HA NOI , VIETNAM : FROM HA NOI TO SA PA
.
.
.
.
Alhamdulillah . Ada rezeki . Kami travel lagi ✈
Dengan travel buddies yang ohsem
Kita tinggalkan yang lama .. Kita mulakan dengan yang baru ..
Jari jemari sangat gatal sebab lama tak membuat itinerari , membaca blog sana sini cari idea ..
Nengok peta ‘ flight path ‘ Wau Biru Merah . Negara mana tak pernah pergi eh .. Yang dekat .. Sebab cuti tak lama ..
Eh .. Cam best je Vietnam 🇻🇳 … Eh !! Jom pergi Vietnam 🇻🇳 !! Sekejapan je jawapannya Jom .. Ok je…
Of courselah … Takkan lah kita orang tak nak pergi ke Ho Chin Minh City tu …
Tu puak-puak shopping 🛒 , nak bisness yang pergi sana .. Buntu kepala Hakak kalau pergi tempat main stream gitu …
Pe kata kita pergi Ha Noi !!!
Ok ..
Set !!
Bertiga lagi baik ….
Itinerari secepat mungkin dipikirin …
.
.
.
.
3 jam penerbangan …
Subuh sepi-e dah keluar sarang ..
Beza masa minus sejam dari Malaysia 🇲🇾
Wau Merah Biru Kesayangan ku …
.
.
.
.
Duduk belakang sekali . Layan Murder On The Orient Express.. Boring lah cerita ni wehhh ….
.
.
.
.
Eh …. Antananarivo ? Kat Madagaskar ? Cam best je …
.
.
.
.
Ha Noi ni ada 4 musim
Sekarang ni Spring
Tak sejuk tak panas
Just naissss ..
Cam Cameron gitu …
.
.
.
.
Adalah dimaklumkan bahawa sangat laaaah banyaknya scam di Vietnam 🇻🇳 ni . Hanoi tak terkecuali ..
Taxi 🚕 scam : Pakai meter tapi meter laju cam haram .. Teksi bermeter , tapi turunkan kau kat hotel lain , hotel kononnya dah penuh. Ada dah kawan dia menunggu bawak ke hotel lain
Taxi 🚕 tak bermeter lagi lah jahat . Tahap nak kidnap passenger bawak lari pun ada .. Kurung dalam teksi sampai dapat bayaran pun ada
Maka nya kita orang tak berani naik teksi ..
Dah arrange dengan hostel , mintak sediakan transport . Sampai-sampai je , puaslah cari orang pegang kertas nama Hakak .. Tak ada !! Haiyaaaaa…… Terpaksalah beli sim kad lokal … Call hostel ..
Memang depa lupa .. Dah lah susah nak paham apa dia orang cakap Inggeris ..
Macam ayam belanda 🦃 cakap dengan itik serati 🦆 kat fon..
Ok lah .. Depa akan hantar kereta ..Siap dia pesan berkali-kali lagi jangan bagi nama kat sesiapa yang tanya .. Jangan cakap nak pergi Hostel mana ..
Sebab depa boleh scam .. Tahu je kita nak pergi mana … Duduk balik tembok .. Tulis nama hotel/hotel kat kertas .. Buat-buat tengah cari kita .. jadik lauklah lepas tu …
Memang hebat sangat scam di Vietnam ni … Mentalitinya … It is OK to scam people , get the money from jthe rich people
Rich , bukannya hanya yang bapak kaya macam Si AliffSukri tu . All those yang ada duit lebih dari mereka adalah dikira rich
It is Ok to get back the money from the rich sebab life is not fair sebab mereka lebih kaya daripada kau ..
To be fair .. Depa cuba ambik balik duit tu …
Sick scammers ..
.
.
.
.
Lat 5 minit .. Mamat ni datang bawak kertas tulis nama Hakak .. Tanya dia dari hostel mana ? Tak boleh jawab ..
Menggagau dia telefon balik hostel tanya nama hostel
Betullah tapi memang dia cari kita orang ..
.
.
.
.
Selamat naik kereta menuju ke bandar
Lalu jembatan yang lawa ni..
