HIDDEN GEMS OF BALI : #NOTMAINSTREAMBALI : NGURAH RAI KE UBUD
.
.
.
.
Untuk kali keduanya pada tahun 2019 ini
Kita travel lagi ..
Travel .. Bukan holiday ..
Holiday .. Balik feels fresh
Travel .. Balik .. Penat .. Ireng .. Kahkahkahhh … Enjoy tapi !
.
.
.
.
Usai Subuh bergegas ke Putrajaya Sentral , macam biasa , parkir kereta di sana ..
RM 9.40 ke klia2
Kenapa tak ambik aje ERL Express dari KL Sentral ?
Sebab tak nak bayar mahal-mahal beb ..
RM 55×3 orang … Dah rega satu return flight …
Kalau nak jimat .. Ada caranya .. Naik ERL Transit dari Kl Sentral .. Turun Putrajaya Sentral ke .. TBS ke .. Keluar .. Beli tiket , sambung lagi ke klia2/ KLIA
Turun balik ke platfor .. Tunggu the next ERL . Jimat dalam rm 30 jugak tau !!
Renyah sikit lah tapi ..
Kalau nak lagi jimat .. Mintak Encik Syuben hantar …
Anjung Tinjau / Anjung Merokok kat klia2
.
.
.
.
Geng ETD 14-7-19 adalah 3 orang
Dengan Abang Long dan Kak Ngah ni ha ..
Nak ajar dia orang travel . Boleh kumpul duit dan travel sendiri nanti ..
Travel ni depa bayar sendiri .. Tiket je Omak belanja ..
Abang Long dapat tiket RM 250 return . Dak Kak Ngah tiket RM 500 return , sebab beli lambat .. Sebab ingatkan dia tak nak ikut ..
.
.
.
.
Suruh depa cari sendiri Gate mana nak pergi ..
Tercangak-cangak lah jugak ..
Omaknya pun sama .. Sebab dah lama benor tak naik dari klia2 ni ..
.
.
.
.
Time depan papan tanda ni mulalah nak meraba celah sana sini …
Hahahhahaha ..
Missing my travel partners yang lagi dua orang tu lah .. !
Biasanya travel dengan depa ….
Travel light . Tak ada drop baggage
Balik baru beli luggage.
So , terus ke departure gate ..
.
.
.
.
Terbuntang mata kao nak cari flight !!?
.
.
.
.
Yok ke Bali !!
Inilah Kitab Lunyai Bali nya ..
Segala macam maklumat kajian tempatan ada kat dalam ni
Kalau hilang ke .. terbakar ke .. Mau menjajau trip ni nanti !!
Dah pernah dah ke Bali dulu .. Kali ni nak pergi tempat-tempat yang tak main stream . yang jarang orang pergi . yang ada chop UNESCO
.
.
.
.
Nasi Bukhara Air Asia adalah sedap!
Pasta pun sedap ..
Choc Banana Muffinnya pun sedap !!
Flight 3 jam gitu
Dah nampak Jimbaran ..
.
.
.
.
Nampak tak yang hitam tertonggoh kat tengah tu ?
.
.
.
.
Itu adalah monumen Garuda Wisnu di GWK Park
3rd tallest standing monument di dunia
Nanti cerita ..
.
.
.
.
Selamat mendarat di Bandara I Gusti Ngurah Rai
ETA on time .
Antrian di Immigresen adalah sangat panjang ..
Sila lah keluar laju-laju dari pesawat ya ..
.
.
.
.
Keluar aje dari Arrival .. terus nampak depa berdua !!
Geng ETA 12-7-19 !!
Halluuuu Geng !!!!!
.
.
.
.
Kahkahkahhhhhhh !!
Pelik orang kat situ nengok dua orang Cowok malaysia ni dok peygang kertas ketibaan
Ya udah jadi tur guide ?
.
.
.
.
Ni ha ..
Depa dah siap-siap buat ni masa kat hotel lagi …!
.
.
.
.
Sampaikan Si Heriyanto yang nungguin kita orang pun cerita dia dok pelik nengok dua orang cowok Malaysia tu kat situ..
Rupa-rupanya nungguin orang yang sama
Punya lah dia gelak lepas tu !!
Ni ha ..
