HIDDEN GEMS OF BALI : #NOTMAINSTREAMBALI : PASIH UUG , UMAHTRAN , PASIH KARANG DAWA : NUSA PENIDA

.

.

.

.

Dari Jatiluwih , kita orang turun balik ke selatan Bali

Ke Sanur

Bermalam di Sanur

.

.

.

.

Nama tempat ni Sunrise

Cari di Booking.com

‘ Sunrise ‘

Cantik sangat villanya !!

Gambar ni dari Booking.com . Sebab sampai di Sanur hari dah malam sangat.

Baru perasan atapnya sangat asri !

.

.

.

.

Swimming pool betul-betul depan rumah.

Bersih , terang dan cantik !

.

.

.

.

Harga ?

Untuk 5 orang .. RM 150 semalam ..

Berserta sarapan

.

.

.

.

Ada kitchenette depan villa.

Boleh guna . Nak masak , jerang air semua ada

.

.

.

.

Malam-malam kita orang lepak kat depan ni.. Buat kira-kira belanjawan perjalanan.

Lari jugak lah bajet ni .

Sebab Si Heriyanto bawak kat dua tempat makan yang mahal lah jugak .

Ayam Tulang Lunak tu belanjanya dalam 600000 . Makan tengahari tadi dekat Ayam Betutu pun mahal. Dalam 600000 jugak. Dan dekat Roti Daal dekat Ubud tu . Tu pilihan sendiri sebab dah tak ada tempat lain dan dah lapar . Tu pun dalam 600000. Lari lah sikit bajet ..

Nyaman je . Tak panas pun di Sanur ni ..

 

.

.

.

.

Satu villa ni ada 3 bilik . Adjoining rooms . Kita orang guna 2 bilik

Ni dekat living room. Ada 2 day bed

.

.

.

.

Bilik besar ada satu king , satu day bed

.

.

.

.

Nengok je lah pool ni malam-malam tu sebab dah lewat dan dah penat sangat

Wifi adalah sangat laju dekat Sunrise ni

Berdesup-desup mesej , wassap masuk bertanyakan kabor kita orang sebab berita gempa bumi bali tu hot jugak kat Malaysia

Ada yang siap call Wisma Putra bertanyakan kabor kita orang

Kita orang Ok gais …..

Lain kali kita orang janji akan on kan roaming … 🙂

.

.

.

.

Yang bestnya !

Ada outdoor shower !!

Sambil mandi boleh nengok bulan mengambang dan my favourite celestial body – Jupiter !!

Ada shower dan bath tub yang besar , kalau tak nak mandi dekat luar ni.

.

.

.

.

Chop ni untuk mandi petang esok …

Dekat je dengan pantai Sunrise ni

Tapi tak sempat pun nak nengok pantai yang dekat tu

Sesiapa yang nak menginap di Sanur .. Adalah sangat disyorkan duduk di Sunrise ni ..

.

.

.

.

Subuh sepi-e lagi dah bangun .

6 pagi semua dah siap sarap sebab nak ke Pantai Sanur ni ha

Kita nengok matahari naik ya ..

.

.

.

.

Hari ni kita orang nak ke Nusa Penida

Off Pulau Bali

Ke Tenggara Pulau Bali

.

.

.

.

Lepak dulu dekat booth feri

Dah macam ghopa penjual tiket dah ..

Ramai jugak lah yang tanya kita orang , nak beli tiket :))

Idola Express , nama companynya ..

Mahal gila kalau pelancong asing nak ke Nusa Penida ni ..

Ada yang quote 700000 Rupiah , 800000 Rupiah

Tu bot + transport kat sana + air mineral+ lunch

Kita orang 5 orang , tawar menawar .. Dapat 600 000 Rupiah seoorang !

Dekat RM 200 tu Beb !

Tu ha jadual perjalanannya

Bot paling awal 7 pagi

Paling lambat dari Nusa Penida pukul 5 petang ya !

Kalau terlepas yang tu .. Bermalam lah kau kat sana.

Ok jugak lah hotel-hotel dekat sana

Lain kali kalau datang sini , kena tidur Nusa Penida lah ..

.

.

.

.

