SANTUARI IKAN KELAH SUNGAI RUOK : TASIK TEMENGGOR : ROYAL BELUM
.
.
.
.
Hari terakhir kami di Tasik Temenggor
Liat sungguh nak Subuh sebab sejuk ya amat !!!!
Boat house masih berlabuh di tempat yang sama dengan semalam .Tak bergerak
Aktiviti pagi ni ..
Apa lagi … Masuk tasik lah !
Mereka lah ..
Saya takut air !! Kahkahkahhhh !!
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang tak masuk air dah mula berZumba kat bawah sementara menunggu sarap siap
.
.
.
.
Rakit-rakit memang ditunda oleh boat house ni ke mana-mana ia pergi
Dua buah rakit buluh dan dua buah speed boat
.
.
.
.
Dah main buat formasi-formasi lak depa ni !!
Hunggah Dak Iyra bangun suruh dia nengok ..
Berkejaran dia turun bawah nak join sama !
Gosok gigi pun tak !!
Kahkahkahhh .. Kumur air tasik je !!
.
.
.
.
Hari ni dia tekad nak terjun tasik jugak!
Semalam tak jadik .
.
.
.
.
Habis diajak semua buat macam-macam formasi !
.
.
.
.
.
.
.
.
Kumpulan renang berirama Boat Abang Joe
.
.
.
.
X
.
.
.
.
Y
.
.
.
.
Ini adalah cara untuk menaikkan orang ke atas rakit dari dalam tasik
.
.
.
.
Dengan diiringi irama Dilwale ..
.
.
.
.
Kita santai-santai kat atas ni sambil nengok kumpulan ikan berenang
.
.
.
.
Dan kabus berarak di atas tasik ..
.
.
.
.
Ada yang tengah mancing kat belakang boathouse
Dapat Ikan Putih dan Ikan Talapia
Buat lauk tengahari nanti
.
.
.
.
Patutnya pagi-pagi lagi kita dah ke destinasi berikutnya
Santuari Ikan Kelah Sungai Ruok
Tapi Abang Joe kata ada banyak boathouse kat tasik ni hujung minggu ni , mesti ramai sangat kat sana tu nanti
Maka nya kita mandi-mandi dulu .. tengahari baru ke sana
Dari tempat berlabuh tadi tu ke Santuari Ikan Sungai Ruok tu jauh jugak
Dalam sejam lebih jugak
Sampai nak lelap-lelap kat balkoni tu . Best sangat sebab sejuk je angin menerpa-nerpa. Pemandangan pulak cantik sangat !
.
.
.
.
Oleh kerana air tasik tak tinggi , kena mendarat dekat sini
Kalau air tasik tinggi , speed boat boleh mudik sampai dekat dengan santuari tu
Yang tengah mendaki tu adalah Bonda . Dari Segamat tu .. Yang umurnya 70 tahun lebih . Yang amat gigih dan berusaha untuk daki , hiking , berenang , berakit , terapung .Yang saya pun tak berani . tabik sungguh kat dia ..
.
.
.
.
Kalau air tasik tinggi , boat akan sampai ke kawasan papan tanda ni ..
.
.
.
.
Jumpa si dia ni ..
Ulat gonggok besor !!!
.
.
.
.
Menggelitik-ngelitik geli nengok dia merayap gitu!!!!
.
.
.
.
Hiking manja-manja gitu.
Senang aje
Ada tali , kayu segala bagai untuk berpaut .
.
.
.
.
Depa kata kalau hiking-hiking ni , bagus pakai Adidas kampung
Kuat gripnya
.
.
.
.
Budak ni pakai selipar jepun je!!!! 🙂
.
.
.
.
Kalau ada tongkat hiking tu , boleh lah bawak dan guna masa kat Air Terjun Kooi tu dan kat sini .
.
.
.
.
Sampai lah akhirnya!!
Kolam tempat ikan kelah bermain-main ..
Di kaki air terjun
Dekat kaki air terjun tu dalam airnya ..
