PULAU TUBA III : JETI LAMA PULAU TUBA .

.

.

.

.

Hari ke 2 di Pulau Tuba

Subuh sepi-e lagi dah bangun

Solat

Bukak pintu

Jenguk kat balkoni …

Nampak ni ..

.

.

.

.

Jom jalan sampai ke hujung jeti pagi ni !!

Ada lah dalam 1 km jugak panjangnya jeti lama tu !!

.

.

.

.

Aircond bilik sejuk

Nyaman je

Maka nya bila keluar je bilik .. Habis berwap segala lansa kamera!!

Alaaaaaa a……. Matahari naik makin cun pulak tu

Tak boleh nak kesat-kesat .. Tak jadik .. Kena tunggu wap-wap tu kering sendiri …

Dapatlah gambar yang tak semenggah sebegini …

.

.

.

.

Tu Pulau Enggang

Ada rumah api kat pulau tu

Dah pagi ni dah padam dah isyaratnya tapi ..

Depan Pulau Enggong tu ada satu pulau kecik

Pulau Pasir namanya ..

 

.

.

.

.

Sedih sungguh bila nengok gambar jadik gini ….

.

.

.

.

Kalau belah Kampung Tepi Laut ni kita akan nampak matahari naik

Kalau kat jeti belah Kampung Bagan Asam , Tanjung Pandan , Tanjung Rami , Bagan Pauh tu boleh nampak matahari jatuh ..

Pun cun jugak ..

.

.

.

.

Langkawi di kejauhan ..

Ni di jeti di pertengahan jeti ..

.

.

.

.

Nelayan dah mula turun ke laut

.

.

.

.

Matahari cantik tapi terlindung di balik awan

.

.

.

.

Air tak berapa pasang lagi sebenarnya ..

.

.

.

.

Akhirnya sampai ke penghujung jalan ..

Cantik beb !!

.

.

.

.

Ada satu pondok lama

Paku pakis memenuhi bumbung jeti

.

.

.

.

Belanja sikit panorama sekitar jeti ..

.

.

.

.

Pagi semakin cantik ..

.

.

.

.

Kalau bawak picnic basket memang layan piknik kat sini ni ..

.

.

.

.

Ada 99 buah pulau di perairan Langkawi ni

.

.

.

.

Ada bunyi bising-bising dekat atap pondok tu .

Ada kelawar bersarang

.

.

.

.

Tunggu masa nak reput jatuh ke laut je pondok tu ..

.

.

.

.

.

.

.

.

Bokeh 40 mm ni memang cun

50 mm saya dah rosak . Tak boleh auto focus

Tak lah rosak .. Kena fokus secara manual .. Boleh je guna lagi

Banyak nho tangan yang guna..

Sukan lah .. Hari Koperasi lah .. Band sekolah lah ..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Geng Kembara Pulau Tuba

Gitu lah perangainya kalau ambik gambar

Sorang suka bergambar

Sorang buat muka

.

.

.

.

Dah ..

Jom balik bilik

Sakit perut ni ..

Bukannya boleh lama-lama duduk atas simen ..

.

.

.

.

.

.

.

.

One last panorama

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Lama jugak duduk kat jeti ni sebab nak buat benda ni ha ..

.

.

.

.

Time lapse ..

Tripod kecik yang memang ada dalam beg kamera tu hilang gaib dah .

Sorang pun tak ngaku usik

.

.

.

.

Sementara pagi masih sejuk .. Jom kita gohed basikal keliling kampung !!

.

.

.

.

Mula-mula ada hati nak kayuh sampai ke hujung jeti pagi tadi tu ..

Tapi oleh sebab macam terhuyung-hayang je ngayuh … Tak jadik ..

.

.

.

.

Keriuk keriuk bunyi tayar!! :))

.

.

.

.

Yang dah dapat basikal jalan dulu

Kita pergi jenguk Farizwan Motel kat sebelah Tuba Beach Resort ni ..

.

.

.

.

Basikal Dak Iyra pancit

Kena tukaq lain

Pun berkeriuk jugak ..

.

.

.

.

Apesal namanya Pulau Tuba ?

Sebab banyak pokok tuba kat pulau ni ..

Derris elliptica

Digunakan untuk meracun serangga , untuk menuba ikan , menyumpit binatang

Untuk mengubat penyakit pokok yang diserang kutu , hama dan ulat

Juga untuk mengubat gatal dan bengkak nanah pada manusia .

