PORTUGAL ; AL GARB AL ANDALUS : DAY 3 : LISBON ; ALFAMA AND BELEM

.

.

.

.

Hari ke 3

Inilah buktinya saya ada pergi itu Congress !

Awal pagi bas dah bawak ke sini

Ada lebih kurang dalam 3000 orang perserta dari seluruh bumi

Masuk satu lecture . Tersengguk-sengguk yang amat dahsyat! Sampai sakit tengkuk !

Masuk lecture ke 2 , saya dah tak tahan sangat

Keluar , minum kopi . Terus tak masuk-masuk lagi

Nengok luar . Nampak teksi banyak beratur . Jeng jeng jeng …..

Ada pulak seorang lagi yang nak ikut balik hotel

Masuk balik , nak makan punya lah leceh . kena ambik voucher lah dulu  , lepas tu pergi ambik makanan ..

Bosan aaa ..

Pelagi !! Bincang dua tiga patah perkataan je ..

Berdesup hilang ..

.

.

.

.

Balik bilik

Bawak periuk kecik . Segala bahan makanan ada . Godak itu ini . Siap . Kenyang

Keluar balik

Jom kita round Alfama dan Belem hari ini !!

.

.

.

.

Kami berdua dah jadik macam Guide lak kahkahkahhh..

Berkat ajaran Si Pedro hari tu , dengan senang nya sampai ke Alfama ni lagi

Kita ke Miradouro Porta Dol Sol yang hari tu

Siang hari mesti lagi cun di situ !!

Eh !! Jom naik Tram no 12 tu dulu!

Sementara dah depan mata dan tak ada orang sangat tu!!

.

.

.

.

Nak travel guna public transport kat Lisbon ni lagi senang dan jimat beli kad Viva Viagem dia

Macam Touch n Go kita tu . Beli dan top up

Naik tram ni tet aje kat mesin tu

Depa panggil tram tu ‘ electrico ‘ kat sini

.

.

.

.

Kita naik Tram no 12

Dari Miradouro Porta Dol Sol ke Praca de Figueira

.

.

.

.

Tram No 12 buat ni buat satu loop di Alfama ni

.

.

.

.

Sampai di Praca de Figueira , tram berhenti . Semua turun .

Aik !! .. Takkan dah kena turun ??!

Baru je naik dua tiga minit !

Drebar tren baik lak tu .. Lek lu .. Dia kata ..

Tak payah turun .. Naik je ! Round sekali lagi !

Siap offer nak ambikkan gambar kita orang berempat . Nak duduk kat seat driver pun dia bagi !

.

.

.

.

Electric tram di Lisbon ni dah bermula dari tahun 1901 lagi

Dah diisytiharkan sebagai satu warisan kebangsaan

Tram No 12 ni tram lama . Kayu

Memang antara fevret para pelancong . Orang Lisbon pun ramai jugak yang naik sebenarnya

Ada jugak ‘ pick-pocket’ yang selalu naik turun tram ni

Depa dok aim pelancong

Pantang lepa , depa rampas beg ke , kamera ke , dan terus lari turun tram

Tram pun tak lah laju sangat . Sebab tu boleh buat gitu

.

.

.

.

Tram Hijau dan Merah ni khusus untuk tour

Ntah berapa Euro tournya

.

.

.

.

Tramnya lagi tua ..

.

.

.

.

Ada juga pencuri yang diri tepi-tepi jalan , masa tram perlahan , tarik je beg dari tingkap yang terbukak tu

Ada lah kes . Mungkin selalu , mungkin tak . Tapi memang diingatkan akan hal ini

.

.

.

.

Masa kita orang kat dalam tu pun ada sorang mamat lokal ni dok usha kita orang

Dia duduk setentang dengan saya dan Dak Iyra

Bila nengok kita orang kepit beg kuat-kuat , dia turun kat hentian berikutnya

.

.

.

.

.

.

.

.

Jalannya memang curam sana sini..

.

.

.

.

 

Lama jugak berhenti sampai sempat turun ambik gambar .

.

.

.

.

Boleh juga sewa Tuk Tuk gitu tu

.

.

.

.

Turun balik tempat mula-mula tadi

Makin cantik lak viewpoint ni siang-siang langit biru gini ni !

.

.

.

.

Miradouro Porta Dol Sol

Viewpoint of the Door to the Sun

.

.

.

.

.

.

.

Cantik maaa…

.

.

.

.

Nampak macam tenang aman damai je kat sini kan ?

.

.

.

.

Ada orang pakai baju Johorock !!!! 🙂

.

.

.

.

Lepas dia belajar Rule of Third

.

.

.

.

Sebab cantik sangat pemandangannya , kena letak banyak kali .

.

.

.

.

Masih nampak aman damai ..

.

.

.

.

Hakikatnya ..

Pandai-pandailah menyelit nak nampak macam kita je yang ada kat situ !

Kat sini ramai mamat-mamat hitam yang dok berniaga , dok sibuk tanya-tanya kita dari mana , nak start conversation

Jangan layan

Takut lah kan .. Macam pushy sikit . And ada sorang tu dok push gelang kat tangan kita orang . Hadiah konon …

Dah sangat tahu dah taktik gitu . Terus tolak dengan bersungguh-sungguh

.

