PORTUGAL ; AL GARB AL ANDALUS : DAY 1 : THE MIRADOUROS OF LISBON

 

.

.

.

.

Ada rezeki

Kami kembara lagi. Alhamdulillah .

Kali ini terbang jauh  .

11+5 jam perjalanan . Transit 2 jam Istanbul

Naik Turkish Airline . Makan sedap lah jugak . Dapat vanity bag . Selimut depa tak kutip balik masa landing . Depa kaya .. Kata Dak Iyra

Dah nengok dah episod yang ni . Sherlock Holmes . Hounds of Baskerville . Nengok lagi tapi .

Sebab suka sangat Sherlock Holmes series ni .

Dan beberapa movie lagi

Akan tetapi .. taaakkkkk jugak sampai-sampai ke Istanbul !

Istanbul !! Aku nak datang tapi tak sampai-sampai lagi ni !!

Dah tidur , bangun , makan , tidur , kencing , solat , kencing ..tidur lagi .. bangun , kencing ..taaak jugak sampai-sampai..

Last-last dah rasa saangat stuffy dan dah nak panic attack sebab duduk terperuk tepi tingkap .. maka-nya saya pun bangun , berdiri dan berborak tepi tandas sampai sejam luruskan kaki menghilangkan kebosanan

.

.

.

.

Setelah dekat 11 jam terperuk dalam kapalterbang .. nampak lah bumi Turki !

Sebenarnya dua kali solat Subuh kahkahkah .. Ingatkan dah nampak fajar .. Solat .. Lepas tu nengok luar balik .. gelap sangat pulak .. aik !! Apakah ..

Masa sibuk nak landing ni barulah solat sekali lagi ..

Ada baca pasal solat dalam perjalanan gini , boleh solat Subuh hormat waktu . Di darat nanti qadha balik . Tapi dah memang kira boleh solat . Solat je lah Subuh betul-betul kan ..?

Wallahu a’lam

.

.

.

.

Transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Ataturk Havalimani

Kembara kali ini , Dak Iyra ikut . Dia pergi sehari awal tapi . Tunggu di Istanbul

Dia dah pesan . Sampai Transit Gate , kena cepat tau kak !! Ramai umat !!

Hah !! Hambik !!

Macam semut ,  kerengga kerumun harum manis  !

Sebab …. Lapangan Terbang yang ke 5 tersibuk di Eropah . Ke 11 tersibuk di dunia !

.

.

.

.

Banyak pulak flight yang sampai lebih kurang waktu yang sama masa tu ..

Biasalah .. puak-puak Cina Bukit Mainland China dengan ketua mereka yang pegang bendera dan yang mengekor tetapp nak beratur jugak tanpa putus belakang orang pegang bendera maka mereka menyelit-yelit celah-celah orang tak nak hilang orang pegang bendera yang amat menjengkelkan amatlah ramai ! Stress haku !!

Depa potong Q himpit sana sini .. hahak himpit potong depan mereka , hakak saja nak memutuskan barisan pengikut belakang bendera .. kahkahkah .. Lepas tu … cing cong cing cong dok ngumpat aku le tu !! Sambil naaak jugak menyelit ke depan .. Beg hakak besao , letak melintang penuh satu lorong .. Padan muka engkao !!

.

.

.

.

Dak Iyra tak dapat naik flight yang sama sebab penuh , kena naik flight berikutnya ..

Segala pesanan hotel apa , naik teksi berapa euro dok pesan kat dia ..

.

.

.

.

Ya..

Lima jam lagi perjalanan yang harus ditempuhi

Makan , tidor , nengok movie , tidor , kencing , nengok movie ..

.

.

.

.

Akhirnya dah nak sampai !!

Dah nampak daerah Setumbal

Hapa ? Sempudal ?! Kahkahkahh ..

Eh … Lupa nak cerita nak ke mana sebenarnya ..

.

.

.

.

