ANJUNG POOL VILLA , SEKINCHAN

.

.

.

.

Sempena ada anak yang bercuti semester dan boleh berkumpul sama-sama

Mari kita berkumpul cuti-cuti makan-makan sama-sama .

Kita ke Anjung Pool Villa , Sekinchan

Boleh book di Booking.com atau secara terus  , cari je di FB Anjung Pool Villa

.

.

.

.

Ada dua villa , kuning dan biru

Di tepi sawah

.

.

.

.

Kiri , depan villa ada sawah padi

Belakang , kawasan parkir , kanan rumah orang

.

.

.

.

Nak ke Villa Kuning tu masuk ikut celah kanan sana tu

Jangan kau nak cross dari Villa Biru tu pukak !

Kenot !

[ Kita orang dah kena .. :)) ]

.

.

.

.

Harga ?

Cari kat Booking.com . Sebab Hakak dah lupa

.

.

.

.

Meh masuk dalam meh !!

Ada ruang tamu yang luas !

Ada TV , movie banyak .

.

.

.

.

Bilik 1 , katil queen , ada baby cot .Ada ekon

Ada satu lembek

Tau tak lembek tu apa ?

.

.

.

.

Bilik 2

4 poster bed

.

.

.

.

Besar . Ekon . Tingkap pun besar

Nampak luar tu apa ?

.

.

.

.

 

Ni ha !!

Indoor pool

Tak besar , tak kecik

Sedang-sedang aje

.

.

.

.

Pancuran air tu akan on every alternate hour for one hour

Pukul 7 pagi mula . Dan melompat lah kanak-kanak bangun sebab dengar dan nak mula terjun kolam

.

.

.

.

Boleh main congkak gitu ?

Ada dapur . Kat belah kiri pool tu .  Segala nya lengkap . Dapur , esboks , pinggan mangkuk . Kalau nak masak-masak , b awak aje bahannya

Kalau nak BBQ pun boleh . Kat luar lah tapi

.

.

.

.

Villa Biru dari Villa Kuning

Duduk Villa Kuning lagi best rasanya . Sebab …

.

.

.

.

Ini sebabnya !!

Villa Kuning belah tepi / depan

Dapat uninterrupted view sawah padi !

.

.

.

.

Memang layan lah baring atas jaring tu !!

.

.

.

.

Letak makanan kat peti . buku kat tangan

Lepak sampai petang

Redup , angin pulak best ..

.

.

.

.

Ni bulan 11 padi menghijau gini

Kalau nak tahu tengah musim apa , boleh lah tanya empunya villa

Kalau kena masa baru nak buat bendang , tak berapa lawo lah .. Selut je nanti

.

.

.

.

 

.

.

.

.

.

.

.

.

Pagi 12 Rabiul Awal yang cerah

20 April Tahun Gajah

Lahirlah zuriat dan syahadah

Eh …

.

.

.

.

Jiran sebelah

Jangan lah buat bising tak tentu hala pulak eh .. Ni kampung .. Hidup berjiran

.

.

.

.

Layan …

.

.

.

.

Bawah villa ni ada lopak air

Tepi villa ada parit kecik

Boleh mancing

Joran ada

Bawak umpan je

.

.

.

.

Sarap pagi yang best

Puan Misya yang jaga villa ni ada . Nanti dia yang bagi kunci . Boleh bincang dengan dia nak order sarap apa

Lempeng , nasi lemak , ubi rebus

Semua sedap yak amat !

.

.

.

.

Ni he menunya !!

.

.

.

.

Jom ronda kampung !!

.

.

.

.

Muat-muat selisih kereta je jalan nya

.

.

.

.

Jom lawat sawah padi

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Jom lawat tali air

Kahkahkahhh

Kesian kan orang bandar ..

.

.

.

.

Cantik ni buat bergambor

.

.

.

.

Maka Hakak dengan gigihnya pun mencoba pergi

.

.

.

.

Diri

.

.

.

.

Dan balik …

Dengan gigihnya …

.

.

.

.

Ada nyamuk

Ada disediakan spray nyamuk

Kita orang dah siap-siap bawak lilin serai wangi

Apparently memang berkesan halau nyamuk !!

.

.

.

.

Apa aktiviti lagi boleh buat kat Sekinchan ni …

Ondeway tu boleh cari makan dekat Warung Ibu Nasi Ambeng

Dekat tepi jalan je

Google je

Sedap weh !!

Mana gambar nasinya ?

Errr ….

Gambar rumah sebelah warung je yang ada ..

.

.

.

.

Malamnya boleh ke Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan ni

.

.

.

.

.

.

.

.

Masa ni hari Sabtu

Tak ramai orang

Sebab dah lambat sikit ni . Dalam pukul 9:30 gitu

Kalau awal sikit malam tu kena beratur lama sebab ada dua bas besar bawak budak sekolah nak nengok kelip-kelip

.

.

.

.

Dah bertahun lama nak bawak budak-budak ni nengok Kelip-Kelip Kampung Kuantan ni . baru lah menjadi tahun ni

Serius cantik sangat !!

Macam pohon krismas !!

Cantik !

Tapi ingat ya .

Plan betul-betul . Datang masa bulan baru , bulan belum mengambang

Masa tu akan nampak lagi banyak dan lagi terang

Masa ni 12 Rabiul Awal .

.

.

.

.

Dilarang ambik gambar guna flash

Dilarang kacau kelip-kelip tu

Kita orang ada pegang tapi . Abang yang kayuh perahu tu suruh dan bagi pegang

.

.

.

.

Kalau nak makan

Ni ha

Restoren Lembah Bernam

Ada landak , rusa , kijang

Kena call dan booking dulu tapi kalau nak yang eksotik-eksotik tu

Kalau lauk biasa-biasa , ada je

.

.

.

.

Dekat je dengan Anjung Pool Villa

Kalau nak makan belangkas , boleh ke Orang-Orang Cafe

Sila Google .

Sampai dua tiga pagi pun masih bukak

.

.

.

.

Kesimpulannya

Best Anjung Pool Villa ni !!

Best berendam !!

.

.

.

.

 

Advertisement