PORTUGAL ; AL GARB AL ANDALUS : DAY 4 : MAGICAL SINTRA [ LAGI ] : PALACIO DE MONSERATTE : CASCAIS

.

.

.

.

.

Hari ke 4

Sepatutnya plannya nak tren ke Cascais [  sebutan nya ‘ Kashkaish ‘ ]

Belah selatan Lisboa

Tapi dah ada geng lagi dua orang ni yang tak pergi lagi ke Sintra , maka-nya kita tukar sikit plan.

Sebab ada beberapa tempat lagi di Sintra yang tak sempat pergi hari tu , Jom repeat Sintra dengan depa  , lepas tu naik bas ke Cascais dari Sintra

.

.

Naik tren macam hari tu ke Sintra

Sesampainya di Sintra , dok pandang-pandang bendaalah ni ..

Atas dasar sharing is caring … hahahhaa .  Maka-nya kami pun sewa lah bendaalah ini ..

.

.

.

.

Kereta Kontot

Kecik je

Muat dua orang je

.

.

.

.

Hakak memang macam tak konpiden je nak bawak sebab L hand drive

Dak Iyra pulak offer diri . Pe lagi …

.

.

.

.

Rasa nak je beli sebijik bawak balik.

Senang kalau tetiba nak keluar beli ikan merah nak masak sup … Kejap je dah boleh terkedek-kedek ke Giant

.

.

.

.

Untung aaaa asben datang ….. :))

Berpuluh tahun tak jumpa dia ni , tak rapat sangat pun . Sama-sama Matriks dulu , tapi lain kelas . Pikir punya pikir baru lah cam siapa sebenarnya .. 🙂

.

.

.

.

Hipup mesti konpiden ..

Dan hidup mesti buat muka konpiden ..

.

.

.

.

Ada GPS siap dalam kereta

Senang je

Tonyoh-tonyoh je skrin tu ..Dan ikut je arahan minah tu ..

.

.

.

.

Sangat best boleh round-round sendiri macam ni !

.

.

.

.

Nampak Moorish Castle kat atas sana !

.

.

.

.

Ohh .. Posto is Office

Ingatkan ‘ posto !! posto !! ‘ Post office ..

Dah warning kat Dak Iyra .. Jangan nak ngada-ngada nak cari poskad , pos ofis segala bagai masa kita travel .. Buang masa .. Dah tu .. nak pos ke diri sendiri …. Takde nya sampai poskad tu nanti .. Mesti hilang ke mana-mana  ..

.

.

.

.

.

.

.

.

Memang agak seriau bila L hand drive ni ! Banyak kali dok teriak kat Dak Iyra woii .. ko masuk lane mana ni !!?? Salah lane !! Tapi sebenarnya tak pun ..

Den yang konfius! . Buat panik Dak Iyra je …

.

.

.

.

Destinasi pertama

Palacio de Seteais

Dahulunya sebuah rumah agam orang kaya di sini

.

.

.

.

Sekarang dah jadik sebuah hotel

.

.

.

.

Panas weh !!!!

Dah macam kat Sungai Abong dah panasnya !!

.

.

.

.

Boleh nampak Pena Palace dari sini !!

.

.

.

.

Ada Labirinth !

Tak boleh turun rasanya ..

Untuk penghuni hotel aje ..

.

.

.

.

Murah je kalau nak duduk hotel ni ..

Bilik paling murah dalam dua hibu hinggit jerrr …

.

.

.

.

.

.

.

.

Beautiful memories are like old friends. They may not always be on your mind, but they are forever in your heart.

.

.

.

.

Ntah hapa ntah dia tulis kat atas sana tu …

.

.

.

.

Kejap aje kat Palacio de Setais

Berpecah kat sini

Depa pergi Quinta de Regaleira

Kami nak pergi sini

Palacio de Monseratte

.

.

.

.

Jauh jugak lah ke depan

Sampai dah rasa macam eh .. betul ke jalan ni ..?

Quinta maknanya ‘ small park ‘

.

.

.

.

Memang tak banyak kenderaan

Boleh sesaja berhenti tepi jalan bila-bila suka :))

.

.

.

.

Berhenti ambik gambar pohon pinus ..

.

.

.

.

Berhenti ngambik gambar bunga rumput ..

.

.

.

.

Berhenti posing tepi tasik hijau

.

.

.

.

Berhenti kutip kon pohon pinus

.

.

.

.