Ada banyak pokok tuba ni di tengah pulau

 

.

.

.

.

Jom cari pokok tuba ..

Suasana sejuk , tenang je pagi pagi ni.

Cuma banyak booby trap kat tengah jalan tu yang sesekali mengganggu hidung ..

.

.

.

.

Ada Klinik Desa

Macam tutup je

Mungkin pagi sangat kot

.

.

.

.

Pokok cycad yang tua yang sampai pecah pasunya sebab batangnya yang dah besar sangat

.

.

.

.

Masa nak keluar kampung ni dah nampak ada satu kedai makan dah bukak

Ramai jugak yang datang beratur beli makanan

Belah kiri jalan ni.

.

.

.

.

Tak jauh dari simpang .. Nampak sekawan kerbau tengah meragut rumput di tinggalan bendang

.

.

.

.

Ada jalan kecik masuk celah-celah bendang tu

.

.

.

.

Apa lagi ..

Laju je lah kita orang gohed basikal masuk jalan kecik tu

.

.

.

.

Dah tak buat bendang rasanya orang-orang kat sini ..

Dah jadik kubang kerbau

.

.

.

.

Dah macam Cik Salmah Misi nak pergi kerja lak ..

Sarip Dol je tak ada

.

.

.

.

Lagi dekat kita orang datang lagi jauh depa lari ke belakang !

.

.

.

.

Jalan kecik tu sampai kat belakang sana

Ajak dia orang ni gohed basikal sampai sana tak mau pulak !

Takut kerbau tu kejar ..

Hishhhh budak-budak bandar ni kan…

Kerbau manalah kejar orang !!

.

.

.

.

Anjing takut

Kerbau takut

Lembu takut…

.

.

.

.

.

.

.

.

Kerbau-kerbau mula lari meninggalkan kami..

.

.

.

.

Bye korang !!

.

.

.

.

Depa still tak nak ikut saya sampai ke hujung jalan ni..

Depa kata ada Jing Jing Anjing kat depan sana tu

.

.

.

.

Masak rondang sodap ni..

.

.

.

.

.

.

.

.

Depa tinggalkan saya !!

:))

Cantik jadiknya nampak embun di rumput tu dilanggar oleh tayar basikal

SKPT

Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba

Tengah ada perhimpunan mingguan kat sekolah tu pagi tu

.

.

.

.

Ngayuh ke depan lagi

Jumpa Masjid Al Wafa

Salah satu daripada dua masjid di pulau ini

.

.

.

.

Depan masjid ada Tanah Perkuburan Pulau Tuba

.

.

.

.

Sempat sedekahkan Al Fatihah untuk semua di sana dan baru sempat bacakan tiga empat kali Surah Al Ikhlas tak sempat sebelas kali tiba-tiba nampak depa ni konar ..

Kenapa woi !!??

Rupa-rupanya depa nampak sebuah motor dengan dua penumpang nak balik rumah , bawak banyak bungkusan makanan ..

Dan depa serentak berpikir .. Karang habis pulak makanan kat kedai tadi tu !! :))

Lantas kami pun konar balik ke Kampung Tepi Laut tu ..

.

.

.

.

Inilah sarap yang ditakuti habis tu ..

Nasi Lemak Kuning Pulau Tuba

Ada banyak pilihan lauk

Gulai udang

.

.

.

.

Ayam kicap

.

.

.

.

Sedap sangat nasi nya!!

Patut lah orang dari tadi dok beratuq dan berbungkus-bungkus beli …

.

.

.

.

Pak Imam Pulau Tuba punya kedai makan …

Eh ..

Sebut pasal Pak Imam ..

Teringat pulak Pak Imam Masjid Lisbon 😉

.

.

.

.

Dah kenyang isi minyak .. Kita orang gohed balik basikal

Ke belah utara pulak..

Nak cari Jeti Teluk Bujur

Mula-mula elok je jalannya mendatar ..

 

.

.

.

.

Bila jalannya mula menanjak , hati mulai gusar ..

.

.

.

.

Nengok dekat Google Map ..

Jauh lah lah weiiii !!!

Kahkahkahh

Maka kita orang pun berpatah balik ke pangkal jalan …

.

.

.

.

Masa sebelum patah balik tu ada seekor lembu besar ni kat tepi jalan nengok je kita orang

Mula lah yang dua orang tu takut nak lalu

Masa berpatah balik tu .. dia ajak geng lah !!

