TRIP SST [ SAYA SUKA TREN ] THAILAND . THONBURI KE NAM TOK . LANDASAN KERETAPI MAUT THAILAND – BURMA
.
.
.
.
Dah kenyang .. Tidur lah .. Apa lagi ..
Saya tak boleh tidur tapi .. Sebab wall paper dalam bilik tu ada gambar-gambar lukisan candi , wat dan patung Buddha .
Sampai ngigau-ngigau keseraman .. Tak ingat apa ngigaunya lah tapi .
View dari tingkap bilik .

.
.
.
.
Bangun Oiii Bangkok !!
Subuh !!!

.
.
.
.
Matahari naik dari restoren Hotel sebelah Chic Hostel
Ohsem !
“You are the sun in my day, the wind in my sky, the waves in my ocean and the beat in my heart…

.
.
.
.
Kira melihat matahari yang sama .
Di Hua Lamphong , di Lopburi , di Minsk , di Jalan Klang Lama , di Enstek , di Taman Kosas , di Lendu , hatta di Sungai Koyan ..

.
.
.
.
Lagu apa ya .. Terngiang-ngiang ..
Let memory disperse
Either way it’s gonna hurt
But I want you to go first

.
.
.
.
Ambik Grab dari Chic Hostel ke Stesen Keretapi Thonburi
Sebenarnya untuk hujung minggu ada tr
Eh ! Jap !
Lupa nak cerita hari ni nak naik keretapi ke mana pulak ..
Kita orang nak naik keretapi di sepanjang Landasan Keretapi Maut Thailand-Burma
Death Railway Train !!
Kemuncak Trip SST ini !
Naik tren dari Thonburi ke hujung landasan di Nam Tok
Tren nombor 457 tu !
Sebenarnya untuk hujung minggu , ada Tourist Train yang bertolak dari Hua Lamphong
Basically untuk pelancong .. Harga tiket mahal sikit dari tren biasa yang kita orang nak naik ni ..
[ Tapi sampai kat Kanchanaburi nanti akan bersambung dengan tren 475 ni jugak ya … ]
Kalau nak lagi detail boleh baca kat blog Passenger Seat 61 tu.. Cukup detail dia terangkan ..
Tren dari Thonburi- Namtok .. Dekat 5 jam jugak lah ..
Adakah kami akan mengeluh kebosanan ?
Nope .

.
.
.
.
Ramai yang hanya akan berhenti turun di Kanchanaburi.
Jalan-jalan dan tidur kat situ
You are missing the essence of the Death Railway Beb !
Naik sampai hujung ..
Rasakan berapa panjangnya trek keretapi ini , yang menyaksikan kesengsaraan , kematian
Jom ikuti perjalanan kami .. !

.
.
.
.
Dulu dah pernah sampai Kanchanaburi ni . Naik kereta dari Bangkok
So touristy
Tak menepati jiwa saya .

.
.
.
.
Tiket Bhat 100 je ..
Free seating
Don’t worry
Baaanyak seat !!

.
.
.
.
Tak ramai yang tahu yang the best part of the train adventure is the route from Kanchanaburi to Nam Tok
And ..
Train ni tak sampai ke Burma sana ya . Kau ingat ni jaman Jepun ?
Habis trek . Berhenti di Nam Tok
Tren tourist tu berhenti stesen paling hujung lagi . Nam Tok Sai Yok Noi

.
.
.
.
Ramai jugak pelancong yang naik tren ni ..

.
.
.
.
Kepala keretapi dah sampai !!

.
.
.
.
Stesen berikutnya … Taling Chan
Thonburi ni depa panggil Bangkok Noi jugak ya
Noi tu maknanya ‘ small

.
.
.
.

.
.
.
.
Dengan Apple
Cun ..

.
.
.
.
Dengan Samseng
Eh
Dengan Samsung
Nangis ….

.
.
.
.
Keterujaan masing-masing tahap maksima 🙂

.
.
.
.
Turun-naik turun-naik ambik gambor !

.
.
.
.
Seating nya 2+3
Kalau dari Thonburi , duduk belah kiri
Kenapa ?
Teruskan membaca ..

.
.
.
.
Every sunrise is an invitation for us to arise and brighten someone’s day.

.
.
.
.“There’s a sunrise and a sunset every single day, and they’re absolutely free. Don’t miss so many of them.”

.
.
.
.
Ha ..
Tu dia !
Sampai koyak-koyak seluor .. Asyik berjalan je !!