Kami ke Portugal !!

Rose of Iberia

Al Garb Al Andalus

Dah sampai di Lisbon

Bak kata Vasco da Gama .. Lisboa

[ Lish – boa ]

.

.

.

.

Azulejo

Daripada perkataan Arab al zellige  الزليج

Glazed ceramic tile work

Nanti saya cerita

.

.

.

.

Sebenarnya saya dapat pergi ni ha ..

Sebenarnya tak baca pun apa yang akan berlaku masa Congress tu , tak nak tahu pun

Sebenarnya dok pi baca apaaaa boleh buat sekitar Lisbon ni..

Banyakkk !!!! Of koz lah kan !!

.

.

.

.

Dari Malaysia satu bas penuh para doktor GP dari Malaysia

Ai is stress bila organiser jalan depan Ai pegang bendera nak ke tempat makan ni!

Ai rasa macam rombongan Cina Bukit Mainland China!! Kahkahkahhhhhhh

Ai tarik napas dulu lah kat sini biar depa jalan depan dulu …

.

.

.

.

River Tejo . Atau River Tagus Inggerisnya ..

Sungai terpanjang di Iberian Peninsula ini .

My hair getting white, the Tagus is always young .  

Lirik satu lagu Fado Portugis ..

.

.

.

.

Aik ..

Sampai San Fransisco pulak !

Dok aihhh ..

Ini namanya 24 de Abril Bridge

2.277 km panjangnya , menghubungkan Lisbon ke Almada di sana [ note : satu nama tinggalan kegilangan zaman Islam di Portugis . Ada ‘ Al ‘ ]

.

.

.

.

Ada jalan kereta

Tingkat bawahnya landasan keretapi berkembar . Yang merah tu ..

Dulu nama nya Salazar Bridge

Salazar? Salazar Slytherin ??  What !!?? 🙂

Potterheads mesti tahu ..

.

.

.

.

Tempat ni namanya Dock

Happening

Tu semua tu tourist dok tonton basikal nak pergi makan kat depan sana ..

.

.

.

.

Nampak struktur belah kiri belah sana tebing Sungai tagus tu ?

Cristo Rei , Christ statue of Lisbon

Macam di Rio de Janeiro tu ..

Pemandangan Lisbon dari ‘ viewing platform ‘ di ‘ statue ‘ itu adalah sangat ohsem .. Katanya ..

.

.

.

.

Tengah recall macamana nak ke Cacilhas belah sana tu ..

.

.

.

.

Venha prova

Come and prove it !

Seafood banyak di Lisboa ni

Nelayan Atlantik

Ni nak pergi makan makanan yang femes di lisboa ni ..

Bacalhau [ bacal- yau ]

Iconic ingredient of Portuguese cuisine

Dried salted cod

.

.

.

.

Ada 1000 lebih resipi untuk memasak bacalhau ni ..

Ikan cod kering , masin . Nak dimasak kena rendam , buang air , rendam , buang air rendam , buang airnya dan ulang lagi hinggalah kemasinnannya sesuai untuk masakan yang nak dimasak itu ..

Ni hah lunch hari tu ..

Bacalhau dengan kobis ..

Yang adui mak !! Bisa darah tinggi gue !!!

Sedap lah jugak , tapi semua tak habis makan …

.

.

.

.

Nampak tak ? nampak tak ?

Lombo

Loin maknanya

Banyak perkataan Portugis dalam Bahasa Melayu kan ?

Banyak jugak perkataan Arab dalam bahasa Portugis

.

.

.

.

Dak Iyra sampai dalam pukul 5 terang

Pedro dah siap menunggu kita orang

Siapa lak mamat Pedro ni ?!

Well .. Korang kalau nak local guide yang boleh bawak kita jalan-jalan , tak mahal , kadang kala percuma

Boleh register dan cari di website ShowAround ni.

Pedro ni kami kenal dari situ lah

.