Kalau dekat website dia , tiket bot je , return , $15

.

.

.

.

Tak jauh pun Pantai Sanur tempat bot ni dari Sunrise tu

Kononnya bot pertama pukul 7 pagi

Pukul 8 pun masih belum gerak..

Rugi sungguh bangun awal tadi !

.

.

.

.

Deretan pengusaha bot pulang pergi Sanur – Nusa Penida

.

.

.

.

Ada yang siap bawak beg koper .

Mungkin nak tidur di Nusa Penida

Mungkin dah check out dan terpaksa bawak beg koper tu ..

So kenalah tumpang simpan dekat mana-mana

.

.

.

.

Dalam 30-45 minit perjalannan botnya

Itinerari hari ini

Pelabuhan Roro – nanti akan ada orang ambik kat sana

Ke Pasih Uug / Pasih Uwug / Broken Beach

Ke Umahtran / Tempat Pemandian Bidadari / Angel Billabong

Ke Pantai Kelingking / Pantai T Rex

Ke Tebing Paluang

Ke Crystal Bay

Gitulah perjalannya ..

Ni barat pulau

Belah timur pun cantik jugak. Tapi kena bermalam lah di Nusa Penida ni.

Sebab tak sempat nak cover semua tempat dalam masa sehari je

.

.

.

.

Dah sampai di Nusa Penida !

Kejap je . Tak mabuk laut . Berkat penangan Stugeron dan duduk depan dan memandang ke horizon.. Itulah petuanya ..

Ada tiga buah pulau kat sini

Nusa Penida

Nusa Lemongan

Nusa Ceningan

.

.

.

.

Kau nengok lah airnya yang jernih tuuuu !!!!!!!

.

.

.

.

Jernih sangat bak hang !!

Geram nengok air dia !!

.

.

.

.

Kat sini elok je ada jeti

Dekat Sanur tadi kena singsing seluor meredah air

.

.

.

.

Putu telah siap sedia menunggu !

Putu – Nama untuk anak pertama . Juga Wayan dan Gede

.

.

.

.

.

Jom lets go !!

.

.

.

.

Bandarnya

Pusat pentadbiran Nusa Penida

.

.

.

.

99% penduduk sini beragama Hindu

Yang 1% Islam tu ramai yang duduk di Toya Pakeh tu

.

.

.

.

Jalannya nampak helok ja..

Siapa kata jalannya jelek ??

Hahhahahhahaa ..

Sabau kak !!

.

.

.

.

Lepas je pintu gerbang ni , mulalah jalannya jelek !

Sangat !!!

Mukabuminya lime stone

Kering , berdebu

Tu tak apa lagi ..

.

.

.

.

Yang ni ha ..

Kita orang panggil Jalan Jatuh Peranakan

Habis gegor segala beb !!

Dahsyat !!

Yang part ni ok lagi

Part yang dahsyat tak terambik gambor !!

Tangan tak boleh peygang kamera sebab dok menstabilkan badan !

.

.

.

.

Tahu tak tu apa?

Patung dan peti mati untuk upacara pembakaran jenazah masyarakat Bali

Upacara nya dipanggil Ngaben

Bila ada kematian , mayatnya boleh ditanam dulu , kalau belum cukup uang untuk upacaranya .

Atau jika ada-ada , boleh diteruskan ke upacara Ngaben

Mayat diletakkan dalam peti , diarak ke tempat kremasi

Peti dan patung dibakar . Abunya diletak dalam kelapa gading , dan akan dihanyutkan ke laut

.

.

.

.

Dalam seja .. Sampai lah ke destinasi pertama

.

.

.

.

Di baratdaya pulau

Kita ke yang jauh dulu , kata Putu

Kita ke Pasih Uug

Juga dipanggil Pasih Karang Bolong

Nama Omputehnya . Broken Beach

.

.

.

.

Turun je mobil

Terkagum dengan kebiruan air lautnya di kejauhan!

.

.

.

.

Ramai jugak orang kat sini masa ni .

.

.

.

.

Tu dia …

Dah tumbuh dah sarang burung dan sarang burung tempua !

Wa dah hagak dah !!!