Kalau nak cari driver di Bali , Islam . mesra alam . bawak kereta laju :)) . Cari Heriyanto ni
Atau contact Pak Yanto .. +62 812 3654 0997 . Empunya YTO to
Atau call aje Heriyanto ni … +62 819 16646788 . Sedara mara Pak Yanto jugak dia ni ..
.
.
.
.
Ya udah ..
Yok teruskan kembara kita ..
.
.
.
.
Satu gapura bali yang besar dan cantik di tepi Bandara
Kalau ada masa boleh je pergi bergambar kat situ
Aman damai tak ada orang . Tak payah susah-susah nak antri panjang-panjang kat Pura Lempuyang tu !
Cantik pulak tu !
.
.
.
.
Kita makan dulu !!
Di Ayam Tulang Lunak Malioboro !
.
.
.
.
Ayamnya dimasak dalam pressure cooker sampai tulangnya lembut berderai !
.
.
.
.
Ayam Tulang Lunak Telur Asin
Sedapnya ya amat !!!!
Iya !! Tulang dia memang lembut … Kalau di penyek-penyekkan , memang hancur !!
.
.
.
.
Ikan Gurami Terbang !
Pun sedap ya amat !
Kalau ke bumi Indonesia memang saya cari Ikan Gurami Terbang ni !!
.
.
.
.
Sayur Asem . Pun sedap !
Sebagai bukan penggemar pembenci sayur yang tegar .. Bila saya boleh kata masakan sayur tu sedap .. Memang sedap lah makna nya tu !!
.
.
.
.
Bila dah kenyang ..
Barulah boleh mula bercerita semua orang ..
Dak Iyra dan Dak Azie dah sampai Bali dua hari sebelumnya
Dah puas merayau sekitar Kuta [ sebutannya .. Ku – Te [ te macam dalam tebu ]
Tempat-tempat yang biasa orang pergi
Macam Tanah Lot ni …
.
.
.
.
Mesti korang pakat nak pakai baju sama ni kan ???!!
.
.
.
.
Tanah Lot ketika air surut
Ada depa cerita pasal gua yang ada ular ajaib tu kat bawah sana tu
Nak masuk kena calit apantah kat dahi tapi ..
.
.
.
.
Malamnya …
Depa ke GWK Park
Mahai jugak weh masuk sini ..
Apa yang tak mahai kat Bali ni..Ha ..
Ado ..
Pandai-pandai la cari …
.
.
.
.
Park nya besar
Kena naik coaster ..
.
.
.
.
Banyak statue kat GWK park ni ..
Masa ni bulan penuh
Hindu Bali ni setiap bulan penuh dan new moon ada upacara keagamaan mereka ..
.
.
.
.
Sang Garuda ..
Garuda is a bird creature from Hindu mythology that has a mix of eagle and human features. He is the vehicle (vahana) of Vishnu and . Garuda represents birth and heaven, and is the enemy of all snakes
.
.
.
.
Ha !
Tu lah statue Garuda Wisnu nya
Garuda sedang ditunggangi oleh Wisnu
Tingginya 171 m dari paras laut
Bukaan kepaknya 64 meter . Kat kepak tu ada lampu-lampu yang akan bagi efek kepak tu sedang mengepak-ngepak
Mengambil masa 29 tahun untuk disiapkan !!
Belah bawah garuda tu ada restoren , pelantar pandangan ..
.
.
.
.
Dak iyra dan Dak Azie nak tonton Kecak kat sana
Tapi dapat nengok part last je ..
Tak sempat
Rasanya ada je persembahan kebudayaan mereka kat sini setiap hari / malam
.
.
.
.
Ya udah ..
Kita teruskan perjalanan..
Kita orang tak bermalam di Kuta /Seminyak / Legian / Jimbaran semua tu
Kita orang nak bermalam di Ubud
.
.
.
.
Ni ha petanya …
.
.
.
.
Si Heriyanto tanya-tanya pasal hotel kat Ubud , nak buat apa kat sana
Hakak cakap lah malam karang nak cari Tarian Kecak kat Ubud
Eh .. Tiba -tiba dia bawak ke Batu Bulan ni..
Nengok di sini aje lah ..
Ok jugak sebenarnya ..