Tapi jangan sesekali lupa pakai sabuk pengaman !!

Kena denda Euro 250 kau!!!

.

.

.

.

.

.

 

.

.

Akhirnya kat celah kampung jumpa lah ia …

.

.

.

.

Eh ..

Belum lagi..

Mana pintu masuknya ..

Depan lagi !! Ni rumah orang ..

.

.

.

.

Neogothic

Romanticism

Apokobondo tu …

.

.

.

.

Itu lah perjalanan kaki kami !

Berkilo-kilo meter rasanya !!

.

.

.

.

Nampak ada Hop On Hop Off

Tak nakkk…

Nak jalan kaki jugak …

.

.

.

.

Wah !!

Award!

Facsinating!

.

.

.

.

Tiket pun cantik

.

.

.

.

.

Ada pokok macam pokok nanas yang setinggi kita orang!

.

.

.

.

Meng-e-test mirrorless untuk close up

Rasa lega sangat dah tak bawak kamera besar tu sekarang!

Ringan beban . Dulu .. Satu beg kamera dengan lensa-lensa , charger segala bagai dalam 5-6 kg !!

.

.

.

.

Sekarang .. Tak sampai sekilo pun!!

Dah tal larat dah travel bawak DSLR

.

.

.

.

Ada pameran fotografi ..

Eh ..

Macam kenal je kat mana ni …

.

.

.

.

Dok bisingbising dengan Dak Iyra  ..

Nampak pokok ‘ piniang ‘ .. Nak ‘ kenciang ‘

Tiba-tiba ada satu suara jerit ..

Oii orang kampung !!!

.

.

.

.

Tokojut den!!

Ada orang cakap Melayu di Monseratte di Sintra !!

Semua tergelak ..

Adik dari Aloq Staq menetap di Auckland sedang round Europe

Dia dengar orang borak-borak dan dengar kita orang kata ‘ ha ah ‘ Maka sah lah orang Malaysia kalau dah kata ‘ ha ah ‘ tu …

 

.

.

.

.

Dan beraya di Europe

Dan akan menunggu panggilan kami tibanya di Auckland nanti

Entah bila tak tahu lah lagi tapi

Baik dan berbudi bahasa budaknya …

 

.

.

.

.

Dah siap kenciang ..

Sambung lagi berayau dalam taman ni ..

.

.

.

.

Sampai lah di Palace nya ..

Cantik meh !!

.

.

.

Penuh pokok bunga keliling istana

Bunga-bunga yang wangi pulak tu !

Dok belek bunga , manalah yang wangi sangat ni..

Bukan yang ni tapi

.

.

.

.

Yang ni pun sah bukan ..

.

.

.

.

Matahari panas

Tapi tak melengas macam kat KL

.

.

.

.

Langit pulak biru ya amat

.

.

.

.

Ada penampakan

.

.

.

.

.

.

.

,

Bunga Teratai sah-sah lah tak wangi

.

.

.

.

Jom masuk ke dalam Istana

.

.

.

.

Memang cantik dalam ni !

Facade nya , tiang nya ..

The details .. Amazing

.

.

.

.

Gatal lah celah belikat ni …

.

.

.

.

Terlondeh sana sini

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Ni dalam bilik muzik

Best akustik kat dalam ni ..

.

.

.

.

Tak ada sejarah sangat pun istana ni

Seorang orang kaya beli tanah , buat istana dan taman yang luas ..

.

.

.

.

Bilik bacaan

.

.

.

.

Akhirnya jumpa bunga yang baunya semerbak satu istana ni ..

Ni ha..

Rasa nak bawak balik je baunya ..

Kat Malaysia ada bunga gini tapi tak lah berbau wangi yang kuat gitu

.

.

.

.

Nak patah balik jalan yang sama macam jauh

Kita ikut lah jalan yang satu lagi ..

.

.

.

.

Yang akhirnya lagi lah jauh!!

Kahkahkahhh . Berpusing satu taman !!

Padan muka !!

.

.

.

.

Luar dalam cantik istana ni …

.

.

.

.

Panjang dan lebatnya akarnya !

Dah macam rambut langsuir !

.

.

.

.

Rekabentuk gini kot yang dikatakan romanticism tu ..

.

.

.

.

Selamba je mak pak depa biar anak-anak panjat pokok besar tu

Tinggi pulak tu!!

.

.

.

.

.

.

.

.

Jom ..

Jauh nak turun bukit ni !!

.

.

.

.

Rose Garden

Wanginya kat sini!