Haiyooo !! Kahkahkahhhh

Ada dua ekor lagi geng dia main stare stare kat kita orang !!!!!

Lembu tak kejar manusia kan?? Kan ?? Kan ???

.

.

.

.

Pack-pack barang ..

Firdaus tolong hantarkan ke Jeti Teluk Bujur jugak

Ingatkan nak balik ikut Lubuk Cempedak macam masa mula-mula .. Tak jadik ..

Sebab dari Jeti Marble kat Langkawi lagi senang nak cari transport ke tempat seterusnya nanti

.

.

.

.

Jeti Teluk Bujur

Naik buggy . Firdaus hantarkan..

.

.

.

.

.

.

.

.

Comel seat motor ni

Cadangnya nak ke Pulau Tuba ni dengan Dak Azie Geng Hanoi hari tu..

Dia tak jadik pergi

Kalau dia jadik elok lah boleh ambik dua buah motor buat ronda Pulau Tuba ni ..

.

.

.

.

Salah kat peta tu..

Kat Jeti Lama tu sunrise .. Bukan sunset ..

.

.

.

.

Tiba-tiba masa tengah kecoh kecoh nak tenkiu-tenkiu kat Firdaus …

Terdengar sesuatu ..

” Dr Singa kan ??!! ”

Haaa..

Mulut saya sudah ternganga ..

Siapa pulak yang kenal aku kat pulau ni ..

Teringat kejadian yang sama dulu .. Kat Surabaya tapi ..

‘ Gerbera .. kata dia ..”

Terus tahu siapa .. 🙂

Kenal di IG

Kaki lari , kaki panjat gunung ..

Tak sangka pulak dia cam saya ..

Depa berdua baru sampai di Pulau Tuba ni

Balik hari

Dan ghreti bawak motor .. 🙂

Dak Iyra je yang ghreti bawak motor ..

.

.

.

.

Dengan Firdaus Tuba Beach Resort..

.

.

.

.

.

.

.

.

Meh datang cabut gigi meh !!!

.

.

.

.

Dok promote kat Gerbera Mee Udang Tembun yang dekat Tanjung Pandan tu ..

Masuk je bot jumpa lah Tokeh Mee Udang tu dalam bot , nak jenguk bonda dia kat Spital Langkawi..

Maap lah ya Gerbera …. Kalau tak dapat makan Mee Udang tu .. 🙂

.

.

.

.

Destinasi seterusnya ..

Pe lagi ..

Melawat Pak Mail lah …

Hambik kau !!

Harga cekelat lagi mahal daripada tiket kapal terbang Abang Long !! :))

.

.

.

.

Kiosk Sepupu Dak Iyra

Nak beli baju Kof Dal Ha tapi tak ada saiz..

Selamat ..

Kalau tak mesti dah kena paksa beli dan pakai next trip nanti!! 🙂

.

.

.

.

‘Cantik-cantik baju tie dye dia..

Ni tie dye betul ya ..

Bukan cetak

.

.

.

.

Merah Biru tu cantik !

Boleh aje saya buat design gini

Malas nya tapi …

.

.

.

.

Penerbangan yang smooth

Alhamdulillah ..

.

.

.

.

Seperti biasa , parkir di Putrajaya Sentral

Murah dan selamat

Sekarang dah boleh guna Touch and Go untuk bayar parkir

Bagi yang masih tak tahu ..

Kalau nak save naik ERL transit  tu .. Naik dari KL Sentral ke TBS ke .. Turun di Putrajaya Sentral , atau Salak Tinggi

Keluar .. Tet Touch and Go / tiket . Beli tiket lain ke KLIA /klia2 . Tet masuk balik .Tunggu tren

Save dekat RM30 rasanya

Kena tunggu tren berikutnya lah tapi ..

Kalau kau sado .. Dan guna Touch and Go .. Boleh je try tet keluar , tet masuk dan lari kejar tren yang sama ..:))

.

.

.

.

Alhamdulillah trip yang berjaya..

.

.

.

.

Till the next trip ….

🙂

.

.

.

.

Oh ya ..

Pasal pencerapan Marikh dan Gerhana Penuh tu nanti ..

.

.

.

.

Jumpa satu video Kumpulan Budaya Harapan Pulau Tuba ni..

Layan ..

.

.

.

.

 

Advertisements