Depa ni pantang dapat spot cantik .. Mulalah keluor sarang , kapal , boyan , <heart > ..

.

.

.

.

Ini lah pandangan mata burung tempat ini !

Sebab tu lah namanya Pasih Uug , Pasih Karang Bolong , Pasih Rusak

Sebab tiba-tiba terperesok berlubang gitu !

.

.

.

.

Cantik weh !!!!

Terpegun

Biru sangat airnya !

Dan jernih

.

.

.

.

Ada pantai berpasir kat situ

Tak ada jalan turun tapi

Mungkin boleh kot kalau naik bot dari laut

.

.

.

.

Sebab tempat ni cantik sangat .. maka nya terpaksalah kami bergambar banyak-banyak dekat sini 🙂

.

.

.

.

Oh ya..

Topi tu beli dekat Pelabuhan dekat Sanur tadi 50 000 Rupiah

Baju tie dye beli dekat Pasar Ubud 60 000 Rupiah

.

.

.

.

Sorang satu topinya

Mula-mula macam malas aa nak pakai .

Tapi panas yak amat weh !!

.

.

.

.

Sebab Pantai Pasih Bolong ni cantik yak amat , kita letak gambar orang banyak-banyak ya ..

Si Putu manjat atas satu pelantar untuk shot ini

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Ada lagendanya pasal Pantai Pasih Bolong ni..

Ada kampung di sini dulu

Ramai petani , peladang , penternak binatang

Pada suatu hari , ada seekor sapi sesat di kampung ini

Memandangkan macam tak bertuan , sapi itu ditangkap , disembelih dan dimasak untuk dimakan beramai-ramai oleh penduduk kampung

.

,

.

.

Juga diedarkan , dihantar kepada penduduk kampung sekitar.

Tiba-tiba , datang seorang bocah kecil , bertanyakan tentang sapinya yang hilang

Semua macam … Err… Apa nak jawap eh .. Sapi dah masuk piuk .. Dah siap nak dimakan tu

Ehhh .. depa jawab .. Mana ada .. Tu bukan sapi kamu ..

Bocah kecil tidak percaya . Lalu ditusuk sebatang lidi ke tanah.

Jika kamu tidak berbohong .. Coba cabut lidi itu ! Kalau kamu benar .. Lidi itu akan tercabut

Semua coba mencabut lidi itu tapi ternyata semua tidak boleh mencabutnya

Sebab semuanya bersubahat membohongi bocah kecil itu.

Lalu bocah kecil itu berkata..

Ternyata kamu semua berbohong !!!

Lalu dicabutnya lidi itu

Dan serta merta tanah bolos , jatuh ke laut . Daratan menjadi bolong

Semua mati . Kampung hilang

Yang selamat adalah yang kena pergi hantar makanan ke kampung sebelah ..

.

.

.

.

Moral of the story

Jangan berbohong

Biar je lidi kalau nampak lidi terpacak kat tanah

Rajin-rajin lah diri kalau orang mintak tolong hantar barang tu ..

.

.

.

.

Kisah bener ini katanya

Diceritakan oleh saksi hidup , keturunan geng yang kena buli hantar makanan itu ..

.

.

.

.

Sebenarnya kebolongan itu adala proses luluhawa ribuan tahun

.

.

.

.

Besar jugak lubang ni

.

.

.

.

Biru banget airnya Buk !!

.

.

.

.

Lets jom pergi ke belah sana tu

Kita buat satu round

.

.

.

.

Ini adalah di atas lengkuk tu

.

.

.

.

Pulau ni pulau batu kapur

Limestone

Tu yang terjadinya batuan macam ni dan kat belakang-belakang sana tu

.

.

.

.

Kering sangat tanahnya

Kaktus hidup dengan suburnya

.

.

.

.

Macam tak ada sumber air je kat sini

Dekat kamar kecilnya pun tak ada paip air

Ada beledi je

5000 Rupiah sekali guna kamar kecil

Masa kat sini dah mula terbayang Mee Sedap ..

Yang sedap macam masa dekat Campuhan Ridge tu..

.

.

.

.

Cantik .

Sangat .

.

.

.

.

