AIR TERJUN KOOI . TASIK TEMENGGOR. ROYAL BELUM

.

.

.

.

Balik dari Kampung Aman Damai

Apa lagi ..

Makan lah !!

Sedap sungguh lauknya !!

Ikan Putih Goreng Garing tu paling sedap makan dengan nasi panas-panas

Sementara orang sibuk ambik makanan , saya pergi mandi dulu . Panas melekit sangat kat Kampung tadi tu

Ada 4 bilik air di boathouse ni . Dua kat atas . Dua kat bawah

Bilik air kat atas sentiasa penuh sebab makcik-makcik ni ramai . Maka nya.. Kita orang dengan aman damainya guna bilik air kat bawah..

Lepas mandi nengok-nengok lauk ayam dah habis .. Ada sayur lemak dan ikan goreng je .. No hal …

.

.

.

.

Selesai makan dan solat ..

Briefing lagi oleh Abang Joe. Dah .. Moh kita ke darat balik

Kita ke Air Terjun Sungai Ko’oi

Ko’oi bahasa Jahai . Maksudnya damai .. Rasanya ..

.

.

.

.

Langit biru . Hutan hijau . Tasik hijau .

Cantik dan tenang sungguh Hutan Belum ni

Paras air tasik tak berapa tinggi

Boleh nampak aras ketinggiannya kat tepi tebing tu

.

.

.

.

Kenapa dipanggil Belum ?

Menurut orang lama Kampung Belum Lama , nama Belum ini diilhamkan daripada bunyi-bunyian di dalam hutan ini.

Daripada serangga hutan . Belalang kayu . Yang warnanya seakan-akan kayu pokok . Kaki panjang , badan berwarna perang coklat

Dipanggil Belang Belong

.

.

.

.

Belalang Belang Belong ni aktif pada waktu malam

Malam-malam dok berborak

‘ Belang Belom .. Belang Belom .. Belomm ..Belang … Bang Belang datang …. ”

Dan kerana bunyi belalang itu lah kampung itu diberi nama Kampung Belum

Eh .. Chop !!

Besarnya tunggul kayu tu!!

.

.

.

.

Tak jauh

Dalam 10 minit gitu ..

Sampai di tempat pendaratan

Dan mula nampak satu lagi tunggul kayu besar ya amat !!!

.

.

.

.

Itu bukan akarnya

Itu banirnya !

.

.

.

.

SubhanAllah

Besarnya tunggulnya !

Tak boleh bayangkan besar dan tinggi mana pokoknya semasa hayatnya !!

.

.

.

.

Harap-harap dapat lah jumpa hidupan liar nanti ..

Yang kecik-kecik !!

Tak nak yang besar-besar !!

.

.

.

.

Terdapat 10 spesis Burung Kenyalang di Hutan Belum ini ..

Mempunyai paruh berbentuk tanduk lembu . Paruhnya berwarna garang. Bersesuaian dengan nama  saintifiknya  ‘Buceros’ yang merujuk kepada bentuk paruhnya bererti ‘tanduk lembu’

.

.

.

.

Senyum-senyum lah ko kak !

Ko tu tak pernah hiking segala bagai tau !!

.

.

.

.

Dak Iyra biasa hiking..

Kena hiking ‘sikit ‘ untuk ke air terjun tu

Dalam 30 minit

‘ Sikit ‘ is subjective

‘ 30 minit ‘ pun subjective

Yang tegap lincah 30 minit kot .. Yang tak pernah hiking ? Yang makcik-makcik tu ..? 🙂

.

.

.

.

Masa atas bothouse , gigih lah kita orang sapu minyak serai wangi sepanjang-panjang kaki , tangan , leher .

Takut pacat

Tapi dengarnya .. kalau keadaan panas dan kering tak ada pacat

Dan pacat tak attack orang yang di barisan hadapan . Sebab pacat belum ready . Bila dah ramai-ramai lalu , baru pacat attack . Sebab dia dah terganggu oleh pegerakan-pegerakan orang kat depan tadi tu .

Sign board yang dah jatuh ..

.

.

.

.

Dengan lafaz bismillah .

Dan dengan ucapan Salam dan Doa Nabi Sulaiman kami mulakan langkah

Jangan memain .. Hutan ni ..

Mulut pun jangan longkang dan celupar ..

Senyum lagi eh kao kak kat sini… Kahkahkahhh

.

.

.

.

Sampai di pit stop pertama …

Ababg Joe mula bukak cerita pasal pokok-pokok dalam Hutan Belum ni

Pasal pokok yang nampak kat trek ni je lah..

Pokok Medang nama pokok ni .

Nengoklah banirnya tu !!

Punya lah besar !!

Berapa pemeluk agaknya ni eh .

Dan umurnya .. Dalam 200 tahun lebih  !!

 

.

.

.

.

Kalau dalam hutan , kalau perlu pertolongan , kalau jerit-jerit .. Akan bergema

Kalau orang nak tolong , tak dapat nak pin point kat mana korang , sebab gema tu .

Maka nya .. anbik satu benda keras , macam batang pokok . Yang besar kira dua lengan lah .. Ketuk kat banir ni..

Bunyinya … Peh .. Berdengung ..