Dak Iyra tanya ‘ What river ? ‘ Drebar jawab ‘ Mekong ! ”
Hahahahaaa … sorang pun tak terpikir masa tu tang celah manalah Sungai Mekong boleh konar balik ke utara , dari HCMC , sampai lak ke Ha Noi !! :))
Sedap je kena tipu !! Hahahhahaa .. Lahanat betoll !!
Red River laaa…
Sebenarnya , boleh je bukak Grab , order kereta
Tak terpikir lak masa tu .. Dan sebab hostel dah janji nak hantar kereta ambik kita orang
.
.
.
.
Dah lama ada kamera ni tapi tak pernah nak mencoba macam-macam fungsinya ..
Ni guna ‘water colour effect ‘
Kita orang duduk kat Soft Pillow Hostel ..
Haaa… Mengancam kan namanya !!??
Cam best je tidur kat sini …
Pergi 4hari 3 malam
Cuma satu malam je tidur kat sini .
Bukan sebab pillow nya tak soft ..
Dua malam lagi tidor atas kenderaan
Cam rugi je ?
Tak laaaa…
.
.
.
.
Murah ya amat !!
3 katil untuk 3 malam untuk 3 orang RM 134 je ..
RM 14.80 je seorang untuk semalam
Hebat tak ??!!
Kita orang duduk di kawasan Old Quarter , Ha Noi
Memang banyaaaak sangat hotel/ hostel kat sini ..
Dan memang senang dan dekat lah nak ke sana sini dari Old Quarter ni …
.
.
.
.
Hostel di tingkat 4
Bawah-bawah ada cafe
Tempat makan kat tingkat 7
Bilik belum siap .. Maka Si Jimmy ni ajak kita orang naik atas dulu ..
Minum kopi…
.
.
.
.
Brewing coffee Vietnamese style !
Sedap gila kopi nya!!!
Beli satu bendalah coffee press tu bawak balik … Buat kopi .. Tak sama lak rasanya !! Kahkahkahhh !! Kena letak susu pekat manis banyak banyak gitu kot !!
Serbuk kopinya letak kat tingkat atas tu .. Presskan dengan pressernya .. Letak air panas sikit , bagi kopinya kembang kejap..
Lat dua tiga minit , letak air panas lagi ..
Biar kopi tu menitik pelan pelan ke bawah …
Kacau .. Letak ais …
.
.
.
.
Inilah peta Vietnam..
Memang tak ambik tahu pun pasal Vietnam ni sebelum mula buat itinerari tu..
Ha Noi kat mana pun Hakak tak tahu !! Sama lah dengan ahli rombongan yang lain ! :))
Nampak tak ? Semua nama tempatnya ada dua suku kata , kecuali HCMC
Ha Noi di utara , sebab tu dia ada 4 musim ..
.
.
.
.
Jimmy dan mereka di Soft Pillow Hotel boleh tolong bookingkan tiket bas , tren , boat , hiking
Ada yang perempuan muda sorang tu tahu hai hai gitu je
Ada yang perempuan yang tua sikit tu cleaner kot .. Dok main angguk-angguk je dengan kita orang
.
.
.
.
Duduk-duduk kejap..
Tarik napas..
Inilah katil-katil dalam bilik kita orang
Dapat tepi tingkap ..
Koyakkan sehelai baju hujan plastik tu .. Bentang buat alas ..
Lepak kat tepi tu .. Makan , solat , nengok cerita Korea kiss-kiss * pandang Dak Iyra *
Dapat dua tingkat atas , satu bawah ..
Of koz lah malas nak panjat-panjat .. Tarik tilam tu ke bawah buat macam bilik sendiri , tidor kat celah tu …
Dan pillownya memanglah soft!!!
.
.
.
.
Nengok cuaca pun ok je ..
Jom jelajah Ha Noi !!!
Rasa nak terHypertensen bila nengok trafik di Ha Noi ni !!
Motor berselirat ..
Wayar elektrik berselirat !!
.
.
.
.
Cara nak lintas jalan …
Tengok kiri kanan
Kat sana dah lah left hand drive . … Maka nya lagi lah konfius nak nengok kiri kanan !!