.

.

.

Contoh pelawaan dari rakan Showaround

.

.

.

.

Plan dengan Pedro nak ke Alfama , ke ‘ viewpoints of Lisbon ‘ , jalan kaki menapak ke ‘7 hills of Lisbon ‘

.

.

.

.

This is Darul Aman

Eh !!

.

.

.

.

Pedro nak bawa kita orang ke Alfama

‘ Oldest district of Lisbon ‘

Dari perkataan Arab ‘ Al-hamma’ . Membawa maksud pancuran air panas , pemandian air panas

Kita ke satu kawasan kejiranan lama bernama Estrella D’ouro

Dibangunkan kediaman-kediaman ini oleh seorang Boss yang baik hati , De Agapito Serra Fernandes itu untuk para pekerja kilang beliau .

.

.

.

.

Bintang yang menandakan kawasan kejiranan yang sama

.

.

.

.

Nampak jalan yang berkecerunan itu ?

.

.

.

.

.

.

.

.

Yup !

Jom menapak naik!!

Kira explore this old neighbourhood !!

.

.

.

.

Rua = Jalan

Virginia =Nama isteri boss kilang tu dia rasanya .

Pura poesia = pure poetry

.

.

.

.

Satu lekuk ada 6 rumah

Penduduk sini adalah masih keturunan penduduk asal perkampungan ini

.

.

.

Rosalina tu anak Boss

Sana sini ada bintang itu !

.

.

.

.

Dan juga Josefa Maria

.

.

.

.

Jumpa bintang lagi !

Binatang apa pun tak jumpa . Eh

.

.

.

.

Sedang elok je dia posing kat situ

Pelagi !! Ambik lah gambar!!

.

.

.

.

Kak pegang buku tu kak ! Kata Dak Iyra

Buku Takdir itu Anugerah

Oleh Mohd Sukur Ibrahim

Kawan Dak Iyra

An amazing person

Bak kata Iyra :

Sukur adalah anugerah dari Allah yang mengajar kita untuk lebih memahami hakikat takdir dan bahagia dengan cara kita . Mengenali Sukur mengajar Iyra erti mengunyah sebuah kehidupan sebelum hadam dan telan bagi merasai erti kata pahit dan manis sebuah kehidupan.

Tentang Sukur di < sini >

.

.

.

.

.

.

.

.

Masa ni tak panas tak sejuk

Sedap-sedap gitu macam di Cameron Highland

.

.

.

.

.

.

.

.

Pintu ke Villa asal pemilik kilang itu

.

.

.

.

Dah mula nampak azulejo yang cantik-cantik

.

.

.

.

Tile , azulejo , dari bahasa Arab ; azulayj : polished stone

Ada di merata tempat di Portugal ! Dinding rumah , igreja [ yup . gereja dalam bahasa Portugis ] , stesen keretapi , taman-taman , kedai , kerusi . Di mana-mana !

Diperkenalkan oleh bangsa Islam Moor dari Spain di Semenanjung Iberia ini

Untuk menyejukkan bangunan disamping mencantikkannya

.

.

.

.

Azulejo dikatakan dibawa dari Seville , selatan Spain , dihasilkan oleh kilang-kilang kepunyaan bangsa Moor

.

.

.

.

Corak geometrik , floral dan kurvilinear biru putih adalah warna-warna awal azulejo , dan kemudiannya mula divariasikan dengan warna-warna kuning , hijau dan sebagainya

.

.

.

.

Banyak jugak azulejo-azulejo lama ini yang dikopek dan dijual sebagai sevenier !

.

.

.

.

Dua zaman dan corak azulejo yang berbeza

.

.

.

.

.

.

.

.

Beautiful wall art .

.

.

.

.

.

.

.

.

Azulejo yang agak moden

.

.

.

.

