HA LONG BAY , HA NOI , VIETNAM
.
.
.
.
Sampai Hostel subuh sepi-e
Mandi , lepak , sarap
Lepak-lepak di tingkat atas
Menikmati pemandangan sekeliling dan udara sejuk
Bangunan di Ha Noi ..
Sorang anak kawin , tambah satu tingkat rumah
Sorang lagi kawin , setingkat lagi naik ..
Kena kawen paling last lah sebab nanti dapat rumah paling atas !! Dan boleh tambah lagi sesuka hati ..
.
.
.
.
Hari ke 3
Kita orang nak ke Ha Long Bay !
Satu Tapak Warisan UNESCO
Dalam 180 km je jauhnya dari Ha Noi
Tapi …. 3 jam baru sampai!!
Apa tak nya ..
Bawak dalam 60 km sejam je !!
Mungkin tu lah had laju untuk bas ..
Sampaikan satu ketika … Sebab rasa restless sangat … Tengah dok hu ha hu ha dengan dak Azie .. Tetiba dua-dua orang tergelak besar !!
Sebab nampak sebuah lori babi dengan lajunya terkedek-kedek potong bas kita orang !!
Lori yang sarat dengan benda pink golek-golek tu pun lagi laju !!
.
.
.
.
Banyak sawah padi sepanjang perjalanan
Walaupun Ha Noi ni ada empat musim , depa sempat jugak menanam padi masa musim-musim yang tak sejuk sangat ..
Ada perkuburan di tengah sawah ..
.
.
.
.
Selepas sejam setengah , bas berhenti untuk berehat ..
Semua diberikan satu tag , kena pakai , sebab takut lupa nombor bas , atau ternaik bas lain..
Hakak memang pantang pakai-pakai tag ni .. Macam rombongan Tadika Little Caliph ke Aquaria lah pulak ….
.
.
.
.
Kalau singgah di hentian tourist trap ni .. Sah-sah lah mahal-mahal barangannya !
Nengok Amoi ni dok menyulam . Guna benang sutera
Satu sulaman tu adalah dalam 280 . USD.
Hahhahahaa .. Aje gila mahal !!
.
.
.
.
.
.
.
.
Jumpa sorang Mamat Vietnam ni , pandai cakap Melayu
Dia pernah kerja di Malaysia . Ok jugak lah .. Masih ingat lagi cakap Melayu
Dok mengekor , nak promote barang
Semua mahal gila tapi !
.
.
.
.
Akhirnya setelah dah rasa leper sangat buntut … Sampai lah di jeti
Dari jeti ni nanti korang akan naik cruise tu ..
Boleh aje nak cari transport sendiri ke Ha Long Bay ni
Tapi bila baca banyak ya amat scamnya ..
Kita serahkan aje lah pada Si Jimmy di Soft Pillow Hostel tu ..
Dia offer cruise , dan sea food lunch , dan kayaking @ bamboo boat ride , dan masuk cave … USD 50
Tawar menawar .. Dapat USD 45 seorang
Wati Travel nama agensinya.
Mereka akan pungut orang-orang dari hotel /hostel di Ha Noi dan bawak naik bas besor tu ..
.
.
.
.
.
.
.
.
Hakak dah mula berpinau mata bila Si Long yang bawak kita orang tu angkat batang pointer tu letak topi dia buat bendera..
Memang pantang lah Hakak ni nak berberjalan mengikut bendera macam anak itik gitu ..
:))
Dak Iyra dapat kawan baru
Yang baju merah tu
Dari UK , asal Taiwan tapi ..
.
.
.
.
Ok
Lets jom!!
.
.
.
.
Ada jugak Water Puppet Show kat sini
Lagi best kot !
Sebab dalam air ! Lagi nampak real !
.
.
.
.
Dah ..
Jom masuk bot
Sekarang ni semua bot kat sana diwajibkan dicat putih ..
.
.
.
.
.
.
.
.