.

.

.

Alfama ni memang cantik . Memang best bila boleh explore dengan berjalan kaki , daki bukit , masuk celah rumah orang

Rasa dah boleh baca dah tu apa

Duas is dua

.

.

.

.

Satu dinding azulejo yang cantik

Ni kat Miradouro de Santa Luzia

Tak turun sebab tengah ada renovation kat sini ..

Pun cantik scenery dari sini

.

.

.

.

Masa naik tram nampak dah jalan ni

Ada sesuatu di hujung Rua de Santa Justa itu

Turun dekat-dekat sini

.

.

.

.

Untuk naik itu

Elevador de Santa Justa

Satu elevator lama yang digunakan untuk menghubungkan kawasan Baixa ni ke Igreja do Camo

Sebab tinggi nak daki

Mereka buat lift

.

.

.

.

Sebenier Portugal berasaskan ..

Sadin

Rooster tu [ boleh search dan baca ceritanya ]

Azulejo

Fado

Tram

Barulah nama sebenier Portugal !

.

.

.

.

Seorang anak murid Gustav Eiffel yang mereka lift ini

Alaa .. Cikgu dia yang buat menara kat Paris tu ..

.

.

.

.

Serious . nampak sedap hidangan ikan dia !

.

.

.

.

Bola satu ke Bola dua .

Come in Bola dua ..

.

.

.

.

Mula-mula macam .. alaaa.. Ramainya ..

Tapi dah datang .. Pasrah dan redah je lah kan..

Line dia cepat je bergerak tapi

.

.

.

.

.

.

.

Senna ..

Schumacher ..

Legend.

.

.

.

.

Ingat senang ke nak susun calcadas macam tu ?

.

.

.

.

Masa ni ada satu lagi kejadian.

Tengah beratur , tiba-tiba Encik Lias , asben kawan saya tu rasa macam ada orang raba poket belakang dia

Masa tu ada tiga empat orang dok konon nak ambik gambar sign board kat belakang ni

At the same time ada sorang mamat ni cut Q kat depan saya dan Dak Iyra

Saya pun dok jegil-jegil kat dia . Dah rasa pesal dia ni .. Ai cukup pantang potong-potong Q ni … Dia dok jeling-jeling beg saya dan Dak Iyra

Bila Encik Lias bising-bising , semua empat orang yang tiba-tiba muncul belakang dan depan kita orang tu terus berdesup menghilangkan diri

Pencopet lah tu ..

Memang ramai mereka kat tempat-tempat gini .

Kat tempat pelancong tercangak-cangak baca itu ini , kira duit , main fon .. ambik gambar

Mostly Gypsies .. Kat tempat lain tak ada ..

.

.

.

.

San Jorge Castle kat atas bukit sana tu

.

.

.

Neo-Gothic style in iron

.

.

.

.

 

4 Euro sekali naik

Sampai kat tingkat atas , naik lagi ikut tangga ni ke viewing platform

.

.

.

.

Neo-Gothic style katanya …

Saida tu ‘ keluar ‘

Masa mula-mula turun naik Metro , dok ingat Saida tu nama stesen …

Kahkahkah

Turun Rossio , tapi tulis Saida

Camna ni.. Salah stesen ke ?? :))

.

.

.

.

View dari platform

Wallahhhhh !!

Cantik beb!!

Memandang ke River Tejo

.

.

.

.

Memandang ke Rossio Square

.

.

.

.

Igreja do Camo

Runtuh akibat gempa bumi

Masih digunakan tapi

Ada satu jalan dari Igreja ni ke lift

Tujuan asal lift ini ialah untuk menghubungkan kawasan bawah dengan sekitar Igreja ini lah sebenarnya

.

.

.

.

Cantik sungguh Lisbon dari atas ini !!!!!!

.

.

.

.

Sigh ..

.

.

.

.

Nampak Igreja Se yang dahulunya adalah sebuah masjid

Yang tinggi tu

.

.

.

.

Bokeh kamera ini sangat bokehlicious !!

.

.

.

.

Panas !!

Dalam 27-29 C gitu

Nyesal bawak jeket tu ..

.

.

.

.

Dah..

Jom turun ..

Kalau rasa macam sesat je kat Lisbon ni .. Cari je River Tejo . Jalan ke arah itu ..

Pasti akan tak sesat barat ..

Jom jalan ke arah River Tejo !

.

.

.

.

.

.

.

Pemuzik jalanan

Mula-mula bunyi macam cik pon mengilai . Lama-lama macam best pulak .

.

.

.

.

.

.

.

.

Ketik je kamera , menjerit makcik tu no camera! No camera !!

Hahahahha… Hada haku kisah

.

.

.

.

Sampailah di Praca do Comercio

Comercial Square .

Pusat perniagaan pasa masa dahulu . Pusat perancangan penjelajahan dan penaklukan

Arch tu nama Arco da Rua Augusta . Bayar Euro 2.50 , boleh naik atas arch tu . Ada viewing platform

.

