PULAU TUBA , LANGKAWI …. THE JOURNEY BEGINS

.

.

.

.

Kita orang tidur dekat Motel dekat Pekan Rabu dekat Kuah ni

Sebab dekat dengan Kompleks Jeti Pelancongan ni ..

Ni nama manja nya Jeti Dekat Pekan Rabu

Ada lah dalam tak sampai 100 meter je ..

Pagi-pagi lagi dah menapak ke sini ..

Kena pagi-pagi tau !! Sebelum pukul 8 pagi …

.

.

.

.

Kalau nak pergi Island Hopping pun boleh ambik bot dari sini

Satu lagi , boleh ambik dekat Awana Porto Malai tu ..

.

.

.

.

Maka kami pun bertanya lah ..

Bot ada

Dan dah ramai menunggu

Bagus lah .. Sebab kalau sikit yang menunggu , harus lah terus menunggu hingga ramai dan berbaloi satu trip itu ..

Kalau tak sabar dan malas nak menunggu , boleh je charter satu bot

Dalam RM 75 rasanya ..

Sambil menunggu tu .. Jom sarap dulu ..

Nasi Lemak Selat ada .. Nasi Lemak sini ada .. Roti Canai ada ..

.

.

.

.

Spera pun ada ..

Macam karipap kecik tu..

Inti kelapa tapi ..

Masa ni tak tahu lagi namanya spera..

.

.

.

.

Nak ke mana sebenarnya kita orang ni ha ..?

Sibuk nho cari bot pagi-pagi segala bagai ?!

Kita orang kan seperti biasa .. Tak suka yang mainstream ..

Kita orang nak ke Pulau Tuba !!

Di selatan Pulau Langkawi !!

Ada 99 buah pulau di perairan Langkawi

Cuma 3 buah sahaja yang berpenghuni

Langkawi , Dayang Bunting , Tuba

5 km ke selatan Langkawi . Dalam 20 minit naik bot ..

Dalam 3.4 batu nautika dari Jetty Point

Kecik je pulau ni .. Dalam 20 km persegi ..

.

.

.

.

Ada dua cara nak ke Pulau Tuba

Dari Jeti Dekat Pekan Rabu .. Bot akan ikut Selat Bagan Nyiur .. Yang warna merah tu . Yang ni saya tak studi ..

Dari Jeti Marble sebelah Terminal Feri Kuah  .. Bot akan lalu laut lepas . Yang warna ungu tu .. Turun Jeti di Teluk Bujur . Yang ni saya dah studi …

.

.

.

.

Saya cuma studi yang ikut Jeti Marble ni ..

Saya tahu bot akan ke belah timur Pulau Tuba

Dak Kedah ni kata boleh aje naik dari Jeti Dekat Pekan Rabu tu .. Pergi jugak ke Pulau Tuba..

Dah ni negeri dia .. kita ikutkan aje lah dia …. I folo aje lah …

Little that I know apa yang akan berlaku seterusnya … :))

.

.

.

.

Dah kenyang sarap … Kita merayau di jeti dulu ..

Cantik jugak pasir pantai tu …

.

.

.

.

Tak nampak pun para pelancong asing kat sini masa ni ..

Pagi bebenor kot ….

.

.

.

.

Boleh nampak Dataran Lang dari sini

.

.

.

.

Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba ni termasuk dalam Marble Geoforest Park

Nak baca pasal formasi-formasi ni yang senang paham .. Baca kat < sini >

.

.

.

.

Ramai yang nak pergi ngunjung kat Pulau Tuba pagi ni

Ada kematian sedara mereka .. Sedekahkanlah Ummul Kitab untuk Arwah ..

.

.

.

.

Kalau nak charter satu bot pun boleh aje …

Rajin-rajin lah bertanya kat sini ..

.

.

.

.

My Wan

.

.

.

.

Satu bot boleh muat dalam 15 orang

Seorang RM 5

Kanak-kanak RM 4

Budak sekolah pakai baju sekolah RM 4

Sehala

.

.