.
.
.
.
Apa cerita Landasan Keretapi Maut Thailand Burma ni ?
Meh nak cerita …
Kalau tak cerita sejarah bukan blog DrSinga lah namanya ..
Ringkas nya ..
Jepun dah menang . British dah menyerah kalah
Jepun nak tawan India pulak .
Sesuai dengan prinsip mereka – Asia untuk Asia
Siam dia tak tawan . Siam pandai bawak berbincang
Jepun nak hantar askar , alatan perang , makanan ke Burma . Nak tawan India dari Burma
Tapi tak boleh guna jalan laut , sebab akan mudah diserang oleh Tentera Bersekutu
Maka nya Jepun nak buat satu landasan keretapi dari Siam ke Burma
Gunakan tenaga paksa dari tahanan perang daripada askar-askar Tentera Bersekutu . British , Australia , New Zealand yang ditawan di Malaya , Singapura . Prisoner of war . POW
Ada dalam 62000 orang . 12000 yang mati . Tak tahu jumlah sebenar sebab tak ada rekod rasmi .
Dan juga guna tenaga kerahan daripada orang Melayu , India dari Tanah Melayu , Jawa , Burma . Mereka dipanggil coolie , atau romusha . Dikatakan dalam 270 000 orang dan yang mati dalam 100 000 orang . Lebih ramai daripada POW . Juga tak ada rekod rasmi
Ada rekod oleh Tentera Jepun tapi dimusnahkan bila mereka menyerah kalah .
Kerana takut akan didapati bersalah kerana melanggar syarat-syarat dalam Konvensyen Geneva Ketiga 1929 bagi menjamin hak minimum serta layanan kemanusiaan terhadap tahanan perang.
Rakyat Siam ada juga yang dikerah untuk menjadi romusha tapi ketegangan berlaku bila Tentera Jepun bertindak mengambil alih rumah ibadat mereka dan tidak menghormati pihak Sami mereka , rakyat Siam tidak lagi dikerah oleh Tentera Jepun

.
.
.
420 km trek keretapi dari Bang Pong ( dekat Nong Pladuk ) ke Thanbyuzayat
Jepun mulakan pembinaan trek dari dua arah , dari utara di Burma tu dan dari selatan . Trek bertemu di Konkoita

.
.
.
.
Stesen Nong Pladuk
Trek dari Semenanjung akan bercabang kat sini
Tahanan perang dah tenaga kerahan akan dibawa ke sini dan dibahagi-bahagikan .
Kem- kem penempatan akan dibina disepanjang trek
Bila dah siap satu kawasan tu, mereka akan berpindah ke depan lagi

.
.
.
.
Ada dua fasa pembinaan utama
Yang clearkan hutan belantara , bukit
Yang pasang trek dan maintain landasan .

.
.
.
.
Dari Nong Pladuk ke Thanbyuzayad adalah dalam 250 km
Hutan belantara , hujan monsun yang tak berhenti , penyakit tropika , bekalan makanan dan perubatan yang tak mencukupi
Berpuluh ratus orang mati setiap hari
Yang mati ditanam begitu sahaja dalam kuburan besar , dicampak ke dalam sungai , ditinggalkan di dalam hutan ,
One life for one sleeper laid
Dikatakan satu nyawa hilang pada setiap satu sleeper di trek

.
.
.
.
Bayangkan betapa jauhnya dan sengsaranya mereka di kerah
Lama sikit berhenti kat Stesen Nong Pladuk ni sebab nak tunggu tren yang share trek berselisih

.
.
.
.
Ada banyak stesen keretapi ni berhenti

.
.
.
.
Ada je orang berjualan nanti dalam tren
Air , buah , kue teow goreng , telor rebus
Nak buat megi pun boleh , beli je air panas

.
.
.
.
.
Akhirnya sampai di Kanchanaburi
Ramai turun
Ramai jugak yang naik
Stay on your seat . Jangan bergerak . Chhop tempat duduk . Nanti orang ambik
Kat sini nanti nampak lah amoi-amoi peygang bendera kecik bawak gerombolan pelancong jagaan mereka naik tren

.
.
.
.
Station Master sempat tersenyum kat kita orang

.
.
.
.
Halu Kanchanaburi !!!

.
.
.
.
It is believed that one life was lost for each sleeper laid in the track.