Sila hapal nombor bot ya
Sebab nampak sama je semua bot !
.
.
.
.
Masa bot tengah docking , semua kena duduk kat dalam
Tak boleh duduk , diri kat atas dek
.
.
.
.
Bot belum berlayar lagi tapi makanan dah mula dihidangkan
Ada 10 jenis hidangan makanan
.
.
.
.
Talapia ?
.
.
.
.
Popia Vietnam , yang kulit nipis tu ..
.
.
.
.
Alhamdulillah kenyang
Bot dah berlayar baru boleh naik ke atas ..
.
.
.
.
Budak rambut kembang ni nak makan lagi , tapi Apak dia dah suruh naik atas
Dak Iyra kesian kat dia , cakap kat Apak dia tak pe , biar dia temankan makan ..
.
.
.
.
Maka nya kita orang tinggalkan aje depa berdua makan
Dan makan ..
.
.
.
.
Dan mulalah salah satu keajaiban dunia mula muncul depan mata !!
.
.
.
.
Pulau-pulau kecil dari batuan karst dan limestone membentuk Ha Long Bay
.
.
.
.
Ha Long Bay
Maknanya ‘ descending dragon ‘
Kalau rajin bacalah ceritanya …
.
.
.
.
Dah 33 tahun berkawan dengan Dak Azie ni ..
Geng dinding sebelah masa kat Sekolah MARA
.
.
.
.
Marang prabu kepunden parang sekeperrrrrrrr …..
.
.
.
.
You see what you wanna see..
Si Long tu kata .. Kissing Chicken Rock namanya ..
.
.
.
.
Tetiba …
:))
Kiss-kiss jugak ..
Gaya remaja sangat …
.
.
.
.
Dek bawah
Memang layan kalau duduk kat situ masa bot berlayar!
Sedap je angin dia
Pemandangan pun pehhhh … Cantik !
Satu famili dia rambut kembang !!
Dulu masa belajar kat Sekolah Orang Putih tu , ada sorang kawan ni dari Nigeria
Rambut kerinting dan kembang gitu
Suka duduk kat seat satu baris atas dia sebab nak rasa rambut dia
Pelan-pelan letak tangan atas rambut dia .. Dia tak perasan pun ..
Lembut je sebenarnya …
.
.
.
.
Dia punya cantik tempat ni , sampai kan tak reti nak ambik gambar ..
Toleh belakang , kanan , depan , kiri semua cantik ..
.
.
.
.
Hek eleh kau kan!!
Time haku nak ambik gambar tetiba paling muka
Bajet retis ..
.
.
.
.
Kalau nak bermalam atas kapal pun boleh
Dua hari satu malam dalam seratus lebih USD jugak lah ..
Kapalnya yang cenggitu ..
.
.
.
.
Cuaca tak panas
Redup je
Langit tak biru tapi …
.
.
.
.
Semua kapal bertumpu ke Kissing Chicken Rock tu ..
.
.
.
.
Kawan Dak Iyra
.
.
.
.
Kapal overnight cruise
Pun kena hati-hati kalau nak book
Karang bayar mahal , kapal kodi je ..Dan orang lain bayar separuh harga je daripada yang kita bayar ..
.
.
.
.
Ramai rakyat berbilang bangsa dan warna sekapal dengan kita orang
.
.
.
.
.
.
.
.
Kapal pun nak kiss-kiss …
.
.
.
.
Belayar lagi
Berhenti kat sini pulak ..
Untuk naik kayak atau naik bamboo boat
Kita orang ngam-ngam berempat dengan kawan baru Mamat UK-Taiwan tu
Baik budaknya ..
Rajin travel
.
.
.
.
Satu bamboo boat empat orang
Bayaran semua dah termasuk dalam yang bayaran awal tadi tu ..
.
.
.
.
Ada uniform
Sorang je lelaki yang kita orang nampak
Yang lain semua perempuan
Maka nya semuanya berbungkus .. Nampak hujung jari telunjuk je [ sebab nak ambikkan gambar ]
Amoi-amoi Vietnam sangat menjaga kulit mereka . Kalau hitam sikit susah nak dapat jodoh ..