Tu yang Dak Iyra siap-siap bawak life vest sebab nak mandi kat sana
Saya .. Kalau masuk air , syaratnya kaki kena jejak bumi , kepala tak basah !! Tu saya berani .. :))
.
.
.
.
Maka mari lah kita mandi manda dengan gembiranya !!
Dah lama mandi baru teringat .. Eh .. mana ikan kelahnya!!
Air dah keruh sampai tak nampak ikan-ikannya ..
Ado ikannya … Kita duduk diam-diam dalam air tu , nanti depa datang main-main gigit-gigit kaki kita !!
Mula-mula geli .. Lama-lama best pulak rasanya ..
Ikan Kelah – Raja Sungai . Susah nak dapat pancing . Kalau dapat pun kena yang mahir betul yang dapat naikkannya
Ikan hidup boleh jatuh sampai rm1000 seekor . Untuk hidangan , lebih rm 1oo satu hidangan
Orang kata sedap sangat ikan kelah ni
Ikan kelah di santuari ni tak boleh diusik !
Kena denda nanti
Ikan kelah betina akan matang dan bila nak bertelur nanti akan naik mudik ke hulu sungai dan bertelur di celah-celah batu
.
.
.
.
Abang Joe dan beberapa orang yang lain daki lagi
Kali ni treknya memang mencanak naik 75 darjah
Mereka nak ke tapak Rafflesia
.
.
.
.
Belum matang lagi bunganya
Masih kudup
Sensitif Rafflesia ni
Kalau terusik , langgar sikit terus merajuk tak nak membesar dan reput terus.
Dulu-dulu Orang Asli cari Rafflesia ni , ambik , jual buat ubat . Sekarang dah tak dah .
.
.
.
.
Bunga terbesar di dunia
Ada 3 spesis rafflesia di Hutan Belum ni
.
.
.
.
.
.
.
.
Pelbagai jenis cendawan yang dia orang jumpa
Kita orang tak ikut manjat sampai sini . Tinggi benor !!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sejam lebih juga lah berendam
Dah
Jom balik
.
.
.
.
Kita orang turun dulu .Sebab tadi sampai dulu
Kelaparan sungguh !
Balik makan ayam goreng . Ikan Putih Goreng Garing . Talapia Masak Lemak . Pehhhh ….
.
.
.
.
Lupa sungguh nak nengok ‘crown shyness ‘ pokok-pokok dalam hutan tu hari tu..
.
.
.
.
Panas terik
Tapi Abang Joe kata dah masuk musim hujan sebenarnya
Nanti air tasik akan naik
Kalau banyak sangat hujan , air di empangan akan dibuka sedikit . Kalau tak nanti tinggi sangat nanti air kat tasik .
.
.
.
.
Balik houseboat .. Kemas-kemas ..
Dah mula rasa alaaaaa … Dah nak kena balik ke …..?
Malasnya nak balikkkkk ….
.
.
.
.
bila akak mention makan je, perghh balik penat2 sejuk makan, ikan goreng panas2, ayam panas2
mau bertambah tambah makan kak
lek je dak iyra pakai selipar jepun, tak licin ke hahahahaha
boleh imagine kekecohan si iyra terjun dan buat formasi, mesti meriah!
besaunya ulat gonggok tu, goreng garing pun sodap, cicah sambal belacan.
baru tau ada rafflesia kat dalam ni, lama lagi nak kembang tu.
ikan putih goreng garing memang pehhh… sedap sangat makan masa lapor-lapor tu !!
tambah 3 x!! kahkahkahh
ntahnya .. selamba je pakai selipar.. tak de lak pacat masa tu..
hahhaa.. aku yang kecoh sebab dia taaak terjun terjun!! penat tunggu!!
masak lomak pun sodap!! :))
1st time lapse tu.. hehe.. kenapa sorang je mendayung.. hehe.. kesian dia… ada satu je ke paddle?
