HIDDEN GEMS OF BALI : #NOTMAINSTREAMBALI : GEMPABUMI UBUD 6.1 RICHTER SCALE : BALI SWING , ALAS HARUM

.

.

.

.

Hari ke 3

Kami akan ke utara Ubud

Malam tak boleh tidor . Sampaikan ngelat makan Piriton yang ngantuk tu pun tak boleh tidor jugak

Yang dua orang tu sedap je kroh krah kroh krah kat katil sebelah dan kat bawah

Siap mandi , kemas nak check out , angkut segala sebab dah janji dengan si Heriyanto pukul 8 nanti dia datang

Maka nya kita orang sarapan lah ..

Banana pancake macam semalam

.

.

.

Tengah makan-makan gelak-gelak.

Tiba-tiba…

Rasa meja makan yang berat ya amat tu goyang

Mula lah jegil mata kat budak dua orang tu

Apesal goyang meja weh…

Goyangan masih berlarutan

Then .. Semua pandang memandang satu sama lain

Wehhh…

Gempa bumi laaaa !!!

Pak Wayan datang

Gempa !

Gempa !

Lambai kita orang keluar bangunan

Semua blur- blur

Dak Azie dah pernah kena gempa masa dekat Jepun dulu . Dia tahu yang kita kena cuba berlindung bawah meja

Yang lain dah cabut lari cari kasut lari keluar bangunan

.

.

.

.

Kejap je gegaran gempa nya

Dalam 5-10 saat gitu

Riuh jugak lah keliling tu . Budak-budak sekolah kat sebelah tu dah berlarian keluar bangunan

Kita orang pun terus capai beg-beg yang dah beranak dengan jayanya semalam tu, babai kat Pak Wayan .. Terus cari kereta Heriyanto kat jalan besar

Banana pancake pun tak sempat habis makan!!!

Rugi wehhh!

.

.

.

Kuat jugak gegaran gempa tu!

Ada laporan kata 5.7 skala Richter. Ada kata 6.1 skala Richter

Memang kuat tapi !

Semua berdebar beb!!

.

.

.

.

Sebenarnya

Dah kecoh jugak Orang kat Malaysia cari kita orang masa ni

Sebab tak hantar berita ke Malaysia

Semua tak roaming

Semua tak dapat dicontact

.

.

.

.

.

.

.

.

Gegaran gempa tu berpusat pada kedalaman 100 km di bumi di bawah Denpasar

.

.

.

.

.

Pot pet pot pet bercerita pasal gempa dalam kereta

Heriyanto kata itu biasa di sini

Gempa itu biasa

Gunung Agung meletus itu pun biasa

Tapi abu pyroclastic cloud dari Gunung Agung tak sampai ke Ubud di bawa angin

.

Kita orang tak nak nengok sawah Tegallalang tu tapi kena berhenti jugak kat Tegallalang

Sebab Alas Harum ni dekat Tegalallang

Sebab nak buat sesuatu yang ekstrim kat sini

Ekstrim ke ?

Biasa-biasa je kot …

.

.

.

.

Kat sini ada jualan Kopi Luwak

Kopi termahal di dunia tu

Bisa diminum ya

Tidak haram . Kalau biji-biji kopi yang keluar tu masih intact lagi dalam kulitnya

Err

Kopi Luwak yang saya beli di Bali tahun 2014 dulu pun masih intact dalam tapawe 🙂

.

.

.

.

Passion Fruit

Buah Markisa

Masa naik kapal terbang MAS dulu , masa nak pergi merantau belajar dulu . Disajikn air Markisa dalam flight . Sedap sangat rasanya masa tu

Semenjak tu lah jatuh cinta pada markisa ni

.

.

.

.

Kalau kena ranumnya , manis ya amat !

Dan wangi sangat kulit dalamnya dan buah belah dalamnya tu!

.

.

.

.

Cantik lak lense flare yang tak sengaja ni

.

.

.

.

Saya tak boleh sangat minum kopi

Suka , tapi kalau kopi hitam , kuat , boleh terus migraine jadinya

.

.

.

.

Di mana-mana ada canang sari

.

.

.

.

Ini lah luwaknya

Musang

Civet

Nocturnal animal

Tapi dah kau display dia kat tengah laman gini siang-siang hari kesian lah dia !!