.
.
.
.
Mereka dari Korea
Dak Iyra melayan bercakap ayam itik

.
.
.
.
Akhirnya untuk lagi senang
Guna ni ha …

.
.
.
.
Lama sikit berhenti di Kanchanaburi ni
Sebab nak gabung dengan keretapi yang dari Hua Lamphong tu
Cabut kepala keretapi kita orang dulu
Sambung pada keretapi sebelah

.
.
.
.
Majukan keretapi sebelah ke depan dan gostan dan sambung pada keretapi kita orang

.
.
.
.
Cool !!!
.
.
.
.
Jom sambung perjalanan!!
Next ..
Bridge over River Kwae
Bukan Kwai ya

.
.
.
.
Wah .. Banyaknya tourist trap !! 🙂

.
.
.
.
Sebahagian daripada struktur jambatan ini adalah struktur yang asal
Curved span adalah original dari zaman perang
Straight span dipasang baru selepas perang .
Pernah kena bom oleh Askar Bersekutu untuk melumpuhkan jaringan logistik Jepun , runtuh , dibaiki balik .

.
.
.
.
Boleh berjalan atas trek ni bila tak ada tren lalu
Kalau ada tren macamana ?

.
.
.
Diri lah korang kat tepi tu . Ada soyok untuk menyelamatkan diri
Tren ni tak laju pun bila lalu kat sini
Sempat …

.
.
.
.
Jambatan ni femes selepas filem Bridge Over River Kwai berdasarkan buku oleh Pierre Boulle
Pierre tak pernah sampai ke Siam ni . Dia tahu memang Landasan Keretapi Maut ni bersebelahan dengan Sungai Kwae . Dan dia assume sungai yang lalu bawah jambatan tu Sungai Kwae
Orang pelancong mula datang untuk cari River Kwai , untuk cari jambatan tu
Tak ada lah jambatan kat River Kwae !
Ada jambatan yang dicari , tapi merentasi River Mea Khlung ni
Macamana ni ..
Potensi pelancongan ni ..
Maka nya Kerajaan Siam tukarkan nama River Mea Khlung ni kepada River Kwae Noi
Maka nya betullah jadinya jambatan ni merentasi River Kwae
Bijak

.
.
.
.
Arah ke bandar Kanchanaburi

.
.
.
.
Trip yang paling kurang selpie oleh Dak Iyra
Dia lupa selpie .. Kahkahkahhhhhh

.
.
.
.
Kwae Noi

.
.
.
.

.
.
.
.
Baru perasan ada bot , boleh naik bot dari seberang sana sungai ke Museum dan Chung Kai Cemetery tu
Ada dua perkuburan POW di Kanchanaburi ni . 7000 orang disemadikan di Kanchanaburi dan 2000 orang di Perkuburan Chungkai , juga di Kanchanaburi ni
Mereka yang meninggal disepanjang trek dikuburkan di situ juga , dibatu tandakan
Selesainya perang , dibongkar balik dan di tanam di 3 tapak perkuburan untuk POW
Satu di Thanbyuzayad , dua di Kanchanaburi ni
Tapi kan ..
Untuk romusha , coolie yang meninggal tak ada perkuburan khas untuk mereka
Ditanam begitu sahaja , mass grave , tingggal kan dalam hutan , campak dalam sungai
Dan tak ada memorial , tanda peringatan untuk mereka di mana-mana pun ..
Sad ..
Mereka lagi ramai yang terkorban
Kenapa saya nak menjejak Landasan Keretapi Maut ini
Arwah tuk sedara saya adalah salah seorang romusha
Ibrahim Kiman namanya .
Single masa tu . Ditangkap dan dihantar beramai-ramai dengan orang kampung Kesang untuk menjadi kuli landasan ini
Dijanjikan bayaran upah dan beras.
Tak balik
Meninggal di sana
Tak ketahuan kuburnya di mana
Al Fatihah untuk Arwah Atok Brahim
Arwah Atuk Ajis saya berjaya menyembunyikan diri dalam perigi buta . Tak dapat ditangkap dan dibawa . Masa tu dia baru kawin
Selamatnya Arwah atuk Ajis oleh Allah SWT melangsungkan berkembangnya keluarga Tok Kiman di kampung Kesang tu
Kalau tak , tak ada lah saya di sini sekarang ini .

.
.
.
.
Dah dekat empat jam perjalanan
Dah mula lapar
Doa orang berkelana dimakbulkan oleh yang Esa
Datang lah dia ni
Kami pandang memandang
Halal . Halal ! Dia kata
My name Abdullah . Muslim
Alhamdulillah !!
Donat dan penkek dia sedap sangat !!!

