RUMAH DEMANG ABDUL GHANI , MERLIMAU
.
.
.
.
Jom balik kampung !!
Budak Last kata .. Kesian Kak Iyra tak pernah sampai Muo .. ..
Maka nya kita bawak dia balik Muo !!
Sebelum tu kita singgah Meleymo dulu lah …
Orang Muo panggil Meleymo .. Alaa .. Merlimau laaa… Dekat sempadan Muo-Melaka tu ..
Kita ke Galeri Demang Abdul Ghani
Juga dipanggil Rumah Penghulu Mat Natar
Ikut je Gugel Map .. Sampailah nanti …
.
.
.
.
Rumah tanpa paku
Telah dijadikan Galeri Demang Abdul Ghani pada tahun 2011
Saya dah dua kali dah datang sini ni sebelum ni ..
Sebab suka rumah-rumah lama gini ..
.
.
.
.
Sebelum dan sesudah ekskavasi
Ibu saya ada cerita .. Masa dia mula-mula kerja dulu , ada sorang kawan dia , perempuan .. Duduk kat rumah ni dengan keluarga dia .. Sebelum ia diekskavasi lah kan… Tahun 70an dulu
.
.
.
.
Sekarang ada tiket masuk ke galeri
RM 3 je..
.
.
.
.
Manap Gopeng , Mahmud Kelantan , Pendek Pendekar .. gaya orang Melayu dulu-dulu [ dan sekarang pun ] memberi panggilan kepada kawan-kawan ..
.
.
.
.
3 ! isteri Demang Abdul Ghani …
.
.
.
.
Berhemah cara Melayu , berbincang cara Inggeris
.
.
.
.
Memang banyak hiasan dan binaan yang bermotifkan senibina China , dan Portugis dan Itali dan Islam
.
.
.
.
Senin tutup ya..
.
.
.
.
Di kira kanan tangga tu adalah kolah air sebenarnya . Sekarang tak bertakung air . Depa tanam rumput
Basuh kaki dulu sebelum masuk rumah ..
Motif ukiran dua ekor Eng Ling [ Naga Emas ] kat bawah bumbung atas tangga batu ..
Rumah berbentuk rumah limas
.
.
.
.
Naik tangga . Bayor tiket kat penjaga Galeri kat anjong tu ..
.
.
.
.
Pelagi ..
Mesti dok update Instastori dia tu …
.
.
.
.
Cantik betul jubin-jubinnya
Azulej. Tile
Macam kat Portugal
.
.
.
.
.
.
.
.
Cantik nho jubinnya !!
Jubin import ni tau ..
.
.
.
.
Motif nanas di tepian kolah membawa maksud limpahan nasib baik
Ong Lai ..
Ong , Ong … Lai ! Lai !
.
.
.
.
Bahagian serambi .
Ada kerusi-kerusi kayu sekelilingnya
Untuk keselesaan Orang-Orang Putih yang datang berbincang dengan Penghulu , yang semestinya tak reti nak duduk bersila
.
.
.
.
Ruang yang terbuka
Dan sistem pengudaraan pada dinding dan tingkap yang mudah mengalirkan udara
.
.
.
.
Sarat dengan ukiran di segenap ruang dinding di serambi
Bilah-bilah pada tingkap tu boleh di ‘adjust ‘ kan nak bagi angin masuk atau nak tutup terus malam-malam takut ada pulak yang menghendap
.
.
.
.
Pelamin ..
Di rumah ibu
Motif bunga dan naga
.
.
.
.
Jam macam ni , kena kunci selalu
Dah kunci , hayun pendulum tu , baru jarum dia mula gerak
.
.
.
.
Sebahagian pameran di dalam rumah ibu
.
.
.
.
Panglima Awang . Enrique Melaka
Melayu Pertama Mengelilingi Dunia
Ada artikel mengenainya di < sini >
.
.
.
.
Ibu di rumah ibu
.
.
.
.
Pembinaan rumah-rumah Melayu lama dimulaikan dengan mendirikan tiang seri
Biasanya ada tarikh khas dan juga upacara khas semasa memacakkan tiang seri ni
.
.
.
.
Ada satu bilik je di rumah ibu ni
Untuk Penghulu dan isteri
Jugak akan jadi bilik pengantin kalau ada kerja kawin
Habis tu , anak-anak yang lain tidur mana ?
.
.
.
.
Tengah pikir …
Sib baik lah korang lahir zaman sekarang …
.
.
.
.
Kalau lahir jaman dulu ..
Tu ha..
Kat loteng sana tu .. Naik tangga tu ..Yang perempuan kat loteng ..
Yang lelaki , tidur golek-golek ramai-ramai kat serambi ..
.
.
.
.
Masa datang dulu boleh naik hingga ke loteng ni..
.
.
.
.
Dari bilik tidur Penghulu memandang ke pelantar belakang dan ke dapur
.
.
.
.
.
.
.
.
Kena bukak kasut ye dalam rumah ni ..
.
.
.
.
Dari dapur memandang ke bahagian rumah ibu
.
.
.
.
Kita orang di pelantar
Tempat jemur-menjemur beras , ikan , pakaian
Ada telaga kecil
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ruang dapur tempat mak-mak , anak-anak masak-masak
Tempat makcik-makcik bawang duduk masa kenduri-kendara
Ada juga loteng untuk anak-anak dara tidur
.
.
.
.
Anak dara siapa ntah yang ni …
.
.
.
.
Ruang dapur nya besar sebab selalu ada masak-memasak untuk jamuan , kenduri kendara
Maklumlah .. Rumah Penghulu
Mesti selalu ada keramaian
.
.
.
.
Tu batu giling ya anak-anak
Sebelah tu batu kisar
.
.
.
.
Eh ..
Macam best je tingkap-tingkap ni …
Jom test ..
.
.
.
.
.
.
.
.
Cut
Cut
Take 2 …
.
.
.
.
It was a fun yet an educational day..
Best …
.
.
.
.’
Jom bergambar dengan skemanya di sini …
Ini lah kosi-kosi khas untuk Mat Saleh Mat Saleh yang tak boleh duduk bersila tu …
.
.
.
.
Macam kat Lisbon !
.
.
.
.
Satu je kemoskilan ..
Tandas nya kat mana…
Tak nampak pun …
.
.
.
.
Ok?
Tak payah pikir nho tandas tu kat mana ….
Dah..
Jom balik kampung
Dah dekat dah ni…..
Pingback: PESISIR KAMPUNG MORTEN , BANDA HILIR , MELAKA | LIFE IS ABOUT PASSIONS — THANK YOU FOR SHARING MINE - MS -