Lintas dengan konpiden .. Dengan pace yang steady … Sebab motor-motor tu akan manoeuvre , slow , elakkan ke kiri kanan kita
Kita jangan lak lintas , tetiba berhenti , lepas tu jalan lagi . depa tak boleh agak pace kita dan susah nak elak…
Masuk hari ke 4 , Dak Iyra selamba je lintas jalan dengan jeling sikit-sikit je ke kiri kanan
Yang dua orang lagi ni akan menempel tepi dia tumpang lintas jalan .. 🙂
Kat sini , jangan cuba-cuba naik cyclo tu .. Alaaa .. yang macam beca kat Pulau Pinang tu ..
Raja Scam depa tu ..
.
.
.
.
Kita cari Hoan Kiem Lake dulu ..
Kita nak tonton Water Puppet di Thang Long Water Puppet Theatre !!!
Apa barang pergi Vietnam kalau tak nengok benda ni kan!!???
1.2 km je dari Hostel
Tapi punyalah banyak jalan kecik besor nak kena tarik napas dan pasrah lintas !!!!!
.
.
.
.
Theater ni depan Hoan Kiem Lake ni
Hồ Hoàn Kiế
Lake Of The Returned Sword
Ceritanya gini ..
Kita kopi pes dari Wikipedia lah eh ..
According to the legend, in early 1428, Emperor Lê Lợi was boating on the lake when a Golden Turtle God (Kim Qui) surfaced and asked for his magic sword, Heaven’s Will. Lợi concluded that Kim Qui had come to reclaim the sword that its master, a local God, the Dragon King (Long Vương) had given Lợi some time earlier, during his revolt against Ming China. Later, Emperor Lợi gave the sword back to the turtle after he finished fighting off the Chinese
.
.
.
.
Dikatakan masih ada keturunan kura-kura tu dalam tasik ni ..
Dak Azie !!
Coba kau panggil kura-kura tu !!
.
.
.
.
Kat tengah-tengah tasik ada pulau
Atas pulau ada satu temple
Ngoc Son Temple
Tak pergi tapi
Nengok dari jauh je .. Sebab berkejaran dengan masa
.
.
.
.
Tu lah jembatan merah yang femes tu .
.
.
.
.
Satu lagi hasil straight from the camera punya feature
Water colour image rasanya …
.
.
.
.
Ni guna HDR
Dah jadik macam ada ha nun ta wau lak keluar dari Dak Azie !! :))
Dah kenapa kau guna HDR ambik gambar orang ??!! :))
.
.
.
.
Land mark
Kalau agak-agak sesat , nampak bangunan ni , kau dah boleh betulkan kompas kau dan tahu kau kat mana
Tapi nak melintas jalan besor tu nak menghala ke tasik hazab ya amat!!
Mencabar jantung !!
.
.
.
.
Gatal nak guna miniature effect .
Rupa-rupanya kalau guna effects , gambar asal tak di otomatik di savekan dalam kamera
Bangunan di Ha Noi kurus-kurus , macam peduduknya …
.
.
.
.
Dah nampak dah teater tu dalam Google Map , tak nampak depan mata tapi …
Mujurlah jumpa ni ha.
Terus bertanya arah ..
Eh .. Kalau lama di Ha Noi boleh ambik free student guides tu kan !!?
.
.
.
.
Jumpa jugak akhirnya !
Dekat situ je
Terlindung dek bas-bas pelancong !!
.
.
.
.
Ada persembahan setiap hari 365 hari setahun !!
.
.
.
.
Tu masa persembahannya
Tiket VD 100000 seorang
Kalau bawak kamera , video kena bayar lebih sikit
Tak ada yang bertanya ada bawak kamera ke tak tapi , maka buat boddo je lah ..
.
.
.
.
Ambik show 5:20
Show dalam sejam
Mintak duduk depan.
Penjaga tiket tu kata ‘ hmmm ‘ … Ingatkan paham le .. Nak bagi duduk depan ….
.
.
.
.
Dulu-dulu ..
