JOHOR TENGGARA : TANJUNG BALAU : DESARU

 

.

.

.

.

Hari ke 2 di Kong Kong

Kita biarkan Geng Mancing dengan batang pancing mereka

Kita anak beranak yang tak paham kenapa mancing ni naik bot balik ke daratan

.

.

.

.

Naik kereta

Lalu balik jalan yang cantik semalam tu ..

Masuk balik ke Lebuhraya Senai Desaru

Kita ke tenggara JDT !!

.

.

.

.

Merentasi di Jambatan Sungai Johor

Sungai yang pernah menyaksikan jatuh bangunnya satu empayar di Johor Riau Lingga

4 km panjangnya jambatan ini

Dari Kong Kong ke Pulau Juling ke Tanjung Penyabong di timur

Ada 2 puncak . 143 m tingginya

.

.

.

.

Jumpa satu lagi jalan kampung yang redup dan cantik

.

.

.

.

Nak ke mana kita ni ?

Kita nak ke Jeti Nelayan Tanjung Balau

Pernah ke sini dulu

Cantik sangat ! < Sini >

.

.

.

.

Masih kagum dengan panorama di sini

Sama seperti kunjungan terdahulu

Jeti panjang yang menganjur ke laut

.

.

.

.

Belah kanan Jeti

.

.

.

.

Belah kiri Jeti

.

.

.

.

Kalau korang ke sini

Turun ikut landasan untuk bot tu ..

Pergi ke bawah Jeti

.

.

.

.

Tu ha

Depan sikit je

.

.

.

.

Ini di belah kiri Jeti

Ada bot nelayan

Ada untuk di sewa untuk mancing , ronda-ronda

.

.

.

.

Ada 4 pondok atas jeti ni

.

.

.

.

Kalau air pasang tak dapat lah nak ke bawah Jeti

.

.

.

.

Sibuk sangat nak ke bawah Jeti ni pesal ?

Sebab ni ha ..

Cantik Beb !

.

.

.

.

Letak seorang Orang lagi cantik

.

.

.

.

Tengah menggayakan pesen puak-puak Cina Bukit dari PRC ngambik gambar

.

.

.

.

Jumpa pulak seorang budak tengah merajuk di hujung jeti

Dekat Jeti ni ada banyak monyet .. Ke kera ?

Yang Si Abang dan Kakak dok ngacau dia kata monyet-monyet tu kawan dia

Tu pun nak merajuk .. :))

.

.

.

.

Jom ke hujung jeti ..

.

.

.

.

Port mancing jugak ni

.

.

.

.

Ada dua orang pemancing tengah melayan joran masing-masing

Boleh jugak kalau nak jalan ke pelantar yang dekat hujung sana tu

Ada wakaf-wakaf tempat berehat

Nampak lah ada yang siap terbaring-baring kat sana tu

.

.

.

.

Seorang budak merajuk tengah melayan perasaan

Malas nak pujuk wehhh ….

.

.

.

.

Dalam jugak sebenarnya kat hujung ni

Panas.

Tapi bayu laut bertiup dengan bestnya

Dan kat bawah pondok ni redup

Maka nya best sangat melayan angin dekat sini

.

.

.

.

Kalau ada Dak Iyra mesti dia dah volunteer berdiri posing kat hujung sana tu

.

.

.

.

Tak boleh senonoh lah budak ni bila bergambar

.

.

.

.

Betul-betul di tepi Jeti Nelayan Tanjung Balau ni ada tempat penginapan

Chalet Nelayan Tanjung Balau

Dah pernah tidur sini dulu sebenarnya

< Sini ceritanya >

Cantik

Kecik aje tapi lengkap

Dan yang bestnya dekat sangat dengan Jeti Nelayan tu.

Pagi-pagi boleh cari matahari naik

Petang pun cun masa matahari jatuh

Malam-malam , sebab sangat sedikit ‘ light polution ‘ dekat Jeti ni .. Bertaburan bintang kita boleh cerap

Milky Way pun nampak jelas !

.

.

.

.

Atau kalau nak tidur dekat resort

Ni nombor fonnya

.

.

.

.

Atau kalau nak tidur di Homestay Kampung Nelayan

Ni ha …

.

.

.

.

Keluar je dari kawasan kampung Nelayan Tanjung Balau tu , ke kiri , ada ‘ Food Court ‘

Kacang pool nya sedap !!

.

.

.

.

Port mancing

Port star gazing

.

.

.

.

Dari jeti , kita orang ambik Jalan Tanjung Balau tu

Sebab nak tengok kot-kot lah nampak jalan nak ke Atlantic The Lost City

Tu .. Bangunan kat selatan tu

Yang bentuk macam lubang kunci tu

Sebelum ke sini ada lah terbaca dan ternengok pasal Atlantic The Lost City ni

Dekat < Sini > dan < Sini >

Seremmm lah jugak…

Tak nampak pulak jalan nya

Dah bersemak sangat kot …

.

.

.

.

Ada Pantai Tanjung Balau dan Muzium Nelayan Tanjung Balau dekat sini

Pantai ditutup untuk orang awam untuk sementara ini sebab ada kerja-kerja penambahbaikan tepi pantainya

.

.

.

.

Next ..

Kita ke Desaru pula

Lalu balik jalan yang cantik dan redup itu..

.

.

.

.

Ada banyak hotel dan resort di Desaru ni

Maka nya banyak lah kawasan pantai yang menjadi kawasan mereka

Jangan risau

Ada Pantai Awam Desaru

Cantik

Bersih

Banyak tempat parkir

Ada banyak kemudahan awam

Tandas , tempat rehat , tempat BBQ , gerai makan , gerai baju mandi , ken sal , pelampung , beyblade  eh …

.

.

.

.

Pantainya luas memanjang . Bersih . Sangat

Hangat lit lit tapi sebab tengahari

Bayu laut yang best

.

.

.

.

Ombaknya kuat , sebab menghadap Laut China Selatan

Jenis yang sekali hempas boleh tarik kau jauh ke tengah lah

Sebab tu tak bagi kanak-kanak ni mandi laut

Teringat dulu . Pertama kali datang sini masa tahun 1977 . Baru beberapa hari sebelum tu ada budak mati lemas masa berenang dekat sini

.

.

.

.

 

Budak yang masih merajuk kena paksa makan dan minum

.

.

.

.

Masih panjang muncungnya

Semua tak kosa nak pujuk

.

.

.

.

Desaru is as beautiful as I remembered it back in 1977

Masa tu kita orang bercuti bermalam dekat sini

Pagi esoknya kecoh-kecoh sebab ada kapal terbang MAS terhempas di Tanjung Kupang dekat sini

MH 653 di hijack , dipaksa terbang ke Singapura , terhempas di Tanjung Kupang

Ada cerita menarik tentang MH 653 tu di < Sini >

.

.

.

.

Dah kenyang

Dah ireng

Kita balik yok !

Cantik aa jambatan dan Lebuhraya ni !

.

.

.

.

Boleh nampak kapalterbang yang nak turun di Changi

.

.

.

.

Boleh nampak rumah bot yang kita orang duduk tu dari jambatan

Tu ha ..

Hello korang !

Banyak dapat ikan ?

Masak apa malam ni ??!!

.

.

.

.

Sunset yang sendu

.

.

.

.

 

Advertisements