Ramai jugak yang hati kering dok meniti kat tepi sana tu

.

.

.

.

“Only the people you don’t know well enough seem normal. Every person you know well enough is odd, weird and different. This is called friendship!”

.

.

.

.

.

Next ..

Jalan depan tu je sikit

Kita ke Umahtran

Tempat Pemandian Bidadari

Angel Billabong nama omputehnya

Tu..

Sebelah Pasih Uug tu je ..

Pun satu kawasan luluhawa yang bolong

.

.

.

.

.

Masa ni air pasang

Mencurah-curah ombak masuk ke dalam kawasan ni..

.

.

.

.

Gini ..

.

.

.

.

Kalau masa air surut , boleh turun ke bawah tu ..

Boleh mandi-mandi bak bidadari …

Tapi ..

Curam , dan tajam-tajam batuannya !

Gambar digoogle

.

.

.

.

Next ..

Kita isi perut dulu..

Lapar weh ..

.

.

.

.

Seterusnya ..

Ke selatan lagi..

Kita ke Tebing Paluang

Dekat je dengan Pantai Kelingking tu

.

.

.

.

Tu Kelingking Beach nya kat belakang tu

Kelingking gua pulak yang hilang ..

.

.

.

.

Dah hagak dah …..

Dah ada dah sarang tempua tu kat sini daaaaa…..

.

.

.

.

.

.

.

.

Kapal pun dah ada dah …

Cantik lah tapi ..

.

.

.

.

Cobaan memaksa budak yang gayat untuk duduk dekat hujung ‘ kapal ‘

Tang ni dia gayat

Tang naik boyan Bali Swing siap boleh lepas tangan lagi !!

.

.

.

.

Ya udah

Kita ke Kelingking Beach yang disebut-sebut itu..

Orang sini panggil Pantai Karang Dawa

.

.

.

.

Bird eye view dari Google ..

Sebenarnya korang boleh menyusur turun di sepanjang leher T Rex [ haaa.. kann??!! nampak macam T Rex kan !!?? ] tu ..

Then turun tebing

Akan sampai kat pantai yang cantik banget kat bawah sana tu ..

Cerita macam senang.

Nanti kita nengok tingginya macamana ya … :))

.

.

.

.

Dipanggil Kelingking Beach , sebab mengambil nama dari kampung Kelingking yang berdekatan ..

Ada kena mengena ke dengan bentuk nya macam jari kelingking ? .. Sebab tak macam pun ..

Macam ibu jari ada lah ..

.

.

.

.

Gambar digoogled

Nengoklah tangga tu..

Ada berani nak turun ?

Tangganya pulak tanah yang ditarah . Bukan tangga proper.

Kalau banyak hari kat sini mungkin lah sempat nak turun ke bawah sana tu.

.

.

.

.

Tengoklah airnya..

Beautiful hues  of blue

Nampak tak dua orang tengah berendut kat pantai yang memutih tu ..?

.

.

.

.

Sesungguhnya beautipul !!

.

.

.

.

Tau tak macamana kita dapat gambar yang ohsem gini ?

Putu , drebar kita orang kat sini panjat pokok !!

Kagum dengan semangat dia nak ngambik gambar kita orang !

.

.

.

.

Yang ni pun dia panjat pelantar

.

.

.

.

Ini adalah pemandangan dari laut Si T Rex itu .

Beautipul sungguh !!

 

.

.

.

.

Puas bergambar dan berpanasan di Pantai Karang Dawa ni , kita teruskan ke satu lagi destinasi

Ke Crystal Bay

Dah google sebelum tu..

Ta daaaa …..

Nampak cantik

Ada budak dah plan nak mandi kat sini

 

.

.

.

.

Tetapi ..

Nengok lah ni…

Punyalah ramai umat !

Yang nak masuk kamar kecil untuk bilas badan pun punyalah panjang antriannya !

Impian untuk throw big small water terpaksa dipendam ..

.

.

.

.

.

.

.

.

Airnya memanmg jernih sangat

Bak kristal

.

.

.

.

.

.

.

.

Pantai pun tak lah secantik mana di google ..

Boleh skip lah Crystal Bay ni ..

Atau korang datang pagi-pagi ..

