SATU MALAM SETENGAH HARI
.
.
.
.
Kami kembara lagi
Dekat je
Domestic flight je
Kali ni Travel Trip Hadiah untuk Abang Long
Seperti biasa , Dak Iyra sebagai Travel Partner dan Partner In Crime … 🙂
Seperti biasa .. lupa nak flip gambar !!
.
.
.
.
Seperti biasa .. kita tinggalkan yang berat
Kita bawak yang ringan je ..
.
.
.
.
Turun kapal terbang kena jalan atas tarmac
Lapangan terbangnya pun sedang sibuk diubah suai
.
.
.
.
Ke mana kita ..
Ke Langkawi !
Langkawi sebagai tumpang landing aje tapi
Kali ni nampak contrail kapalterbang ..
.
.
.
.
Hajat di hati nak pergi ke benteng tu …
.
.
.
.
Berapa lah agaknya harga parking bot kat marina tu sehari ya …
.
.
.
.
Alhamdulillah selamat mendarat
Landing yang agak rough tapi …
.
.
.
.
Pernah sekali je naik Fireflyz ni ..
Biasa turun KLIA/ Klia2 /LCCT dulu ..
Masa naik FireFlyz hari tu .. Masa nak landing .. Nengok bawah .. Konfius ..
Tiba tiba sedar .. Laa… Subang laaaa … Patutlah banyak benor rumah kat bawah tu !!
.
.
.
.
Airport sedang rancak diubah suai
Dah konfius dah mana belah depan mana belah tepi ..
Uber dan Grab dah banyak dah di Langkawi ni …
Tenyeh je lah dekat fon tu …
.
.
.
.
Sebab banyak masa lagi nak kat pulau besar ni ..
Kita sewa kereta dulu lah ..
Rm 50 ..
Manual ..
Mengaum-ngaum kereta masa mula-mula Dak Iyra bawak ..
Baru nak biasakan angkat turun tiga pedal …
.
.
.
.
Cari makan dulu …
Tepi runway …
.
.
.
.
Dak Iyra ajak makan Laksa Ikan Sekoq
Saya tak suka laksa .. Saya hanya makan Laksa Johor aje
Kalau laksa yang lain nanti gastrik …
.
.
.
.
Biasa lah Orang Kedah ni mesti nak makan laksa ..
.
.
.
.
Kita orang makan pasemboq aje ..
Tu pun hu haa hu haaa kepedasan !! :))
Anak beranak tak tahan pedas ..
Sebab mak tak ajaq anak makan pedas …
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni versi belum letak cili api lagi ..
Berdesing asid perut keluaq saya bila nengok dia dok taboq cili api atas laksa tu !!
.
.
.
.
Ada banyak gerai kat sini ..
Pandai-pandai lah cari parkir …
.
.
.
.
Kita teruskan usaha ..
Kita ke utara ..
Ke Petronas Quay ..
Hentian wajib kalau ke Langkawi ..
.
.
.
.
Layan matahari terbenam adalah sangat cun di sini !
.
.
.
.
But honestly ..
I do miss the big DSLR
The zooming , the wide angle ..
Mirrorless ni lack the umph of photography-ing …
.
.
.
.
This is using my 40 mm prime lense with the mirrorless
Bokeh nya memang cun ..
.
.
.
.
Pemandangan dah cantik kat sini …
Toiletnya … Kotor ya amat !!
Tissue kesat tangan kat kedai makan lahanat mana ntah buang dalam toilet .. Bodoh aaaa ..
Lantai basah .. Berlecak-lecak …
.
.
.
.
Love this lense ..
.
.
.
.
Sori lah kau terbokeh eh Dak Iyra !!
.
.
.
.
Ni lah marina yang nampak dari kapalterbang tadi ..
Langkawi ni banyak marina
.
.
.
.
Kali ni bawak Abang Long yang boleh disuruh jadik photographer ..
Photographer yang pendengki ..