.

.

.

.

Nampak bunga macam sepah-sepah je kat situ

Tapi memang jenis yang wangi sangat bunganya!

.

.

.

.

Kalau lah boleh di’capture ‘ bau tu dalam gambar …

.

.

.

.

Tengah mencari kot-kot ada yang nampak biji benih boleh ambik bawak balik tanam

.

.

.

.

Menonong pergi mana tu weh ..

Cari Saida lah tu ..

.

.

.

.

Mexican Garden kot yang ni ..

.

.

.

.

.

.

.

.

Panassss

.

.

.

.

Senggayut best ni!

Atau buat boyan ..

.

.

.

.

.

.

.

.

Kami teruskan mencari Saida

Ada elok je signboard tunjuk Saida lalu kat mana

Pulaknya ada dua mamat Portugis tengah dok siram bunga

Tanya dia sebab nak tumpang lalu kat situ

Dia tunjuk Saida arah lain

Kita orang pun ikut lah … Celah-celah pokok-pokok besar ..

Eh .. Sampai balik jalan masuk tadi

Peluh dah meleleh-leleh ni .. Kecik besor kecik besor je aku nengok mamat tadi …

.

.

.

.

Lalu jugak ke arah Saida yang mula-mula tadi ..

.

.

.

.

Akhirnya balik ke pangkal jalan

Lepak jap kat old chapel ni ..

.

.

.

.

Sib baik ramai

Sebab macam menyeramkan lah jugak

.

.

.

.

 

Beribu-ribu tapak kaki kita orang jalan dalam taman ni !

Sebab cantik sangat … we dont mind ..

.

.

.

.

Gather balik ahli rombongan ..

Tahan Bas 403 di bandar

Naik bas ke Cabo da Roca semula ..

Hari tu tak puas hati sebab mendung dan tak sempat nengok matahari turun

Nanti dari Cabo da Roca kita naik Bas 417 pulak ke Cascais

Dan sebab nak ambik gambar sijil ni.

Tanda sampainya ke penghujung sebelah barat benua Eropah

Ambik gambar je .. Kalau nak sijilnya .. Banyak jugak Euronya .. Belas-belas !!

Sib baik sempat …Dah hagak dah mesti kena no picture! no picture !!

.

.

.

.

Longitud dan latitud Cabo da Roca

.

.

.

.

Bukan Cliff Of Moher

Tapi boleh laaaa

:)) Bunyi angin je dengar !

.

.

.

.

Yessss ..

Hari ini dapat langit cantik !!

.

.

.

.

Naik bas

Sampai ke Cascais dah senja

Rainha means Queen

Raihana means a bouquet of flowers

.

.

.

.

Bota Arquitetum means errr

.

.

.

.

Dah kebuluq masa ni

Tau ada satu kedai kebab halal kat sini

Tapi direction yang diberi cuma kata alaaa… kat koner , owner dia nama Farouq

Menjerit Alhamdulillah bila nampak Cascais Kebab ni!!!

Oh ya..  Cookie Dough Eskrim itu adalah sedap!!!

.

.

.

.

.

.

.

.

Sadin adalah hidangan penting orang Portugis

Terkebil kebil nengok dish ni bila sampai

Ikannya , gini lah cerita . Kalau dilepaskan dalam laut , boleh berenang

Sebab … segala organ badannya masih ada!

Tak ada siang-siang. Insang , sisik , ekor segala bagai masih melekat di badan!

Dan masin ya amat!! Berkrap krup garamnya!!

Tapi ini je je lah yang boleh saya makan sebab lembut sebab gusi gigi dan kawasan sekitarnya sakit , sakit yang sampai rasa nak tampar orang

.

.

.

.

Nak kunyah ni memang lah tak boleh…

Lagi lah keras

.

.

.

.

Yesss !!

Akhirnya dapat makan pastel de nata , the egg tart yang tidak diragui ingredientnya!

Sedappp !!

.

.

.

.

Limao

.

.

.

.

Dan manga

.

.

.

.

Dan calcadas di Cascais

.

.

.

.

Inilah pantai Cascais

Penduduk Lisbon akan lari ke tepian pantai ni masa summer untuk berendam

Dan juga untuk ke kasino di Estoril

Dan untuk F1 di Estoril Circuit

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Balik ke Lisboa naik tren . Turun di Cais de Sodre.

Sampai bilik pensan

Satu hari yang meletihkan , best tapi!

Advertisements