.

.

.

Tepi River Tejo

Statue King Jose I di tengah-tengahnya

.

.

.

.

Masih ada pejabat-pejabat kerajaan sekeliling square ini

.

.

.

.

Statue Glory awarding Valour and Genius atas Arch tu

Two seated figures tepi Arch melambangkan River Tejo dan River Douro

.

.

.

.

.

.

.

Praca do Comercio ini major transport hub

Metro kat bawah , Tram kat atas , feri tepi sungai

Kalau sesat , datang je kat sini dan cuba figure out the next step

.

.

.

.

 

Next .. Kita nak ke Belem

Naik tram no 15

Tram moden tapi . Gini . Ada dua gerabak

Masuk tram , nak bayar kat mesin dia , Tak boleh . Godek sana sini pun tak boleh . Maka-nya .. percuma je lah jadiknya .. Balik pun macam tu

Jauh lak tu Belem ni , dalam 15 menet . takut jugak kalau-kalau ada tram inspector mai check tiket ..

.

.

.

.

Ada jugak tram no 15 yang lama gini

.

.

.

.

Ada apa kat Belem ni ?

Belem . Portuguese word for Bethlehem

Ada attraction ni ,  Mosteiro dos Jerónimos

Jeronimos Monastery

Satu Tapak Warisan Dunia UNESCO

Tak masuk tapi

Sebab dah petang

Nengok dari luar je lah

Yang ni igreja dia . Igreja Santa Maria

Beautiful carvings .

.

.

.

.

Monastery nya belah sana

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Calcadas horoscope

.

.

.

.

Product photographer Kopi Jawa

.

.

.

.

Hasil nya

.

.

.

.

Langit tak biru

Hujan rintik rintik

Perut lapar sebab tak makan sebab sakit gusi

Antibiotik yang dibawak tak sesuai untuk sakit gusi

Sakit gigi / gusi memang rasa nak lempang orang kan ? :))

.

.

.

.

Kita ke belah seberang sana , tepi River Tejo

Ke Padrão dos Descobrimentos ni

The Discoveries Monument

One of the most iconic monuments of Lisbon

.

.

.

.

Was constructed to promote national self-confidence, whilst honouring the great Portuguese explorer

.

.

.

.

Berderet statue explorers

.

.

.

.

Hujung sekali tu statue Infante D. Henrique , Prince Henry the Navigator

Main initiator of The Age of Discoveries

Dia lah antara pemula penjelajahan ke Timur , seterusnya penjelajahan Melaka

.

.

.

.

Jom makam eskerm Cookie Dough ! Sedap !

.

.

.

.

Jom berdoa dulu sebelum makan eskerm Cookie Dough :))

.

.

.

.

Vertigo lak nengok calcadas ni ..

.

.

.

.

.

.

.

Depan The Discoveries Monument ada peta yang menggambarkan perluasan kuasa dan pengaruh Portugal semasa The Age of Discoveries

Madeira tu kampung Ronaldo

.

.

.

.

Guinea

Cape Verde

ElMina di Ghana

.

.

.

.

Sampai ke Capo of Good Hope 1488

Madagascar  1500

.

.

.

.

Calcutta

Goa

Ceylon

.

.

.

.

Dan Melaka 1509

1511 habis lingkup Melaka dijajah

Lepas tu ke Indonesia

.

.

.

.

Dan akhirnya sampai ke Timor , Maluku

.

.

.

.

Belah sini monument adalah statue mereka yang memberikan bantuan kewangan untuk penjelajahan dan penjajahan

.

.

.

.

Angkat kotak duit kot ..

.

.

.

.

Dah

Jom tahan tram , balik ke bandar

Nampak kedai ni depan bas eh tram stop

Pastel de nata

Egg tart

Kedai yang femes , yang katanya egg tartnya sangatlah sedap ! Pasteis de Belem

,

,

.

.

Ceritanya ..

Monk di monastery kat sebelah tu menggunakan putih telur dalam pembinaan monastery tu

Kuning telur berlambak tak guna . Maka mereka mereka cipta satu resipi yang boleh menggunakan kuning telur itu.

Maka terciptanya pastel de nata ini

Dan sangat sedap

Dan sangat lah rahsianya resipinya!

Hanya 5 orang sahaja di bumi ini yang tahu ….

.

.

.

.

Maka kerana rahsia yang sangat terjaga itu , kita orang tak berani makan

Sebab ada terbaca mungkin mereka menggunakan lard .

.

.

.

.

Kita pandang je lah dari luar pintu ya …

.

.

.

.

Dah

Jom balik

Banyak jugak kedai makan Halal di Lisbon ni ..

Jumpa satu

Takut nak masuk sebab dia tulis mahal :))

Kebab Mahal

Ada kebab

Ada biryani

Ada lassi

Ok lah..

.

.

.

.

Azulejo dalam Kebab Mahal

.

.

.

.

Dah ..

Jom balik

Esok lagi jauh kita nak jalan !!

.

.

.

.

Advertisements