.

.

Misi kali ini ialah guna 40 mm tu sampai balik .. jangan tukar lensa

.

.

.

.

Ok lah ..

Dah pandai Rule Of Third dah Dak Iyra ni …

Ada kemajuan ..

.

.

.

.

Punyalah jauh berjalan ..

Sampai koyak-koyak seluar !! :))

.

.

.

.

Akhirnya tokeh bot kata semua boleh naik !!

Jom !!

Ok je bot ni ..

Life jacket ada .. Cukup .. Tak pakai je tapi nya !!

Ada kat kerusi tu .. Buat sandar ..

.

.

.

.

.

.

.

.

Mula -mula singgah Kampung Selat Bagan Nyiur tu .. Belah Pulau Dayang Bunting

Tak ada orang turun tapi ..

Hentian ke dua di Jeti di Lubuk Cempedak , belah Pulau Tuba

Laluan merah tu …

.

.

.

.

Semua turun kat sini

Depa satu famili tu pun macam kita orang sebenarnya nak turun belah sana pulau …

Dok bertanya dengan tukang bawak bot tu ..

Rasanya tak de nya dia nak hantar .. Sebab kena pusing keliling pulau pulak …

.

.

.

.

Orang suruh dia pi tanya macamana nak pergi ke belah sana pulau ..

Dia suruh kita ambik gambaq dia .. :))

.

.

.

.

Pi tanya pi !!

.

.

.

.

Rombongan ngunjung tu tadi dah tinggaikan kami ..

.

.

.

.

Boleh aje kalau nak sewa motor dari sini

Ada banyak contact number depa tinggalkan kat tiang-tiang tu..

Masaalahnya .. Hanya Dak Iyra je yang boleh bawak motor !

Kami berdua tak ghreti !!

.

.

.

.

Jom kita kejar van tu !!!

Kejar tapi kedek-kedek jalan sambil kuk kik kuk kik gelak dan ketik ketik ambik gambaq mana lah sempat nak kejar van tu !!!

.

.

.

.

This is not according to my plan !!!

Hahahhahaha .. Neber mind ….

Just go with the flow !!

Plan saya .. Turun dekat Jeti Teluk Bujur ..Laluan ungu tu … Ambik transport dari sana .. Sebab jeti sana tu besar .. Ada banyak van / kereta yang boleh tolong kita …

Dekat Jeti Lubuk Cempedak ni lengang sikit ..

.

.

.

.

Jambatan panjang yang menghubungkan Pulau Tuba ke Pulau Dayang Bunting .

Untuk kenderaan kecik je tapi ..

Tak ada jalan tapi dari Selat ke Tasik Dayang Bunting tapi….

.

.

.

.

Panjang jambatannya merentasi Selat Bagan Nyiur

.

.

.

.

Ada pernah tonton movie Langit Cinta ?

Fazura ada .. Keith Foo ada .. Farid Kamil ada .. Ogy ada .. Oh no !!!! Jalaludin Hassan ada gak ??!! Aiyooooo

.

.

.

.

Balik dari Pulau Tuba baru lah saya sempat tonton

Ada scene Fazura naik motor kat jambatan ni ..

.

.

.

.

Kita orang tak sempat lalu jambatan ni tapi!!!!

.

.

.

.

Ada satu lagi jeti kecik kat hujung jambatan ..

.

.

.

.

Mana lah sempat nak kejar van tu !!

Dok sibuk klik kamera sana sini gini …

.

.

.

.

Aktiviti utama penduduk Pulau Tuba adalah menjadi nelayan , yang telah menjadi warisan semenjak dahulu lagi .

.

.

.

.

Mereka juga menjalankan perusahaan membuat ubatan berasaskan gamat

.

.

.

.

Ada juga yang menjalankan operasi bot ulang alik ke Langkawi dari Pulau Tuba

Ramai juga yang berkerja tetap di Langkawi tetapi masih tinggal di Pulau Tuba

Tu yang saya katakan di awal tadi , kalau nak naik bot , datang awal ke jeti .. Sebab bot tu dah sampai ke Langkawi , hantar orang Pulau Tuba yang bekerja di Langkawi awal-awal pagi … Dan akan balik ke Pulau Tuba semula pagi tu juga bila bot dah penuh ..

