TRIP SINGAPURA BALIK HARI
.
.
.
.
Ok
Mari berkelana lagi …
Kita ke Singapura !!!
Kali ni malas nak pikir
Kita naik bas . Ikut rombongan Cik Kiah Caravan Serai ..
Bas pukul 10 malam dari KL Sentral
Bas yang masih bau baru dan berdih dan ada USB port untuk mengecas segala bagai gajet !!
Sampai di RNR Gelang Patah pukul 4:30 pagi rasanya
Awal sangat pulak sampainya … Nak tunggu Subuh kat sini baru boleh gerak ..
Maka nya sambung lah tidur sekejap dalam bas
Tapi gundah gulana sebab dok mikir OK ke tak Ok ni duduk dalam bas yang enjinnya hidup , aircon jalan … Karang ada pulak yang mati ramai-ramai dalam bas sebab carbon monoxide poisoning ….
Ramai yang berdedai-dedai turun ke bilik air
Nengok kat bilik air , dahlah tak banyak .. Bas yang berhenti kat sini sebab nak ke Singapura punya lah banyak..
Ramai lah pulak yang nak mandi manda dalam bilik air … Dah lah laa nak mandi , nak bersiap makeup segala bagai lagi …
Orang yang setakat nak kencing berak terpaksalah menunggu puak-puak yang mandi manda ni..
Kalau setakat travel dari KL je tak payah lah nak bermandi manda kan … Setakat 6 jam tidor dalam bas tak bertakung nya air lioq basi korang kat muka , baju ..
Maka nya kita orang pergi gunakan toilet kat pam minyak kat situ . Ada dua pam minyak . Tu punnnn ada yang dok mandi manda dalam tu …
Maka nya bersiap lah ambik wudhu untuk Subuh .. Suraunya dah lah kecik .. Berkuap .. Pengaliran udara tak ada ..
Masuk je Subuh terus tuju cari celah yang kosong . Sebab bas nak jalan dalam 15 minit lepas Subuh masuk ..
Why not kan … Terus je masuk Singapura .. Tak payah berhenti lama-lama kat Gelang Patah ni .. For sure kat Imigresen smooth je sebab tak ramai orang sebab awal lagi .. Subuh kat mana mana masjid di Singapura . Ada lebih 80 bualh masjid bsear kevik kat Singapura tu . Sarapan .. Tapau . Makan kat pulau .Save masa
Lepas Subuh tu lah baru depa nak distribute sarapan . Nasi lemak je pun . Dalam bekas plastik .. Why not deal dengan pembekal , siapkan awal , so masa menunggu Subuh tu boleh makan .. Saya tak makan lah . Saya tak kan makan kalau tak nasi lemak tu dalam daun pisang ..
Cantik-cantik nama gerai makanan di RNR Gelang Patah ni …
.
.
.
.
Saya beli kuih muih je dekat table dekat RNR tu
Kuih muih di Johor masih 3 Seringgit ya ..
Di KL??!! sebiji 50 sen !!!
Dengan SST harga barangan makin murah !! Hidup Pakatan !!!
.
.
.
.
Minuman dah siap-siap di pek dalam bungkusan gini ..
.
.
.
.
Sampai di Imigresen Malaysia , lancar ..
Sampai di Imigresen Singapura di Tuas … Punya lah panjang barisannya !!
Satu jam 15 minit baru sampai giliran kita orang !!
Kali ni travel dengan budak ni lagi .. Sebab paspot dia je yang masih hidup .. :))
Nasib lah yang lain-lain tu kena tinggal ..
Bas turunkan kat belakang sikit dari kawasan ni.. Kena jalan sikit ke depan
Anderson Bridge .. Sebahagian daripada city track untuk F1 Singapore
.
.
.
.
Ada yang kata mikrofon , mata lebah , armadillo
Tapi yang paling senang dan femes .. Durian ..
Esplanade ; Theatres On The Bay , dan Eye On Singapore
.
.
.
.
