TANDEM PARAGLIDING , BUKIT JUGRA

.

.

.

.

.

Dah plan dengan geng-geng nak ke sini

Banyak pulak kejadian berlaku pagi-pagi tu

Hantar anak pergi tuition lah

Kucing asthma , kena bawak pergi klinik lah

Ambik anak balik tuition lah ..

Rasanya macam tak sempat je nak join depa

Sesampainya kat atas bukit , laaaaa … belum berlangsung lagi pun apa yang diplannya .

Ingatkan dah Alhamdulillah dah … selamat dah tak payah join!!

Kami ke puncak Bukit Jugra !

Untuk tandem paraglide !!

.

.

.

.

Kahkahkahhhh

Lama dah nak buat benda gila ni tapi tak buat-buat

Tak berani wehh ..

Dak Iyra dok pujuk-pujuk jugak terbang

Keras kejung kaki bila nengok dia dah bersiap-siap nak terbang ..

.

.

.

.

Nengok elok je Dak Iyra terbang

Tercabar jugak

Dekat sejam jugak lah dia pujuk .

Macam-macam alasan bagi ..

Berat .. tak boleh naik nanti – Faizal yang bawak Dak Iyra tu terbang kata lagi berat lagi bagus . Senang nak kontrol

Kasut tak ada .. Budak-budak ni kata ada laaa kasut dalam kereta .. Siap ada setokin lagi dalam kasut hapak tu ..

Akhirnya  terjebak juga setelah Boss Kecik Baju Kuning tu bagi terbang !

Dulu pernah lah nak Swim With The Shark kat Aquaria .. nangis-nangis dia tak bagi

Elok je pulak kali ni dia bagi Ibu dia terbang !! Padahal lagi ngeri yang ni !!

.

.

.

.

Lek je Kak !! Dak Faizal tu kata !!

Dalam liver Hakak kau tak tahu betapa debak debuknya wehhhhhh !! Kahkahkahhhh

Tengah baca segala macam doa yang masa ni!!

GoPro tu Dak Faizal tu yang punya

Kalau ada GoPro sendiri bawak je

Atau bawak je memory card sendiri masukkan kat situ

.

.

.

.

Dengan Bismillah aku mulakan melangkah dengan lutut yang rasa lembik lah sangat!! Kahkahkahhhhh

Nak sangat buat benda ekstrim kan!!?? 🙂

.

.

.

.

Faizal tu kata .. Akak ikut je apa saya kata

Saya suruh lari Akak lagi . Gostan Akak gostan ..

Bila saya kata lari .. Akak lari je sampai tak pijak tanah . Lepas tu dudukkan diri ..

Lepas tu masukkan tangan celah tali tu ..

Dak Iyra dah ready kat hujung sana tu nak capture the moment ..

.

.

.

.

Punya lah kuat genggam batang GoPro tu masa ni!!

Payung dah kembang . Boleh rasa badan dah mula ditarik-tarik ke depan belakang masa ni !

.

.

.

.

Momen yang cantik oleh Dak Iyra

.

.

.

.

Dengan lafaz Bismillah

Hakak pun terbang !!!!!!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Tinggi angin bawak kami terbang!

Lebih tinggi dari puncak Rumah Api Bukit Jugra tu !!

.

.

.

.

Just duduk relex .

Lossen a bit batang Go Pro tu

And enjoy the ride

Faizal kata

Angin tengah cantik ni Kak !

.

.

.

.

Untuk yang senang ‘ motion sickness ‘

Makan lah Stugeron ke , Gravol ke sebelum terbang

Nanti tiba-tiba je nanti pening nak muntah kat atas tu

Serius .

Ini berdasarkan pengalaman .. kahkahkahhh

” Akak jangan pikir pasal pening tu !! Akak tengok sana tu .. cantik !! Tu Pulau Carey .. Tu Selat Melaka .. Tu rumah Atuk saya .. ‘ Dak Faizal dok layan Hakak berbual nak bagi lupakan kemualan nak muntah tu!!

.

.

.

 

.

Dah tak tahan pening .. Mintak Dak Faizal tu landing awal sikit

Dan selamat landing

.

.

.

.

.

.

.

.

Serius best !!!!

Dan serius nak sujud syukur selamat landing masa ni !! :))

[ Dan tak muntah .. hehehheeh]

Malu nok kalau tiba-tiba teruwekkkkkk di khalayak ramai!!

.

.

.

.

Ni ha lah makhluk nya yang ajak tandem paragliding ni!!

.

.

.

.

Yup

Best sangat !!

Jom cabar diri anda !!!

Jom Tandem Paraglide di Bukit Jugra !!

.

.

.

.

Jom balik naik lori tunda sebab dua tayar depan pancit di atas Bukit Jugra !!

Sib baik lah lori besar penyelamat tu boleh larat merangkak naik bukit !

.

.

.

.

Ini nombor telefon Dak Faizal tu kalau nak ke sana

Call je dia

Senang je deal dengan Faizal ni..

.

.

.

.

 

Advertisements