Kalau saya takut la nak berakit mcm tu sebab tak reti berenang!
Good to know ada lifeboats/rescue boats rakit2 dan speed boats tu. Keselamatan mestilah diutamakan.
In any trip, jadi best bila ada sorang yang sporting like iyra dan sorang lagi merakam, kan. Fun!! Nice slow mo btw :).
Kesian la org yg nak tarik saya naik rakit. Habis senget terbalik tenggelam rakit tu dengan si penarik terhumban ke dlm tasik…. hahahaha… if I masuk tasik tu la that is.. hehe…
Yg 5 tu buat formation, yg iyra buat apa? A swim by ke.. hehe.. lucu!
Uwaaa…. video kabus atas permukaan tasik tu!!! Excitednya saya tgk! Tapi pendek sgt la.. kedekutnya! Hehehehe…
Saya suka kalau guide make an effort to avoid the crowd. Really. You know la kan, kalau dah ramai sgt pengunjung, jadi macam lemau la sikit.
Besarnya ulat gonggok tu!!! Kalau la masuk dalam seluar! Horror! Hhahaha…
Selipar jepun je… tsk tsk tsk… bahaya la. Saya yg diabetic ni kalau hiking lagi la mesti pakai stokin dgn proper shoes sebab takut kalau terluka walau sedikit pun.. bahaya !!!
“Kalau masuk air , syaratnya kaki kena jejak bumi , kepala tak basah”… omg.. we could be twins !!! Hehehehe…
Mcm mana rupa ikan kelah.. saya pun menggoogle… Oooo.. gitu…. betul ke ikan ni tak boleh diternak, katanya tak boleh hidup dlm sangkar, mesti dlm its natural habitat…?
Rafflesia tu masa kudup mcm tu ada bau kuat tak?
Yg berceranggak tu cendawan ke? Huii.. lain mcm… hebat sgt rupanya! Mcm coral dlm laut !
ada dua paddle. ada dua rakit. satu paddle satu rakit gitu.. yang lain tolong dayung dengan tangan 🙂
kann.. walaupun pakai life vset !! ada kawan saya cerita , kat Tasik Temenggor ni lah.. dia berenang , berakit . pakai life vest tu .. tiba-tiba rsa makin tenggelam .. makin berat !
rupa-rupanya life vest tu dah expired . and air start menyerap masuk ke dalam the thingy kat dalam tu amd diserap and it gets heavier and heavier and tarik dia masuk tasik!!!
alhamdulillah dia pandai berenang !! but still.. susah sebab life vest tu dahberat and susah nak berenang !!
alhamdulillah dia sempat sampai ke rakit!!
tu yang saya takut sangat nak masuk tasik tu bila dengar cerita dia !! kalau kat swimming pool boleh lah orang nampak kita kalau tenggelam.. ni Tasik temenggor !! more than 100 meter dalamnya .. arwah lah…
ifon ada slo-mo.. samsung tak ada kannn?
hahahaa.. kan.. mesti orang yang tarik kita tu terlentang ke dalam tasik !!! :))
masa formation 5 orang tu dak iyra belum masuk tasik lagi.. tidorrr lagi..
time lapse kabus tu ada yang panjang . tapi goyang .. pening nanti nengok.. nanti saya wassap eh..
dia kata tak payah nak adidas kampung bagai.. selipar jepun kampung je .. saya tak berani.. licin karang !
kalau kelpala masuk air.. nanti air masuk telinga.. nanti telinga bengang .. nanti kena infection kalau tak kering ..bahaya .. [ alasannya]
tak tahu lah saya pasal ternakan ikan kelah tu ..ada dengar eh ? kat selangor ni satu santuari ikan kelah . dekat sungai chiling . dah pergi ?
rafflesia masa kudup tu tak ada bau depa kata.. even yang kembang tu pun saya tak boleh bau sangat . jumpa masa kat kundasang dulu
ha ah cemndawan .. kann??!! macam corals.. amazing!