Siaplah dia kena jadi model kali ni sebab Travel Partner saya yang biasa tu kena tinggal sebab budak sekolah tu kena pergi kelas :))
.
.
.
.
Anderson Bridge dari belah satu lagi
.
.
.
.
Kat tepi Anderson Bridge tu Tourist Guide [ OMG .. never in my mind I would see myself ber-tourist guide ‘ kahkahkahhh ] dari Singapura dah menunggu
Mona namanya
Tak payah berPuan-Puan berCik Cik macam kat Malaysia dia bilang
Just panggil Mona . Syarifah Mona .
.
.
.
.
Peta ni berguna kalau nak explore sendiri berjalan kaki turun naik MRT sekitar kawasan tumpuan pelancong ni ..
Tree Trail namanya …
.
.
.
.
Bawah Esplanade Drive
Juga sebahagian trek untuk F1 Singapura
.
.
.
.
8:30 pagi dah begini ramainya maknusia ..
Yang bermacam macam ragam gaya diambil gambar
Nganga besar-besar mesti ada ..
Tadah tangan , tadah telinga , tadah kepala , tadah mulut ..
Yang paling tak boleh blah .. Ngangkang macam nak kencing .. Choi !!!!!
.
.
.
.
Semuanya sebab nak men-adjustkan kepala , telinga , tangan , kangkangan dengan pancutan air dari Merlion ni ..
:))
.
.
.
.
Kalau dari belah sini Merlion tak ramai orang .
Aman sikit ..
.
.
.
.
Jumlah batang gigi Merlion tu melambangkan jumlah bangsa di Singapura
.
.
.
.
World’s longest elevated swimming pool ..
Kat atas tu boleh muat 4 A380 side by side ..
.
.
.
.
Bentuknya diinspirasikan daripada deck of cards ..
Yang slanting 26 degree .. Kenapa 26 degree ? Sebab Feng Shiu .. Kan depa percaya sangat Feng Shiu-Feng Shui ni .. Sebab 2+8 ialah 8 .. Manyak Ong ma ….
Gambar Googled …
.
.
.
.
Masa ngambik gambor tu jangan lak lalai sangat ya kat tepian ni ..
Dalam tu !!
.
.
.
.
Inilah peserta rombongan Cik Kiah Caravan Serai ke Singapore nya ..
Ramai ..
Penuh satu bas ..
Mona tu dah pesan .. Jumpa balik di tepi Anderson Bridge tu dalam 25 minit ..
Saya memang OCD pasal time . Janji 25 minit .. 23 minit saya akan dah sampai .
Ada lah pulak puak puak yang tak hormati masa orang lain.. Tak pakai jam kot ..
Banyak mana lah korang nak selpie makpie kat situ kan.. !?Sampai lupa nak nengok jam .. Pi mai pi mai tang tu jugak ..
30 minit baru sorang daripada yang lambat tu sampai kat situ .. , kata kawan-kawan dia ondeway .. 45 minit dari ETA baru semua terkedek-kedek sampai .. Menyirap jugak lah kalau orang OCD ni kalau bab bab kena menunggu , bab tak tepati masa ..
.
.
.
..
Ada sekumpulan pelancong dari Indonesia mintak saya ambikkan gambar
Cantik lah saya ambikkan
Nampak kepala sampai kaki orang dan kepala sampai ekor Merlion
Then depa offer nak ambikkan gambar kita orang . dah rasa dah .. Mesti ntah hapa hapa jadiknya nanti ni..
Hah !
Hambik kau !!!
Hadoiiiii !! :))
.
.
.
.
Dah ..
Jom balik ke pangkal jalan !
.
.
.
.
3 bangunan tertinggi di Singapura
One Raffles Place Tower 1 , Republic Plaza , UOB Plaza One
Semuanya tingginya 280 meter .
Sebabnya .. Feng Shui lagi maaa …
.
.
.
.
Kita ke seberang jalan
Kita ke Victoria Theatre dan Victoria Memorial Hall
.
.
.
.
.
.
.
.
Dah mula panas melengas masa ni ..
Mujur lah ingat nak bawak kipas kecik ber-USB tu ..