Tapi kalau kat Ubud tu , macam lagi best kot ..
Sebab kecik sikit .. Lagi dekat boleh duduk
.
.
.
.
Biasa kalau trip yang mainstream memang akan dibawa ke sini
Paginya ada Barong
Malam ada Kecak
Pasrah aje lah dah berhenti kat sini ..
Lagipun tak berapa sure sempat ke tak sampai kat Ubud tu pukul 7:30 malam untuk kejar Kecak dekat Pura Dalem tu nanti ..
Karang dua-dua dikejar tak dapat . Berciciran pulak yang dikendong..
.
.
.
.
Ni ha si Keket dalam Tarian Barong tu ..
Tak kena pulak schedule kami dengan schedule Barong ni ..
Kat Ubud pun ..
.
.
.
.
Memang korang takkan paham lah nanti kalau tak baca benda alah ni ha ..
Ada banyakbahasa .
Pilih je lah ..
Kita orang pilih yang Korea .. :))
.
.
.
.
Tiket nya Rp 100 000 seorang
.
.
.
.
Ada banyak masa lagi ..
Jom ronda-ronda keliling dan ke kamar kecil dulu Buk !
.
.
.
.
Teruja nak tonton Kecak sebab malam semalam terlepas ..
.
.
.
.
Besar jugak pentas tari nya
.
.
.
.
Kami duduk First Class :))
Atas sekali !
Nyamuk banyak dah petang-petang gini
Sapu Minyak Serai Wangi.. Habis bertempiaran nyamuk berterbangan !
.
.
.
.
Tari asli Pulau Bali , tanpa iringan muzik
Hanya berlatarbelakangkan bunyi Kecek Kecak Cak Cak oleh para penarinya yang duduk di sekeliling api , mengenakan kain kotak-kotak yang disebut saput poleng.
Berdasarkan cerita dari kisah Ramayana
Dimulai dengan upacara ‘ baca-baca’ , renjis-renjis oleh mangku
Yang baju putih tu
Macam Tok Imam kita lah kat sini ..
.
.
.
.
Biasanya ceritanya berkisar tentang Shinta yang diculik oleh Rahwana
Shinta yang baju kuning tu ..
Ke baju hijau ?
Err .. Satu tu Shinta , Satu tu Rama kot ..
.
.
.
.
Okeh
Shinta baju hijau kuning
Rahwana yang gemuk tu
Nak culik Shinta
Dah culik , kurung kat gunung . [ kot ? sebab macam gunung kat tengah tu ]
.
.
.
.
Hanuman , si monyet putih nak menolong
Akhirnya .. Dapatlah Shinta diselamatkan ..
.
.
.
.
Next act
Tari Sanghyang Jaran
Mangku keluar lagi
Baca-baca.. Sembur-sembur [ kot .. ? ] sampailah penari yang seolah-olah tengan menunggang kuda tu kesurupan..
Naik syeh ..
.
.
.
.
Dah naik syeh mulalah melompat ke sana ke mari macam kuda liar
.
.
.
.
Habis unggun api sabut tu dilibasnya , di pijak-pijaknya !!
.
.
.
.
Last sekali , dia duduk atas api !!
Dah puas kesurupan , Mangku tadi tarik balik ‘ benda ‘ tu keluar ..
Maka sedarlah dia semula ….
.
.
.
.
Ok lah ..
Menarik !
Sebab tari nya lain dari yang lain
Siap ada kesurupan lagi !
Kalau Tarian Barong , time nak tunjuk kesurupan tu , depa buat tarian Keris
Cucuk leher lah . Perut lah .. Tak tembus
.
.
.
.
.
Ya udah
Jom ke Ubud
Dah malam benor ni ..
Kita orang bermalam di Pering Bungalow
Di tengah-tengah bandar Ubud
Memang cari yang senang kan ke mana-mana berjalan kaki je kat bandar Ubud esok nanti
.
.
.
.
[ Ni gambar bila dah terang keesokkan harinya ]
Ada swimming pool
Dua hari duduk sini tak sempat nak mandi tapi
Sebab balik dah kemalaman
And agak menakutkan jugak lah ..
Patung Bali merata-rata.
Canang sari sana sini
Seram weh ..