Siang dia nak rehat , tidur

Stress dia macam ni

.

.

.

Dan jugak ada sesetengah tempat , kurung luwak tu dalam sangkar sempit

Ada kebun kopi yang mengurung sampai 50 ekor luwak liar dalam sangkar-sangkar

Sangkar sempit. Berjaring . Kaki luwak-luwak tu luka-luka sebab terpaksa berjalan di atas jaring

Ada yang kurus kering luwaknya sebab disumbat biji kopi aje

Siang-siang bising tak tenteram dan terang benderang sebab nak ditayangkan pada pengunjung

Kesian

Sebab tu saya tak support kopi luwak ni

Rasa abusive .

Ada pusat kopi luwak yang katanya dapat kopi dari poo tu dari luwak liar

Tapi boleh percaya ke depa nak pergi mengutip biji-biji kopi poo tu celah-celah daun kering , akar kayu kat kebun tu

Apalah yang dibincangkan tu agaknya

Mungkin tengah membincangkan tentang mana privasi luwak tu siang-siang hari ni sebagai makhluk nocturnal kalau diletak kat tengah laman macam ni

.

.

.

.

Dengar lah jugak pasal kopi luwak ni dari Desiana ni

.

.

.

.

Kutip tahi luwak

Asingkan

Keringkan

.

.

.

.

Dijadikan serbuk kopi .

Boleh dicampur dengan jahe , serai , manggis , pandan

Jahe tu tahu tak apa?

Halia

.

.

.

.

Jemur dulu

.

.

.

.

Ramai pekerja di Alas Harum ni

.

.

.

.

Dah dijemur , disangai

Tau tak sangai tu apa?

Goreng tanpa minyak

.

.

.

.

Lepas tu ditumbuk

Kalau masa menumbuk tu senyum , manis lah kupi nya nanti

Macam kalau nak tanam jagung . Kalau tak ada gigi masa nak semai jagung , jangan kah ternganga mulut tu . Nanti baris-baris jagung yang ditanam tu mengikut rompongnya gigi tu

Kata orang tua lah

Saya muda

.

.

.

.

Ya udah

Jom ke tujuan utamanya!

Turun tangga

.

.

.

.

Nampak ni !!

Wahh

Cantek banget ni!!

Tak lah ori sangat , cantik tapi

.

.

.

.

Bertingkek-tingkek sawahnya

.

.

.

.

Kalau masa matahari naik mesti berkabus tempat ni

.

.

.

.

Boleh kot naik sampan kat bawah tu

.

.

.

.

Ni ha..

Macam-macam ada

Pilih je lah tahap mana keberanian

Antara Super Extreme Swing

Extreme Swing

Couple Swing

Flying Fox

Basikal

Kalau nak masuk saja-saja je pun boleh aje .

Tak payah main apa-apa

.

.

.

.

Bincang , kensel , basikal , flying fox , extreme swing ke super extreme swing

Bincang dan bincang dan nengok orang lain swing-swing

Mula-mula macam nak naik basikal tu je tapi mana boleh beb kalau yang lain naik swing kena bahan lah kau nanti 🤣🤣

.

.

.

Akhirnya keluarkan satu juta rupiah untuk 5 Super Extreme Swing!

Kemain kau !!! Kipas-kipas duit !

No refund tau!!

Kalau tetiba kaki kau lembik , menyotong kat situ . Burn je lah 200 000 rupiah tu!

.

.

.

.

Kami orang ke 8

Tak ada orang lagi yang beratur

Semua dah swing

Tak sempat nak tarik napas dah kena panggil

Dapat nombor 8,9,10,11,12

Patutnya saya nombor 10 , entah macamana ada perebutan dan magik masa ambik nombor tu tiba-tiba jadi nombor 9 pulak!

Tak sempat tarik napas , tinggalkan segala bagai beg dan wasiat , nombor 8 dan 9 dah nak kena sarung harness

Gegel pala lutut beb!

Dak Iyra dari nombor 10 jadi nombor 8

Budak kecik dua orang tu lah main tipu! Rebut- rebut nombor

.

.

.

.

Memang dia pakai baju flowy-flowy sebab nak naik swing

.

.

.

.

Dak Iyra pun swing dulu

Saya dah tak keruan dah time ni kahkahkah

.

.

.

.

Dan tibalah masanya !!!

