TRIP SST [ SAYA SUKA TREN ] : HELLFIRE PASS : KONYU CUTTING : LEST WE FORGET
.
.
.
.
Dari Yayee Homestay , kita orang nak ke HellFire Pass Museum
Bagi nak melengkapkan trip Landasan Keretap Maut Thailand-Burma ni
Tak ramai traveller dan blogger dari Malaysia yang pernah sampai sini
Sebab jauh kat ulu banat sana
Tak lengkap kalau tak datang sini kalau nak tahu dan merasai kesengsaraan buruh paksa Landasan Keretapi Maut tu
Tak jauh sangat dari Nam Tok . Dalam setengah jam
Kalau tidur di Kanchanaburi jauh lah nak datang sini
Sebab tu saya nak tidur kat Nam Tok ni

.
.
.
.
Beginilah pick up semalam tu

.
.
.
.
Uncle Pom rasanya namanya
Boleh lah cakap Inggeris sikit-sikit
Kalau tak paham , main tunjuk-tunjuk gambar je

.
.
.
.
.
Ada bas dari Nam Tok kalau nak ke sini
Mungkin 17 Bhat lah tapi . Kahkahkahhh
Bas agak kerap tapi sebab nak kejarkan Hellfire Pass Center ni yang akan tutup pada pukul 4 petang , tak sempat nak naik bas lah kalau gitu

.
.
.
.
Dalam 30 minit jugak lah kalau nak ke sini
Best duduk berangan-angin dalam pick up tu ..

.
.
.
.
Staff situ sangat membantu menerangkan apa yang ada kat situ
Belah atas ni museum nya
Tutup pukul 4 petang
Tapi kalau nak ke bawah sana tu , tak apa . Lepas pukul 4 pun boleh. Tapi kalau ada apa-apa hal / kecemasan berlaku , depa dah tak ada dah untuk menolong

.
.
.
.
Kita ke look out point dulu
Ohsem sangat view nya!
Menghadap Lembah Kwae
Yang menyaksikan beratus ribu orang mati

.
.
.
.
SubhanAllah
Cantik sangat

.
.
.
.
Hahahhaha
Selain daripada seorang trainbuff , saya juga seorang history junkie 🙂

.
.
.
.
Ok
Kita tak banyak masa kat sini
Ada satu setengah jam je kat sini sebelum museum tutup

.
.
.
.
Peta cadangan Landasan

.
.
.
.
Nama-nama POW yang meninggal dunia di Landasan Maut ini

.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
.
Bagaimana lah perasaan Uncle tu kan masa lalu dekat situ
Datang balik ke ‘ neraka ‘
Antara yang terselamat daripada kerahan tenaga ni pasti ramai yang kena Post Traumatic Stress Disorder

.
.
.
.
Nicely captured and narrated

.
.
.
.

.
.
.
.
Ini di luar Museum / Interpretative Center tu
Saya suruh Dak Iyra posing kat situ
Saya tak nak dekat
Dulu masa di Kanchanaburi , di JEATH Museum kat situ , ada benda ni
Saya jenguk-jenguk lah
Tiba-tiba saya rasa seram , naik segala bulu tengkuk masa tu
Tak berani lagi lah nak jenguk ..

.
.
.
.
Ini lah ‘ rice wagon ‘ yang digunakan untuk membawa tahanan perang POW dan buruh-buruh paksa , Romusha

.
.
.
.
30-40 orang satu gerabak
Hanya berhenti di beberapa tempat sahaja untuk mengambil bekalan makanan
Bergilir-gilir tidur sebab sempit
Makan berak kencing dalam tu .Siang panas yak amat . Malam sejuk gedi
Kalau ada yang mati , campak je keluar gerabak .

.
.
.
.
Perjalanan 4 hari ke ‘ neraka ‘

.
.
.
.
Setelah sampai , sehelai sepinggang disuruh bergerak ke tapak kem .

.
.
.
.
Landasan keretapi Jepun ni dalam meter gauge , berbanding dengan yang di Eropah masa tu