Masa lepas musim menuai , depa-depa ni berhibur hati , sementara nak masuk musim menanam yang baru
Pentas kat tengah sawah , dalam air bendang tu
Kemahiran mengendalikan patung-patung ni diwarisi dari ayah ke anak lelaki
Anak perempuan tak boleh , sebab takut nanti rahsia kemahiran ni jatuh ke menantu bila dia dah kawin nanti ..
.
.
.
.
Sementara menunggu waktu persembahannya , yok ngopi dulu !!
Ada cafe dekat sebelah teater tu je ..
.
.
.
.
Kopi Vietnam memang sedap ….
.
.
.
.
Ngopi sambil makan tiramisu dan apple pie
.
.
.
.
With a spaceship hovering above us ?
.
.
.
.
Ok
Masa dah sampai
Jom naik ke atas..
Kita saksikan The Water Puppet Show !!!
Dah lama dah teringin nak nengok benda ni …
Sebab the secracy surrounding how they move and synchronise the performance
.
.
.
.
Patung-patung ikan , budak botak bermain tarik-tarik pinggang , kerbau , burung semua ada ..
.
.
.
.
Hawau betul!!
Belakang jugak duduknya!
Yang baris-baris depan-depan tu banyak dah di book oleh tour agent
.
.
.
.
Maka nya dapatlah gambar gambar yang tak seberapa ni…..
Burung phoenix/ chenderawasih berkasih kasihan
Menari nari…. Lepas tu tetiba plup keluar telor dari bawah air….Dan menetas keluar baby phoenix . Comel je
.
.
.
.
Patung-patung diperbuat daripada kayu pokok buah tin
Di ‘laquer ‘ kan agar tahan rendaman dalam air
.
.
.
.
Dan pari-pari menari-nari …
Ada banyak scene
Ada scene bodak kampung naik atas kerbau dalam sawah , itik-itik berenang dalam sawah
Search kat You Tube. Banyak …
.
.
.
.
Muzik dimainkan secara live oleh para pemuzik kat tepi pentas tu
Bernyanyi jugak secara live . Siap ada bunyi kucing , itik ..
.
.
.
.
Video ni memang jarang jumpa . Tak banyak orang yang boleh /diberi kebenaran untuk videokan apa yang berlaku di belakang tirai tu ..
.
.
.
.
Habis je persembahan . Bergegas nak beli bekal pulak untuk malam nanti ..
Ada tiga restoren Halal dekat-dekat kawasan Old Quarter ni
Khazaanah , Namastee dan Zaynab yang dekat masjid
Yang paling dekat adalah Khazaanah ni
Dekat tempat orang , jangan lah kau cari restoren yang Halalan Toyiban macam kat Bandar Enstek tu , sebagai contoh .
Ada restoren hidangkan makanan Halal , tapi still ada jual Bir [ depa eja Bia ]
Makan je lah , dah terang-terang tulis Halal , jangan lak jatuhkan se tin bia tu masuk dalam nasik beriani kau pulak , jatuh kat mulut ke … …
.
.
.
.
Senang je nak cari restoren ni .. Google Map ada ..
Takkan itu pun Aci ni nak payung ….
.
.
.
.
Tapau 3 bungkus nasi briyani ; ayam , kambing , udang
Balik Hostel , mandi , kemas barang .
Mengejar masa nak ke stesen keretapi
.
.
.
.
Nak ke mana lak korang ni ?
Kan elok dah sampai di Ha Noi tu !!??
Err .. Sebab macam tak banyak sangat tempat menarik kat Ha Noi tu ..
Maka nya saya pun membaca lah sana sini sebelum pergi ..
Terhasut pulak dengan Si Supermeng Malaya punya cerita .
Dia pergi ke Sa Pa
Sa Pa sangat cantik !
Maka nya saya mula lah mencari jalan bagaimana nak ke Sa Pa
Naik sleeper bus boleh , naik express bas pun ada . Tapi bila baca review sleeper bas .. Cam ngeri je nak naik ..
Dan naik overnight train pun boleh !!
Hehehhehe… Kita orang memang suka naik tren !! Pe lagi !!!
Kalau ikut jalanraya , dalam 5 jam perjalanan . 289 km ke utara Ha Noi
Dekat sempadan China
Kalau naik tren dalam 8-9 jam
.