Time orang tak ready lah dia ketik shutter
.
.
.
.
Mula-mula nya .. Nak hadiahkan Abang Long trip ke Krabi , atau Koh Lipe ..
Tapi terbaca yang satu bot pelancong China tenggelam nak ke Phuket kena ombak kuat sempena musim monsun ni , ramai mati .. Kensel …
Kalau nak ke Koh Lipe .. Kena naik dari sini ya …
Feri ke Koh Lipe ..
.
.
.
.
Kita teruskan usaha menghabiskan masa ..
Kita nak cari rojak di Pantai Kok
Tapi …. Jalan ke Pantai Kok dan ke Cable Car tu dah lain ..
Dah tak ada jalan tepi pantai tu .. Dah ada satu jalan baru membelah bukit , tak lalu tepi pantai ..
Dari atas bukit tu nanti boleh nampak The Oriental Village kat bawah sana tu dan cable car yang tengah memanjat Gunung Mat Chincang tu
Macamana lah perasaan depa yang terperangkap empat lima jam tergantung-gantung kat atas tu dulu tu ya ….
Trauma !!
.
.
.
.
Ok
Takat tu je kita ke utara ..
Patah balik ke Pantai Kok nak cari rojak ..
Tak berniaga lah pulak dia tapiiiiiii !!!
.
.
.
.
Parking je lah
Jalan-jalan ambik-ambik gambar
Tu pulau yang dalam movie Hindustan yang Dak Iyra lupa apa nama movienya …
.
.
.
.
.
.
.
.
Cobaan untuk buat mirror effect
Dah ada kemajuan dah dia ni sekarang ..
Dah mula ambik gambar-gambar pemandangan .. :))
.
.
.
.
Filem Anna And The King dulu pun shooting di Pantai Kok ni ..
.
.
.
.
Dia dok kutuk mirrorless sebab tak ada view finder macam DSLR lama ..
Ado ajo lah dia ni …
.
.
.
.
Mana matahari jatuh nya …?!
Eh iya lah …
The Earth is flat !!
.
.
.
.
La ..
Ni aje ke gambar ..?
Benteng tadi tu pun tak sempat nak pergi !!
Tak apa ..
Esok banyak gambar …
Ni kat sini cuma tumpang je satu malam setengah hari sebelum ke yang sebenarnya esok ….
.
.
.
.
Marina tu look sooo exclusive! Orang ada yacht je yg boleh ke situ agaknya. Apa nama/resort di marina tu doc?
And tu benteng apa doc? Sorry I lama dah tak ke Langkawi so dah tak ingat much about the island.
Hehehe… I dont think I know how to drive manual already. Masa belajar mmg manual. Beli first car terus auto till now.. hehe.
Nasi goreng kerang.. hmmmm… 😛
Petronas Quay? Huishh.. mmg sah la saya kena Langkawi! Many places I donno and/or forgot already. Nanti saya nak buat itinerary ke sana, pls help suggest places ya doc.
Mak aiiii… bokeh… pengsan akuuu!
Tempat cantik, tandas pulak slack… apa la…
Cantik la shots yg ada macam sun flare tu. Macam edit pakai apps.
Ooo.. tu la marina yg nampak dari plane tu. Ok, ok…
Lama dah saya tak ke Langkawi doc. Dah 10 years! Like seriously.
tak ada resort kat siti . ada Marina Something Condo . emost yang ada yacht akan park kat situ tapi ramai jugak yang park kat Kilim Mangroove .. murah sikit dengarnya
memang tak pernah bawak manual lepas tu ? hehhehe… mesti mengaum ngaum kan kalau bawak sekarang !
atau tak berjalan langsung keretanya !! 🙂
saya takut nak makan keramg . takut cirit birit..
no problemo.. saya kan suka buat itinerari !!!!
cantik kan bokehnya!! tu yang tak tukar-tukar lense sampai balik..
10 tahun!!
you should go! [ nak kirim cekelet ya.. hahahaa]