.
.
.
.
Boleh pinjam audio guide di Museum
Percuma
Tapi kena tinggalkan Id card , passport etc
Masa ni dah pukul 3 petang . Dianggarkan untuk seorang yang fit , boleh sampai ke Konyu Cutting Memorial tu dalam 40 minit pergi balik
Masa ni macam sempat ke tak sempat ni .. Kalau lambat pasport nanti dah terkunci kat dalam Museum .. Macamana nak balik Malaya !!?
Dak Iyra kata tak payah lah Kak .. Kita jalan aje . Tak payah ambik audio guide tu
Hakak macam errr… Kalau tak ada guide tu nanti tak complete pulak pengalaman dan pengetahuan kat sini ..
Dah nak gaduh bertumbuk dah kat sini .. Kahkahkahhhh .. Tak ahhh .. Gaduh besor-besor mata je
Akhirnya , tinggalkan pasport Hakak dan zomm turun ke bawah sana..
Kita mulakan derap langkah !
Nak ke mana sangat kau kan Kak !
Ni ha ..
Kita nak ke Konyu Cutting kat bawah sana tu
Arrow merah tu
Cutting maknanya depa cut tru bukit , untuk landasan keterapi tu lalu
Juga dipanggil Hellfire Pass .
Kenapa Hellfire ?
Nanti cerita
Kalau ada masa , dan gagah perkasa , boleh je jalan sampai ke hujung sana tu ..
Ke Hintok Cutting tu ..
Pergi balik dalam 3 ke 4 jam
Atau pergi tak balik , nanti sampai kat hujung sana lagi boleh arrange pick up

.
.
.
.
Ok
Pasang audio guide .
Sampai kat nombor kat information board , tekan je nombor yang sama dekat audio guide tu

.
.
.
.
Walkwaynya adalah cantik , berbumbungkan daunan buluh dan pokok-pokok hutan
Tak panas . Redup je
Ada walkway dan banyak tangga . Turun laju . Panjat naik balik karang kita pikir nanti lah ya ..

.
.
.
.
POW … Australians , British , Belanda
Romusha … Dari Malaya ;Melayu , Tamil , Cina , dan dari Kepulauan Jawa

.
.
.
.

.
.
.
.
Mereka ditempatkan di kem-kem di sepanjang cadangan landasan keterapi
Beramai-ramai . Buat sendiri . Makan beras hancur berulat . Makan binatang hutan . Tak ada tempat rawatan
Ada banyak kem .

.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
A very moving experience
Listening to the narrator and the actual POW recalling the ordeal on the audio guide
A very sombre place
Jangan nak hu ha hu ha sangat kat sini ..
Nak berselpie pun rasa tak sesuai
Oh ya
Sebelum masuk sini , baca lah apa-apa yang patut macam biasa .
Hutan , tempat ramai orang mati . Paham-paham je lah ..

.
.
.
.
Sampai je kat sini , sangat terasa kesedihan dan kesusahan mereka .
[ Dan tiba-tiba rasa seram-seram sejuk …. ]

.
.
.
.
Gambar sebenar landasan yang dah siap itu selepas tamatnya perang

.
.
.
.
.
Ini tapak landasan keretapi nya
Memandang ke arah Museum
Itu adalah kayu sleeper yang asal

.
.
.
.
Dan ini memandang ke depan .
Ke arah Konyu Cutting
Ini adalah di lereng bukit

.
.
.
.
Hampir 77 tahun lalu ia diletakkan di sini
Dengan keringat , darah , nyawa

.
.
.
.

.
.
.
.
.
Juga dipanggil HellFire Pass
Progress pembinaan dah lari dari yang dijangkakan . Dah terlambat
Maka Jepun kerahkan lagi cepat . Lagi ramai POW dan Romusha dibawa masuk untuk mengejar masa. Speedo Period . To meet the dead line
Siang malam kerja
Malam-malam depa pasang jamung , lampu mimyak
The flickering light , the emanciated workers , the tapping sound of the hammer and drill
Macam neraka mereka kata
Thus , dipanggil HellFire Pass
Neraka ..

.
.
.
.
150 hari tanpa henti
18-20 jam sehari berkerja

.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
Bekas kesan drill pada batu
Batuan disini adalah marblelised lime stone
Belum jadi marmar tapi memang keras

.
.
.
.
Hammer and tap
Seorang pegang besi panjang , cucuk ke dalam batuan
Seorang lagi ketuk besi
Bila dah cukup dalam , masukkan dinamite
Letupkan . Batu bertaburan . Ramai-ramai clearkan pulak batu tu.
Dan repeat . Untuk berhari-hari .
Sikit demi sikit bukit batu ditarah
Kesan drill pada batu

.
.
.
.
Yang ni dikira sihat untuk berkerja
Yang ni masih ada seluar
Lama kelamaan seluar reput , pakai kain guni je . Buat cawat .

.
.
.
.
Sampailah ke bahagian terdalam Konyu Cutting ni .
25 meter dalamnya Cutting ni

.
.
.

.
.
.
.
Indeed
A very moving and sombre atmosphere

.
.
.
.

.
.
.
,

.
.
.
.
Drill yang patah

.
.
.
.
Dia pun begitu menghayati ..