Kalau ada orang yang dekat-dekat .. InsyaAllah akan dengar

Kalau ketuk dua kali .. Makna kita perlu pertolongan , tapi kita masih boleh berjalan . Yang mendengar ketukan akan menjawab dengan dua kali ketukan juga ..Dan kita akan ke bunyi ketukan itu

Kalau kita cedera , tak boleh berjalan , kita ketuk 3 kali . Yang mendengar akan tahu kita tak boleh bergerak . Dan akan menyahut dua kali ketukan , dan akan datang mencari kita ..

.

.

.

.

Dan kalau kita rasa-rasa diekori oleh binatang di dalam hutan , gunakan banir pokok ini sebagai tempat berlindung , menyorok

.

.

.

.

Treknya tak lah susah sangat

Ada je batang-batang kayu dan tali kat tepi trek untuk bantuan pendakian

Hakak je yang tak fit .. Kahkahkahhh ..

Tambahan pulak … Kalau travel-travel gini .. Tak minum air banyak .. Mulalah dapat UTI .

Sikso menahan kencing dan kepedihannya …

Akhirnya sampai ke air terjunnya !!

Alhamdulillah ..

.

.

.

.

Dak Iyra nak panjat sampai ke kaki air terjun

Hakak sampai sini je lah..

Dengan ucapan .. Ko ambik lah gambar banyak banyak eh !!

.

.

.

.

Sikitttt lagi je dah sampai kat atas tu..

.

.

.

.

Antara air terjun yang tertinggi di Belum ni ..

Air terjunnya tak ada kolam air di kakinya

Air terus mengalir ke bawah

.

.

.

.

Cantik . SubhanAllah cantiknya air terjunnya..

Air mengalir dengan banyak  , titisan-titisan air yang mengalir turun ..

Macam tirai air gitu ..

 

.

.

.

.

Kalau nak mandi kena panjat batu-batu tu

Licin tau!

.

.

.

.

Airnya sejuk , dan suci bersih !!

.

.

.

.

Abang Joe memphoto-bomb

.

.

.

.

.

.

.

.

Dah ..

Jom turun ..

.

.

.

.

Kahkahkahh

Nampak tak ?

Dah hilang kesenyuman semua orang !!

Capek !!

.

.

.

.

Sampai boathouse , ramai yang mintak nak mandi tasik . Sementara nak tunggu dinner siap

Abang Joe kata ..

Go Mandi !!!

Dengan semangatnya ramai jugak lah yang terjun tasik

Wajib pakai life vest ya !

Semangat Dak Iyra ni nak torojun

Hakak pun onyomark geset go lah nak ambik bideo …

.

.

.

.

Inilah outcome nya … 🙂

Tak pe

Esok masih ada ..

 

.

.

.

.

Sekali bodontum guruh petir kilat !!

Berterabur naik yang lain tu bila Abang Joe jerit suruh naik !

Hujan turun selebat-lebatnya !!!!

Habis basah tempias segala ruang dalam boathouse !!

Patutnya malam ni ada BBQ . Tapi dah habis basah lencun segala bagai .. Kita goreng je lah ayam dan hot dog tu ya …

.

.

.

.

Dan patutnya malam tu ada sessi beramah mesra dan denda mendenda yang kalah menyumpit tadi tu

Tapi sebab Abang Joe ada emergency , jadi sessi berkenal-kenalan je lah

Ada peserta boat house kat sebelah yang mendapat berita Ayahanda beliau meninggal malam tu dan nak balik ke Jeti untuk bertolak balik ke rumah malam tu jugak .

Boatman boathouse sebelah tu tak berani nak berspeed boat ke Jeti malam-malam. Abang Joe yang tolong hantarkan orang tu

Memang kagum gila lah kat Abang Joe .. Malam-malam beb! Hujan pulak tu !

Tasik ni luas gila ! Terang mana sangatlah lampu speed boat tu nak menerangi laluan !

Dia mesti dah hapal segala laluan , tunggul balak ..

Banyak ilmu betul …

Dah nak dekat pukul 11 malam baru Abang Joe balik semula ke boathouse

Yang bestnya Abang Joe ni , setiap kali ada trip , lepas sessi berkenal-kenal , denda tu , dia akan buka sessi bercerita tentang sejarah Belum .

Tadi saya cerita pasal belalang Belang Belum yang dikatakan berasalnya nya nama Belum tu

Abang Joe pula menceritakan tentang satu lagi cerita bagaimana nama Royal Belum itu diperolehi

Tentang Raja di Hilir yang masih  ‘ belum ‘ ditabalkan menjadi Sultan Perak hingga ketika ini.

Tentang Empangan Temenggor , Komunis , tentang Melayu

Sangat menarik dan membuka mata

Don’t miss this session kalau naik boathouse Abang Joe

.

.

.

.

 

Tak ada nyamuk kat Belum ni’

Ada macam nyamuk tapi bukan nyamuk

Tak gigit orang

Kalau bukak tingkap , depa akan masuk beramai-ramai , bersidai kat dinding ..

Malamnya .. Sejuk ya amat !!!!!!!!

Menggelatuk kesejukan !!

Memang korang kena bawak sleeping bag kalau pergi sini !!

.

.

.

,