Lisbon pernah dilanda genpa bumi yang dahsyat pada 1755 diikuti oleh ombak tsunami

Keseluruhan Lison musnah , kecuali kawasan Alfama ini

Kerana struktur tanah dasarnya adalah dari ‘ bedrock ‘

Ok . Dah sampai ke Rua Da Senhora do Monte

Lady of the Mountain Street

.

.

.

.

Pokok Azeitona

See .. Arabic origin !!

‘ Portugal ‘ pun saya baca asal usul nya daripada perkataan Arab ‘ burtuqal ‘ . Oren . Interesting !

Read < Portuguese words of Arabic origin >

Banyak tempat di Portugal ni namanya bermula dengan ‘al ‘ . Of Arabic origin  .

Alfama , Albufeira , Algarve ,Aljezur , Almancil . Almada . Sekadar menamakan sebahagian .

..

.

.

.

Ada apa kat sini ni ?

Sos Tomato Del Monte ??!!

.

.

.

.

 

Ada ‘view point ‘ ni ha !!

Miradouro da Senhora do Monte

.

.

.

.

Nampak River Tejo

Abril de 24 Bridge

Alfama kat bawah tu ..

Rossio Square

Pokok Jacaranda berbunga ungu

.

.

.

.

Cristo Rei pun nampak

.

.

.

.

 

.

Sao Jorge Castle belah kiri

Nampak bangunan hijau kat tengah tu ?

Nampak tak jauhnya dari sini ?

.

.

.

.

Cantik

Dan masa ni matahari dah mula turun

Gentle soft light ..

Cun

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sao Jorge Castle

Satu-satunya tempat yang saya plan nak pergi tapi tak sempat !!

Istana dan kubu diatas salah satu daripada ‘ 7 Hills of Lisbon ‘

The hill was first used by indigenous Celtic tribes, then by Phoenicians, Greeks, and Carthaginians as a defensible outpost that was later expropriated by Roman, Suebic, Visigothic, and Moorish peoples. During the 10th century, the fortifications were rebuilt by Muslim Berber forces, these included the walls or Cerca Moura (“Moorish Encirclement”).

~ Wikipedia ~

.

.

.

.

Tengah posing baik punya , tiba-tiba datang lak makhluk-makhluk kat tepi tu !

.

.

.

.

Birunya Sungai Tejo

.

.

.

.

With the best travel partner

Dua-dua tengah mamai masa ni sebab kat Malaysia dah pukul 1 pagi kot ..

.

.

.

.

 

.

.

.

.

Dah .. kata Pedro

Jom jalan lagi ..

Ada lagi cantik kat depan-depan sana tu

.

.

.

.

Masuk celah rumah orang jumpa pokok anggur

.

.

.

.

.

.

.

.

Ser Poeta

To be a poet

.

.

.

.

.

.

.

.

Masuk kedai kat tepi jalan tu

Beli apa ya kat sini ..

Lupa ..

Oven mitts tu kot ..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Berhenti beli buah nesfera , tomata dan … ceri !!!!

Sedapnya dan manisnya ceri tu !!!

Kat KL , satu kotak kecik .. ada lah dalam rm 45 … je ….

.

.

.

.

Fava bean

Kacang parang

Orang ada G^PD tak boleh makan kacang parang

Yang bosannya , kat klinik .. ada lah mak-mak yang nak jahit anak luka pun .. nanti depa akan kata .. anak saya ada G6PD , boleh ke jahit ?    * face palm *

.

.

.

.

Sedapnya ceri tu !

Pakcik kedai tu siap basuhkan .. masukkan air sikit dalam plastik buah-buahan bagi buah-buah tu segar , sebab kita orang nak makan sambil berjalan

 

.

.

.

.

Masuk lagi satu kawasan kejiranan

Villa Bertha

.

.

.

.

Mewah sikit rumah-rumah kat sini nampaknya

.

.

.

.

.

.

.

.

Si Tompok Hitam Manis ikut je kita orang ..

.

.

.

.

