BANDAR MAHARANI , MUAR . BANDAR PELANCONGAN TERBERSIH ASEAN [ 2 ]

.

.

.

.

Masih di Bandar Maharani , Bandar Diraja

Pagi-pagi esoknya kita ke Pasar Tani

Dekat Stadium Muar

Mencari sarap ..

.

.

.

.

Banyak lah hasil tuaian ..

Yang Dak Iyra teruja nak makan dan bawak balik ni ha ..

Mee siput ..

Hentak-hentak hancurkan dalam plastik tu jugak .. Tuang sambal dia tu ..

Makan ..

Sedapp …

Satu peket RM 1.20

Ada pakcik tua naik basikal jual .. Memang saya akan beli daripada dia setiap kali ke Pasar Tani

Boleh aje nak beli yang mentah dan goreng sendiri

Kesian nengok pakcik tua tu .. Naik basikal raleigh lama tu .. Bawak dua bakul mee siput ..Ntah mengayuh dari mana ntah rumah dia ..

Kesian .. Mesti saya beli ..

Tahun lepas .. Ada manusia mana ntah .. Sebarkan yang pakcik ni punya mee siput tak halal .Padahal tak pun ..

Kesian dia .. Banyak tak laku ..

Maka nya adik saya dan geng-geng Muo dia viralkan balik yang mee siput dia tak tak halal . Ramai balik yang beli ..

Jahat betul . Bukannya pakcik tu berniaga juta-juta nak dengki-dengki ….. Allahu….

 

.

.

.

.

Lepas sarap , keluar balik

Singgah jenguk Ayah

.

.

.

.

Al Fatihah untuk Ayah

Moga tenang dan dicucuri rahmat di sana

.

.

.

.

Nak buat apa lagi eh..

Nak ke Bukit Kepong macam jauh sangat dan macam malas nak keluar awal sebab kalau pergi sana kena terus naik PLUS dan terus balik ..

Jom kita ke Tanjung Emas lagi ..

Kita naik Cruise Sungai Muar

.

.

.

.

Tak ingat pulak berapa ringgit …

.

.

.

.

Cruise dari muara Sungai Muo hingga hampir ke jembatan ke 2 , dan patah balik

:)) Ya lah kan.. Kalau terus mudik ke hulu boleh jugak sampai ke Bukit Kepong

Sampai ke negeri Pahang pun boleh …

Ha … Itu lah cara nya orang dulu-dulu travel ke Pantai Timur ya ..

Jalan Penarikan namanya ..

Laluan darat menerusi jalan sungai .

Ha ?!

Gini..

Tanah Melayu terletak di antara laluan perdagangan penting . Tapi ada banyak lanun di laut . Tetutamanya di kawasan Pulau Kukup , Pulau Belakang Mati [ sekarang Pulau Sentosa ] di Singapura

Maka nya laluan darat adalah agak selamat .. Jauh lah tapi . 540 km. Dianggarkan kalau mengayuh perahu , dalam 12 hari barulah sampai ke Pekan , Pahang

Macamana pulak boleh sampai ke Pekan ? Kat Pahang tu !!

Di hulu Sungai Muar , Sungai Serting yang akan nantinya bersambung ke Sungai Pahang dipisahkan dari Sungai Muar oleh tanah yang hanya berjarak 600 meter

Maka nya .. perahu-perahu akan ditarik melalui darat , dan masuk ke Sungai Serting , dan akhirnya belayar semula memuju ke Pekan , Pahang .

Tarik-tarik .. maka di panggil Jalan Penarikan

.

.

.

.

Hakak berlagak pelancong hari itu

.

.

.

.

Bot agak penuh

Malas lah nak duduk ramai-ramai kat depan

Semua orang dah chop tempat masing-masing ..

Semua kena pakai life jacket ya …

.

.

.

.

Kita duduk di buritan bot

Ada satu bangku panjang

Lagi best kat sini

Boleh sesuka hati ke kanan dan ke kiri bot …

.

.

.

.

Dataran Tanjung Emas

.

.

.

.

Arked MARA dan Bangunan Kastam

.

.

.

.

Bangunan Sultan Abu Bakar

.

.

.

.

Masjid Jame’ Sultan Ibrahim di belah selatan sungai

Di belah utara nya , ada masjid baru , yang hampir sama bentuk dan warnanya . Masjid Sultan Ismail

.

.

.

.

Jambatan Sultan Ismail

.

.

.

.

Macam Cruise Bosphorus dia kata..

Hahhahaha.. Cheh !!

.

.

.

.

Redup je masa ni

Sedap je berlayar

.

.

.

.

.

.

.

.

Bawah jambatan

Masa kecik-kecik dulu , selalu dimomokkan .. Diceritakan . Kawan-kawan sekolah lah cerita ..

Masa nak bina jambatan ni , syarat untuk jambatan ni kukuh , kena korbankan seseorang , kepalanya ditanam di bawah tiang jambatan

dan mangsa itu dicari oleh seorang Benggali bawak basikal, atsa basikal ada bakul , dalam basikal ada sabit , untuk penggal kepala.

dan Benggali ni akan cari budak-budak yang tak reti nak balik petang-petang . Satu tahun satu budak..

Ha ..

Nampak tak permainannya di situ .. :))

Nak suruh budak-budak balik rumah , tak bagi main sampai senja , Maghrib

.

.

.

.

Ramai kaki pancing mancing atas jambatan ni malam-malam

.

.

.

.

Jom kita pergi Masjid pulak.

Dah berlengas-lengas dan lapar tak rasa pulak nak sampai masuk Masjid ..

Dari luar aje lah ..

.

.

.

.

Masjid Sultan Ibrahim

.

.

.

.

Cantik dalam masjid ni ..

Very the classic

Setiap sebelum waktu , ada bakar bakhoor / setanggi

Wangi..

 

.

.

.

.

Ok

Selesailah Kembara Bandar Maharani , Bandar Terbersih kami ..

Jemput lah datang ..

.

.

.

.

 

 

Advertisements