Sebab tu nampak banyak motor yang ditinggalkan di jeti-jeti di Pulau Tuba ni ..

.

.

.

.

Oleh kerana tak sempat kejar van tadi tu .. [ dan kalau dapat kejar pun karang kena lak pergi ngunjung …. ]

Kita jalan kaki je lah ek ..

Ikut Google Map .. 3.7 km je nak ke seberang sana pulau

Dalam 9 minit .. Mula-mula happy je lah nengok gitu ..

Hahahahaa..

Lama kelamaan baru lah sedor .. Oiii ! Itu kalau naik kenderaan..

Kalau naik kaki .. 56 minit beb!!

Hadoi !! Sakit perut gelak !!

Tak pe …

Kita jalan je lah ….

Kita berserah pada Allah …

.

.

.

.

Ni dekat simpang 3

Mengikut Google Map .. Ni Kedai Makan Haji Sin

Kalau ke belah sini simpang ni ada Kedai Mee Udang Mak Cik Saariah.

Sedap katanya !!

.

.

.

.

Ayuh ..

Teruskan derap langkah gagah !!

.

.

.

.

Ada stesen minyak kecik ..

.

.

.

.

Tu dia !!!!

Menanjak jalannya yang harus ditempuh !

Tak ada satu kenderaan pun yang lalu kecuali satu lori sampah yang jalan pelan je sebelah kami nengok pesallah budak-budak ni kuk kik kuk kik gelak panjat bukit ..

.

.

.

.

Tiba-tiba Dak Iyra keras kejung seberang jalan ….

Kak !!

Ada anjing kat sana tu !!!!

Tak nak aa jalan !!!

Saya kata … Alaaa .. Anjing tu tak kacau orang lah …. Buat dek aje .. Jalan aje ..

Korang nampak tak anjing nya ??!!

Tak kan??!! Ha !! Tu lah ..

Jing Jing Anjing nya dok jauh nun sana dia dah keras kejung takut kat sini ..

Jin Jin Anjing nya siap dok tegak telinga cekelat dia tercatuk dok dengar apa lah yang hingaq kat bawah bukit sana tu !!! Kahkahkahhhh !

Disebabkan Dak Iyra dah tak bergerak .. Sampaikan sanggup duk kat belah sana jalan sebab JingJing Anjing nya kat belah sini jalan [ tapi amatlah jauh ke depan … ] Kita orang pun berehatlah kat tepi jalan .. Dua orang belah sini sorang belah sana …

.

.

.

.

Dah jauh jugak kita orang berjalan masa tu ….

1/4 jarak rentas pulau lah kiranya …

.

.

.

.

Tiba-tiba … Doa orang berkembara Allah dengar ..

Lalulah sebuah van

Melompat tiga-tiga orang tahan van …

Masuk! Masuk !! Kata Pak Cik tu ..

.

.

.

.

Pak Ngah Gani namanya ..

Ni ha nombornya ..

Kalau korang nak transport kat Pulau Tuba ni ..

Call je Pak Ngah Gani ni ..

Nanti kita orang datang lagi memang Pak Ngah Gani lah yang akan kita orang cari ya Pak Ngah !!!

.

.

.

.

Mintak Pak Ngah hantarkan ke tempat penginapan ..

Turun naik bukit jugaklah perjalanan nak ke belah timur pulau tu …

Tak tinggilah sangat bukitnya tapi ..

.

.

.

.

Akhirnya kami sampai ke Tepi Laut ..

.

.

.

.

Di sini lah Tuba Beach Resortnya ..

Tempat penginapan yang dah siap di book di Booking.com

.

.

.

.

Di Kampung Tepi Laut , Pulau Tuba ..

Kampung Tanpa Wayar 1 Malaysia

.

.

.

.