Nyaman rasanya …
.
.
.
.
Kenapakah dia hitam ?
Masa kat sini pun , masa nak tunggu bas untuk ke destinasi seterusnya pun dah membuang masa .
Call driver tak dapat sebab tak roaming . Maka tour leader kena lak pergi berlarian mencari kat mana bas tu parkir , bawak bas ke tempat menunggu kat sini.
Seriously .. banyak masa terbuang menunggu masa trip ni ..
.
.
.
.
Next stop
Gardens By The Bay
Touch and Go je
Dekat pintu je . Ntah entrance mana ntah .. Dekat coach drop off ni ..
.
.
.
.
Tak sampai setengah jam pun kat sini
Jalan sikit je ke dalam tu .. Ambik ambik gambar ..
.
.
.
.
Tapi saya puas hati sebab dapat gambar tasik berteratai ni ..
.
.
.
.
Apa beza Seroja dan Teratai ..?
Lotus and Lily Plant .. ?
Saya tahu ..
.
.
.
.
Redup jugak kat sini ..
.
.
.
.
Dan yang bestnya ..
Jumpa ni ha ..
Worlds’ largest Water Lily !!
Dari South America , Brazil
.
.
.
.
Daun dia boleh berkembang setengah meter sehari !
Daun dia tu cukup kuat untuk menampung berat seorang baby !! Sehingga 30 kg !
Nampak tak lekuk-lekuk kat tepi daun tu .. Tu untuk mengalirkan air yang bertakung kat atas daun tu ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Trying out bokeh lense
Cantik gila bokehnya !!
.
.
.
.
Tiba-tiba ternampak si dia ni ..
Tengah mencari tempat teduh …
Menggelupur semua orang lari . Hakak je yang berani ke depan ambik gambar . Biawak je maaa … Bukan buaya ..
.
.
.
.
Bird Of Paradise
.
.
.
.
Yah …
Group photo lagi ..
Yawnnnnn ….
.
.
.
.
Next
Dibawa ke Bugis Street
I bet mesti ada Singaporean yang tak tahu apa itu makna ‘ Bugis ‘ … . Kata Mona
Shopping souvenir kat satu kedai tu ..
I suppose memang kalau trip Cik Kiah Caravan Serai ni memang akan dibawa ke situ lah ..
Huntong aaa Apek Kedai Singapore Souvenir Center tu ..
Masa lepas ni pun ada lagiiii kejadian tunggu menunggu … !!
Dah lah ada yang lambat keluar shopping tu … Menunggu depa lagi lepas tu .. Tunggu tour leader carikan teksi pada sesiapa yang dah booking nak ke USS pulak lepas semua dah berkumpul .. Baru nak tunggu teksi … Apa kata next time .. Tunggukan teksi tu masa orang lain dok shopping tu .. Tak lah membuang masa ..
Oh ya .. Boleh je nak ke USS dengan trip Cik Kiah Caravan Serai ni .. Nanti depa belikan tiket dan settlekan transport. Tambah RM 215
Tapi rugi masa lah .. Macam masa ni .. Depa yang nak ke USS tu baru naik teksi masa pukul 11 pagi .. Sampai ke USS mungkin se jam lepas tu .. Pukul 6:30 dah nak kena berkumpul nak balik dari USS tu .. Berapa jam ke korang kat dalam tu .. Rugi weh ….
Dari shopping .. Dibawa ke kedai makan
Zam Zam lah apa lagi ..
Saya teruja dengan Air Kathiranya ..
Ok lah .. rasa macam yang dijangkakan ..
Tak macam ntah hapa hapa kat KL ni masa Bulan Puasa dulu tu ..
.
.
.
.
Makan Martabak .. Ejaan betulya martabak ya .. Bukan murtabak .. Ini Cikgu BM ajar anak saya
Pada pendapat saya .. Sedap
Tapi saya lagi suka yang di Tanah Jauhar saya ..
Kat sini cicah kari . Di Tanah Jauhar cicah sos cili manis , cair berpotongan timun ..
