PORTUGAL ; AL GARB AL ANDALUS : DAY 6 : MESQUITA CENTRAL DE LISBOA ; FERRY TO CACILHAS
.
.
.
.
.
Petang Hari ke 6 selepas ke Obidos
Kita teruskan usaha mencari makan
Turun naik Metro untuk mencari Mesquita Central de Lisboa
Central Mosque of Lisboa
Dari kejauhan lagi dah nampak menara masjid
Menara nya agak berlainan dari kebanyakan masjid
.
.
.
.
Allah dan Muhammad dalam Khat Kufi
.
.
.
.
Tak nampak dah pintu besar masjidnya
Nampak ni je
Gambar makanan !
Sah kat dalam ada restoren ..
Gambar makanan seperti biasa memang nan hado . Seingat-ingatnya , kita orang makan nasi , dengan butter chicken , beryani dan manggo lassi
Restoren best . WC pun best . Bersih , ada air buat cebok
.
.
.
.
Jom Qasar dan Jama’
Mimbar dan Asma Ul Husna
.
.
.
.
Kita ke bahagian perempuan di tingkat atas sambil lambai Encik Lias di bawah
.
.
.
.
‘ Say we believe in God in what has been revealed to us , in what was revealed to Ibrahim to ismail to Ishak to Yaacub abd the tribes ‘
.
.
.
.
Semuanya ber’azulejo ‘
.
.
.
.
.
.
.
.
Ruang Solat wanita nya berbentuk U
Kat sini mana ada telekung waqaf macam masjid kat Malaysia . Sib baik memang bawak .
.
.
.
.
Masa turun tangga , saya dan Dak Iyra dok baca potongan ayat Al Quran ni
Tiba-tiba ada orang tegur dari belakang
‘ You can read Arabic ? !’
Nak je jawab ..Ehhhh bolehlahhh !! Kita kan Islam
Rupa-rupanya Imam Besar Masjid Lisbon yang tegur kita orang
.
.
.
.
Shaikh David Munir nama Imam Besar Masjid
Rasa best sangat masa tu sebab dapat berborak dengan dia
Boleh tanya-tanya pasal Islam di Portugal
Ada banyak musolla kecil sekitar Lisboa dan bandar-bandar lain , yang kebanyakannya bilik-bilik dalam bangunan. Kata dia .
Solat Jumaat di Masjid ini ada lah dalam 200-300 orang jemaah
Masa ni beberapa hari sebelum Ramadan . Imam kata , nanti memang ada terawikh , Maghrib dalam pukul 9 lebih , Isyak 10 lebih , Imsak 3
lebih . padat jugak nak kejar masa sebab siang panjang , malam pendek
Dia cerita , Masjid ini siap pada tahun 1985 . Boleh menampung dalam 2000 [ ? tak ingat ]
Ada lebih kurang 50000 Umat Islam di seluruh Portugal sekarang ni
Kebanyakannya datang dari negara-negara bekas jajahan Portugis , dan ramai juga dari Asia seperti Pakistan , Bangladesh , India
Beliau sendiri adalah dari Mozambique
.
.
.
.
Imam Shaikh David Munir ni aktif jugak mempertahankan Islam tidak ganas , tidak juga menggalakkan terrorisma
Beliau juga sangat berminat akan negara kita dan nak menetap di Malaysia kalau boleh untuk belajar
.
.
.
.
Interview Imam Shaikh David Munir di TV
http://sicnoticias.sapo.pt/opiniao/2017-07-06-Esta-marcha-e-para-mostrar-a-todos-que-o-Islao-e-a-paz
.
.
Salah satu daripada dua kubahnya
.
.
.
.
Kita orang dibawa melawat sekeliling Masjid
.
.
.
.
Ada ruang untuk kelas
Ada ruang untuk menyempurnakan jenazah
.
.
.
.
Bilik tempat memandikan jenazah
.
.
.
.
Bertubi-tubi kapalterbang lalu atas Masjid
Sebab betul-betul atas Masjid laluannya
Imam kata , dia pernah tanya kawan Pilot dia . Macamana nak tahu flight path itu betul ke Airport Lisboa . Pilot pun jawab lah ikut yang dia tahu .