Ok

Lets jom check in !!

Sebenarnya masa kejadian Jing Jing Anjing tadi tu , Dak Iyra dak call Resort .. Mintak bantuan transport

Depa dah nak datang , tapi dah Pak Ngah Gani lalu kita orang naik je lah van Pak Ngah tu …

.

.

.

.

Firdaus nama nya

Yang berurusan dengan kita orang

Baik orangnya …

Kalau nak tanya apa-apa pasal Tuba Beach Resort ni , call aje lah Firdaus tu ..

.

.

.

.

Akhirnya jumpa peta yang lengkap tentang Pulau Tuba …

.

.

.

.

.

.

.

.

Cantik berwarna warni ..

Ni belah belakang tapi ..

.

.

.

.

Bilik Triple ..

Menghadap laut ..

Aircond sejuk

Bilik bersih . Sabun , syampu , tuala semua lengkap

Ada balkoni . Dua . Satu belakang , menghadap sungai

Depan menghadap laut

.

.

.

.

Duduk .. Angkat kaki .. Lepak ..

Yang bestnya .. Wi Fi tak berapa kuat kat bilik ni !

Ai like !!

Tak ada lah yang menghadap fon sepanjang masa … * Jeling kat budak-budak dua orang tu *

.

.

.

.

Ada banyak bilik

Yang ni pun menghadap laut dan swimming pool

Double / twin tapi nya ..

.

.

.

.

Jenis dorm pun ada..

Ada untuk 10 orang , 20 orang ..

Bukan yang ni tapi nya

.

.

.

.

Bilik kita orang dekat belah tepi ..

Yang kat belakang tu .. Tepi sekali ..

RM 230 kat Booking.com

Bilik Dak Iyra yang ni ..

.

.

.

.

Angin memang layan lah masa ni ..

Masa ni baru pukul 10 pagi gitu.. Dah boleh check in tapi ..

Matahari dah mula panas ..

Jeti tu melambai-lambai .. Tapi mata pun tak boleh bukak sebab panas sangat ..

Kita masuk dalam bilik , bukak ekon dan lepak dulu lah ya kejap lagi ..

.

.

.

.

Jeti Lama

Kampung Tepi Laut , Pulau Tuba

.

.

.

.

Inilah jetinya ….

.

.

.

.

.

.

.

.

Sun Sand

Vitamin Sea

.

.

.

.

Swimming pool nya pun sangat melambai-lambai ….

.

.

.

.

Tak ramai orang kat sini masa ni ..

Aman damai

Tapi kalau kena masa ada yang buat family day ke .. haruk pikuk lah …

.

.

.

.

Duduk lah tengah panas tu sedut Wi Fi ya korang !!!

.

.

.

.

Surau yang open air

Damai sangat …

.

.

.

.

Dah siap-siap berkubang bawah selimut dalam ekon … Tiba-tiba Firdaus call

Ajak makan mee udang …

Dak Iyra ada tanya-tanya dia pasal mee udang ..

Dia kata ada 2 tempat .. Mee Udang Mak Cik Saariah  tutup hari ni sebab jiran dia yang meninggal , yang depa datang ngunjung tu ..

Yang satu lagi tu bukak .. Mee Udang dan Ketam Tembun .. Dekat Tanjung Pandan ..

.

.

.

.

Jom !!

Rupa-rupa nya dia ajak pergi naik buggy !!!!

Yeayyy !!!!

Kalau nak sewa buggy ni pun boleh ..

Nak sewa motor boleh ..

Nak guna basikal pun boleh …. Percuma aje untuk yang duduk Tuba Beach Resort ni …

.

.

.

.

Ha ..

Tu hah tujuannya

Tanjung Pandan

Kat utara pulau

.

.

.

.

Jalan raya elok sangat kat Pulau Tuba ni

Banyak booby trap lah tapi nya ..

Bertepek-tepek tengah tepi jalan …

Bauan hutan bercampur bauan bunga bercampur bauan booby trap ….

