PULAU TUBA II : KUCING , KEPAH , MENCERAP BINTANG
.
.
.
.
Dah puas caj mata dan bateri lepas pekena Mee Udang ..
Jom kita ke sekitar Kampung Tepi Laut Pulau Tuba ini !!
Matahari dah redup sikit
Air pulak dah surut .. Tak boleh mandi laut ..
.
.
.
.
Itu lah jeti nya kalau di nengok dari atas!
Panjang
Ada dalam 1 km
Dulu-dulu memang penduduk sini guna jeti ni.
Sekarang tak lagi sebab dah ada jeti yang baru , lagi besar . Bot , kapal besar boleh berlabuh di Teluk Bujur
.
.
.
.
Banyak kedai makan kat Kampung Tepi Laut ni
Pak Su tak bukak malam ni
Tapi bukak TV malam nanti untuk nengok World Cup
.
.
.
.
Kalau nak sewa motor , boleh je dari Tuba Beach Resort
Atau ada satu lagi tempat dekat hujung jeri tu
Qody ni femes jugak dengarnya . Peserta Mentor Millenia dulu.
Saya tak kenal tapi nya ..
.
.
.
.
Ada satu pondok polis siap dengan kuartersnya
.
.
.
.
Ni kat simpang jalan nak ke Tuba Beach Resort dan Farizwan Motel
Dua puluh langkah dari resort
Banyak jualannya!
Ada karipap , spera , coq udang , puri , popiah
Sedap !! Sangat !
[ Dan tak letak togeh !!! Saya anti togeh ] “))
.
.
.
.
Siang depa berjualan ni
Fresh . Made in situ
Malam jual berger hingga 11 malam
Tak akan kelaparan lah kalau duduk kat kampung ni ..
.
.
.
.
Puri cecah gulai daging sedapppp sangat !!
.
.
.
.
Nasi ni tak try tapi
.
.
.
.
Kekurangan bekalan air mineral
Akak yang berniaga tu offer pinjam motor dia kalau nak pergi kedai..
Melompat lah kita orang naik ! Tak nak ambik duit minyak pulak tu ..
Pulau Tuba ni orang panggil Pulau Islam
Hampir 5000 penduduk . Semuanya Islam
Ada 7 buah kampung
Kampung Telok Bujur
Kampung Lubok Etok
Kampung Telok Berembang
Kampung Lubuk Chempedak
Kampung Bagan Asam
Kampung Bagan Pauh
Penduduk kampung nya amatlah peramah dan baik-baik belaka ..
Dah balik dari kedai baru perasan dekat Resort ada mesin air Cuckoo tu …
.
.
.
.
Oleh sebab tak boleh mandi laut .. Kita bukak cadangan untuk kegiatan lain
Jom cari kepah !
.
.
.
.
Korang tahu tak betapa susahnya nak cari kepah ?
Susah …
Maka nya jangan dok komplen mahal lah kepah kat pasor tu …
.
.
.
.
Batuan pulau yang Abang Long kata ‘ macam zaman prehistorik ‘
.
.
.
.
Lawo lak bot tu berseorangan kat situ ..
Apa kata kita kacau dia …
.
.
.
.
Mula-mula nak buat ala-ala Gerua tapi seksa hanat nak panjat !
Nampak je macam tak tinggi ..
Ada video Dak Iyra berhempas pulas nak manjat tapi mesti putus kawan lah kalau saya letak kat sini !! :))
.
.
.
.
Pinjam dua batang pencakar
Satu buat cari kepah
Satu buat garu belakang yang gatal ..
.
.
.
.
Jom kais petang makan petang !!
.
.
.
.
Saya cakap kat Dak Iyra..
Kalau dapat banyak kepah kita mintak Akak kat resort masakkan
Kalau dapat sikit kita lepaskan je lah balik dalam pasir ..
Tak berbaloi
.
.
.
.
Dapat banyak !