.
.
.
Cara nak beli tiket ..
1. Boleh mintak sesiapa di hotel/hostel yang korang duduk tu book/ belikan
Tapi ni biasanya ada lah yang depa ambik lebih sikit caj , dan depa suka belikan tren yang mahal ..
2. Beli di website Vietnam Railway .http://www.vr.com.vn/en
Tapi kena ada local credit card untuk pembayaran
3. Gi baca , cari info dekat blog The Man In Seat 61
Lengkap dia cerita kat sana …
Tren tak berhenti di Sa Pa . Tak ada stesen di Sa Pa . Sa Pa atas gunung . Tren tak boleh panjat gunung
Tren berhenti di Lao Cai . Lepas tu ambik transport lokal ke Sa Pa
Ambik tren dari Stesen Ga Ha Noi ni ya . Jangan salah stesen .
Kita orang jalan kaki je dari Hostel ke Ga Ha Noi ni..
Dengan berbekalkan betapa banyaknya Bismillahirohman nirrohim masa nak lintas jalan-jalan menghala ke stesen ni ..
.
.
.
.
RM 515 untuk 3 orang pergi balik . Soft sleeper 4 , dua katil dua tingkat
Seorang RM 171 pergi balik
RM 85 sehala
Ini untuk tren Vietnam Railway , VR . VR Paling murah
Kepala tren ni akan bawak gerabak untuk VR . Tapi ada banyak gerabak lain yang dia bawak. Privately owned . Boleh jugak beli berth kat depa ni . Mahal lah tapi . Sehala ada yang dua tiga ratus.
Sama je besar gerabaknya .. Panjang katilnya ..
Nanti saya tunjuk , ceritakan apa perbezaannya .. Later ..
.
.
.
.
Kalau boarding dari Stesen Ga Ha Noi ni , dekat je nak ke tren
Kalau dari stesen yang satu lagi , kena turun naik tangga nak ke platform..
.
.
.
.
Dari Ga Ha Noi
SP 1 9:30 SP3 10:00 malam
Dari Lao Chai
SP2 8:35 SP 4 9:10 malam
Tak ada tren siang
Ada soft sleeper , hard sleeper [ 6 katil satu bilik ] dan ada soft dan hard seat
.
.
.
.
Ada banyak sangat hotel/ hostel/ homestay kat Sa Pa
Walk in je pun boleh ..
.
.
.
.
Masa nak ke tren ni tetiba ada mamat ni mintak boarding pass kita orang
Dah terbagi , tapi tersedar dan cepat-cepat tarik balik
Rasa-rasanya nak men-scam lah tu ..
Nak tolong tunjuk tren kat mana .. Lepas tu mintak duit ..
Kami yang teruja sebab nak mulakan adventure naik keretapi malam , tidur baring dalam keretapi !!
.
.
.
.
Ini antara gerabak tren yang privately owned by companies .
Ada yang namanya Oriental Express Train , Pumpkin Express , Livitran , Sapaly , Violet
.
.
.
.
Ini perbezaan harganya …
Dua tiga kali ganda harganya
Luas katil , panjang katil , waktu bertolak dan sampai adalah sama
.
.
.
.
Yang bezanya ..
Yang mahai tu ada dapat pisang , apple , ada air mineral , ada lampu cantik .. Langsir dan selimut pun warna lain
Yang pentingnya .. Sama je waktu bertolak dan sampainya di titik awal dan akhir .. Kepala keretapi yang bawak adalah sama ….
.
.
.
.
Ini pertama kalinya Dak Iyra dan Dak Azie naik keretapi gini ..
Saya dah sekali masa dari Beijing ke Xian . Yang tu laju tapi.
Yang ni kita panggil Slow Train To Sa Pa
.
.
.
.
Just naisss je lah berthnya
Of courselah Dak Iyra kena duduk atas
Dia suka panjat memanjat ni ..
.
.
.
.
Jom get ready for an adventure !! :))
.
.
.
.
Sebelum tren jalan lagi kita orang dah mulakan kenduri
Kenduri briyani
Tapi yang mendatangkan marah adalah briyani udang kita orang tak ada udang !!