Si topless tu pun macam dok merenung aje .. Hahhaahha
.
.
.
.
Bilik Hakak dua beranak
Malam-malam jadik bilik tiga beranak
Si Abang Long dok menumpang kat sini jugak , sebab bilik dia kat sebelah tu macam suram sangat dia kata .. Lampu tak banyak..
Katanya suram
Hakikatnya … Mungkin dia seram ..
.
.
.
.
Bilik Dak Iyra dan Dak Azie besor sikit ..
Katil besor . Suram jugak tapi ..
.
.
.
.
Ada jugak part hostel kat sini
Masa mula-mula check in ada sorang bule . Duduk sorang-sorang kat atas ..
.
.
.
.
Ok je bungalow ni .. Tapi sebab banyak sangat aktiviti berasap-asap kat kawasan ni .. Maka nya macam keseraman sikit aaa..
.
.
.
.
Dalam jugak kolamnya …
.
.
.
.
Nampak seberang jalan sana pun ada penginapan jugak
Agaknya kat sini kan… Bila sda je duit lebih sikit , buat je penginapan ..
Ubud ni happening
Bule-bule suka duduk sini..
Malaysians , mostly suka duduk dekat yang mainstream kat selatan Bali tu .. Kuta , Seminyak , Legian .. etc
Not us lah kan … Totally not us main mainstream gitu …
.
.
.
.
Kalau nak booking apa-apa boleh je mintak depa book kan
Pak Wayan empunyanya
Kat Bali ni ..
Nama berdasarkan kau anak nombor berapa
Anak pertama : Wayan @ Gede @ Putu . Ni Luh kalau cowok
Anak kedua : Made @ Kadek @ Nengah
Anak ketiga : Nyoman @ Komang
Anak keempat : Ketut
Anak kelima : Wayan Balik
Anak keenam : Made Balik
Gitu ….
Belakang Ketut / made /etc ada lah nama lain tapi
Contohnya : Wayan Suwardika , Nyoman Addita , Ketut Balik Suryawan
.
.
.
.
Wifi kat bilik Dak Iyra agak laju dari bilik kita orang
.
.
.
.
Ok
Dah sah kelaparan
Jom cari makan
See .. Happening Ubud ni.. Berkeliaran lagi bule-bule ni malam-malam..
Tapi tak ada lah muka sepah macam kat Hua Hin dulu tu ..
.
.
.
.
Orang Melayu tak ramai yang nak nginap dekat Ubud ni
Sebab susah sikit nak cari tempat makan Halal kat sini . Pakej depa semua bawak tidoq dekat Kuta , Seminyak , Legian sana tu ..
Ada je tapinya tempat makan Halal kat Ubud ni
Bukak je Google tu .. Search ‘ Halal food around me ‘
Ado ..
Ni satu . Halal Ubud Burger
Masa kita orang sampai sini . Tepat pukul 9:32 malam
Dan-dan tu waitress kat situ kata ‘ Maaf ya . Udah tutup . Setengah 10 tutup .” [ Setengah 10 tu 9:30 ]
Wehhh … 9:32 kita orang sampai !! Boleh aje kalau kao ambik kan!!??
Siap cadangkan tempat makan Halal yang lain lak …!!
Untuk esok siang dan malam esoknya kita orang boikot kedai ni !!
Walaupun nampak gambar berger dia kat Googkle tu sangatlah mengancam!!! Namun Dak Iyra bantah sepenuh hati cadangan nak makan berger dekat sini !! :))
.
.
.
.
Dengan hampa dan kelaparannya kami menapak cari yang lain
Nampak ni ..
Roti Daal Homestyle Vegan Vegetarian
[ Gambar ni terang sebab gambar esok paginya .. ]
Bantai aa..
Sayur pun sayur aaaa…..
.
.
.
.
Tempatnya pun selesa ..
.
.
.
.
Nama nya menakutkan …
Dosa ..
Dosa yang sedap
Dosa Cheese
Tosey je sebenarnya .. :))
.
.
.
.
Set nasi dan nan dan segala macam dhall , masala etc
Semua sedap ..
Tapi menambah dosa lagi sedap !
.
.
.
.
Set chutneys makan dengan dosa ..
.
.
.
.