.
.
.
.
Beautiful rock formation
.
.
.
.
Dak Iyra dan Botu budak UK-Taiwan tu tak puas hati sebab naik bamboo boat
Depa nak berkayak ..
.
.
.
.
Sepuluh minit dari kejadian bergambar ni mereka berdua amatlah bersyukur kerana tak berkayak ..
Kita nantikan kenapa …
.
.
.
.
Laju je depa berkayak
Masa ni budak berdua tu dok alaaa alaaaaa kenapa tak pilih berkayak tadi …
.
.
.
.
Masuk gua mana pulak ni …?
.
.
.
.
Tunduk sikit kepala tu
Karang terhantuk
.
.
.
.
Kan..
Berbungkus !
Mata pun tak nampak !
.
.
.
.
Lalu terowong ..
Belah sana ada opening
Ada tasik
.
.
.
.
Cantik sangat kat sini !!
.
.
.
.
Si Botu tengah cuba try test nak mendayung !
Haram seinci tak bergerak!!
:))
.
.
.
.
Yang ini pulak try
Gerak seinci aje !
.
.
.
.
Haaa ..
[ insert monolog adik Nguyen si pengayuh bot ini setelah kejadian bot tak bergerak itu tadi di sini ]
Kan dah tak menyesal naik bamboo bot ni kan?!
.
.
.
.
Tengah buat video klip
.
.
.
.
Dah tak nak ambik gambar banyak-banyak
Just nak enjoy the view and the swishing of the paddles against the water
.
.
.
.
.
.
.
.
Mula-mula tertanya-tanya jugak tang mana bamboonya kat bot ni
Dah nak balik barulah nampak ..
.
.
.
.
Famili geng makan Dak Iyra
.
.
.
.
Dah habis satu round naik bot
.
.
.
.
It was a good experience
Nanti bagi lah sikit tip kat Amoi Nguyen tu ya …
.
.
.
.
Botu dan kawan senegara dia
Dari Coventry
.
.
.
.
Naik bot balik
Kita pergi gua pulak !!
.
.
.
.
Gua Dong Thien Chung kot namanya …
.
.
.
.
Mendaki lah jugak sikit ..
.
.
.
.
Besar guanya !!!
Stalaktit stalakmit sana sini !
.
.
.
.
Well
You see what you wanna see
Ntah nampak macam apa yang kat sini.. Lupa ..
.
.
.
.
Ada macam burung hantu lah , Santa Claus lah ..
.
.
.
.
.
.
.
.
Ribuan tahun punya proses kejadian ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Macam kura-kura
Siap ada air menitik
Dak Azie yang tiba-tiba perasan ada bunyi motor , dan gegaran motor
Rupa-rupanya air menitik tu dipam oleh motor ..
.
.
.
.
Sejuk kat dalam ni
Nyaman !
Dah ..
Jom keluar..
.
.
.
.
Iyra dan geng makan dia
.
.
.
.
Ramalan cuaca mengatakan esok ada hujan lebat di Ha Long Bay ni
Kapal-kapal overnight cruise semua tidak dibenarkan bermalam
Semua kena ke jeti ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Is there anything better than friends and adventure? I think not.
.
.
.
.
Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya ….
.
.
.
.
Dan ini …
Juga dengan thema you see what you wanna see
Dinh Huong islet (The Incense Burner islet)
.
.
.
.
Dah mula mendung dah ..
.
.
.
.
Puas berlayar di Halong Bay
Yang kita orang pergi ni adalah yang main stream
Kalau banyak masa boleh ambik overnight cruise , atau tidur di salah satu pulau tu ..
Lagi best !
Bayangkan bangun tidur nampak pemandangan gini kat tingkap bilik.
Superb !
.
.
.
.
Ok . Dah ..