Mungkin lupa nak letak . Kita bersangka baik lah …
.
.
.
.
Setelkan apa yang wajib
Siap untuk turu …
.
.
.
.
Ada lampu
Ada meja kecik
Ada soket untuk alatan elektrik
Ingat eh .. Bawak yang dua palam tu .. Bulat boleh , yang pipih tu pun boleh
Toiletnya bersih! Ada paip untuk cebok!!!
In fact , semua toilet yang kita orang guna di Vietnam 🇻🇳 ni ada paip cebok , kecuali di Noi Bai Airport
Time tak ada paip tu sibuk terasa nak throw big water 💧 dua tiga kali!!!
Dah ..
Jom tidorrrrrrrr …
.
.
.
.
Subuh sepi-e sampai
Ntah pukul berapa ntah .. Lupa ..
4:30 kot ..
Mamai-mamai turun tren
Kita dah sampai di Pekan Lao Cai!!
Masa tren dah nak sampai nanti , depa akan mula bukak lagu . Kuat . Nak kejutkan orang
Dan jugak akan jalan dari gerabak ke gerabak jerit-jerit ‘ Lao Kai !! Lao Kai !! ‘
Masa ni baru lah tahu sebutannya Lao Kai …
.
.
.
.
Welcome To Lao Cai !!
.
.
.
.
Tercangak-cangak keluar masuk keluar masuk cari transport person dari hotel ..
Tak nampak lak sesiapa peygang nama Dr Singa
Mula lah hangin …
Kena lak call Hotel .. Hishhhhh …
.
.
.
.
Hati-hati ya..
Banyak jugak scam kat sini ..
Depa akan curi-curi pandang placard yang orang kat luar ni peygang
Tulis nama tu balik kat kertas lain
Dan cari orang yang berkenaan dekat tepi tren kat dalam stesen
Orang yang menunggu yang sebenar masih menunggu kat luar stesen
.
.
.
.
Ok
Sambung esok later-later …
.
.
.
.
Best tidur dalam tren
Bunyi tren lalu atas landasan sangat mendodoikan …
.
.
.
.
]
.
.
.
.
Satu pengalaman yang menarik.. 😉 suka saya membacanya.
yup..
🙂
thanks masih sudi baca ya awak 🙂
Seram baca pasal scam tu! Kecerdikan disalahguna.
Waa… rajin ek godak godek camera tu. Macam-macam efek ada. My personal fav is the miniature :).
Banyaknya susu pekat kopi tu! Danger! Danger! For me la..hehehe.
Banyak motor sana kan. Berdesap desup! Kencang jantung dibuatnya kalau nak melintas.
Kekadang tu seronok baca kisah2 legend mereka kan. Extraordinary and over the top. And mystical.. hehe
Bagus fofo2 doc dlm teater tu. Kan gelap. Motion shots sharp. Nice!
Bestnyaaaa tidur dalam tren! Lama dah saya teringin!
Aaaa…. I travel also bring Sneakers.. hehe… quick fix kalau tetiba lapar.. hehe.
Sistem wake up call tren ni bagus betul. Terjamin bangun.. hehe.
dahsyat sungguh scam-scam di Vietnam! seram saya baca..
saya kan.. hehehhe tak pernah lagi guna Tv, Av , or manual kat fon tu!! hahahha.. dasar pemalas .. guna auto je
i have to stop lah kan.. nanti lupa skill..
manis bak kata orang sekarang .. tahap potong kaki!! dah letak ais banyak-banyak oun masih manis melenting!!
struggle jugak nak ambik gambar sebebarnya. banyak tak sharp. tiga emoat je yang sharp ..dah lah duduk belakang. nampak kepala orang je //
the swaying of the train and the rhythmic sound of the sleepers against the wheels memang menidurkan!! best !!
snickers saya kena makan dengan tikus!! rasanya masa kat dalam tren. sebab letak gitu je dalam beg. tak tutup. sampai hostel , kemas beg nengok dah berlubang !!
omg!! hahahhaa rasa nak jerit je suruh tutup PA system tu!! kuat sungguh!!:))