.
.
.
.
Lepas makan , tunaikan apa yang wajib di Masjid Sultan
.
.
.
.
Para pelawat asing tengah menyarung jubah
Ada yang tengah meng-test minyak atar
.
.
.
.
Yang perempuan berjubah
Yang lelaki berkain gombang
Ni bahagian tingkat bawah
Ruang Solat Lelaki
.
.
.
.
Pandangan dari Ruang Solat Perempuan
Masjidnya sangat ‘ airy ‘ dan selesa
.
.
.
.
Mengimarahkan Rumah Allah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Its dome base is a ring of black bottles; the carpeting was donated by a prince of Saudi Arabia and bears his emblem
.
.
.
.
Panas berlengas masa ni
Tu yang gambar nampak cantik je warnanya ..
.
.
.
.
Ada banyak kedai makan dan kedai sebenier kat jalan depan Masjid Sultan ni ..
Kalau tak nak makan kat Zam Zam boleh je makan kat sini.
Oleh kerana banyak masa terbuang menunggu puak-puak yang tak reti nengok jam dan tak reti menghargai masa orang lain , tak sempat lah guide nak bawak ke Istana kampung Gelam yang kat sebelah Masjid Sultan tu ..
.
.
.
.
Sejarah Masjid Sultan
.
.
.
.
Restoren Zam Zam di back ground
Kat Singapura ni jangan nak suka suka lintas jalan di tempat yang tak sepatutnya ya ..
.
.
.
.
Next stop ..
Sentosa Island ..
Cantik benor lah bokeh lensa kamera ni ….
.
.
.
.
Bagi yang tak ke USS , kita ronda Sentosa Island ni ya ..
Kita naik tram ya!!
Tunggu di Beach Station Transfer Hub tu
Tram ni buat satu loop dalam Sentosa Island ni
.
.
.
.
Tunggu tram
Kita ke Palawan Beach
.
.
.
.
Ada beach
Ada jambatan gantung ke satu lagi pulau kecik kat belah sana Palawan Beach ni
.
.
.
.
Sebab sibuk nak ngambik gambar dari atas jambatan gantung yang berayun-ayun , terjadikah kejadian fon terjatuh …
Pucat muka sekejap ..
.
.
.
.
Ramai yang piknik kat pantai pulau ni
Panas berdenting masa ni !!
.
.
.
.
Sampai ke tepian pulau kecik tu
Ada platform
Memandang ke laut lepas
Kapal-kapal menuju ke Pelabuhan Singapura
.
.
.
.
.
.
.
.
Ada menara tinjau
Redup jugak dan berangin tempat ni
Boleh lah lepas lepak sekejap kalau kepenatan
.
.
.
.
Tu ha pantai nya ..
Pasirnya macam pasir yang ditambak ..
Rasanya pulau dan pantai buatan manusia ni …
.
.
.
.
Yang ni memang tak boleh blah
Memang saya tak boleh terima …
.
.
.
.
Continental is benua
Singapura adalah sebuah pulau
Pulau Sentosa adalah terletak di selatan Pulau Singapura
Palawan Island ni is a spit of an ISLAND off Pulau Sentosa
Macamana depa boleh kata sebuah pulau ni terletak di Continental Asia ?
Excuuuuse me ……
The Southern most point of Continental Asia is in Tanjung Piai , Johor ya … !!
.
.
.
.
Even kalau nak kira southern most point of Singapore pun dia tak layak pun … !
See !!!
.
.
.
.
Haaaa ..
Kalau sibuk sangat selpie sampai habis bateri … Boleh lah caj kat sini ..
Percuma !!
.
.
.
.
1% bateri naik untuk setiap 3 minit gohed basikal
.
.
.
.
Nak balik ke pangkal jalan kena tunggu tram macam tadi
Puas tunggu kat belah sini jalan asyik lah tram dah penuh bila sampai stesen ni ..
Maka nya kita orang tunggu kat belah sana jalan , tram masih kosong tapi kena buat satu loop sampai ke hujung jalan dan patah balik
Tak pe .. Tak jauh pun loop nya ..