Jom balik
Dan bas yang maha slow tu pun terkedek-kedek balik ke Hanoi .
Dan berhenti rehat separuh perjalanannya …
Dan Kakak Kawasan Kampung Cat Cat yang kebosanan duduk mengambil angin petang sambil diumpat oleh dua orang kawannya .. :))
.
.
.
.
Oleh kerana malam ini sahajalah masanya untuk shopping apa-apa yang perlu
Mintak diturunkan dari bas yang maha slow itu di sekitar Old Quarter
Kalau dah nampak Hoan Kiem Lake ni , dah senang aje bearingnya ..
.
.
.
.
Jumpa kedai jual kopi tepi jalan
Memang nak cari Vietnamese Coffee Filter tu nak beli buat sebenier
Ada
Murah je
Yang stainless steel ada . Yang ceramik macam kat atas rak tu pun ada ..
.
.
.
.
Macam-macam kopi ada !
Sedapnya bau dalam kedai ni !!
.
.
.
.
Ai is suka bau kopi
Ai is kalau minum kopi nanti mulalah debor-debor , migraine , dan tak boleh tidor tapi
Ai is suka beli kopi tapi nak bancuhnya entah bila lah tapi .
.
.
.
.
[ Insert dialog disini . Mungkin tentang membincangkan tentang cara menggentel najis hewan luwak itu hingga menjadi kopi ? ]
[ Ko yang pakai Jersi JDT tu dah kenapa kak ? ]
.
.
.
.
Misi utama nak beli T Shirt Hanoi
Jumpa satu kedai ni
Banyak choice
Tapi ada lah seekor chihuahua dok lah nak jalan ke Dak Iyra
Anjing-anjing belaan kat Ha Noi ni pesen kecik-kecik . Tak nampak yang besar-besar
Yang besar-besar dah dipanggang kot .
Tengah dok pilih-pilih T Shirt , lalu lah satu motor. Offer beg-beg owl yang cantik-cantik
Offer dalam Ringgit Malaysia
Dan boleh beli dalam Ringgit Malaysia
Memang masyuk lah Amoi tu malam tu !!
.
.
.
.
Ok
Sambung later ..
.
.
.
.
Kak, kenapa lega tak berkayak?
hehehhee… depa tak reti !! mau esok hari sampai bot !
hampeh kat hujung xde beg owl
best trip nih…suka sa pa tu
maksudku tak de gambar beg owl
ha ah lah
lupa lak nak ambik gambornya
kau ni suka ngomen pada entri hari berikutnya lah :))
Cantik kan situ. Betul sgt, masa cruise tu, pandang mana pun cantik.
Byk betul scams. Seram.
Kan, yg touristy and main stream pun best juga.. hehehe…
Hahaha.. kelakar la doc ni, Menyampah betul doc pada ‘batang pointer tu letak topi’ tu.. hahahaha…
Yang baju putih tu macam Kelly Rowland.
Bukan ‘Fighting Cocks Rock’ ke doc?
Sempat tak naik perahu yg mendayung pakai kaki di Tam Coc? i.e Tam Coc Sampan ride.
travel kali ni memang saya agak seram sikit takut kena scam.. sebab banyak sangat ! dah lah sebagai ketua rombongan .tanggungjawab sangat besar !!
hahhaha.. terpaksa jadik touristy … penat nak pikir dan tak cucku masa nak pergi sendiri
masa dia tarik batang pointer letak topi tu saya terus ingat kat en syed … hahahhaa…
dan terus rasa ohmaigod !! do i have to follow him like cina bukit ??? hahahhaaaaaa
kelly rowland versi gelap sikit 🙂
pendek-pendek sangat seluar/ skirt depa .. sampai kita orang malu nank nengok..
masa en syed pergi depa still fighting . sekarang dah berbaik-baik .. dah kiss kiss :))
tam coc tak sempat . sebab tak cukup masa . either tam coc atau sa pa
saya pilih sa pa sebab tak ramai yang pernah pergi sana