.

.

.

.

Terik

Mata pun tak boleh dibukak

Ada setengah jam je kat sini

Makan Mee Sedap lagi!

Hahhahahaa..

Kemaruk Mee Sedap

.

.

.

.

Bot akan belayar tepat pukul 5 petang

Tak tunggu punya lah..

Sebab dah beli return tiket

Kao naik ke tak naik duit depa dah dapat ..

Putu bawak kereta macam orang gila nak kejar masa

Sampai kat Toyapakeh tu ..

Macet lah pulak !

Sebab ada yang park tepi jalan ..

Jalan dah lah sempit

Memang tak bergerak dah !

Punyalah hebat kita orang berdoa kat dalam mobil tu ..

Tengoklah tu .. Punyalah jauh lagi dari Pelabuhan dekat Batununggul tu !

.

.

.

.

Kat sini lah yang macet tu

Nampak ramai bertudung kat sini

Ini lah tempat yang 1% orang Islam tu berkampung

.

.

.

.

Terang bulan tu macam apam balik lah..

Jenis yang tebal tu . Bukan yang nipis macam keropok tu

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Satu-satunya Masjid

.

.

.

.

Dekat dengan pantai Toya pakeh ni

Ada pelabuhan

Lautnya ada karangan . Port snorkelling best

.

.

.

.

Sebelum ke Bali

Ada tergerak dalam hati .. Ingin nak rasa gempa bumi ..

Allah makbulkan ..

Lain kali tak berani nak hajat merepek-repek lah .. 🙂

.

.

.

.

Ni ha..

Angkotan ..

Dah lah lambat .. Dia pulak cilok kat depan kereta . Tak bagi potong pulak ! Berhenti-henti ambik turunkan orang pulak !!

Dah pikir plan B dah kalau tak sempat nak kejar bot ..

Damn yu angkotan !!!

.

.

.

.

Alhamdulillah sempat !

Ngam on the dot pukul 5 sampai !

.

.

.

.

Bot pun dah menunggu

Last boat for today

.

.

.

.

.

.

.

.

Selamat sampai di Sanur dalam 45 minit

Di Bali , baru habis pertandingan layang-layang besar beberapa hari sebelum kita orang sampai

Tu masih ada yang main ..

.

.

.

.

Masa nak naik dan turun  bot di Sanur ni , korang kena meredah air tau ..

Paras betis / peha gitu bergantung pada tingginya dan ombak laut masa tu ..

.

.

.

.

Dah siap turunkan orang , depa park bot kat sana

Pagi esok ambik balik untuk perjalanan berkutnya ..

.

.

.

.

Laju botnya

Ada 4 enjin

Seratus lebih kuasa kuda jugak lah .. Dekat 200 hp

.

.

.

.

Sampai Sanur dah senja

.

.

.

.

Berlabuh jauh sikit dari tempat masa naik tadi

Mujur lah ingat dua buah boya tu sebagai penanda

.

.

.

.

Sebelum Si Heriyanto bawak kat tempat makan yang mahal lagi .. Kita siap-siap beli makanan lah

Terjumpa satu gerai makanan Halal ni di Jalan Matahari Terbit tu

Serious .. Memang nama jalan tu gitu ..

Warung Samsul

Mengorder lah nasi goreng dan Mee Sedap , lagi .. Hahahahhaaa .. Sah kemaruk mee sedap .. Murah je kat sini ..

.

.

.

.

Ti Zie sedang mengajar keburukan merokok kepada budak-budak kecik tu ..

.

.

.

.

Bincang-bincang … Kita pergi Agung Bali lah terus ..

Baju , seluar yang basah meranduk air tadi kita abaikan aje …

Kita cari blouse batik ! Aku tak puas hati ! Nak jugak sehelai dua !!

Jumpa !! Yeayy !

Balik Sunrise .. makan .. Gedebush masuk kolam ..

Sejuk wehhh malam-malam ni ..

Ada dua orang orang mungkir janji . tak mandi kolam

.

.

.

.

Ini lah aktiviti kami hari itu ..

16 488 langkah ..

80 tingkat !

 

.

.

.

.

 

Advertisements