat kamera fon
Ginilah hasilnya …
Sebelum gerhana
.
.
.
.
Gerhana Annulus bermula
Tepat seperti masa yang diwar-warkan
Sang Lunar mula menutupi Sang Mentari
.
.
.
.
Dan terus melintasi matahari
.
.
.
.
Memang tak bersungguh pun nak ngambik gambar segala bagai sebab kena set up kamera besar itu ini tu macam malas pulak
Just want to enjoy the moment observing the phenomena dengan budak empat orang ni
.
.
.
.
.
.
.
.
Dan..
Pada pukul 1:21
Terjadilah Gerhana Cincin itu !!!
Huru hara jadinya nak capai fon lah , spek lah , mounting board lah ..
1:12 hingga 1:23 tengahari
Suasana senyap
Tak ada burung berkicau
Dan redup
Dan sejuk
.
.
.
.
Nampak sangat perbezaan kecerahan dan boleh rasa perbezaan suhu
Dikatakan suhu menurun dalam 5 C sepanjang gerhana ni
.
.
.
.
Antara gambar Gerhana Annulus dari internet
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gerhana Separa daripada Encik Syuben di Sri Sentosa
.
.
.
.
Gerhana Separa daripada Anak yang di Kota Kinabalu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mesti ramai yang tak tahu pasal ni..
Celah-celah daun akan menbentuk pin hole
Dan masa gerhana , bayang-bayang daunan tu akan jadi begini ..
.
.
.
.
Inilah gunanya mounting board yang susah payah di bawa dari Kola Lumpur tu ..
.
.
.
.
.
.
.
.
Masa hampir Annulus
.
.
.
.
Dan inilah kegunaannya penapis yang dibawa khas dari Kola Lumpur juga
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sebab itulah kita orang tak nak pergi ke SolarFest tu
Ramai !
Katanya dalam 5 ribu orang dekat sana
Dan sebab dah bawa segala bagai benda untuk cerapan
.
.
.
.
Bye Mr Sol !!
Next Annular Solar Eclipse nanti masa tahun 2042 , lalu dekat-dekat Kuching juga macam tahun ni
2020 nanti , 21 Jun , akan berlaku Gerhana Separa , lalu atas Langkawi dan belah-belah utara
Malaysia takkan jumpa Total Eclipse dalam masa dua tiga terdekat ni
Next Total Eclipse nanti , yang terdekat dengan Malaysia , April 2023 . Lalu dekat Papua , sipi-sipi dekat Australia
.
.
.
.
Bestest moment ever !!
.
.
.
.
Best Gerhana
Gerhana Meow ..
:))
.
.
.
.
Kita tunggu 21 Jun 2020 untul Gerhana Matahari Separa nanti ya
.
.
.
.
.
.
.
Patutnya nampak perbezaan kecerahan dalam time lapse ni
Tapi smart sangat pulak fon ni ..
Di-self-adjustnya pulak exposurenya ..
Kena tunggu 2031 lah pulak kalau panjang umur nak buat time lapse baru ..
Kekecohan semasa mencerap Mr Sol hari tu
.
.
.
.
Terbaik kak….terutamanya gerhana meow tu…
Hehhhhh…..
Sorry doc, but I think gerhana meow tu lagi menarik dan super duper cute yg amat.. hehehe…
Foto2 gerhana cincin yg saya ambik tak jadi :(. Sedih tau…
2042 kalau kita panjang umur nanti ada gerhana cincin lagi 🙂
yang meow yang jadi bulan tu comel !!
nampak mata je !!:))