.
.
.
.
Banyak tempat yang kita boleh explore kat Sentosa Island ni tapi sebab panas sangat .. kita orang decide nak balik ke pangkal jalan , cari kedai ada ekon dan lepak kat situ ..
.
.
.
.
Knowing Budak ni , pastinya kedai Candylicious tu lah tumpuannya ..
.
.
.
.
6:15 waktu berkumpul
6:45 baru semua ada
Tak ke hangin orang OCD time macam aku ni dibuatnya ..
Last tempat singgah , patutnya ke tepian Marina Bay Sands untuk pertunjukan light and show
Tiba-tiba ke sini pulak … Tanya tour leader .. tetiba depa decide nak ke light show kat Garden By The Bays ni
Weh … Aku ikut trip ni sebab nak ke light show kat Marina Bay Sands tu .. Yang kat Garden By The Bays ni dah 3 kali aku nengok !!
Very bad lah gini .. Main tukar tukar ..
.
.
.
.
Tapi sebab Budak Mata Besar ni tak pernah lagi nengok light show ni , kita layan je lah ..
Lepas dari sini terus naik bas tu balik Malaysia
Di Tuas smooth je .. Laju sebab ke mesin biometrik .
Singgah rehat di RNR Machap . Bilik airnya bersih . Suraunya luas dengan pengudaraan yang sangat baik . Nyaman dan segar udaranya , tak kopam macam kat Gelang patah tu .
Sampai di KL Sentral pukul 2 pagi
Alhamdulillah ..
.
.
.
.
Well ..
Ni first time Hakak ikut tour , jalan belakang guide . Serious
Selalunya macam biasa lah .. Baca , baca dan baca dan travel dan plan sendiri.
Singapura ni pun dah banyak kali pergi . Saja je nak buat day trip gini dengan Budak Mata Besar ni ..
Cadangan untuk penambahbaikan Trip Singapura Caravan Serai ni..
Pengurusan masa yang efisien . TEKANKAN tentang pentingnya menepati masa . Orang Malaysia ni suka sangat buang masa orang , tak hargai masa orang lain. Kena tegas . Kalau kata pukul 10 tu , make sure semua dah terpacak tunggu kat situ pukul 9:59 minit 30 saat .Kalau kat satu tempat dah lambat setengah jam , satu lagi tempat lambat lagi , setengah jam lagi .. Hancur lah semua plan berikutnya …
IKUT ITINERARI yang dah dijanjikan pada ‘ pengguna ‘ perkhidmatan anda .. Tak patut lah last minit nak tukar . Alasannya .. ‘ Ada orang kata kat sini lagi best dari yang biasa ‘ Walhal kau pun tak pernah nengok dua dua tempat untuk buat perbandingan ..
Untuk trip Caravan Serai ni .. Hakak bagi 2.5/5 bintang
Cukup makan je
Kalau markah SPM , apa ya … ? D ?
.
.
.
.
Sekian ..
berapa harga kak? yg menariknya sbb takyah pusing kepala nak piker pergi mana. tapi bab masa tu mmg hangin la juga…
RM 135 + SD15 untuk Guide and masuk Pulau Sentosa
kahkahkah gambar korang dia amikkan,
eh tapi lepas gambar ntah apa2 tu, cantik la gambar tu, kita suka!
ohoiii dia bawak kipas la hahahaha
ok 1st time nampak water lily gergasi tu, cantik gila kot
tak sukanya la org terhegeh2 tak tepati masa ni, pang kang
apa pun saya bagi 5 bintang untuk entry ni dan gambar bokeh yang sangat cantik
Salam semua 🙂 anda bole Dapatkan “SG City Tour 1-Day Package” from JB serendah RM99 dengan sis / beli any Tiket Masuk Singapore (USS dll) All at %Discount Promosi.. WHATSSAPP saya di +6012-7760219 (JESS) – Agent SG & JB *Contact: +6012-7760219, let’s visit SG soon 🙂 #LoveTravel lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86