.
.
.
.
On ANZAC Day every year
Ada upacara mengingati mereka yang terkorban di sini

.
.
.
.
Ada gathering

.
.
.
.
Dekat obelisk ni

.
.
.
.

.
.
.
.
Untuk yang nak adventurous .
Boleh lah teruskan perjalan selepas obelisk ni.
Tu ..
Masih nampak trek keretapinya kat belah sana tu .
Jauh lah tapi nak sampai ke hujung .

.
.
.

.
.
.
.
Masih ada tinggalan struktur landasan sepanjang ke Hintok tu ..
Ini di 7 Meter Embankment tu .
3 Tier Bridge
Banyak gambar dan maklumat dalam The ANZAC Portal tu
Ghalit saya menbacanya

.
.
.
.

.
.
.
.
Dr Edward ‘ Weary ‘ Dunlop
Seorang Doktor yang banyak menyelamatkan kawan-kawan POW beliau .
Mewasiatkan agar sebahagian daripada ‘ ashes’ beliau ditaburkan di sini setelah kematian beliau ..

.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
Dari tengah Konyu Cutting memandang ke belakang
Punyalah tinggi depa tebuk sampai ke bawah

.
.
.
.
Memandang ke hujung Konyu Cutting

.
.
.
.

.
.
.
.
Tiba-tiba terselit Jalur Gemilang

.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
Landasan Keretapi Maut ni berjaya disiapkan dan digunakan oleh Jepun
Bila dah siap , mereka mula dihantar balik
Dah selamat daripada kematian membuat landasan , mati semasa dalam kapal , dan juga mati sebab kapal dibom oleh Tentera Bersekutu kerana tak tahu mana satu kapal bawak Tentera Jepun dan yang mana satu bawak POW
So sad .

.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
Ada banyak buku dan filem tentang Landasan Keretapi Maut ni .
Antaranya The Railway Man
A Long Way Back
Er .. Dua-dua saya belum nengok
Rasa tak sampai hati nak nengok . Nanti sedih , depress pulak nanti .. Nangis tepi bucu katil

.
.
.
.
Kalau ke Kanchanaburi , lajakkan lah 60 km lagi ke utara
Pergilah ke HellFire Pass ni
You wont regret it ..
Kalau history junkie macam saya lah ..

.
.
.
.

.
.
.
.
Untuk POW yang meninggal dunia , ada perkuburan untuk mereka
Untuk Romusha . Tiada
Tak ada siapa yang tahu dimana dan siapa mereka yang meninggal
Kita abadikan mereka dalam ingatan kita
Kita doa kan kesejahteraan mereka di sisi Nya
Al Fatihah

.
.
.
.
Truly a moving experience ..

.
.
.
.
dulu gigih travel ke kanchanaburi semata nak pergi sini. Masa datang tu pulak suhu 40 darjah C memang la ada bayangan api neraka sikit kat situ.
sedih sangat bila dengar audio guide sambil jalan kat sini, kitaorang sempat jugak pergi satu war museum kat kanchanaburi ni
hahahaaa.
akak ada baca..
solat celah celah batu. panas 40 degree..
terasa sangat teraniaya mereka semua tu
sedih kan kay …?
Cantik sungguh view di lookout point tu! Berbalam-balam.
From the start nampaknya muzium/area ni perlukan masa utk diexplore…
Foto uncle tu tgh walk away tu is so poignant. And the photographer had indeed captured it well, in his photo and his narration. So inspirational.
LIke, I know it was for improved line of communication and all that but what could have driven the Japs to carry out such insane project by way of unspeakable and horrific inhumane ways? I guess the military itself gave those who carry out the project and human torture no choice but to carry out their duties unflinchingly devoid of any basic human decency. I mean, the Japs pun human juga dan tentunya ada rasa belas kasihan. Adakah mereka dah di brain washed? Or simple, like I said earlier, had no choice. Carry out duty or they themselves die from punishments if refuse.
Just wondering…
Good call going for the audio!
Thanks doc for sharing. I am feeling a bit depressed actually right now. Don’t worry, I’ll get over it.
berebut jugak dalam muzium tu sebab nak kejar masa. tak puas explore
en syed mesti suka muzium tu.. and the hellfire pass walk tu ..
yeah.. my thoughts exactly.. kita tak ada jumpa /baca/ tonton from their point of view kan.. how they have the heart to torture, be it against their will or not
a bit down lepas the walk too
kita sedekahkan aje lah Ummul Kitab
camner aku miss entry ni….ok yang ni aku tak pergi, tapi nampaknya tempat ni memerlukan lebih masa utk diexplore especially untuk aku yang jalan lembab kemain bila ke tempat2 gini….best!