Tiga ekor ! Cukup lah … Boleh bahagi seorang seekor
Kahkahkahhhh ..
.
.
.
.
Ha kan ..
Sekarang dah tahu susah cari kepah ni ..
Selamat lah kau kepah tak masuk perut kita orang !!
.
.
.
.
Ramai pencari kepah petang tu ..
Tu guru-guru pelatih dari Maktab Perguruan Perlis yang menginap di Farizwan Motel kat sebelah Tuba Beach Resort ni tengah beriya-iya mencari kepah jugak ..
.
.
.
.
Lime stone rock formation ..
.
.
.
.
Alur sungai mengalir masuk laut
.
.
.
.
Limestone / batuan kapur ni boleh bertukar menjadi marmar apabila ada perubahan suhu dan tekanan
Sebab tu ada banyak marmar di Pulau Langkawi dan Pulau Dayang Bunting
Kat Pulau Tuba ni tak tahu lah pulak ..
.
.
.
.
Setelah melepaskan hasil tangkapan kerukan balik ke dalam pasir .. Kita kembali ke darat ..
.
.
.
.
Dah rembang senja
Kalau ke hujung jeti nanti tak sempat nak mandi kolam
Kalau mandi kolam dah basah basah nanti takkan lah nak berlarian ke hujung jeti ..
.
.
.
.
.
.
.
.
Maka nya jom mandi kolam !!
.
.
.
.
Yang bestnya tak ada orang lain pun !!
Kita orang bertiga je !!
.
.
.
.
Ada seekor kucing dok manja-manja datang mintak makanan
Mana lah ada makanan .. Kita orang nak mandi
Janji dengan dia datang malam karang kat Dewan Makan nanti kita orang belanja makan ..
Malam ni dah mintak Firdaus arrangekan Sea Food Shell Out kat Resort ..
Yup .. Trip ini adalah trip makan dan rentung ..
Nampak tak kucing tu tengah minum air kolam ?
.
.
.
.
Ni bukan kucing
Dugong ..
.
.
.
.
Dengan beraninya bagi Dak Iyra bawak kamera dalam kolam …
.
.
.
.
.
.
.
.
Dinner kami …
.
.
.
.
Sedap !! Ketam , udang , kepah
Kucing tadi tu datang tuntut janji ..
.
.
.
.
Lepas makan , kita orang pergi balik kat berai tepi simpang petang tadi tu ..
Order burger pulak untuk masa depan..
Dan ice hazelnut coffee , ice popcorn caramel dan ice vanilla yang sedap !!
.
.
.
.
.
.
.
.
And this little gem came sitting near us , wanting to be cuddled
.
.
.
.
Comel sangat !
Dan sangat manja !!
Saya siap kata .. Kalau dekat dah catnap bawak balik ni !!
Tiba-tiba Tuan Gerai kata .. Jangan .. Nangis kami nanti !!
:))
.
.
.
.
We are cat people ..
.
.
.
.
Bulu dia cantik
Kembang
Ekor pun kembang ..
.
.
.
.
Dah kekenyangan
Dan malam masih muda ..
Masa ni lah semua nak ke jeti pulak …. Malam-malam ni ..
Dak Iyra nak pergi jauh-jauh hujung jeti ..
Saya tak mau .. Sebab macam menyeramkan aje malam-malam ..
Ada lah lampu di beberapa bahagian jeti tu .. Tapi tak sedap hati nak pergi jauh sangat
Dah lah gelap , tempat orang pulak .. Laut pulak .. Orang saya tak takut . Yang bukan orang saya takut :))
Maka pergi dekat-dekat aje
.
.
.
.
Mari mencerap cakrawala !!
Saya suka guna Apps Sky View
Senang nak cari segala ‘ celestial bodies ‘
Bila pandang ke langit .. SubhanAllah .. Bertaburan bintang-bintang !!
Pencemaran cahaya pun minima .. maka nya cantik sungguh langit !!
