HIDDEN GEMS OF BALI : #NOTMAINSTREAMBALI : BUKIT CINTA , KARANGASEM
.
.
.
.
.
Turun dari Pura Lempuyang dalam pukul 6:30 pagi gitu
Orang dah ramai kat atas tu
Hari dah cerah
Cuma Gunung Agung yang makin menghilang ..
Gunung Agung ni belah barat Pura .
Kalau masa matahari naik pun cantik , masa matahari turun pun cantik
.
.
.
.
Ya udah . Masuk mobil semua !
Kita mencari Bukit Cinta semula yok.
Masa lalu liku-liku lereng Gunung Lempuyang tu , tiba-tiba dekat satu selekoh , Gunung Agung mula menyapa
Heriyanto berhentikan mobil tepi jalan .
Sempat jugak ambik gambar
Dak Iyra dan Si Heriyanto dok panjat satu bangunan yang tengah naik untuk view yang lagi clear tanpa pokok
Tak terpikir lak nak ambik gambar depa kat atas bumbung tu
.
.
.
.
Paksa Si Heriyanto pecut ke Bukit Cinta
Biasanya kalau nak view gunung yang cantik , pagi-pagi lah
Masa matahari baru naik , sebab masa tu kabus belum terbentuk lagi
Bila matahari naik , dah mula panas , kabus pun naik . Hilanglah gunung tu nanti
Saya tahu pasal Bukit Cinta ni bila search ‘ hidden gems of Bali ‘
Biasa-biasa punya tour memang lah tak akan ke timur Bali ni
Depa main Kuta , Ubud aje . Paling jauh pun kaki Gunung Batur tu
Omputeh yang ramai tahu pasal Bukit Cinta ni. Saya tahu pun bila baca blog depa
Si Heriyanto pun tak pernah tahu dan dengar
Bukit Cinta ni sebenarnya lereng bukit ., menghadap Gunung Agung , dan sawah yang terbentang luas
Memang ohsem
Dekat tepi jalan je Bukit Cinta ni
Tak ada tempat parkir lagi . Parkir je tepi jalan
Then cari opening dekat pagar . Cari jalan celah semak lalang tu
Tiba-tiba …
Alamak .. Kena turun bukit laaa !! Licin pulak tu !
Dak Baju Oren tu tengah pikir macamana nak turun
Sebab licin . Saya slide je turun . Sambil duduk laa.. 😂😂😂😁
.
.
.
.
Sampai je kat lereng bukit , semua tercari-cari mana lah Si Gunung Agung ni !!?? 🧐🧐🧐
.
.
.
.
Sebab dah mula berkabus dan berawan tebal
.
.
.
.
Rupa-rupanya betul-betul depan mata !
Tu ha !!
Tak ke ohsem view cenggini !!!!?
Walaupun tak berapa nampak tapi tetap agung
.
.
.
.
Dah makin hilang !
.
.
.
.
Akhirnya hilang terus
Tunggu
Dan tunggu
Masih ditutupi awan tebal
.
.
.
.
Ada satu bangunan yang betul-betul menghadap Gunung Agung di Bukit Cinta ni
Tak tahu lah rumah persendirian atau untuk sewaan
.
.
.
.
Oleh sebab awan makin tebal , tapi semangat jugak nak menunggu kot-kot boleh nampak balik Si Agung tu ..
Kita bersuka-sukaan lah dekat sini dulu
Foto-foto an
.
.
.
.
Bila aku ambik gambar orang lain
Gini jadiknya ..
.
.
.
.
Gini ..
Pun ok
.
.
.
.
Bila orang lain ambik gambar aku … 😭😭😭😭
.
.
.
.
Si Baju Oren aklirnya sampai jugak kat sini
Tak ikut cerun tadi
Cari jalan lain
Heriyanto kata lalang ni orang akan tebas , ambik untuk buat atap
.
.
.
.
Bawak je kamera tapi malas guna
Guna fon je
Kalau guna fon pun dah ohsem , jual kat carousell lah kamera tu nanti kak oi !
.
.
.
.
Bila kau helok-helok posing pusing sana sini rupa-rupanya depa tak ambik gambar kau pun tapi depa dok selpie ramai-ramai !!
.
.
.
.
Hantu eh korang !! 😡😡😡
.
.
.
.
Awan makin tebal
Nampak macam tak ada rejeki nak dapat gambar yang cantik kat sini ..
.
.
.
.
Heriyanto bagi sampai pukul 9 pagi
Kalau awan masih sembunyikan Si Agung , kita gerak jugak
.
.
.
.
Mari habis kan masa bersengal-sengalan .
.
.
.
.
Ini lah sebenarnya view yang kami cari dan nantikan ..
Tak ada jeki …
.
.
.
.
.
.
.
.
Lereng Bukit Cinta ini masih ramai yang belum tahu kecantikannya
Masih suci
Masih belum ada tumbuh sarang burung , sarang tempua , kapal , boyan , I ❤️ Bukit Cinta
Give it one year
Mesti ada dah yang chop tempat ni , nak masuk kena bayar , nak bergambar sila duduk dalam sarang 😅😅😅
.
.
.
.
Sempat buat time lapse
Nampak lah Si Agung sipi-sipi hujung video tu ..
.
.
.
.
.
kakkkkkkkkkkkkkkk cantiknya kalau nampak si agung tu!
cantik gila kan!!!!
Alaaa.. ye la… panorama dah cantik. Sawah dah terbentang. Agong menyorok pulak..
kena pergi sekali lagi ni.. 🙂