Orang tu minum Chai Masala
Ai kenot ..
Tak kena dengan tekak
Rasa macam minum bunga lawang … :))
Makan set nasi and nan tu
Tak habis .. Sebab tak berapa sedap .. Sebab kuahnya semua bersayur ..
Mintak tambah dosa ..
Dosanya habis ..
Esok je lah cari dosa lagi …
Eh ..
.
.
.
.
Yang bestnya kat Bali ni
Kalau tapau atau makan .. depa sangat earth friendly
Idli ada lebih . Depa tapau dalam daun pisang
Masa makan pun tak ada straw … [ banyak tempat aa }
.
.
.
.
Mahal wehh kalau makan kar restoren gini !
Terbuntang mata bila dengar Rp dekat 600 000 !!
.
.
.
.
Suasana nyaman dekat Ubud ni
Sejuk ..
Best sangat !!
So
Take home mesej untuk entri ini ..
Singgah , jalan-jalan , bermalam di Ubud . Tenang . Sejuk
Kalau nak bajet , jangan makan dekat restoren .. cari rumah makan
Jangan makan dekat Ubud Berger .. Hahahahhaha.. Ini Dak Iyra suruh tulis !! :)) Dia sakit hati sangat dekat Ubud Berger tu !
.
.
.
.
7.8 km beb !!12 ribu steps !!
.
.
.
.
Ya udah
Sambung nanti
Beribu gambar nak di sort out ni … :))
hebat my travel partner menulis.. best baca..hahaha..
well…
* flip hujung shawl *
:))
Cantik pemandangan dekat sana.. 😉
Cantik namatey😂
Masa di KLIA2 tu tak perlu buat self check in ya doc?
Kami baru2 ni buat sendiri di kiosk, print boarding pass, bags barcodes dan lepas tu scan dan drop bags di kaunter drop bag.
Masa saya ke Bali in 2014 patung monumen GWK tu tu tak siap lagi. Now dah 2019, dah siap sepenuhnya ke monumen tu doc?
Views dari plane tu nice sgt lah!
Eh… kenapa kertas ‘Siapa Dr.Singa tu hasgtagnya #mainstream? Bukan ke ni trip #notmainstream? Hehehehe…
Btw, siapa tu Mr. Ridhwan?
Kami dulu pun makan di resto Ayam Tulang Lunak Malioboro tu. Kami order Ayam Presto Cabe Merah. Pedas sampai peluh kepala.. hehe… tapi sedap! And we also had Sup Gurami instead of the goreng. Sayur pulak we had Plecing Kangkung. Pedas also. hehe.
**kejap, nak lap air liur yg dah meleleh ni**
Fyi, saya belum ‘Lansia’ lagi.. hehehe.. I never knew they call it that there.. hehe.
Oh ok, the patung besar tu dah fully assembled.
Dulu masa tgk tarian siang, kami pulak duduk paling depan sekali sebab nak ambik gambar tak nak zoom jauh sgt.. hehe..
So what do your kids think of the Kecak dance? Were they excited? Mystified? Or scared?
The bungalow look very nice. Banyak pokok dan look very private. Nampak authentically Bali. But of course.
Kami dulu menginap di Kuta. Memang ramai jugak bule especailly bule surfers. Syok ambik gambar mereka surfing the waves di Kuta Beach :).
Kesiannya tak dpt makan burger. Lagi kesian doc kena makan sayur for dinner. 600k? Mahalnya! Bertabah la doc. Janji kenyang. Alhamdulillah.
Saya suka chai masala di Kerala. Sedap sgt.
masa pergi ni cuma carry on luggage aje. tak ada drop baggage .
balik baru beli 20 kg .
bertahun tahun baru siap GWK tu !
ntah apa masalahnya.. ada baca hari tu
#mainstream tu sebab depa dah pergi yang main stream sebelum saya sampai kot..
Ridhwan tu Dak Abang Long
hahhahaha
puas saya pikir apa asal usul perkataan lansia tu !!
lanjut usia !kahkahkahh..
haiyooo
budak dua orang tu excited .. sebab tak sabar nak nengok depa naik ‘syeh ‘!!
saya tak booeh terima rasa cardamom dalam teh susu.
otak saya konfius !! :))