Dulu-dulu depa pakai generator . Kerajaan bagi subsidi minyak untuk generator RM 200 sebulan satu keluarga

Sekarang dah ada letrik 24 jam . Berkat kabel bawah laut dari langkawi yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu ..

Bekalan air bersih pun dialirkan dari Langkawi

.

.

.

.

Kegiatan pertanian juga diusahakan oleh penduduk pulau . Padi , ubi kayu , pisang

.

.

.

.

Ada hammock bawah pokok !

Bestnya !!

.

.

.

.

Kahkahkahhh !

Inilah banjingan yang dok pandang-pandang kita orang pagi tadi tu !!

Kenal dia sebab telinga dia cekelat gitu !!

Serius .. Saya tak takut .. Depa berdua yang takut !!

Masa kecik-kecik dulu .. Ada kawan ajar kalau takut anjing kejar .. Baca Tabbat yada sampai habis .. Sambil genggam pasir .. Lepas habis baca campak pasir kat anjing tu .. Nanti anjing tu lari ..

Masalahnya .. Takut tak sempat baca lagi anjing dah kejar !! :))

Eh chop .. Bukan baca Tabbat yada lah … Baru teringat .. Hahahhaa .. Sori Dak Iyra .. Bagi ajaran salah .. Sib baik kau tak coba-coba baca kat anjing tu !!! :))

Baca صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لا يَرْجِعُونَ

Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali ( kepada kebenaran )

InsyaAllah anjing tu tak nampak , dengar kita

.

.

.

.

.

.

.

.

Di Pulau ni , ada sebuah sekolah menengah , 3 buah sekolah rendah

Dua buah masjid

Lima buah jeti

Sebuah pondok polis

Sebuah Klinik Desa . Sebuah Klinik 1 Malaysia ..

.

.

.

.

Bestnya kalau bawak motor masuk jalan-jalan kecik gitu ..

.

.

.

.

Gambar yang saya suka

.

.

.

.

Gambar yang paling saya suka !

.

.

.

.

Akhirnya sampailah ke Tanjung Pandan ..

.

.

.

.

Ke Tanjung Pandan Corner ..

.

.

.

.

Banyak jugak gerai dekat sini …

.

.

.

.

Gerai Mee Udang dan Ketam nya ..

.

.

.

.

We are cat people ..

.

.

.

.

Yezzaaaa !!

Mee Ketam Udang nya udah sampai !!

Siap ada teritip lagi dekat ketik ketamnya tuu …

.

.

.

.

Licin !!

.

.

.

.

Kena pulak dengan cendoi sejuk !!

Pehhh ..

.

.

.

.

.

.

.

.

Dah makan baaru lah nampak keadaan sekeliling ! :))

Cantik menghijau air laut Tanjung Pandan !!

.

.

.

.

Antara 99 buah pulau di perairan Langkawi

.

.

.

.

Sebelah Tanjung Pandan Corner ni ada private resort

Tandang Seri Village

Tu jeti untuk depa ..

.

.

.

.

Tak tahu lah dalam ke tak kat sini

Tapi airnya bersih dan jernih

Tu ada tempat tukaq baju tu kat sana tu …

.

.

.

.

Jom ke Jeti Tanjung Pandan . Dekat depan tu je ..

.

.

.

.

Kiri Tanjung Pandan Corner

Kanan Tandang Sri Village

Belakang kita orang jeti ..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Hangat litlit !

.

.

.

.

Memang layan lah makan kat sini ….

.

.

.

.

Nak hayun-hayun kat hammock pun boleh ..

.

.

.

.

.

.

.

.

Ya udah ..

Jom balik ..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sesampainya di Tuba Beach Resort … Air dah pasang …

.

.

.

.

.

.

.

.

Nak mandi laut .. Panas litlit tapi ..

Apa kata kita tidoq dulu sementara menunggu redup sikit ….

.

.

.

.

Eh Chop..

Jom dengar sound track Langit Cinta dulu !!

.

.

.

.

Fasihnya Keith Foo ni berbahasa Melayu ..

Advertisement