KONG KONG : CHALET TERAPUNG KONG KONG

.

.

.

.

Dah lama tak togeder-geder satu famili

Ada jeyang tak ada , tak cukup

Maka nya , digeder-geder .. Kami ber6 pun pergi bercuti ..

Tak cukup seorang sebab bertapa belajar di Kolej

Kita ke Selatan !

Kalau lalu PLUS , nampak divider tengah tu ada bunga-bunga warna-warni .. Ketahuilah kamu bahawa kamu sudah berada di Melaka , atau Johor ..

.

.

.

.

Kita ke selatan Johor

Kita ke Kong Kong Laut

.

.

.

.

Suka sangat jalan nak ke Kong Kong ni ..

Sebab jalannya tegak .. Turun naik bukit . Tepi-tepi jalan meluas ladang

.

.

.

.

Kali ni kita bagi peluang dekat Encik Abdul melaksanakan hobinya ..

Mancing …

Tempat parkir banyak . Selamat

Ikut aje sign board

Jangan salah masuk tempat parkir

Sebab ada dua chalet terapung dekat sini

Parkir , jalan ke bangunan kedai dekat situ

Cari Pusat Informasi Kong Kong Chalet Terapung

Cakap dah book , nak ke chalet

Kalau tak nak bermalam pun boleh sebenarnya . cakap je nak mancing

.

.

.

.

Yok turun ke bot

.

.

.

.

Kena jalan sikit je nak ke bot

.

.

.

.

Kalau jalan terus lagi ke hujung jeti tu , ada satu pondok kecik

.

.

.

.

Tu deretan kedai makan dan Pusat Informasi nya tadi tu

.

.

.

.

Botnya selesa , besar

.

.

.

.

Yang guna wheel chair pun boleh masuk dengan wheel chair ke dalam bot ni

.

.

.

.

Pemandangan jeti dari dalam bot

.

.

.

.

Ingatkan itu rumah bot nya ..

Bukan

Itu satu lagi chalet terapung

.

.

.

.

Sekejap je naik bot

Dalam 5 minit je ..

.

.

.

.

Selamat mendarat

Luas cha;et terapung ni !

Pelantar dekat tempat mendarat luas

Malam-malam boleh BBQ dekat sini

Dan mancing

.

.

.

.

Warna putih pada anak bulan dan bintang menandakan Raja yang berdaulat.

Simbol anak bulan dan bintang menunjukkan lambang Agama Islam yang menjadi agama rasmi negeri Johor.

Bahagian bewarna merah melambangkan keberanian dan ketabahan hulubalang dan pengikut Sultan Abu Bakar yang bersama-sama menerokai dan memajukan Johor.

Maksud warna biru tua (Navy Blue) yang dipadankan dari warna laut ialah kerajaan dan rakyat.

.

.

.

.

Bot kata sana tu tempat karaoke . Sejam rm 50 . Boleh melalak hingga pagi . Tak kacau oranng sebab jauh dari bilik-bilik

.

.

.

.

Kalau reti bawak jet ski bolehlah sewa

.

.

.

.

Dah dua tahun tak mengibar Jalur Gemilang

.

.

.

.

Banyak rumah-rumah rakit yang lain kat sini

Selat Medana nama nya sini

Tu Pulau Juling kat sana tu

.

.

.

.

Rumah rakit ni dekat tengah-tengah Selat Medana

Selat ni memisahkan tanah besar denga Pulau Juling

Sungai ini adalah Sungai Johor

Ke belah darat lagi Sungai Johor tu akan jumpa Johor Lama

Kota , peradaban yang berkembang menjadi Johor sekarang ini

.

.

.

.

Gitu lah pemandangan dari udaranya

Luas sebenarnya !

Ada banyak bilik . Ada dewan makan ,ada surau

.

.

.

.

Dewan makannya luas

Kena bukak kasut ya kat atas rakit ni

Ada tempat memasak , boleh order makanan macam-macam

.

.

.

.

Sultan kami

Tengku Mahkota kami

.

.

.

.

Dan yang bestnya ..

Ada ni ha ..

Swimming pool kecik

.

.

.

.

Bilik kita orang yang ni ha…

Katil queen

Ada ekon , ada TV

Bilik air kat dalam bilik

Hujung sini port mancing , port BBQ , port lepak

.

.

.

.

Tu ha portnya ..

.

.

.

.

Tarik lah kosi ke sini

Duduk lah berjam mancing

Malam tu ada sorang tu siap bawak bantal lagi baring sambil mancing

.

.

.

.

Tempat TikTok pun boleh

.

.

.

.

Ada kolam berjaring untuk ikan dia orang

Jangan pulak ko mancing kat sini

.

.

.

.

Ni ha swimming pool nya

Bersih

Air dari darat

Api pun dari darat , bukan generator

.

.

.

.

Boleh book peralatan untuk BBQ

RM 50

Depa sediakan segala bagai . Korang bawak benda nak di BBQ je

.

.

.

.

Mala tu kita orang BBQ

Siap-siap perap , bawak dalam tong ais

Hari Senin kepas balik dari sini , datang lah sorang pesakit ..

Tiba-tiba dia kata .. Dr ada dekat Kong-Kong kan semalam ? Saya nampak masa BBQ ..

:)) What a small world .. Wa dah lari jauh dari kesibukan kota pun masih ada yang jumpa

.

.

.

.

Malam besoknya .. Takkan lah nak BBQ lagi kan…

Kita orang naik bot ke darat

Makan dekat jeti tu ..

Ramai jugak orang dekat situ malam-malam ni

Orang luar

Femes kot sini dengan seafoodnya

.

.

.

.

Nak makan dekat Roti rentung tu tapi tutup lah pulak !

Makan lah di Nga’ Cheng Kitchen ni

Boleh tahan sedapnya !

Ramai rombongan ni tapi cepat lah jugak dapat semua benda

.

.

.

.

Martabak Singapura ni order dari kedai sebelah

Sedap !!

Akak bagi 5/5 bintang !

Sama rasa dengan yang sebenar!

Yang sebenar yang saya suka kat Parit Bunga dekat Muo tu ..

.

.

.

.

Order fries dapat tapis ..

Sedap , fresh , garing .. Tapis pun tapis lah …

.

.

.

.

Tajuknya Bandung Float

.

.

.

.

Kita orang ambik Bilik Standart tu

Yang ada nur tu

Hari biasa rm130 , weekend rm 169

.

.

.

.

Nak buat kerja kawin pun boleh dekat sini

.

.

.

.

 

.

.

.

.

3H2M dekat sini

Ada puak mancing . Biaq pi lah depa mancing

Puak tak mancing ni ada aktiviti sendiri ..

Esok cerita

Sekarang ada drebar baru

Hakak duduk sebelah goyang kaki makan kerepek sayur je …

.

.

.

.

Hujan yang sangat lebat balik ke KL

.

.

.

.

Dapat ke tidak ikan ..?

Ntah lah …

Hahhahahaa..

Wa tak ambik tahu ..

Yang wa tahu .. Wa nak relax , makan tidur , baca Padang Bulan , Andrea Hirata ..

 

Advertisement