LANGKAWI SEPT 2019 [ II ]
.
.
.
.
Tujuan utama Budak ni pergi Langkawi adalah sebab nak mandi laut
Duduk My Villa Langkawi Hotel jauh sikit dari Pantai Chenang tapi ada pool
Suka lah dia berendam
.
.
.
.
Ada pulak Dia ni .. Kalau di bela betul-betul mesti kembang bulunya
Comel .
Beli hot dog dua ketul bagi dia makan.
.
.
.
.
Boleh book aktiviti di Langkawi ni dari front desk hotel
Murah jesebenarnya Island Hopping tu
Budak Kecik ni tak nak pergi . Sebab tak puas hati sebab tak dapat mandi laut lagi
Pujuk memujuk . Akhirnya dia nak pergi Mangrove River Safari Tour tu
Rm 50 dewasa , dia dapat RM 40 seorang
.
.
.
.
Van datang ambil dari hotel , di bawak jeti di Tanjung Rhu
.
.
.
.
Kita akan naik bot menyelusuri sungai di Kilim Karst Geoforest park ni
.
.
.
.
Karst is a topography formed from the dissolution of soluble rocks such as limestone, dolomite, and gypsum. It is characterized by underground drainage systems with sinkholes and caves.
.
.
.
.
Ekosistem di sungai di sini adalah hutan paya bakau
.
.
.
.
Dilarang menculik ya !
.
.
.
.
Peta Kilim Geoforest
Nanti bot dari Jeti Tanjung Rhu -> Gua Kelawar Jeti Kilim -> keluar ke Kilim Pinnacle -> lalu tepi Gua Cherita -> Restoren Terapung -> Jeti Tanjung Rhu
.
.
.
.
.
.
.
.
Ada budak tak puas hati sebab tak mandi laut !
.
.
.
.
Ayuh kita mulakan perjalanan
.
.
.
.
.
.
.
.
Dah mula nampak pokok-pokok bakau
.
.
.
.
Singgah kejap di Restoren Terapung ni ambik perut ayam nak bagi helang makan nanti
Sebenarnya kegiatan memberi makan Helang ini tidak dibenarkan lagi
Sebab akan mengganggu ekosistem di sini
Helang akan terbiasa diberi makan , tak keluar memburu lagi
Kitar makanan akan terjejas
Berkait-kait .. Nanti akan mengakibatkan status Geopark ini akan ditarik
Tapi , masa trip ni , driver bot tu tak bagi pun makan helang tu walaupun dia berhenti ambik perut ayam tu
Helang-helang tu dok berlegar-legar je tunggu makanan dicampak
.
.
.
.
Kerana adanya pokok-pokok bakau inilah ombak tsunami 2004 dulu tu tidak mendatangkan kemusnahan yang besar di Langkawi ini
,
,
‘
.
Helang Kawi
Yang merah
.
.
.
.
Lalu Gua Buaya
Air surut , maka nya boleh lalu dalam gua ini
Kalau air pasang kena lalu alur sungai yang lain
.
.
.
.
Inilah batu bentuk crocodile nya ..
Ada rupa ?
.
.
.
.
.
.
.
.
Gua yang terbentuk dalam lapisan karst
.
.
.
.
Bye crocodile !!
.
.
.
.
Kita teruskan menyusur sungai
Akan jumpa parkir ni
Untuk kapal-kapal layar
Yang pemiliknya tak nak bayar mahal kaua parkir di marina sana
Di sini murah sikit
Nampak macam dah lama tak gerak kapal-kapal ni
Siap ada yang tumbuh pokok lagi kat atas nya
.
.
.
.
Akhirnya sampai lah di jeti di Gua Kelawar
Bayaran masuk RM 2 seorang
Sewa celait RM 1
Rimau tu untuk menakutkan monyet
And it really works !!
Monyet tak akan datang mengacau bila nampak patung Rimau
.
.
.
.
.
.
.
.
Memang gelap kat dalam tu
Ada banyak kelawar
Tapi kau janganlah dok suluh kelawar tu kat atas sana tu
Depa nak tidor !
Cuba kalau kau tidur orang suluh bijik mata kau ….
.
.
.
.
.
.
.
.
Stalagtit
Macamana nak ingat mana satu stalagtit , mana satu stalagmit .. ? Stalagtit dari langit
.
.
.
.
Pendek je jalan dalam Gua Kelawar ni
Kejap je dah sampai hujung
.
.
.
.
Tu spesis manusia bodoh yang tak reti bahasa
.
.
.
.
Kecik je guanya
Sekejap je dah sampai luar balik
.
.
.
.
.
.
.
.
Spesis ni pun banyak dekat sini
.
.
.
.
Cari kutu anak
.
.
.
.
Pasrah aje anak dia
.
.
.
.
Janganlah bawak plastik makanan , minuman dekat sini
Nanti mesti kena rampas!!
.
.
.
.
.