.
.
.
.
Teruskan perjalanan lagi
Sampai di Stesen Tham Krasae ni
Ramai pengikut pemegang bendera akan turun kat sini nanti

.
.
.
.
Wampo Viaduct nama bahagian Landasan Keretapi Maut ni .
Juga dipanggil Wangpo
Lalu di lereng bukit , sebelahnya jurang menghadap sungai
Tu baru lah Sungai Kwae yang betul

.
.
.
.
Banyak hotel , resort kat tepi Sungai Kwae ni

.
.
.
.
Ohsem view
Sebab tu saya kata duduk belah kiri keretapi kalau dari Thonburi ya !!

.
.
.
.
Sebahagian trestle kayu yang di bawah itu ada lah struktur asal Landasan Keretapi Maut ni . 300 meter panjangnya landasan ini .
Take a moment to remember the pain , suffering and endurance that they face in building this part of the railway . Almost every man who worked on this part of the railway died.
Bukan sekadar nak bergambar dan berselpie kat sini .
Kayu trestle bridge ini dipacakkan ke lereng bukit , oleh tahanan perang dan buruh paksa

.
.
.
.
Panjang Wampo Viaduct ni
Tren bergerak perlahan diatas bahagian landasan Wampo ni
Bunyinya .. Best !
Hahhahaha ..
I am a trainbuff . Bunyi tren atas trek pun teruja sangat !!

.
.
.
.
Lush greeneries

.
.
.
.

.
.
.
.
Tahap keterujaan trainbuff macam saya adalah maksimum pada masa ni ..
.
.
.
Kita teruskan ke Nam Tok
Ada 62 km lagi
Dalam 2 jam lagi perjalanan

.
.
.
.
Tak panas pun dalam tren ni
Tingkap besor
Angin banyak
Kipas pun ada . Tak bukak lah tapi

.
.
.
.
Seriously .. Naik keretapi ni sampai hujung landasan
Kalau tak
Thakilen nanti..

.
.
.
.
Secara Lumsum nya
Ada 39 stesen dari Thonburi ke Nam Tok
Hahhahahaaa..
Hamik kau Kak !!
Trainbuff sangat kan !!?? 🙂

.
.
.
.
Mati kita interbiu Dak TrainBuff ni..
Pesal dia suka naik tren …
Kahkahkahhhhhhhhhh
.
.
.
.
Ini lah Mamat Hensem yang Dak Iyra dok skodeng tu
Sebut je ‘ handsome ‘ terus keluar kepala dia nengok kita orang ngata siapa ! 🙂

.
.
.
.
Jom enjoy the train ride !!
.
.
.
.
Serius best gila naik keretapi gini !!
Naik ETS tak boleh buat gini !!
Next trip ..
Keretapi Ola Bola !
.
.
.
.
Akhirnya ..
Sampai ke Nam Tok !!!

.
.
.
.
Dalam 190 km dari Thonburi

.
.
.
.
Dah book di Yayee Homestay
Sesampai sana kami dah dipesan untuk call Yayee dan mintak transport ..
Sampai lah transport kami !!
Som datang ambik ..
Yesssss !!
This is the travel yang kita orang suka ..
The unsangkarable .. The out of the ordinary !!
Kita naik motor roda tiga !!!!
Sib baik kau tak terjongket ke belah sini Som !! :))

.
.
.
.
Cobaan untuk nampak kurus padahal tak kurus dah tahan napas pun tak kurus .. Kahkahkahhhhhhh

.
.
.
.
Temubual dengan Ahli Trip ..
.
.
.
.
Setelah bertanya-tanya dengan Yukie , tuan punya homestay , kita orang dapatlah book ‘teksi ‘ dia kata .
Untuk ke destinasi berikutnya …

.
.
.
.
Serius cantik Yayee Homestay ni.
Kat ulu banat , celah kampung , tepi bukit , tepi stesen keretapi ..
Biliknya bersih . besar . Ekon best . Wifi laju
Nak makan boleh order . Dia boleh masakkan seafood , telur , somtam ..
Dia tahu kita tak boleh makan apa ..