Bila bukak Apps .. terbentang luas Galaksi Bima Sakti atas kepala !!
Saya memang unprepared .. Tripod tak bawak .. Lensa 40 mm . Ada kit lense 15-45 mm tapi tak jumpa pulak macamana nak manually focus kat Si Mirrorless ni
Hadoiii …
Maka berbincang lah kami anak beranak macamana nak tangkap Si Milky Way tu ..
.
.
.
.
Memang terbentang luar depan mata ..
.
.
.
.
Best Apps Sky View ni ..
.
.
.
.
Nak dengar cerita Musang dengan Anggur ?
Ada seekor musang . Nampak buah anggur atas pokok
Cuba nak ambik .. Tak sampai
Lompat-lompat pun tak sampai. Panjat lagi lah tak ghreti
Akhirnya .. Musang kata ..
Eleh … Anggur tu masam …Tak nak punnn
.
.
.
.
Musang itu saya
Anggur itu Bima Sakti
.
.
.
.
Eleh .. Kata saya .. [ Sang Musang ]
Kalau bawak segala bagai pun … Kalau dapat ambik gambar Bima Sakti tu pun … bukannya ghreti nak edit Bima Sakti tu bagi nampak dan nampak cantik …
Ini lah ‘ anggur ‘ saya
Guna 40 mm
Kahkahkahh
Hadoi…
Lain kali kita kalau datang sini mesti mau bawak segala tripod , wideangle segala bagai ya !!
.
.
.
.
Kita simpan dalam minda aje lah kecantikan beribu bintang dilangit kini menghilang meraba aku dalam kelam rembulan mengambang kini makin suram pudar ilhamku tanpa arah
.
.
.
.
.
.
.
.
Oh ya
Pada star gazers macam saya
Malam 27 Julai ni Planet Mars akan berada paling dekat dengan bumi dan akan boleh dicerap dengan jelasnya dengan teleskop
Jom ke Planetarium negara , bermula dari 9 malam hingga 11:30 malam
Dan juga akan ada InsyaAllah fenomena gerhana bulan penuh pada malam yang sama , boleh dicerap dengan mata kasar atau juga sambung je dari pencerapan Mars / Marikh tu di Planetarium Negara bermula dari 1 pagi hingga 7 pagi ..
Jom ..
#earthisnotflat
hahhahaha 3 ketul kepah, celah gigi pun malu nak lekat kak oiiiii
kita sama, geng tak suka togeh!
mana gambar ko jadi dugong kak
yesss!!
sep!!
togeh adalah tak sedap!!
gambar aku..?
hahahhaa
Kesian abg Long kena cari kepah dgn mak dia.. hehe… dia enjoy tak tu.. kan ni trip dia.. hehehe… kalau saya lenguh la kaki nak cangkung lama-lama.. haha.
Love, love , love the lime stone rock formations!! Prehistoric looking indeed!
Alaaa… bagi la 3 ekor tu pada guru-guru pelatih tu…. hehe…
Comelnya meow tuuu..! Klu tak boleh bawak balik yg tu, tak de ke siblings dia? Hehehe…
Frust kan bila masa-masa cam tu gears tak bawak! Urgghhh.. hehehe. Apa pun I guess tripod penting. Klu ada yg kecik ketot tu pun ok. Asal camera is stable.
dia tak nak bangun dari katil sebenarnya.. kena paksa dengan kak Iyra..
kalau denga mak dia.. tak denya dia nak bangun !!
kann..??!! so prehistoric looking!
gorgeous colours
tak de.. dia sekor-sekor aje.’manja sangat pulak tu.. tan nak nbangun-bangun!
bulu kembang
pagi esoknya masih ada dekat situ lagi
ada tangan yang gatal keluarkan tripod ketot saya dari dalam beg kamera tu.. confiden ada sebelum pergi sebab memang tak usik-usik.. ruparupanya ada yang usik..