Imam kata , just nengok bawah dari cockpit , ingat Allah . InsyaAllah berada di laluan yang betul
Sebab nampak Alif . Lam . Lam . Ha pada menara
Jangan memain . Imam ada flight stimulator kat bilik dia . Dah banyak hours dia fly dengan stimulator dia ..
.
.
.
.
Eh
Dia ni lagi
Tadi kat dalam Masjid …
.
.
.
.
Tak nampak sangat kubah dari tempat kami berdiri msa nak balik . Ini gambar dari Google
.
.
.
.
Ok
Perut dah kenyang
Surah-surah Yassin terjemahan Melayu dah selamat ditinggalkan di Masjid
Kita jalan lagi
Nak melengkapkan satu lagi cara perjalanan kami di lisboa
Jon naik feri pulak !!
Cari sign ke barcos di Pelabuhan Cais de Sodre
.
.
.
.
Masa ni dah penat
Hentam saja lah Labu ambik pakai fon je
Sampai nak tulis blog rasa menyesal sebab gambar tak lah secantik dengan kamera
.
.
.
.
Dari belah sini Lisboa kita nai menyeberang River Tejo
Nak ke Cacilhas naik feri
Nak nengok Lisboa dari belah sana River Tejo
.
.
.
.
Mereka adalah lomentik gituuu ..
Ferinya memang kerap . 10-15 minit sekali
Murah pulak tu .
Boleh aje kalau nak ke seberang sana bawak kereta , tapi jauh nak berpusing nak naik jambatan tu nanti
.
.
.
.
Kami nak ke kawasan dekat dengan permulaan Abril de 25 Bridge itu
.
.
.
.
Dan juga ke Statue Cristo Rei itu
Banyak juga attraction kat Cacilhas ni . Nengok gambar ni baru perasan
.
.
.
.
Turun feri , cari bas nombor 101
.
.
.
.
Dalam 15 minit sampai lah ke tamab yang ada Cristo Rei itu
.
.
.
.
Kehausan dan kelaparan lagi .
Minum dan potong dan makan buah dulu ..
Sangria tu jangan kau coba lak . Arak tu ..
.
.
.
.
Minun dan lepak dan makan ..
.
.
.
.
Jalan ke pintu , Aik .!! Kunci !!
Apakejadahnya ni.. Siang lagi
Nengok jam .. Gelak ramai-ramai
Dah pukul 7: 45 petang rupa-rupanya !! Patutlah dah tutup !
.
.
.
.
Ambik gambar dari celah pagar je lah ..
.
.
.
.
Sabor je laaaa …
.
.
.
.
Sebenarnya nak ambik gambar yang cenggini ..
Dari atas platform kat kaki patung besor tu ..
Cantik meh ..
Apakan daya .. Curi je lah gambar dari grup wassap hari tu ..
.
.
.
.
Dah ..
Jom balik ke pangkal jalan
Kita naik feri balik balik !
.
.
.
.
Cantik sangat Lisboa ni dari belah sini sungai !
.
.
.
.
Boleh cam dah tempat-tempat yang kita orang pergi hari tu ..
Praca de Comercio , Se Igreja , St Jorge Castle , Arch de Augusta
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Panthenon
Santa Apolonia Station
.
.
.
.
Hari last jalan-jalan ni
Esok dah nak balik .
Sangat puas hati sebab sangat banyak tempat yang kita orang explore tapi.
.
.
.
.
Bye Cacilhas !!
.
.
.
.
Waaaaa.. bestnya jumpa Imam Masjid. Personal tour lagi.
Doc dgn hubby tak gitu juga ke? Hehehehe
hahhahahhaaa
eh dlm masjid tu mmg pakai kasut eh? ke tu mmg area pakai kasut
suka la gambar dari sungai tu, nampak bangunan bertingkat2
Mula mula kita orang tak pakai kasut. Lepas tu Pak Imam tegur, kata kawasan ni boleh je pakai kasut. Kat belah sana sana yang kena bukak kasut.