.
.
.
.
Serius tenang je kat sini ni ..
Best kalau duduk lama kat sini.
Boleh urut
Boleh naik basikal keliling kampung
Boleh naik kayak kat sungai

.
.
.
.
Ha !
Tu !
‘ Taxi here ! ‘ Kata Yukie
Kahkahkahhh
No hal kita orang !
Naik pick up .. Biasaaaa dan bisaaaaa…
Dia tengah turunkan bangku kecik untuk kita orang guna untuk panjat naik pick up tu !!

.
.
.
.
Beginilah kejadiannya ..
Kena duduk menghadap dalam , atau belakang macam Dak iyra
Saya tak boleh ..
Nanti pening ..
Nak kena sandar .. Dan menghadap depan

.
.
.
.
Sandar lah kalau berani Kak oi !!
Kahkahkahhh !
Dak Iyra dok risau suruh saya ke depan lagi takut kalau brek mengejut mau jatuh terlentang ke belakang Akak oi !!!

.
.
.
.
Banyak resort dan homestay kat Nam Tok ni ..
Travellers yang berhenti dengan kita orang kat Nam Tok Mat Saleh je. Kita orang berdua je yang tak Mat Saleh
Pelancong semua turun kat Kanchanaburi .
Yang tukang check tiket dalam keretapi tadi siap check balik tiket kita orang nak nengok nak pergi mana sebab tak turun-turun . Mesti dia takut kita orang terlepas stesen ..

.
.
.
.
Momen
Sangat momen ..

.
.
.
.
Nak ke mana lah pulak budak dua orang ni naik pick up trak ?
Kan dah sampai hujung ?!
.
.
.
.
Nak baca pasal Death railway lagi klik kat sini …http://ww2today.com/?s=DEATH+RAILWAY
Dan kat sini …
.
.
.
.
saya suka saya suka…. suatu hari saya akan sampai juga insyaAllah
nak iti dik ? 🙂
hahaah takut pulak apabila kak Izat offer hhhaaha
hahahahaa..
nak pos mana kitab lunyai ni ? :))
travel dr yang paling terkesan kat saya..Arwah atuk saya juga salah sorang romusha yang ditugaskan untuk clearkan hutan belantara , tp berjaya larikan diri ke n ke malaysia
thanks baca zee. next entry is more visually moving . tunggu ya 🙂
Cantik views dari tingkap bilik tu. Nice! Junctions tu, the sunrise.. love em’.
Perjalanan 5 jam dgn pelbagai liputan. Nice!
Ok, before continue baca, gi buat teh kejap. While sipping tea, baca blog DrSinga. Baru best :).
Hoii. apeni.. kutuk samsung! 😛
62 ribu orang! 12 ribu mati! 270 ribu! 100 ribu died! How do the Japs manage to handle so many prisoners? Pastinya inhumanely!
Hahahaha.. kami suka ‘amoi-amoi peygang bendera kecik’. Masa kami gi Shanghai, the guide shouted, ‘FOLLOW JESSICA!!’ pakai haler/megaphone.. hahaha..
So bila nak gi Korea? 🙂
Ehh… senang2 boleh tukar nama sungai macam tu sebab tourism… hehehe… Mujur ada blog DrSinga ini, baru saya tahu kisah sebenarnya :).
Tu la, tertunggu2 jugak foto2 selfie iyra…
Al-Fatihah… sedih sungguh mengenangkan nasib mereka.
Gayat pulak rasanya tgk video tren lalu jambatan tu.. 🙂
Hehehe.. besarnya video! Close up sungguh! Hhehehe… Agaknya kalau jauh kang tak dengar audio kot.. hehe.
Laju jugak tren ni.
tak rasa lama pun 5 jam tu sebab lots of things to see and doo and makan .. ehhehehhe
biasa lah en syed .. dak apple mesti kutuk dak samsung :))
masa nengok yang peygang bendera tu terus teringat en syed dan puan azila.. terdetik .. kalau depa datang sini mesti ada kat belakang bendera tu ..\korea? tak terbuka hati langsung nak pergi … sama macam ostolia .. tak rasa nak pergi
and .. masa tren lalu jembatan , memang teringat kat sorang kawan yang worrier tu .. mesti dia kata .. kalau ada orang lalu atas landasan macamana nanti .. kalau semua dok tuju kat tingkap belah kiri tak ke senget tren nanti …hahhahaha .. siapa lah orang tu kan …?
saya sampai sekarang tak reti nak kecik kan video … tak jumpa lagi ilmu macamana ..
dah hujung hujung , lepas kanchanaburi baru terasa laju