Sejuk tapak kaki tangan dah

Depa pakaikan harness , ikat tali sana sini

Suruh duduk relax , bersandar

Tenang aja .. Katanya

.

.

.

.

Pandangan sisi ginana caranya diswing

.

.

.

.

Ada official photographer nya

Bayar untuk swing lain

Untuk print out bayar lain

100 000 untuk dua print

150 000 untuk softcopy . Akan di e-mail semua gambar kita

Antara gambar yang terhelok . Print lah

.

.

.

.

Zoom in

Masa kau hayun-hayun tu , dia akan kata …

Kaki lurus !! Sebab takut terkena mereka yang menghayun

Pandang sini !! Sebab nak ambik gambar

Lepas tangan !! Kahkahkah .Memang tak lah !!!!!

Kau nengoklah betapa kuatnya haku peygang tali tu!

Dah disuruh lepas tangan , kepala dongak ke belakang pulak !!

Sori weh !!! 😬😬

.

.

.

.

Hayunan dalam 15 kali gitu

Sekerat jalan hakak dah mintak berhenti!!

Wa udah pusing!!!!

Nampak pokok kelapa tunggang tebalik dah!!

.

.

.

.

.

Terra firma!!!

Serius nak muntah dan lembik pala lutut masa ni!!

Even tho dah makan ubat pening , memang tak boleh kot hayun-hayun gini!

Masa para-gliding hari tu pun pusing jugak

.

.

.

.

Next , Abang Long

Lepas tangab weh !!

Padahal dia yang paling gayat!!

👏👏👏👏👏

.

.

.

.

Nengok lah tu!!

.

.

.

.

Yang menghayun pun kena pakai harness

Takut terlepas ke bawah

Sebab depa hayun sekuat hati!

Sampai terlompat tinggi dari tanah!

.

.

.

.

Ha!

Poning!?😂😂

.

.

.

.

Giliran Dak Azie

Dia dongak weh!!

Banyak brani!!! 👏👏👏

.

.

.

.

Aku masih terjelepuk lembik kaki lagi masa ni

Siapa ntah ambik gambar

.

.

.

.

.

.

.

.

Dak Nina pulak

.

.

.

.

Terbang-terbang rambut dia!!

.

.

.

.

Ok

Semua dah puas hati!

Print gambar

Bayar

Kalau nak datang sini , datang awal

Nanti panjang antriannya

Tapi dont worry , banyak buaiannya

Lepas berhayun , boleh jalan/jalan kat bawah sana

Kita orang tak pergi tapi nya

Sebab macam fake 😂😂

Boleh pergi ke mulut gorilla tu

Boleh bergambar dalam sarang burung

[ Sarang burung lagi !!!! ]

Ok je sebenarnya.. Tapi dah penat

And ada tempat lain yang nak kena kejar takut nanti lambat tak sempat nanti menyesal dan terpaksa datang ke Bali lagi dua tahun lagi …

.

.

.

.

Banyak nho benda -benda gini .

Sarang tempua

.

.

.

.

.

.

.

Sarang burung

I rasa tertekan

Ai bukan burung

.

.

.

.

Lepas berhayun boleh minum kopi

Gratis

Kalau nak kopi luwak je kena bayar 50 000 rp

.

.

.

.

Ada macam-macam jenis kopi

Manggis , Roselle , Ginseng , Chocolate , vanilla , Pandan , Lemon , Jahe , Cinnamon ,

.

.

.

.

Saya suka kopi roselle , kopi jahe , kopi pandan dan kopi cinnamon

.

.

.

Gorpis dan eclair

Sorang seketul

.

.

.

.

Paku Langsuyar lagi !!

.

.

.

.

The Crazy Aunties depa panggil kita orang !!

Tsk tsk tsk …

.

.

.

.

Ya udah

Ke utara lagi !

Lalu satu jambatan ni

Merentasi Sungai Caubelayu kot namanya

.

.

.

.

The Crazy Rich Aunties berdiri tengah jalan

.

.

.

.

Lepas tu dok bincang

Nanti mesti ada yang buat Bali Swing kat bawah sana

Tapi kalau tali putus , mesti tak ada siapa nak cari body kat bawah tu sebab dalam sangat

Gitu sekali pemikirannya…😁

.

.

.

.

🤣🤣🤣

Me and Bali Swing

.

.

.

.