Lawo sebenarnya hutan paya bakau ni
.
.
.
.
Ke hulu Sungai Kilim sana tu
.
.
.
.
Dah ..
Jom ke laut lepas pula
Kita ke Kilim Pinnacle
Nampak Pulau Sepatu
Masa ni Langkawi dah mula berjerebu
Ni dalam sehari dua sebelum Semenanjung Malaysia diselubungi hadiah dari jiran tetangga kita
.
.
.
.
Tu ha Kilim Pinnacle nya
.
.
.
.
Ada pantai-pantai kecil yang putih bersih pasirnya
.
.
.
.
Kita ke Restoren Terapung tadi semula
.
.
.
.
.
.
.
.
Boleh order hasil laut yang fresh dari dalam sangkar depa
.
.
.
.
Mula-mula duduk dekat meja dekat belah atas restoren ni
Tapi macam teroleng-oleng sangat
Pusing pala gue !!
Pindah ke pelantar yang besar
.
.
.
.
Udang lipan
.
.
.
.
Karangan laut
.
.
.
.
Ikan Sumpit
Budak tu letak cebisan sotong dekat kayu tu
Ikan dalam sangkar itu akan menyumpit air ke arah cebisan sotong itu , hinggalah jatuh ke dalam air
.
.
.
.
Akhirnya dapat juga lah dia merasa mandi pantai !!
Panas weh !!!
Mandi lah kau sorang-sorang !! :))
.
.
.
.
Sempat berkawan dengan budak Kedah
Terkebil-kebil lah jugak tak paham ada dia kata mula-mula tu ..
.
.
.
.
Hari last
Minyak banyak dalam kereta
Macam rugi je pulangkan minyak separuh tangki :))
Kira pusing satu pulau jom !!
Budak Kecik Ok je .. Ikut je ..
Tanya dia nak naik cable car tak ?
Tak nak !! Dia kata
Fuh !! Lega !! Omaknya pun tak berapa gemor naik mendalah tu
Semenjak ada satu hari tu yang masa tu cable tu stop . Masalah teknikal
Semua car tu tergantung-gantung kat atas sana tu empat lima jam
Kau bayangkan lahhhh ..
Bayangkan berapa klaustrofobik nya kat dalam tu kat atas sana tu !!!
Tobat lahom nak naik….
Membayangkannya pun dah klaustrofobik !
.
.
.
.
Kita nengok dari jauh je lah Nak …
.
.
.
.
Nampak tak nampak ke cable car nya dalam jerebu ni ..
.
.
.
.
Oh ..
Dia sudah pandai selpie
Dan hari tu ada mula Tik Tok kawan dia ajar .
Serta merta Omak dia suruh delete .
Dan Omak kawan dia pun dah perambat anak dia suruh delete juga
Jangan nak buat benda-benda bodoh , membodohkan diri ..
.
.
.
.
Satu lagi tempat wajib kalau datang Langkawi
Tepi runway ni..
.
.
.
.
Tunggu kapal terbang turun naik
.
.
.
.
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dah lawa !!!!
Semua nya baru
Surau yang sangat selesa
Bersih dan wangi , tak bau kopam
.
.
.
.
.
.
.
.
Flight Malindo ke Nanning ke mana ntah
Haruk Cina Bukit check in !!
Mula-mula nak potong line depan aku masa nak scan beg . Nak jugak berekor belakang geng dia . padahal scan beg aje .
Kena jerit Hoiii !! Dan jegil mata
Helok je boleh beratur elok-elok lepas tu
Yang meludah dalam tong sampah ada..
Yang lepas minum , letak ke beg plastik sampah tu dekat tepi dinding pun ada
Yang meluru nak masuk gate , tapi gate domestik pun ada .. Sebab hate tu kosong cepat je nak meluru .Pun ada
Yang bercakap macam nak bergaduh tu berlambak lah … Pasahal kawan dia depan hidung dia aje !
Annoying gila weh !!
Dah lama tak check in luggage . Lupa pulak sekarang kena self check in . Kena print luggage tag sendiri .. :))
Selalu lenggang-lenggang je bawak cabin bag
Ni cekelat dah penuh satu beg … Kena lah check in
Siap beli beg troli baru lagi !! Cantik sangat !!
.
.
.
.
Demikian sahajalah cerita tentang Langkawi ..
Rindu pulak Nasi Dagang Pak Malau …
.
.
.
.
lawa dan cantik tempat-tempat tersebut. Rasa puas hati dapat menikmati tempat macam tu. tapi bab mandi laut memang takdelah nak join, konon takut hitam.. hahaha…
Takut hitam pakai je topi besar alam tu😁
Kebetulan wife and I pun ada ke Langkawi and we did the mangroove tour too. Sebjik sama :).
Fun right eventhough sebelum ni dah buat tour ni
Dah pernah jugak dulu
Saja bawak budak kecik ni bagi pengalaman
Suka dia lalu dalam gua gelap!!