Ruang pengudaraan yang bersambung ke ‘ court yard ‘

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Villa Bertha march

~ and a beautiful street

~in the center of Lisboa

~where the story was born

~once upon a time

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Jom sambung turun naik bukit balik !

.

.

.

.

Escola

Sekolah .

.

.

.

.

21 degree . Tolerable lah

Beberapa hari lepas tu .. Naik sampai 34 degree!!

Terbako!

.

.

.

.

Satu lagi bangunan dilitupi azulejo sepenuhnya

.

.

.

.

Dulu ini ialah berek pekerja gomen

.

.

.

.

Sampai lah ke sini !

Miradouro da Graca

Lagi cantik !!!!!!

.

.

.

.

.

.

.

.

Nampak Miradouro da Senhora do Monte tu dari sini !

Mai aih !

Jauhnya kita dah jalan!!!

.

.

.

.

Makin dekat dengan Istana dan bangunan hijau belah bawah tu …

.

.

.

.

Beautiful light !

.

.

.

.

Sambung lagi jalan

Sungai Tejo hujung sana

Kalau sesat , cari je Sungai Teji , jalan ke arah sana

Akan selamat

.

.

.

.

Tram track !!

Mana tramnya !!!!!!??

Sabor !!

.

.

.

.

Macam tak sangka dah berjalan kaki turun naik bukit dari pokok sana nun sampai ke igreja belah kanan tu dan sampai ke sini ..

Jauh tu !!

.

.

.

.

Ok

Jom berhenti makan minum sikit kat dalam cafe dalam bangunan hijau yang disebut-sebut tadi tu ..

Makan cheese cake

Tumpang toilet

Throw small big water

Sambung lagi jalan ..

.

.

.

.

Dah makin cantik !!!!

.

.

.

.

Calcadas art

Calcadas tu pavement yang disusun diatur satu persatu . Dan akhirnya dicurah simen , bagi licin

.

.

.

.

Jalan dan jalan

Sampai ke satu lagi ‘ view point ‘

Miradouro Porta das Portas dol Sol

Door to the Sun

.

.

.

.

Lagi cantik gila kat sini !!

Blue hour pulak tu !

Tripod memang tak bawak .. Apa ada aje lah jadik penstabil ..

.

.

.

.

.

.

.

.

Yang kubah putih tu National Pantheon of Lisbon

Dan satu lagi tu Santa Engracia Igreja

.

.

.

.

Masa ni angin kuat

Dan sejukkk sangat !!!!!!

Dan lapar

Dan sakit gusi ya amat tapi !!

Kita gagahkan juga demi Lisbon

.

.

.

.

Esok-esok kita naik tram eh Iyra!

.

.

.

.

Nak keluarkan jari pun sejuk

Camna nak pergi Iceland ni !

Kensel lah .. kensel …

Ai is tak tahan sejuk .. Konferem ..

.

.

.

.

.

.

.

.

Melompat-lompat bila nampak kedai ni !!

Tapau kebab bawak balik makan kat bilik karang

Sebenarnya untuk saya dan delegasi lain , ada disediakan makan , kat restoren best-best pulak tu

Tak satu kali pun saya join depa . Sebab Ai is busy exploring dengan Dak Iyra ni .

.

.

.

.

Bangladeshi .

Dah bertahun duduk di Lisbon

.

.

.

.

Se Cathedral . Juga dipanggil Lisbon Cathedral

Dahulunya adalah sebuah masjid !

Oldest in the city . Survived many earthquakes

.

.

.

.

.

.

.

.

Ok

Nak mengarang cerita pun dah sangat penat ni ..

Jom balik bilik .. eh ..

Boleh nampak kapal terbang turun dari bilik!!

.

.

.

.

Al Andalus

Maknanya Islamic Spain

Or Islamic Iberia

Spain dan Portugal

Al Garb Al Andalus

West of Andalus

Portugal

Advertisements